Showing posts with label Bonda. Show all posts
Showing posts with label Bonda. Show all posts

Die plak yang lebih... sape yang sakit nih??

.
.
 hehehe.. sabo je la anak! 

hari ni my mak dah boleh kua spital.. yeyeh.. Alhamdulillah... jab lagi baru nak pi amik mak...

my adik cakap mak dah request ajak pi Jalan Tar n Jusco.. huhuhu.. ape saje untuk mu mak!



Published with Blogger-droid v2.0.9

Kalau takde pape, Esok boleh la klua Spital....

.
.
Alhamdulillah... urusan kat HKL tadi dah setel... aku dah uruskan pendaftaran masuk wad untuk mak aku.. lepas bawak mak aku masuk bilik semua, baru aku gerak balik masuk opis.... adik aku (makteh hadif) ade temankan mak aku kat spital... no worries...


dapat jugak masukkan mak aku kat bilik 1st class.. sorang sebilik.. mulanya mak aku taknak, die nak katil biasa jer... tapi lepas tu mak tukar fikiran pulak.. mak cakap susah la nak solat kalau duduk luar.. surau jauh... abis duit sikit takpa, janji tak tinggal solat. :D

mulanya ingat kena bayar deposit RM1100 untuk bilik ni, alih² yang jaga kaunter tu cakap tak payah.. system upgrade la ape la.. aku pon tak paham.. untung keje gomen, dapat keistimewaan saat² camni...

.
 mak aku dah sihat sebenarnya.. tapi before raya haitu doctor dari HKL called suh datang.. kena warded coz ada rawatan susulan kena buat.. kalau semuanya okey, petang esok maybe dah boleh kuar wad.. harap² lah....


Published with Blogger-droid v2.0.9

Rendang Mak dah sampai Putrajaya...

.
.


hooyeh... dinner malam tadi makan rendang mak bawak dari kampung! sedaaappp sangat... masakan mak memang terbaik!!!

my mak datang semalam coz haini kena masuk ward kat HKL. last year kan mak aku ade buat operation tebuk lubang kat kepala. so doctor called sebelum raya haitu suh masuh ward.. nak tengok cane luka tu...

so jab lagi nak anta mak pi HKL. harap² takde pape lah....

.

Wohoooo...

 .
Tetiba rasa beruntung jadi orang gomen.. :)



Caj 'penginapan' 2 minggu my mom di HKL + surgery + ubat adalah FREE! Alhamdulillah...Terima kasih Kerajaan Malaysia...




Sent from my BlogBerry®

.

Yang Ditunggu!

.

semalam lepas balik keje, terus ke HKL tengok mak!
Alhamdulillah, mak cakap dah boleh discaj! ^_____^
tapi lepas bukak benang jahitan tu lah!
Syukur sangat-sangat-sangat..... 

so, ari ni aku nak pegi HKL setelkan bil mak.
bawak mak balik umah aku dulu di Putrajaya...
ari Jumaat baru anta mak balik kampung.
.

dan terimalah 'peace' dari mak aku tanda dah bebas. hehehehe...


macih sume coz sentiasa doakan mak aku!!!


.

Luka di kepala nampak di mata, luka di hati siapa yang tahu...

.

.
Alhamdulillah, mak aku makin sihat dan skang tunggu masa je nak discaj from HKL. harap² cepatlah mak boleh keluar dari spital... kesian jugak dok lelama kat sana. mesti mak bosan...


ok.. mak aku dah kasi green lite boleh upload gambo kepala after pembedahan tu.. siap suh aku tulis lam belog lagi... hahahah.. mak aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua doctor, nurse, kakitangan hospital yang merawat dan jaga mak aku... dan tak lupa juga keluarga di BALING, KEDAH yang tak putus² berdoa, buat tahlil, baca yassin, kenduri segala... semuanya mengharapkan mak aku cepat sembuh! terima kasih semua... tak terbalas rasanya jasa semua.. hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalasnya...


aku nak upload gambo ni. so kepada sesape yang tak berani nak tengok, terus klik pangkah kat atas tu yer..


aku ingat doctor tu belah sikit jer.. rupanya banyak jugak die belah... sobss... kesian mak aku tau.. kepala dah kena toreh... dah botak sebelah T___T. luka tu kat atas telinga sebelah kanan. tapi apa yang penting, mak aku boleh sihat dengan cara ni dan harapnya penyakit tu lenyap terus! nyah kau penyakit!!!



dan kalau korang perasan, atas pada garisan tu ada sikit benjolan panjang... dan itu adalah tiub yang dipasang dalam kepala terus ke dalam perut... taktau la berapa lama tiub tu kena ada dalam kepala mak aku....



dan ini pulak jahitan di bahagian perut... kat dada pon die belah sikit tapi kecik jer...


berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan? tambahan pulak MAK kite pulak yang kena penyakit tu... apa yang aku harapkan sekarang, mak aku cepat² sembuh sepenuhnya.... aku tau mak aku tengah risau coz adik aku nak kawin bulan depan... harap² mak tak terlampau stress lah memikir pasal kenduri tu... dan kalau keadaan mak mengizinkan, kenduri akan dijalankan seperti yang dirancangkan.. kalau tidak, mungkin hanya majlis akad nikah sahaja berlangsung!

TQ korang coz sentiasa doakan MAK aku!!! sayang korang!!


.

Alhamdulillah...

.



Bersyukur sangat²! my mom dah selamat menjalani pembedahan di kepala petang semalam di HKL. now dalam keadaan stabil dan dah masuk wad biasa.. tapi semalam tak sempat jumpa mak before bedah.. saya sampai HKL mak dah masuk OT kui 5 pm.. setel pembedahan kui 7 pm. ape pun semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah...

harapnya mak cepat sembuh... takmoh serabut²kan otak, jangan stress²... think positif jer...

TQ frens untuk doa korang..  appreciated!
.

Sendu... tsk tsk

.
.
Hari ni masuk keje. Tapi halfday coz my abg call cakap petang ni mak kena buat bypass masukkan tiub kat kepala masuk ke dalam perut. Nak kasi buang cecair yang tak berkaitan tu..


Tak sanggup dok lama2 lam ICU. Bikin hati SAKIT tgk mak camtu.. Mak cakap pagi tadi makan kueytiaw goreng tapi tak sedap. Mak ngidam nak makan kueytiaw ayah masak.. T____T


Then mak nak makan buah pelam.. Sakit perut katanya. X boleh makan lg mak, mak tgh posa. Ptg kang nak buat bypass..


Frens, buat keberapa kalinya saya mohon plz Doakan pembedahan ni berjalan lancar dgn jayanya...


Ya ALLAH, hanya padaMu ku meminta.....



Sent from my BlogBerry®

Dugaan!

.
m
Ari ni dalam dilema betui.. Nak pegi keje ke taknak??





Mak saya still di ICU. Harap2 ari ni dah boleh naik ke wad. My maklang dari Kedah pon dah datang sini nak jaga mak kat wad.. Alhamdulillah syukur sangat2 ada keluarga yang ambil berat di saat susah dan senang.. Saya sayang keluarga besar saya...

Dari malam tadi Hadif demam. Berbau satu kete makteh dengan muntah hadif. Huhuhu..





So that's it! nak cuti ari ni! biar pon cuti ada lg beberapa ketul, Keluarga lagi penting!!!


Sent from my BlogBerry®

live from HKL

.
.

waiting...

waiting...

waiting..


huurrmmmm....

Update!

.
.
My mom dah selesai menjalani Angio pukul 2.30 ptg tadi. Now tunggu result kelua n baru decide bedah ke tidak. Masuk ni 4 kali dah scan but doc tak dapat decide apa lagi dalam kepala my mom.

Penat memang penat ulang alik Taiping-Ipoh tiap hari. Dan skang ke KL pulak. Tapi MAK hanya ada SEORANG sahaja. I'll do the best i can.

Thanx frens for ur doa.




Sent from my BlogBerry®

Operation!

 .
Salam...


Petang ni my mom akan menjalani pembedahan kecil di kepala. Now mak tengah puasa. Dan lepas ni akan ditransfer ke HKL.

Doakan semuanya berjalan lancar. TQ


Sent from my BlogBerry®

Mana?

.


Lepas CTscan malam tadi, doc decided pindahkan mak saya ke hospital lain pulak.




From Hospital Taiping, pindah ke Hospital Ipoh. Now doc suh kami pilih untuk pindahkan mak ke Hospital Penang or HKL. Hurmmmm... Sungguh tak ku faham..




Dah 3 kali scan, but x dapat pastikan lagi apa sakit sebenar...

Plz pray for my mom. Tq


Sent from my BlogBerry®

Update Mak!





.
my mom ditransfer from spital taiping to spital ipoh.. doc taiping cakap ada pendarahan dalam otak n kena operate di ipoh...

doakan mak saya selamat!

..



Mak!

.



Eceli, lepas berubat cara kampung my mom dah makin sihat. Aku baru je balik dari kampung semalam. Memang nampak mak beransur pulih. Boleh jalan, boleh buat kerja cam biasa..

Tapi tadi ayah aku call bgtau mak aku dah sakit balik cam mula2 die kena sakit tu dulu. Ya Allah! Pening mak aku datang balik! Badan dah lembik.. Tak boleh nak bangun langsung!

Now atas nasihat sepupu ayah yang jugak doktor yang rawat mak aku dlu, doc suh anta mak aku ke spital malam ni jugak! Coz kat spital ada ubat tahan sakit kepala tu.. Ya Allah kasihanilah ibuku.. Kurangkan lah beban sakitnya Ya Allah...

Korang tolong doakan mak aku..


Sent from my BlogBerry®

Aku tak mintak lebih, just tolong doakan mak aku cepat sembuh dan sihat seperti selalu~

.
1st skali, terima kasih kat korang yang dok bertanya pasal kesihatan mak aku... aku taktau dari mana aku nak start, tu pasal dah 3 ari masuk opis, still taktau nak cite camne....

asal nak menaip jer, mesti nak mengalir air mata.. ye la, ini cite pasal mak aku, orang yang melahirkan, membesarkan aku... aku jadi sebak!

yer, mak aku sakit!!

ada ketumbuhan kat dalam kepala mak aku. 





masih di peringkat awal. stage 1. tapi mak aku hanya mampu baring jer.. kalau duduk, cepat jer rasa pening. minggu lepas, 5 hari mak aku 'lost'. dalam erti kata lain, mata terbukak, tapi jasad takde kat situ... di awan-awangan... cakap ngarut², diri tak terurus, terpaksa pakaikan pampers.... dan Alhamdulillah, lepas pergi berubat kat orang kampung, mak aku dah 'sedar'. dah boleh bercakap macam biasa, but still terbaring...

dalam 2-3 hari lepas berubat cara kampung, mak aku dah boleh bangun sendiri, mandi sendiri, makan pon dah suap sendiri... tapi tak boleh duduk lama, mak aku cepat pening!

apa kata doktor?

jalan penyelesaian nya memang kena 'belah' jugak! tapi kat Malaysia ni ada 3 je hospital yang ada kemudahan untuk penyakit ni - HKL, Ampang Putri, Gleneagles. tapi doktor prefer di HKL coz kat sana ramai pakar penyakit ni, dan equipments yang mencukupi.. tapi masalahnya Q/waiting list adalah terlalu panjang... 

so, buat sementara waktu ni, kami sefamily sepakat untuk teruskan berubat secara tradisional. kami bagi tempoh sebulan. kalau keadaan tak beransur pulih, kami terpaksa anta mak ke hospital. itu pon sebab nak dapatkan no giliran untuk pembedahan... kalau dah warded, susah pulak nak bawak keluar untuk berubat traditional.. dekat hospital pon dorang kasi ubat tahan sakit jer... dan tunggulah sampai giliran untuk operation.

dan buat sahabat/bloggers yang baca post aku ni, aku mohon kalian doakan mak aku agar cepat sembuh dan diberi kesihatan yang baik... tak tertanggung rasanya nak melawan dugaan ni, apetah lagi tengok keadaan mak aku yang mampu berbaring jer... menitis air mata aku masa mandikan mak waktu mula² mak sedarkan diri... mak menangis... 




mintak jasa baik korang, kalau ade info pasal perubatan tradisional penyakit ni, sila la inform aku terutama sekali pengamal perubatan di kawasan Taiping. Terima kasih.