.
.
Polis menemui semula kereta Nissan Fairlady yang dicuri. - Foto Che Rani Che Din
.
Kuala Lumpur: Polis menemui semula kereta mewah, Nissan Fairlady
370Z Coupe, yang juga hadiah utama Anugerah Bintang Popular Berita
Harian 2012 (ABPBH2012) di Taman Skudai, Johor Bahru, selepas dilarikan
dari sebuah pusat servis di Segambut, di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, kereta itu yang sepatutnya diserahkan kepada Bintang
Paling Popular ABPBH2012, Shahiezy Sam, ditemui ditinggalkan di tepi
jalan berhampiran taman perumahan berkenaan, kira-kira jam 1 pagi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika mengesahkan
penemuan itu, berkata hasil siasatan tidak menolak kemungkinan kereta
berkenaan, yang masih belum didaftarkan, sudah mempunyai pembeli dan
sengaja ditinggalkan di lokasinya ditemui untuk diambil pembeli
terbabit.
Tunggu diambil pembeli
“Polis mengesyaki kereta itu ditinggalkan untuk diambil
pembelinya. Ketika ditemui, kereta terbabit menggunakan nombor
pendaftaran palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa dan orang ramai,”
katanya.
Sabtu lalu, sebuah kereta Nissan Fairlady 370Z Coupe bernilai
kira-kira RM350,000 dilaporkan hilang dari pusat servis Edaran Tan Chong
Motors Berhad di Segambut, di sini, selepas dilarikan seorang lelaki
tidak dikenali.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, kereta berkenaan
dikatakan dalam proses perincian terakhir untuk diserahkan kepada
penganjur ABPBH2012 sebagai hadiah utama Bintang Paling Popular.
Mohmad ketika mengulas lanjut, berkata polis sedang mengesan
suspek utama, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis
terbabit, selain modus operandi digunakannya dalam beberapa kejadian
curi kereta sebelum ini.
“Ketika kejadian, suspek dilihat memasuki pusat servis terbabit
membawa bersama fail kuning dan mengambil gambar kereta itu sebelum
berpura-pura mahu memandu uji kenderaan terbabit.
“Melihat ada kunci ditinggalkan dan tiada sesiapa mengawasinya,
suspek bertindak menghidupkan enjin kereta dan terus memecut keluar dari
premis itu. Kita percaya kereta itu sudah dijual kepada orang tengah
pada harga RM30,000 sebelum dibawa ke Johor Bahru,” katanya. *info :
Berita Harian online
.
p/s : lol... kesian Sam.. belum pape kete dah hilang.. nasib jumpa balik.. sabo je la...
.
.