Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Ikut Iman Barulah Aman

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

 Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja Tuah buang semua barang2 yang ber’lambang’ Yahudi di rumah. Tidak mengira mahal atau tidak harga barang itu, seperti laptop yang menggunakan processor Intel Inside sehinggalah handphone Nokia Tuah ini. Tapi, kalau ikutkan hatilah.

Orang kata, ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut iman barulah aman. Jadi, disebabkan nak aman ikut imanlah Tuah.

**************************************************************************************************************************

Banyak benda yang berlaku ke atas Tuah dalam 12 hari Tuah tidak buat post baru. Masa yang dibazirkan dengan benda2 yang kurang penting lebih Tuah utamakan dari menulis post ini. Perlu ke diceritakan di sini? Nanti sudah seperti blog-diari seperti yang ramai buat, terutamanya perempuan.

Tapi, atas dasar kasihan kepada kipas-susah-mati (die hard fans)Tuah yang mahu juga tahu apa yang berlaku ke atas Tuah, maka secara ringkas Tuah akan cerita, hehe. Ceritanya begini.

Bermula 12 April lepas kami pelajar tahun 2 FKUP (Fakultas Kedokteran (FK) Universitas Padjajaran (UnPad)) telah melangkah ke system baru iaitu Hemato-Immunology-System (HIS). System ini di antara yang susah sepanjang belajar di fakulti ini, bagi kami. Moga2 kami semua dapat memberi kensentrasi yang tinggi sepanjang belajar system ini.

Sempena masuk sistem baru, kami juga dipecahkan kepada kelompok baru. Tuah diberi kelompok E1, kelompok pertama bagi pelajar2 Malaysia. Yang terbaiknya dalam kelompok ini ialah semua ahlinya perempuan, termasuk Tuah (lelaki sejati) ada 11 orang semuanya.

Tutorial pertama memang agak suram bagi Tuah kerana perlu ‘masuk’ dengan telatah dan cerita2 mereka. Mula2 memang Tuah agak senyap, tetapi tutorial kedua dah mula bersuara. Tutorial ketiga sudah mula bising, hehe. Semoga kami aman dan sentosa hendaknya sebagai satu kelompok hingga akhir nanti.

Sejak Khamis lepas sehingga hari ini Tuah menyibukkan diri bersiap siaga untuk menghadapi kejohanan badminton sempena Olimphiart 2010 yang sedang berlangsung. Empat hari berlatih badminton, sehari kemudian ke gymnasium, esoknya berlatih lagi, dan bertanding hari rabu malam.

Semalam selepas kecewa kerana kekalahan yang tidak sepatutnya berlaku Tuah ke gym lagi. Malam tadi berlatih badminton untuk bertanding esok. Moga2, berkat usaha dan doa yang Tuah panjatkan ke hadrat Ilahi Tuah akan menaang esok, beregu badminton, amin. Doakan kami ye.

Tapi, Sabtu lepas Tuah pergi ke satu program bertajuk Care For Palestin di kampus, anjuran Dewan Kebajikan Masjid Asy-Syifa’ FK (Asy-Syifa’). Masuk2 je ke dewan tempat berlangsungnya program hanya Tuah seorang sahaja pelajar Malaysia yang datang. Tidak tahu mana pergi yang lain.

Dengan t-shirt berkolar dan seluar jeans semua yang hadir tengok Tuah dari atas sampai ke bawah, macam pelik sahaja. Maklumlah, program Palestin, mungkin pakaian formalnya baju melayu dan seluar slact. Tapi, apa masalahnya dengan jeans? Bukan haram pun memakainya. Apa yang tidak kenanya dengan majlis tersebut?

Sejak 2 minggu ini juga Tuah telah memberhentikan segala usaha memuat turun movie, lagu dan tv series. Tuah dah kata mahu berubah, mahu bersama menaikkan semula nama Islam, maka hiburan yang melalaikan Tuah buang jauh2. Permainan game pula yang Tuah ceburi, harap2 tidak berlebihan pula.

Dalam 2 minggu ini juga kecoh di Malaysia mengenai APCO, sebuah syarikat konsultan yang memberi konsultansi mengenai perhubungan awam, termasuk juga kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (DSN). Banyak juga yang dibayar kerajaan kepada APCO ni untuk konsultansi mereka.

Yang kecohnya, pembangkang mengatakan kerajaan kini bersekongkol dengan Zionis Israel membunuh rakyat Palestin dengan menggunakan khidmat APCO ini, yang katanya milik Yahudi. Yang peliknya, kenapa Facebook yang terang2 pengasas dan pemiliknya Yahudi mereka masih gunakan tetapi APCO mereka tidak mahu guna? Apa bezanya ek? Tolong terangkan.

Cari punya cari Tuah jumpa kaitan pengasas APCO ini dengan Israel. Margery Kraus, seorang ahli jawatan kuasa yang membentuk Teuza Fund, suatu pertubuhan untuk bidang berteknologi tinggi dalam hal kesihatan, bioteknologi, komunikasi dan software untuk Israel.

Memang dia ini orang Amerika dan asal sana tapi dia terlibat secara langsung dalam pembinaan negara Israel. Tuah jumpa info tersebut di sini http://www.apcoworldwide.com, http://www.eurasia.org dan http://www.teuzafund.com/. Jadi, apa komen anda wahai penyokong kerajaan?

Facebook memang Tuah tidak jumpa apa2 yang boleh mengaitkan pengasanya dengan Israel melainkan dia seorang Yahudi tulin yang mengamalkan ajaran Judaisme. Tidak jatuh hukum haram berurus niaga dengan orang seperti ini, Cuma kalian jangan dilalaikan dengan Facebook sudahlah.

InsyaAllah, dalam 44 hari lagi Tuah akan menduduki peperiksaan akhir semester 4, tahun ke-2 sebagai pelajar FKUP. Semoga Tuah sudah bersedia untuk mengahadapi peperangan tersebut. Jom mula sibukkan diri dengan belajar untuk final tersebut sekarang kawan2 FKUP ku!

Akhir kata, 2 minggu ini banyak benda berlaku. Bukan banyaknya yang penting tetapi betapa kita mengahargai segala yang berlaku, betapa peratus kebaikan yang kita lakukan dalam segala aktiviti yang kita lakukan sepanjang masa tersebut. Dan berapa banyak pula tindak balas yang baik yang berlaku ke atas kita sepanjang masa berlangsungnya benda2 tersbut.

Wallahualam.

 ~Comel betul budak ni joget, Amin boleh buat ke?~

Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Thursday, March 26, 2009

Futsal oh footsol!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Cuba teka sukan yang paling popular di dunia, paling popular di Malaysia, paling popular di kalangan lelaki? Salah. Tengok title anda mesti kata futsal. Jawapannya ialah bola sepak. Apa bezanyakan?

Bola sepak ni main 11 orang dengan 11 reserve. Main atas padang rumput, saiz besar. Gol bersaiz besar. Bola saiz 5. Kasut ada stuck. Kalau futsal pula main 5 orang dengan 5 reserve. Main dalam court keras macam simen, saiz tak sampai half padang bola pun. Gol saiz gol hoki. Bola saiz 4. Kasut takde stuck. Bola sepak main slow, tak perlu speeding except nak kejar bola. Futsal perlu stamina tinggi, speeding agak perlu juga. Game pun laju. Player kalau dah keluar boleh masuk balik macam basket ball dan hoki, tapi bola sepak tak boleh. Kalau nak dibandingkan keduanya, Tuah lebih suka bola sepak, lebih puas main. Kawasan pun luas, senang nak dribble.

Cerita pasal futsal, kan dulu Tuah ada cerita masuk tournament futsal kat sini. Dah habis untuk 1st round. Ada 5 match. Tapi kitorang kalah 3, seri1, menang 1, so tak layak untuk ke 2nd round. Memang sedih juga sebab tak layak. Mungkin sebab tak serius kot main. Dengan tak praktisnya, budak-budak ni pula perokok tegar, so stamina kurang. Lagi pun, tak semua team member boleh main. Setakat boleh tahan dan sepak balik je. Tapi, menang kalah adat permainan. Kami redha, cuma terkilan. Sebab awal- awal tournament lawan team mudah kami tak serius. 2 match easy boleh kalah dan draw je.

Yang kalah tu lepas dah lead 2-0 tapi dibalas 3-2. Yang draw tu kami ketinggalan 3-1 tapi kejar balik 3-3. Sikit je lagi. Lepas tu, match susah tapi dapat lead 1-0 sampai habis 1st half. Sebab seronok sangat mungkin maka kami dibelasah masa 2nd half dengan4-1! Next match tu memang 'sayur' la kami. Kalah 2-0 tapi sebab team oppose main ganas sebab diorang besar kot. Kami yang kecil-kecil ni memang tak boleh nak bid lah. Last match pulak menang tapi tak guna dah sebab dah tahu tak layak. So, masa match yang kami main-main ni pulak menang 2-1.

Tapi sepanjang 5 match ni, Tuah just main 15 minit je. Sebab tiga mingga injured so taknak main lama-lama. Lagi pun selalu 'pancit' je, takde stamina, dah lama tak jogging. Lepas habis tournament ni nak jogging untuk next cup next sem. PKPMI Cup. Mintak-mintak budak-budak ni lebih serius dan kurangkan merokok.

So, even tak layak ke 2nd stage, tapi kitorang happy dan cool je. Main bukan nak menang tapi nak hae fun. Menang just bonus je. At the end, seronok juga lah join tournament ni. If God wills it, maybe kami akan dapat pergi next stage. Akhir kata, majulah sukan untuk, anggaplah ini satu ibadah. Demi yang mengurniakan kejayaan dan kesihatan. Adios amigos.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Thursday, February 19, 2009

Futsal-lah Pulak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

World Cup 2010 kat South Africa nextyear, so in the mean time bolehlah tengok Champion Leage for 2009 and 2010. Tapi, setakat menonton orang main je mesti tak cukup puas melainkan kita sendiri yang main, especially final match. Janganlah nak mimpi nak main masa final world cup 2010 nanti sebab Malaysia dah tak layak nak masuk pun, dan layak ke nak wakil negara even Malaysia layak?

So, banyaklah game yang dianjurkan untuk membolehkan ramai orang dapat main cuma tak seprestij final world cup. Starting 15/2 ni selama sebulan akan diadakan pertandingan futsal anjuran Kelab UMNO Cawangan Bandung (KUBI). Well, sebab taknak ketinggalan Tuah pun join gak even barely good in footbal, wakaka! Group Tuah nama Mock-A-Junior, 10 members: Tuah (substriker), Ato as captain (top striker), Kudin as manager (last man defender) , Raop assistant manager (backup striker), Akmal coach (subdefender), Azrinas (midfielder), Kacak (subdefender), Aiman (submidfielder), Luqman (submidfielder) & Ashak (goalkeeper).

Pada 1st match, Mock-A-Junior vs SuperPet (Twp08). Selepas mendahului dengan 2 gol menerusi Ato & Raop tidak sampai 10 minit perlawanan, kitorg pulak dibolosi 2 gol sebelum tamat halftime15 minit. Selepas rehat, kitorg dibolosi dengan 1 gol sehingga tamat perlawanan dengan result 2-3 tewas. Apa yang membengangkan kitorang dah lead by 2 gol tapi lawan segera bangkit dari ketinggalan dan meneruskan penguasaan dengan menambah 1 gol lagi. Mungkin kerana masing2 dah penat, so kitorang just macam biar je kalah sebab dah tak larat nak main.

Tapi, kalah sekali tak bermakna kalah lagi sekali lagi dan sekali lagi dan sekali lagi yang akan menjadikan kalah 3 kali. Ahad ni 22/2 kitorang jumpa Twp07 plak. Dengan perancangan rapi dan strategi2 yang telah dipelajari sepanjang minggu ni, kitorang tak berharap menang besar, asal menang cukup, taknak seri apalagi kalah.

Akhir kata, tolonglah doa2kan kejayaan Mock-A-Junior untuk menang every match after this until qualify to super leage and seterusnya ke semi, final dan terus menang kejohanan ni een kitorang 1st time join. Don't 'mock the junior' because there are not really a junior.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh