CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label REKOD UMI BABY. Show all posts
Showing posts with label REKOD UMI BABY. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

KETAKUTAN LAGI~

ASSALAMUALAIKUM...

30 November 2012
Khamis aku blk merbok. Saja la tido bilik bawah sbb malas nak naik atas dah. Esoknya bila aku bangun tido, tetiba perut aku saket sgt. Aku syak sbb aku salah posisi tido. Sbb masa aku bangun tu kdaan aku megiring ke kiri dgn separuh perut tertindih. Lps bngun tido aku duduk kejap, rehatkan perut. Nak bangun solat pon xblh. Beberapa minit kemudian baru gagah bangun semula.

Lps tu aku blk sp, suami mcm besa pi keja. Masa tu aku dh lupa sekejap apa yg dh jadi, lagipon masa tu dh x sakit dah. Ptg tu baru aku perasan yg hari ni aku belum rasa baby bergerak. Sebelum tu aku tido, pastu ptg tu plk mcm x teringat nak rasa gerakan baby (masa ni blm rasa gerakan yg kuat, just blh ‘rasa’ gerakan baby). Kebetulan ptg tu fana call, bergayut dgn dia punya laaaa lama! Masa sembang tu baru tringat nk habaq kat dia. Then dia pesan soh p klinik ASAP. Aku dah cuak masa tu. Aku nak tunggu suami blk, tp fana soh pi segera. Aku dh mcm gabra semacam kan, lagi la x blh nk drive. At last tunggu suami blk jgk. Asalnya mmg xmau bagitau suami pon.. tp mcm besala suami mcm tau2 je, lps ckp dgn fana tu dia msg “baby ada tending x hari ni?”. Haishhh aku yg inesen x pandai tipu ni pn tpaksa la ceritakan apa yg jadi. Terus suami ckp get ready, blk nanti pi klinik. Sbb masa tu dah nak abes opis hour dah.

Bila suami blk, aku tgk muka suami dh lain. Aku pulak slamber je dok sembang. Aku tau suami mesti geram kat aku. yela dia punya laa cuak bila aku gitau baby x gerak, dy expect mcm hal serius la kan skali bila dia blk aku rilek ja dok nyembang dgn mak. Sbnarnya aku buat mcm tu pon sbb xmau bg dy tambah2 risau la. dkt mak aku pon aku x bagitau, kami dua je tau sbb aku xmau org sekeliling bimbang. Lps maghrib, kami terus keluaq. Sebenarnya hari tu jumaat, mmg susah gilaaa nak cari klinik yg bukak. B4 tu suami dh gugel senarai klinik area sp then print depa punya contact number. Sblm pi kami call semua klinik yg ada, tp kebanyakannya tutup. Klinik azhar pulak, doctor yg ada tu x buat scan puiiiiiii la aku urgent mcm ni masa ni la doctor tu nak duty pon!

So kami ambek keputusan utk ronda sp dan cari ja mana klinik yg buka. Fisrt kami pi klinik dr.zainol kt taman patani jaya, TUTUP. Lps tu masuk pecan sp, pegi klinik bersatu (24jam), tp syg doctor t upon x buat scan mengandung. Lps tu pi klinik cinta saying, yg selang beberapa buah kedai je dr klinik bersatu tu. Mujoq laaa doctor tu mau scan. Tp kat situ semua doctor hindu. Doctor yg rawat aku pon lelaki, singh. Terpaksa la jugak pi situ sbb aku rasa kes ni darurat.

Masa scan tu, doctor tu kerut muka sambil urut dagu. Dia kata kedudukan baby kami a bit weird. Lama gilaaaa dy scan, sekejap soh aku ke kiri, kejap soh aku pusing kanan, sbb nak tgk kedudukan baby berubah ke x. masa memula tu dia kata pelik tu aku dah cuak. Tp dia kata baby ok, malah bergerak dgn sgt aktif, dan takde masalah langsung. Cuma kedudukan baby yg agak pelik (bukan songsang), tp tak membahayakan. Dia scan lama gila sbb dia kata dia x penah jumpa situasi mcm ni. Aku nak habaq kedudukan pelik tu macamana pon xtau, tp aku faham (tgk) la apa yg doctor tu maksudkan.  Senang cita, kalo baby lain selalunya duduk melengkung punggung kat bawah, tp baby kami seolah2 buat kuak lentang (tp melengkung) giteww. So disebabkan kedudukan baby yg begitulah yg membuatkan aku xdpt merasa gerakan baby, sedangkan baby kuat je tendang.
Byk kali aku Tanya sure ke baby kami sihat xdak pape, sampai doctor tu pn rimas kena Tanya byk kali hahaha! Pastu dok Tanya “macamana ni doctor???” byk kali, sampai doctor tu ckp “saya nak buat mcmana, bknnya sy blh suruh dia ubah position”. Hohoho. Doctor nasihatkan aku supaya byk berehat. Kalau dlm masa 24jam baby masih x bergerak, better ‘berehat’ kt spital jela. dia suruh pi klinik tu semula then dia akan buat surat refer ke hospital.fuhhhh! disebabkan kelam-kabut tu kami lupa nak mintak print gambaq baby!!!! grrrrrrrrrrrrrrr

Tp mujoqla, lps blk umah mlm tu baby kembali bergerak. Syukur Alhamdulillah…baby saja latewww nak test umi abi kannn :)


Tuesday, May 28, 2013

THE BIGGEST FEAR

ASSALAMUALAIKUM...

31 Oktober 2012
Mlm tu, aku tido mcm besa. Tp tetiba, perut aku rasa sakit sgt. Yaaa sakit yg teramat sgt! Xtau nak habaq mcmana. Msg fana, x berbalas. Tido lettewww. Post kt wall dia. Walopun tau xkan memberi apa2 kesan, tp aku puas hati. Mungkin tu salah satu cara utk menenangkan hati aku.
Sepanjang mlm tu aku tahan sakit. Sampai ke tahap xtau nak buat apa, aku Cuma mampu berzikir sambil pegang perut sampai terlena. Tp lena x nyenyak pon. Dlm lena pon still dpt rasa sakit tu. Nak ajak naqiah pi spital, x sampai hati pulak nak kejut dia. So tahan jela. Pkl6 pg, fana call. Dia pesan soh cecepat ke klinik. Better klinik swasta.

1 November 2012
Tp aku kena pegi klinik kjaan, atas sbb2 tertentu. Sbb xmo ada spekulasi krg enak. Lgpon klinik swasta bkak pkl9 pg, so aku pegi klinik kjaan dulu pkl8 tu. Besala, kalo dh nama klinik kjaan ni mmg la lambat. Memula masuk bilik doctor (tp MA yg incharge), depa pon xtau nak buat depa. Katanya semua doctor xdak hari ni. Niceee nama klinik tp xdew doctor! Pastu depa pass aku ke bhgn ibu & anak. Ponnn sama. Nurse tu ckp xtau nk bt apa, stakat check perut tu blh la. Haishhh x blh jadi ni! Perut dah la makin sakit. At last masa depa soh pi test urine, aku blah mcm tu ja. X tahan dh. Kebetulan masa tu dh pkl9. So aku terus je ke klinik pakar putri.

Sampai sana, daftar semua terus masuk jumpa doctor. Pepagi buta kan, mana ada org sgt. Doctor scan, dan ckp “kemarin buat apa?” aku mcm blur2 x faham soklan kan. Maksud doctor tu apa xtvt yg aku buat. Kot2 aku ada buat xtvt lasak. Puas aku pikir, last2 baru teringat. Kemarin tu aku pi site. Sehari suntuk kitorang kt site, tgk kerja2 pembinaan opis baru. Mmg la xdak buat apa pon, jz pegi tgk ja, tp dah nama pon site, paham2 la kdaan mcmna kan.  “hmmm…mak buas sgt ni…” kata doctor tu.


Kena berleter sket la kan. Dah tau preknen gagah pi site jadah tu buat gapo? I hv no answer for that ok! Dah semua opismet pi site, xkan aku nk congok sorang dlm opis. Doctor kata sakit tu tanda2 abortion, but Alhamdulillah sgt xdak apa yg berlaku. Berderau darah aku masa dgr perkataan “gugur” tu. Syukur Alhamdulillah baby sihat, Cuma saiz baby agak kecik, but still ok. Jugak kena berleter sbb masih pakai baju kurung. Katanya kain dh ketat, nk bukak susah. Padahal yg susah bukak tu sbb zip rosak wkwkwkwk! Tp dlm sakit2 tu tetap rasa bahagia bila tgk baby dok godek2 kemain lg kt dlm. Baby aktif sgt! Doctor tunjuk semua anggota badan dia, tp malangnya gender blm dpt dikenalpasti. sobsss

Doctor nasihatkan aku rest bebanyak dan bg mc 2hari. masa tu x pikiaq keja dah, yg tau Cuma anak dlm perut. Doctor pesan jangan buat apa2 keja, jgn pi mana2, jgn bersama suami, jz REHAT (dgn nada ditekankan). Bila gtau fana pon sama, siap pesan soh aku tidoqqq ja, bangun untuk makan & mandi SAHAJA. Amboi kau overrr nyah! Hahaha!

kebetulan hari khamis kan, dlm keta mmg dh siap tersedia semua brg utk blk kampung la. So blh la terus shoot blk sp. masa dlm keta sempat minum susu yg aku beli masa odw nk pi klinik td sbg alas perut utk mkn ubat. Tgh drive tu sakit dtg blk. Terketaq2 tangan aku cuba capai ubat dan makan, sambil memandu. Bayangkan lah drive sambil tangan sebelah pegang perut. Dlm kepala masa tu Cuma nk cpt sampai ja. Mujoqlaaa jln lengang waktu2 mcm tu. Sampai umah, tkejut mak tgk aku.
Terus crita kat mak apa yg jd. Mak pulak cecepat kupas epal utk aku makan. Hiding mi grg la. Dgn harapan aku dpt jamah sket sbb perut kosong. Tgh dok crita tu tetiba loya. Nahhh muntah habeh semua susu yg minum td. Lps tu terus aku baring, merehatkan diri sepuasnya. Suami, toksah ckp la. risau kemain bila aku msg. tp aku cuba tenangkan dia sebaik mungkin, dan x bagitau psl threatening abortion tu. Dia blk baru cerita. Huhuhu

Sbb tu la lps kejadian tu aku x berani nk jalan jauh2 sgt. Dh la masa tu musim wedding, mmg x la aku nak pi kan. Wedding area sp ja aku pi, luaq sp mmg mintak maaf sesangat. Mmg la tringin nk pi wedding kengkawan kan, tp pikirkan anak dlm perut lbh utama.
Dan lps kejadian tu jgk, aku x lagi jejakkan kaki ke site opis. Fobia. Lantak laaa apa org nak ckp, yg penting anak aku. maaf selfish. Tp percayalah yg aku tringin sgt nak pi site opis tu mcm org lain, tp mengenangkan kdaan aku, aku x berani nak ambek risiko~

kpd ibu2 mengandung di luar sana, jaga kandungan anda bebaik ye. kdg2 sesuatu xtvt tu kita rasa remeh je, tp impact dia sgt besar~



CHECK UP 30 WEEKS

ASSALAMUALAIKUM...

5/2/2013
1pm - baru gerak dr opis. singgah tesko lu mkn jagung & cappucino blended. perghhhhhhhh tghri pekena ice blended mmg nikmat!  sementara tunggu jagung & ice blended siap, sempat lg umi shoping baju mengandung. hehehe! lps tu duduk dlm keta mkn jagung sesiap. sbb umi kan x lalu nasi, bek mkn jagung sesiap alas perut.  lps tu terus nek heway, blk sp. sampai umah, solat. mak tok nak ikut teman baby check up sbb mak tok mmg dh pakai baju lawa baru blk lunch dgn tokwan giteww. fine! :)

3pm - sampai klinik, org x ramai mcm besa! fuhhh. spt besa, pi timbang dulu. berat 57kg, x berubah so kena guna pen MERAH ye. then ambek urine, cucuk jari utk ambek hb mcm besa. pastu baru menunggu utk jumpa nurse. mcm besala, tym ni la plg lama. tp x bosan sbb mak tok ada, sembang dgn mak tok x bosan =p
kali ni jumpa kwn lama mak, sofi anak cik yah, dan brader yg keja cha koteow dulu. gilaaa putih anak sulung dia, mcm cina. anak kedua pulak, kecik sgt2! 2.1kg only. x sempat nk 'main' dgn anak dia, nombor aku dipanggil.

lamaaaaa gila jumpa nurse kali ni. sebab??? haaaa nurse dok kemaskini buku merah aku. kali ni jumpa nurse veteran, terus dia kemaskn buku merah aku yg berserabut tu. dh la buku mcm belacan, penuh dgn surat itu surat ini. so dy susun blk semua bg kemas dan senang cari maklumat. gud! buku aku berselerak tu pon sbb nurse2 sblm ni la men sumbat dan stepler ja sgla surat. bila dia dh sdh kemaskini buku merah aku, dy check la buku aku. nahhhhhhh rupa2nya ATT ke-2 dah miss lama dah. darah pon x ambek lg! (aku x pasti tujuan ambek darah ni). so mula2 check perut mcm besa, then dgr heartbeat bby :)


pastu kena cucuk ATT. aku ni kan mmg elerjik dgn jarum ni. masa tggu nk inject tu pon dh seram sejuk, masa cucuk tu xla skt sgt (bbanding sblm ni) tp ntah knapa lps cucuk kaki aku menggeletar. jln pon mcm org cacat, slow je sbb kaki aku rasa mcm x pijak tanah. wuuuuuuu x suka jarum!

pastu pi blk dpn pulak ambek sampel darah. kali ni aku hulur tangan kiri plk. pon sama, sakit sikit ja tp aku punya jantung tu dupdapdupdap mcm apa ja! then hantaq sampel darah tu ke makmal dan blk. kesian mak tok tunggu lama...

5pm - terus gerak ke tesco sbb mmg nak cari brg baby. mak plk nak cari baju raya. aku ingt mak nklk survey ja, rupanya mak mmg dah x sabaq2 nk beli. aku plk x bajet pon nk beli bju raya, tp dh mak beli xkan aku x beli. sbb kmi tetiap thn kaler sama. tp kali ni sory mak, x blh sapot baju rya dh sbb nk sapot baju raya suami. bab2 baju raya mmg slalunya aku x mintak duit kt suami, mmg aku urus sendiri sbb aku yg eksaited! =p
so aku beli kain yg sama utk kami suami isteri. utk baby, dh keluaq nanti mintak kat abi naaa. kain kami sama dgn abah. mak beli kain jns lain tp kaler sama. mak mmg pelik sket. dy xmo beli kain 1 kayu, pelik katanya. bila aku soh buat baju kain kosong pon mak xmau. tp berkat usaha aku akhirnya mak stuju pakai kain corak + baju kosong. fuhhhh!

then masuk watsons beli sabun baby. xjadi masuk tesko sbb dh lwt dan xdak apa nk bli dah. lps tu aku terasa lapaq sgt2 sampai berkerut2 perut rasanya. singgah ke bihun sup billion plk, tapau je 3 bungkus. mak dh risau tgk aku lapaq sgt. mak tnya knpa x mkn sana ja, kan cpt. huhu...risau sggh mak! xpela, dh lwt kan, x solat asar lg.

6.30pm - sampai umah, dpt call dr suami. then lps solat asar, tgk setia hjung nyawa sambil tggu suami blk. tp suami kena ot. wuuuuuuuuuuu!

9pm - lps isyak suami blk, sembang2 dlu skali dgn mak. aku pulak sblm tu bergayut dgn mak metua dkt stgh jam, sampai suami blk tu pon aku dok ckp fon lg. lps sembang, solat dan pi mkn kt gerai kt tmn sri wang je. mak la ni promote ada kedai baru. dan mmg ternyata sedap!!! lps ni blk sp mmg kna makan kt situ! blk umah, layan tv2 dgn family. cita apa ntah memey dgn norman brlakon, shooting kt titi semeling gitewww! pkl12, masuk tido. test lampu hadiah dr cik gksb (sbb baru beli mentol) dan mmg best sbb cahaya suram romantik gitewww!


Wednesday, May 1, 2013

KKBA & HOSPITAL YAN~


ASSALAMUALAIKUM...

5 Januari 2013 - Sabtu

Bsp test 4x sehari. 

Result :
4.7/4.2/4.8/6.8

Fine, result malam x cantik! Kena jumpa doctor plk esok. Bagusss sgt, padahal aku kena pi hospital yan esoknya. Niceeeeeeeeee~

6 Januari 2013 - Ahad

Pepagi buta pi KKBA dulu, konon nk jumpa doctor utk tgk result bsp je kan. Aku pon dgn bangganya ckp kt nurse tu nak jumpa dktr ja, x perlu la nak timbang2 bagai.  Nurse kata kena jgk timbang, urine mcm besa, ini prosedur. Kan aku dh ‘gaduh’ dgn nurse tu. Aku sbnrnya nk rushing pi spital yan plk. Aku terus masuk bilik doctor, then doctor ckp yes, kena timbang, urine & test darah mcm besa. Dem!

REKOD :-
Hb :11.2
Berat : 57.5
Tekanan darah : 105/59

Sumpah aku stress! Dah laaa tunggu lama gila! Hari ahad kan. Skali jumpa doctor, jz bagitau “bsp awak x cantik la. Nanti sy buat surat refer dietician. Awak keluar dulu, nanti sy panggil bg surat”.
Dem! Aku tunggu berjam2, tu je yg dia nk ckp??? Whoaaaaaaaaa stress! Mujoq la suami ada utk tenangkan aku T___T

Lps tu kami terus lunch. Lapaq sgt dah. Tp dlm lapaq dan stress tu sempat lg ajak suami singgah hasani sbb nak beli novel. Whaahaha! Lps tu baru ajak suami makan kt tempat yg mak slalu mkn. Suami mkn nsi grg, aku mkn mi grg. Oh sedap!!! Then terus gerak blk merbok dulu. Singgah solat je. Rasa penat sgt! Sempat lelap 5minitt pastu suami kejutkan nak ke spital plk. Adoiiiiiiiiiii rasa malas sgt nk bangun!
Sampai spital yan, terus daftar then tunggu giliran mcm besa. Adoiii dahaga tahu! Penat apatah lg. skali lg aku buat drama kt spital tu. Lentok kt bahu suami sementara tggu giliran. Lantak la org nk kata pa. aku mmg xlarat sgt!

B4 jumpa doctor, jumpa nurse dulu utk check tekanan darah. Nurse kata tekanan darah aku rendah. Dia Tanya la aku ada pening ka dak. Laju je aku cakap TAK! Yelaa kang ckp pening kang panjang plk cita. Aku dh letih nak check2 semua tu tau! Then jumpa doctor. Aku tunjuk surat appointment, doctor blh Tanya aku nk buat apa. Fuhhhhhhhhh panas! Aku pon ckp la hari ni kna jmpa dktr sbb nak tau result urine aku masa warded dulu. Mujoq laaa ada nurse yg tau. Dia pi cari rekod aku then bg ke doctor. Tahu doctor ckp apa? “ok, urine awak xdak pape.”
Dem lg! mai jauh2, tu ja doctor nak ckp??? Ohhhhhhhh nangesss! T___T
Lps tu blk merbok. Terus aku tido. Suami pi cuci anak ikan. Tu laaaa kali pertama anak ikan kami mandi wahaha!


MGTT 2


ASSALAMUALAIKUM...

27 Disember 2012 - Khamis

Kali ni minum air gula utk kali ke-2. Aku mai sorang ja, suami keja. Plg teruk, aku demam. Demam yg mmg dahsyat. Drive pon gagah ja. Minum kali ni pon aku bernasib baik, minum setengah ja pastu tuang. Yerkksss! Hahaha! Lps ambek darah kali pertama, aku ke pasar tani jumpa mak & the gang. Saja malas blk umah sementara tunggu cucuk utk kali ke-2.

Kawan2 mak semua heran tgk perut aku yg kecik & muka aku yg pucat sbb demam. Mak risau sgt aku ikut mak pi pasar tani. Mak risau aku pengsan sbb tgk kdaan aku teruk sgt dah. Tp aku ckp aku ok. Mak x bg langsung aku tlg bawak brg kat mak. Semua mak bawak sendiri. Wuuu apela mak ni!
Lps tu aku ke klinik semula utk ambek darah kali ke-2. Then balik umah terus pengsan. X larat sesangat! T__T

RESULT :-
Fasting : 3.96
2HPP : 8.10

Fine, lbh had! Kena buat bsp pulok T__T

CHECK UP 4 & 5 : SELASA & ATT


ASSALAMUALAIKUM...

20 November 2012 - Selasa

Checkup kali ni pi sorang, padahal hari ni besday suami. Wuuu~

REKOD :-
Hb : 11.1
Berat : 56.50kg
Tekanan darah : 107/60
Tinggi Rahim : 19cm

Hari ni xdk isu apa sgt pon. Mcm besa la krg selera makan, berat turun. Kali ni nurse cerita ttg kelebihan susu ibu dan kepentingan susu ibu kpd bayi.
Terkejut pulak aku kali ni abes awal, pkl11 dh setel semua. Ohhh ni kan 1st tym mai checkup hari selasa, rupa2nya hr slasa x ramai org, sekejap je dh blh blk.

Dah alang2 abes awal, aku nekad nak pi cari pizza hut. Xtau kenapa tym ni ngidam sgt nak pizza hut yg set lunch tu, yg utk sorang makan tu.  Nak blk umah pon mak abah semua xdak, p Pahang. Merayau laa aku sensorang kt sp tu. Pi cs, konon nk mkn pizza. Damn, rupanya pizza kt situ kan dh lama tutup. Kan dh pindah ke village mall.  Adoiiiiiiiiiila jusiza! Fine, pizza xdak, mari kita tgk wayang.
Pi laaa tingkat 5 tu. Nahhh wayang pon tutup. Pindah ke amanjaya mall. Alahaiii jusiza apa la malang sgt! Memula rasa frust jgk, rasa nk merajuk dgn diri sendiri. Tp pikir2 kalo merajuk akku sendiri yg rugi. Maka gagahkan diri ke village mall.


Akhirnya dpt la jgk  aku makan set pizza lunch tu, rm8.90 per set tak termasuk tax. Aku makan 2kpg je pizza, lbh bawak blk. Hohoho hr ni besday suami tp aku yg makan lbh2 kan.


18 Disember 2012 - Selasa

Checkup kali ni, kena cucuk. Wuuu! Cucuk ATT namanya. Tujuan aku xmau ambek tau, yg pentin aku redha dicucuk. Sobbsss! Sblm mai ni, mmg nbes sgt! Takut kena cucuk hoiiiiiiiii

REKOD :-
Hb : 11.0
Berat : 56.50kg
Tekanan darah : 107/59
Tinggi Rahim : 23cm

Lps check perut, kena pegi bilik suntikan. Alahaiiii ketaq lutut hoi! Masa cucuk tu saket la skit, tp lps cucuk tu yg terasa sgt. Lps checkup aku pegi ke yan. Then ke bujang plk melawat wildan. Pastu baru blk merbok. Fuhhh! Lenguh tangannnn drive sbb kesan suntikan tu dh mula terasa.
Mlm tu, mak metua bawak pegi mengurut. Wuuuuuu best! Kesan suntikan tu, melarat dlm 2-3 hari jgk la. Rasa kebas2 gitu. Suami pn x blh dtg dkt, takut terkena tangan! =p



Wednesday, April 10, 2013

CHECK UP 3 : BERAT TURUN MENDADAK~

ASSALAMUALAIKUM...


21 Oktober 2012 – Ahad

Kali ni punya check up masih bertemankan suami. Untung tau suami teman. Nak air suami pi beli, nak buah suami pi belikan. Kalo ngantuk tunggu turn, blh landing kt bahu suami. Lantak laaa org nak menyampah tgk pon, yg aku tau aku ngantuk-letih-x larat. Hohoho~

Kali ni punya checkup, nurse jz crita psl pendarahan semasa hamil, dan nasihatkan mkn ubat ikut aturan. Check perut mcm besa ja. Dan hari ni kebetulan aku mintak nk tukaq hari utk checkup seterusnya. Memandangkan dh nak ambek anak ikan, so bln dpn aku mintak tukaq checkup pd hari selasa. Dh ada keta kan, so blh la aku ulang-alik sendiri, xdak nyusahkan sesapa. Kenapa tukaq? Sbb meluat bila org argue kenapa slalu cuti ahad. Cam harommm je rasa! ***maaf emo!

REKOD :-
Berat : 55.5kg
Hb : 11.7
Tekanan darah : 106/62

CHECK UP 2 : DOKTOR & NURSE~

ASSALAMUALAIKUM...


23 September 2012 - Ahad

Hari ni punya check up, jumpa 2-2, dokter & nurse. Aku yg request utk sekalikan aja jumpa dkter dgn nurse. Yela, bkn senang aku nak mintak cuti slalu. Aku pilih appointment ahad la sbb suami aku cuti ahad. Aku kan xde transport masa ni, so mmg bgantung kt suami la. Mohon paham! Kesah pulak aku slalu cuti ahad coihhh~

Kali ni punya epoimen aku eksaited dan berdebar sket. Sbb hari ni nk scan baby. To be honest aku mmg risau sesangat. Sbbnya berdasarkan survey, kebanyakan kwn2 aku pi scan baby kt swasta masa awl2 pregnancy. Yela nk tgk jantung baby ok ke tak, benda baru & kecik lg kan. Mana kita tau… tp aku, mmg x sempat nk pi scan kt swasta. Yela mana nak ada kenderaan kan. Dgn cuti xdak lg. so aku xtau baby aku kt dlm ni ada nadi ke x, pikir mcm2 la. Kebetulan masa tgh tunggu turn tu, suami bersembang dgn sorang laki ni yg tgh tunggu wife dy jgk. Depa pon nk scan jgk hr ni. B4 ni depa scan swasta, cari nadi x jumpa. So kalo hri ni scan pon x jumpa nadi, doctor akan consider keguguran. Terus aku usap perut aku…ya Allah, lindungilah bayi kami…

Bila jumpa doctor, scan, then doctor tunjuk jantung baby dok ‘berkelip2’…masa tu, sumpah rasa nak nanges. Selain rasa lega yg amat sgt, rasa teruja tu melambung2! Pengalaman pertama tgk heartbeat baby, ‘jumpa baby’, saaaangat berharga!

REKOD :-
Berat : 58kg
Hb : 11.6
Tekanan darah : 112/62

Then jumpa nurse. Xde masalah apa, Cuma gitau ttg selera makan aku yg berkurangan. Nurse just bg nasihat ttg pemakanan aje la~

Tuesday, April 9, 2013

MGTT 1

ASSALAMUALAIKUM...


30 Ogos 2012

Cun sgt nurse bg tarikh ni utk minum ayaq gula. Sbbnya aku mmg dh mintak cuti pon utk kenduri. Alang2 minum ayaq gula ni dpt mc, so jimat dah 1 hari cuti aku wahahaha~

Yg best nyaaa, yakin ja aku pi nak minum ayaq gula, tanpa baca arahan yg nurse bagi dulu. Elok sampai sana dan ambek nombor giliran  baru belek ‘surat’ nurse bg tu, kena posa b4 dr 10mlm sampai la cucuk kali ke-2. Nahhh posa jadahnya! Semalam pkl12 mkn koteow grg dgn yong (yong baru sampai semalam), pagi pulak kemain brekpes nasi lemak! (mujoq aku mkn ikan bilis + teloq kuning ja)
Memula ingt nk cancel ja minum ayaq gula pg ni, tp memandangkan pikiaq cuti dan masa dll, aku go on jgk. Sambil tunggu giliran tu sambil dgr tips2 dari hakak2 yg dh experience minum ayaq gula ni. Gituuuu~

Memula kena ambek darah. Alamakkk skali lg aku buat muka sembelit bila kena cucuk. Oh I hate injection! Lps cucuk, kena minum ayaq gula. Kebetulan tym aku minum tu x ramai org sgt. Aku amalkn petua hakak tu, minum skali lalu ja jgn berhenti, telan terusss. (hakak mmg x ikut sunnah dah wahahahaah tettt) aku pon tarik nafas dan telan ayaq gula tu gulp gulp gulp sampai tinggal suku gelas. Bila nak minum lg, mmg out. Kenot go laaa. Aku pandang kiri aku pandang kanan, nurse x prasan. Aku terus ke sinki dan basuh cawan wahahaaha~

Then lg 2jam kena kembali ke klinik. Sepanjang tempoh tu still x blh makan/minum tau! Dah tu 2jam nak nganga ja kt klinik tu? No no no. memandangkan kami mai naik moto (sbb takut parking full) maka kami pegi public bank utk setel beberapa urusan. Suami je yg pi bank, aku tunggu kt motor. Tp tetiba perut aku memulas. Tpaksa call suami, ckp lps ni kena blk umah. Xtahan hoiii nak membuang! Maka kami blk umah. Pastu bang pit ambek moto, katanya nk kluaq sat ja. Tunggu punya tunggu dia x blk jgk. Maka tpaksa kluaq nek keta jgk. Wuuuu~

Sebelum sampai klinik tu, berkali2 hp aku bunyi. Rupanya klinik yg call, sbb aku ja g x sampai2 lg wahahaha~ sampai2 terus kena cucuk ambek darah lg. nurse tgk muka aku mcm apa ja kan, dy Tanya la “saket ka???” aku angguk. Manjewww sgt kau! Nurse kata “buat besa ja, jgn buat takut nanti lg saket sbb darah susah keluaq”. Fine.

Lps tu aku mintak mc dan beredar.

RESULT :-
Fasting : 4.38
2HPP : 4.76

Soo, its normal ok!!!~


CHECK UP 1 : BUKU MERAH~

ASSALAMUALAIKUM...

26 Ogos 2012

Masa ni usia kandungan aku 7minggu. Awalnyaaa buat buku merah? Ya mmg awal. Terpaksa jgk buat hari ni sbb hari ni jaa masih bercuti. Lps ni nak mintak cuti bkn senang. Kebetulan ahad, suami ada di sisi menemani. First tym, semangat la mai awal kan. Alaaa awal aku tu dkt pkl 9 jgk la baru sampai. Nahhh terkejut aku tgk klinik full mcm panggung wayang.


Pi kaunter, ckp nak bukak buku merah. Dia siap Tanya confirm ke preknen??? Yes I am! So ikut prosedur biasa utk buat buku merah. Utk permulaan, mmg byk benda yg perlu buat. Timbang berat, cek urine, hb, ambek darah, jumpa nurse dll. Dah tu mai pulak hari ahad, nak pulak mmg musim org msh dlm mood raya + malas pi opis, mmg sesak sgt! Tp aku xdela pulak nak komplen tunggu berjam2 tu. Sbb aku fhm prosedur. Nurse berkali2 mintak maaf sbb lambat dan terangkan utk first tym buat buku merah ni mmg lambat. Alaaa nurse, I tak kisah pon!


Memula masa isi data kt buku tu, nurse siap bg penerangan lg pasal perancangan keluarga. Eh nurse, sy baru nak buat buku, dh cerita psl merancang??? Wkwkwk~ then part ambek darah yg plg aku gerun. Tunggu pulak dpn bilik ambek darah tu, dok usha je muka patient2 yg kena cucuk. Kemain berkerut mcm tahan sembelit. Amboiii sakit sgt ka??? Terus aku rasa lembik lutut. Sbb aku ni mmg laaaa sgt tak suka jarum!!! Suami kat sebelah x putus2 bg motivasi. Itu blm kira dr. fana lg, siap msg mcm2 bg kata2 perangsang yg cucuk tu x saket, umpama gigitan semut halus sajo. Yolah kau! Dia ingt aku pi sorang, sbb tu kemain dy beriya bg kata2 motivasi. Skali tau suami aku ada kt sebelah, terus dia menyesal, wahahaha~

Masa kena cucuk tu, alahaiii aku rasa kenapa laaa lama sgt! Nurse siap ckp lg “eh awat darah lambat sgt keluaq” ohhh lg laaa aku cuak. Terpejam mata aku tahan ngilu. Nak kata sakit gila tux la, tp ngilu tu ya. Yerkksss x suka! Rasa lembik je lutut lps kena cucuk tu.

REKOD :-
Berat : 60.5kg
Hb : 12.3
Tekanan darah : 110/70

Memandangkan aku gatal mulut pi habaq kata abah aku ada darah tinggi & kencing maneh, terus kena set up date utk minum ayaq gula. Alahaiii pdahal abah dpt kencing maneh x sampai setahun ponnn. Phewww~
Dkt pkl 1 jgk laaa baru selesai semua urusan. Gilaaa lama kan~ 

~ 2 set nasi ayam biasa + 1 set nasi ayam percik ~
lps tu terus suami upah makan nasi ayam cemara. Aku yg tamak, kemain nak tambah ayam, nak meratah kononnnya. Suami pulak nak tambah nasi. Elok sgt la, maka order ja 3set nasi ayam utk 2 org makan. X sedaq diri kata preknen. Last2 mkn x habeh pon. X brapa berselera pon. Suami jugak laaa mangsa yg kena habeskan semua tu. Wuuuu~

***org lain dah berzaman hapdet psl buat buku merah, kau baru nak publish??? legend sgt jusiza!

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...