CRAZY FAN! :)

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MUHAMMAD UMAR FAIQ

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

AMIR & JUSIZA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 30, 2014

CERITA AIDILADHA~

ASSALAMUALAIKUM...

mcm biasa entry basi bahaha!

sabtu - sehari sebelum raya tu kami agak sibuk. Pagi tu kaklong dtg terjah rumah dan 'culik' umarfaiq. Sejam lepas tu baru kami pi umah mak. Lepas zohor kami nak kena keluar. Memula kami ingat nak tinggal anak kat kaklong je sbb kami nak keluar naik moto. Tapi elok nak keluar je hujan turun pulokkk. Terpaksa la naik keta. Rezeki awak la anak oih.

Memula singgah kedai gambar sbb umi ada fotoshoot. Boleh tara tu? Bahaha! umi ambek gambaq ic lah! pakai selekeh aja aduhhh. Pastu singgah sana singgah sini atas urusan bisnes umi. Lastly singgah kedai keta betulkan tayar.


Kesian abi. Dah la posa, kena temankan umi ke sana ke mari. Umi pulak dah mula lapaq. Tapi segan nak ajak abi g beli. Tapi abi kan hero, dia paham je kehendak umi. Lalu abi bawak umi cari makanan. Last2 sampai ke taman ria mencari. Memandangkan umi dah lama teringin nak try kedai masakan indon kat situ, so abi bawak la ke restoran langkasuka namanya. Agak impressed jgk la sbb ada byk menu kat situ. Dan umi nak try nasi ayam penyet. Abi jaga anak, umi makan. Kesian abi :(


Masa nak balik, ternampak pulak ada org jual goreng pisang cheese. Eh dah lama mengidam la. Abi pon belikan kahkah. Balik makan ramai2 kat umah mak. Lepas solat asar umi buat nasi goreng utk abi berbuka. Biasala esok nak raya semua org sibuk.

Malam tu, abi balik merbok dgn anak. Umi tak ikut sbb tak sihat. Anak tu dah la ngantuk. Sah2 la tido dalam keta. Bila abi balik merbok bawak robot kecik tu kemain la semua org teruja. Mcm2 dia tunjuk akai kat depa. Sampai pkk12.30 am anak dgn abi tak balik lagi. Mula la umi gelisah. Rindu sebenarnya. Maklumla umi tak biasa berpisah dgn anak. Almost pkl1 am baru depa sampai.


Elok sampai je kemain riuh mulut dia bercerita itu ini. Alahaiii anak. Sebak pulak umi tengok. Baru umi sedar anak umi dah besar. Mulut tak pandai bercakap lagi tapi bercerita kemain riuh. Dia tunjuk duit2 raya dan baju raya yg dia 'kutip' dari merbok. Ye nak umi faham cerita awak :))

malam tu pkl3 pagi baru dia tido. Yela dah tadi dia dah tido masa nak balik merbok. Tapiiii esoknya dia bangun awal dari umi. Pkl6.30 dia dah bangun hoi. Abi yg mandi dan siapkan dia hehehe. Pastu bila org nak pi solat mula la dia ngantuk. So umi tak pi la solat.


Dalam pkl11 lbh baruuu anak bangun tido. Terlepas la peluang dia nak tengok lembu kena korban sobbsss. Masa kami pi tu dah siap masak dah nak makan pon. anak mcm pelik je tengok ngape org ramai sgt haha. Tapi bila dah warm up abes satu surau ditawafnya, jenuh ligan.

Kemain dia makan nasi sendiri. Act nasi dgn kuah sup je tapi dia makan banyakkk sebab syok umi bagi dia makan sendiri. Dia suap penuh hati2, tak tumpah pon! bijak laaa anak umi lahaiii!


Dalam pukul4 baru kami semua gerak ke pendang pulang. Memula kampung abah, lepas asaq ke kampung mak pulak. Lepak2 kat kampung bersama warga emas, gitu. Oh sebelum balik umah tokwan mcm besa singgah umah lan. Rezeki kami, ada bihun sup ayam sedap peh peh. Lepas makan terus balik sbb dah maghrib dan anak ada dgn maklong kahkah padan muka anak sapa soh ikut maklong. Mujoq uncle lan kirim jgk duit raya utk dia hehe.

Malam pkl10 lebih baru gerak balik sp. Fuh letih sangat rasa badan. Tapi alhamdulillah puas dapat beraya bersama saudara jauh dekat.

Raya ke-2, pepagi bangun awal sebab nak kena balik merbok ada kenduri akikah uwais. Nak tolong2 apa yg patut. Itupon pkl10 baru sampai merbok, sempat la tolong jugak sikit2 alhamdulillah.

Best tengok umar dengan uwais main sama2. Dah la pakai baju sama sebab kakcik hadiahkan. Tambah pulak umairah (sepupu uwais) ada. Comel je 3U main sama2. Umar, uwais & umairah :)




Alhamdulillah kenduri berjalan lancar. Malam tu kami semua pakat pulang ke destinasi memasing.
Syukur alhamdulillah masih dapat meraikan aidiladha bersama keluarga tersayang. Penat tak terkata tapi masa untuk bersilaturrahim tak ternilai :)

Tuesday, October 14, 2014

SHOPPING MACAM MAK JEMAH

ASSALAMUALAIKUM...

wahhh rasa lamanyaaaa tak menaip blog guna laptop uolls! asyik dok hupdate pakai hp ja sobbsss~

ni kisah kemarin. umi bangun awal, buatkan sarapan utk abi. teman abi sarapan. pastu bila abi dah pi keja anak merengek, kena la susukan dia. pastuuu umi ter-krohhh skali kehkehkeh! pukul11 baru terjaga. tu pon sebab anak yg kejut. saja umi buat2 takmau bangun, nak usik dia. kesian tgk dia berusaha keras nak kejutkan umi hahaha. sampai buat muka fed up kehkehkeh. rupanya dia nak soh umi bukakan stokin dia ja. lepas umi buka terus dia tak kacau umi dah.

bangun2, terus siapkan makanan anak dan umi. masak simple2 utk kami berdua sahaja. lepas mandikan, teman anak makan pulak. lepas tu anak pulak temankan umi solat hoho. last minit plan dgn kak ila nak keluaq. pukul 2.30 kak ila datang pick up weols.

~ sementara tunggu makngah ila mai ambek ~
memula pi CS, teman kak ila isi borang apa ntah. sementara tunggu kak ila tu mcm besa laaaa umi kalau mai cs ni memang pi bahagian baju baby je. tapi hari ni haney on duty, so sembang2 dgn dia. haney kan jaga bahagian toys, anak apa lagi, menggelabah tgk mainan banyak! hasil gelabah tu dapatla jugak mainan utk dia satu set. umi tanya nak baju ke nak toys??? tapi umarfaiq tak boleh jawab lagi. kalau dah besaq pandai cakap nanti mesti pilih toys. tapi sebab tak pandai cakap lagi, dapat 2-2 kahhhh! untunglaaa

dah dapat toys, umi bawak ronda cari baju pulak. mcm besa haney la kena tolong jaga dia sebab dia aktiffff sangat! umi nak pilih baju pon susah. dah umi ni kalau pilih baju berjam2. maklumlah nak yg murah tapi lawo, kehhhh!




haney umpan dia dgn ball sebijik, riuh la dia dalam the store tu. habes dia sepak ball buat mcm kat stadium grrr! promoter2 kat situ pakat usik la dia. geram tgk dia yg over tu tau!


dapat la dia 2 pasang baju. grrr sangat umi yg keja anak yg shopping bahaha! tengok la dia kemain kalut sambaq barang2 dia, syok umi beli hadiah kat dia. pandai tauuu kecik2 lagi dah shopping mcm mak jemah! huhhh! umi ni mampu tengok jelaaaa

bila kak ila dah setel, kami ke SP fastprint pulak. mujoq la umi bawak bekal milo dalam botol susu dia. habesss sebotol dia bedal. ha tau pon letih berlari dalam the store! dia dah ngantuk sebenarnya sebab dah sampai waktu tido dia. tapi kedai tu dekat ja so tak sempat tido dah sampai. umi sorang je turun, anak tinggal dgn kak ila. nanti aku buat entry KHAS utk sp fastprint ni utk servis dia yg mcm PUAKA tu ok. buat aku tertunggu mcm tunggul dlm tu sampai lbh setengah jam. mmg biadap sgt. nanti laaaaa!


bila aku masuk keta tgk anak dah tertido. sayu hati aku tgk anak mcm tu. aku mmg takkan maafkan staff sp fastprint yg sgt biadap tak pikir pasal org lain. mujoq ada kak ila. kalau tidak jenuh aku nak angkut anak masuk kedai tu dok tercongok kat situ dgn anak ngantuk. 

lepas tu kami pi ambek mak kak ila kat tempat keja, hantar balik umah. aku pon solat asar dulu, baru kami gerak ke taman jubli pulak. nak makan coq udang lah konon! elok kami sampai ja, hujan turun. kesian anak, tak boleh la beriadah. takpe nak kita riadah mulut je hewhewhew! 


pegi pukul6 lebih, coq udan pon dah sold out sobbs! frust! mujoq ada ubi kentang yg lebih2, boleh la order habuan anak. umi dgn kak ila order ABC dan laksa, share 2 org. sbb kami dah kenyang tapi saja gatai nak lepak2 kunun hekhek. anak pon makan banyak. kemain happy lagi dia!


Friday, October 10, 2014

PENANGAN DAGING KORBAN~

ASSALAMUALAIKUM...

musim raya haji biasala kan semua kenduri pakat jamu daging. aku ni pulak daging memang fevret lah. raya pertama, kenduri di surau aku dah bedal daging cukup2. daging fresh la katakan. esoknya pulak kenduri aqiqah uwais di merbok. pon menunya daging la kan. makan daging lagi. sebelum tu dah kemain meratah sup tulang, dok pulun geget daging2 kat tulang tu.

malam tu, mula rasa tak best. 2 hari makan daging banyak non stop. mula la rasa nak muntah rasa pening. yg paling tak best sakit perut. dah tu sembelit tahap dasyat. daging kan lambat hadam. hambekkk!

malam tu aje ntah berapa kali ulang masuk toilet. esoknya celik2 mata cari toilet. pastu dok marathon la sehari ke toilet. rabu baru lega betul2. itu pon masih ada sisa sakit perut tu. aduhaiii

makan ni nikmat. tym makan tak ingat dunia. tapi kena tanggung risiko la kalau nak bernikmat-nikmat ni ye dok

Thursday, October 9, 2014

MINGGU LEPAS~

ASSALAMUALAIKUM...

Minggu lepas, kami 2-2 busy. Abi setiap hari balik malam (OT). Aku pulak hari2 keluar rumah. Ada je urusan nak kena selesaikan. Rasa 'penat' bila kita dah besa terperuk kat umah tetiba nak kena start keta,kunci umah,angkut anak pegi somewhere.

Hari2 keluar,keja umah pon tak jalan. Paling menimbun, baju yg dah basuh tapi tak berlipat hekhek. Abi dah beli mesin basuh besaq, takde alasan la tak sempat basuh baju. Lepas ni beli mesin lipat baju pulak yeee! :p
Masak pon ala kadar. Gamak malas, tapau je. Rasa tak best sgt bila terpaksa keluar umah. Tapi terpaksa, demi bisnes. Gituuu.

Ingatkan aku je terasa kesibukan tu. Rupanya abi pon sama. Jumaat abi sms cakap rindu. Hari2 balik lewat, tak sempat borak2 manja2 macam selalu. Huhu...

Itu baru abi sorang keja. Cuba bayangkan kalau umi masih bekerja? Kena OT. Apa agaknya nasib anak? Mujurlah sekarang ni umi sibuk macamana pon umi masih ada depan mata anak. Keluar sana sini pon dok usung anak.

Umi will do the best for u, son!

Friday, October 3, 2014

TAUBAT~

ASSALAMUALAIKUM...

bila terkenang dosa2 lalu, rasa nak terjun dlm lumpur. Betapa byk dosa2 lampau, umpama lumpur kotor yg terpalit pada diri. Teringat akal singkat zaman remaja, nafsu amarah darah muda, kejahilan dlm berpakaian, dan segala mcm dosa lagi.

Bab pakaian, malu sgt dgn diri sendiri bila tgk balik gambar2 lama. Dalam hati cakap mcmana aku blh tergamak pakai pakaian mcm tu dulu? Dah delete gambaq2 tak sepatutnya, harapnya anak2 tak dapat tengok dan tak ikut benda2 jahanam mcm tu.

Bab masa, rasa mcm betapa lalainya aku selama ni. Hidup 26 tahun entah amalan baik setahun pon belum cukup. Terasa rugi sbb dah sia2kan masa muda mcm tu ja. Patut masa single masa ada lapang tu la lebih dekatkan diri dgn Allah. Ni dah kawen baru nak bertaubat. Rasa ngeri sgt bila pikir nanti Allah hitung satu2 amalan kita, jenuh menjawab laaaaa setiap detik yg dah terbuang dgn segala lagha dulu. Allahuakbar......

Syukur sgt Allah temukan jodoh aku cepat dgn org yg tepat (inshaallah). sbb bila kawen ni automatik, dalam jiwa tu ada satu sense utk bertaubat. Datang dgn sendirinya. Dan kalau suami suruh pon rasa mudah je ikut.

Salah satu benda yg patut menjadi amalan, solat sunat taubat. Dulu masa sekolah kemahennn hari2 wajib buat solat ni. Aku akan buat sebelum tido, utk mintak ampun atas segala dosa2 aku pada hari tu. Sekarang ni asyik lupaaa je. Elok anak lena aku pon lena.

Dan kalau buat solat sunat hajat, taubat or tahajjud, masa solat taubat ni yg rasa meremang semacam. Bayangkan masa niat tu pon dada rasa nak pecah. Sebab memang sebak. Sedih. Kesal. Malu. Bila pikir segala dosa2 lampau. Allah...tak terhitung rasanya. 26 tahun hidup berapa byk kebaikan yg dibuat? Berapa byk dosa? itu yg rasa sebak sgt2 bila solat taubat.

Sentiasa mohon pada Allah agar diampunkan dosa2 dulu. Kekhilafan masa dulu yg tak mungkin dapat aku perbetul lagi. Kekesalan yg tak boleh mengubah buku amalan lama. hanya pada Dia kita meminta belas kasihan, hanya pada Dia kita minta diampunkan dosa2 lampau. minta sesungguh hati. Kesal dgn keterlanjuran lalu. Kesal tak guna masa yg sebaiknya utk beramal.

Allah...moga kita diampunkan dosa2 lampau dah diberi peluang utk menggandakan amalan. Dosa masa lampau yg dah tentu tak boleh dipadam. Jadi guna masa sekarang utk terus beramal di masa hadapan.

Moga Allah bimbing hati2 kita, moga Allah pelihara.

Ampunkan dosa2 kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, pemilik sekalian alam

Wednesday, October 1, 2014

BAD DAY~

ASSALAMUALAIKUM...

Yesterday was my bad day. Patutnya hari ni kena keluaq beli sayoq. Or else iols tak lalu makan kalo takde sayoq. Tapi bila anak bangun kena bagi dia makan dulu. Buat pasta cheese. 1st tym ni buat pasta. Awal2 ok la dia makan. Lama2 dia luah balik. So umi la yg terpaksa habeskan. Sedap rupanya pasta cheese ni. Tapi makan 2-3 sudu dah kenyang. Padanlah anak pon tak lalu makan banyak.

Lepas bagi makan kena bagi dia mandi pulak. Selalu bg mkn dulu baru bg mandi, tapi kali ni saja eksaited nak bg mkn pasta haha. Lepas anak mandi patut dah kena keluaq, tapi terpikir nak masak nasi sesiap pulak. Ntah mood rajin apa yg mai, terbuat nasi minyak pulak hewhewhew. Setel masak nasi, dah dekat pukul1.

Keluaq pi kedai sayoq kat tmn sri wang ni, tgk2 pekerja dia sedap dok tidoq. Maksudnya dh tutup kedai lewww. Terusss lajak pi tesco. Ewah2 mementang musim gaji kan, hari2 pi tesco. Yeehaa boleh beli cendawan! kes tgk 5 rencah 5 rasa buat masakan cina, tu yg gigih pi tesco nak beli cendawan. Tapiii masa dok shopping kat tesco tu mula rasa lembik lutut. Sebab lapaq. Menyesal pulak pi teso uwaaa.

Balik dari tesco tetiba hujan lebat. Uwaaa terus aku rasa nak meraung! mana taknya, sebelum keluaq tadi aku dah jemur baju. Tgk cuaca panas elok, terusss basuh cadar & semua selimut Uwaaaaaa! Sebelum balik umah singgah petronas sbb nak bayaq bil. Selamberrr je dia cakap mai lps pkl2.30, sbb depa nak tukaq shif. Jebon betoi dia tak nampak ka hujan lebat gila, aku dgn usung anak lagi nak soh mai sekali lagi pulak?

Memandangkan aku dah lapaq gila, singgah kedai tepi umah beli koteow sup. Hujan2 pekena koteow sup sedap hoi! tapi nampak tak, apa yg aku plan semua tak menjadi. Pi tesco sbb nak beli bahan buat sup, last2 tapau jgk. Sup tu bagi ke anak sikit habuan makan dgn nasi. Mujoq aku buat masi minyak, berselera la sikit anak makan. Kesian, anak pon sama lapaq mcm aku.

Lepas makan, terus bagi anak tido sbb dia dah ngantuk sesangat. Masa anak tido aku sambil2 masak. Buat ayam madu uols, ala2 nasi ayam tu. Tapi hujan lebat. Guruh kilat bagai. Setel goreng ayam aku masuk teman anak dlm bilik. Takut wehhh. Kilat berapi! sumpah rasa nak nanges. Nak lari pi umah mak pon tak boleh sbb hujan lebat, angin kuat, guruh & kilat lagi. Mampu berdoa je. Tapi anak kemahennn tido makin sedap!

anak tido dari pkl3, pukul6 baru dia bangun. Masa tu hujan dah reda. Aku pon sambung buat sup cendawan. Bagi anak main air dulu bagi warm up mood dia dulu. Pastu nampak pisang yg mak metua bagi terus buat goreng pisang. Buat kalut2 sbb dah maghrib, nak lari pi umah mak. Sempat la makan nasi dulu. Perghhh nikmatnya rasa mkn nasi minyak + ayam + sup cendawan + sambal kicap.

Sementara tunggu abi balik kami dok umah mak sbb abi ot. Dalam pkl11 baru abi sampai. Balik umah, segala kepenatan dan kesakitan hati terbalas bila abi cakap "sayang......tak boleh berhenti la...sedap sangat"

Huhu alhamdulillah. Berjaya menambat perut suami. Punah hasrat abi nak diet  :)

HAMPA SUKA DENGAQ AKU BLETIAQ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...