ASSALAMUALAIKUM...
act dah lama nak share pasal benda ni, tp asyik tertangguh. Dan lbh parah bila aku ingat aku dah review, padahal BELUM. grrr berat 66 lagu nih
JJJ kali ni nak memperkenalkan satu kedai steamboat yg aku dah try pada 9/3/2014 yg lalu. Gilaaa lama dak? Perghhh!
KHORY STEAMBOAT namanya. Terletak di jalan sp - tikam batu, kedai dekat2 dgn restoran ZnA tu. Dekat simpang 3 ke pinang tunggal tu. Kalo dari sp, kedai sebelah kanan.
Sebelum ni mmg susah nak cari steamboat kat sp ni kan. Kalo ada pon mahai. Apatah lagi seoul garden. Blerghhh! tapi di khory steamboat ni, uols blh dpt kepuasan & kelazatan MAXIMUM dgn harga yg berpatutan. Berapa? jengjengjenggg
Cuma RM10/pax, MAKAN SAMPAI KENYANG. Boleh bayangkan??? memang berbaloi la wehhh. Sebab dia punya pilihan makan sgt pelbagai. Selain pelbagai pilihan segala fishball ke apa ball yg biasa dlm steamboat tu, ada jgk ayam & daging utk grill! perghhh. One side lagi pulak ada segala jenis sayur, nasi goreng, bihun goreng, mi goreng dll. Mmg byk sgt pilihan okayhhh!
Selain tu ada jugak rojak sotong kangkung tu. Korang blh pilih sendiri, semua TERMASUK dalam RM10 tadi. Kecuali air la. Air kosong free hehehe. Mmg kau boleh makan sampai buncit. TAPI, mohon jangan tamak naaa. Sebab setiap PEMBAZIRAN akan dikenakan charge.
So kena jadi bijak mcm aku, tp kena tebal muka sikit la. Ambek sikit tp ulang banyak kali bahaha! nak pulak laki aku ni bukan makan steamboat ni, jadi jenuh berulang dok ambek ayam & daging jela wahahaha. Abi pulak jenis makan nasi ja, so dia makan nasi goreng. Anak pulak, makan nasi dgn sup.
Memang berbaloi weh mai sini. Blh makan mcm2 dgn harga berpatutan. Alah kita pon nak makan tara mana sgt kan, rasa itu sikit ini sikit pon dah kenyang. Jgn bazir2. Tapi rojak sotong kangkung tu mmg terbaekkk! sedap sgt!
Dan yg PALING PENTING bagi aku, semua brg2 frozen depa ni adalah homemade. Means produk muslim la. Itu yg plg aku suka. Kuah rojak pon depa buat sendiri. So kalo korang nak beli segala fishball or kuah rojak tu blh beli di situ. Sebelah kedai ni adalah store depa, tempat pemprosesan & penjualan produk. Aku yg mmg eksaited dgn benda2 frozen muslim ni mmg x lepaskan peluang. Aku beli yg mix punya ball2 tu, rm5. yg paket besaq pon ada, tp masa aku p tu habeh.
owner & pekerja pon baik2 belaka. Siap tlg guide kitorang parking. Serve pon nicely, ramah. Mintak itu ini cepat je dpt. Pastu layan kami masa 'melawat' kedai pon baik je. Keep it up ye abg2 sekalian.
Ni komen dari kawan blogger aku. Dia tgk aku upload gambaq kat fb trus wasap aku tanya location. Sakan kauuu finas! Alhamdulillah hasil aku upload gambaq tu sekurang2nya menyumbang sesuatu. Tak banyak, sikit. Jadi la kan. Niat aku mmg nak promosi pon sbb aku promote apa yg aku suka. Upload gambaq makanan tu bukan nak bagi org terlioq saja2 tahuuu!
aku sarankan sapa yg nak p better tempah dulu or pi awal. Sbb kedai ni tutup lebih kurang pukul11++ (masa aku pi tu). B4 ni pon aku besa mai dah tapi depa dah nak tutup kedai, so better pi awal.
| ~ budak yg beramah mesra dgn tokey dan pekerja, siap dukung2 bagai ~ |
In sha allah aku nak bawak family mai sini pulak bila2 depa free. Sbb family aku suka steamboat, kecuali mak & abi la. Takpa, depa makan nasi goreng. Bahahaha! abah aku mesti tak was2 mai sini sbb fishball depa homemade. Abah aku mmg pantang bab2 makan ni. Besanya brg2 kat umah aku mmg abah beli yg keluaran muslim. Kadang2 sanggup pi kedai jauh2 semata2 nak dapatkan barang yg dijamin muslim.
So warga kedah, sg petani terutamanya yg tercari2 steamboat, come n have a try. Worth it!
2 comments:
ok nak ajak abi pi jugak, kawan kami ada bukak kedai steambot and grill nie kat loqstaq. tapi bila time kami nak pi ditakdirkan dia mesti tutup. byk kali dah
sudahnya suami i tue majok. huuuuhhh
tak perasan plak ada kedai steamboat kt area tu..padahal dok lalu ari2....kena tgk bebetoi pas nie....murah....kami p mkn dekat area kedai lepas toyota tu...rm rm20 1 kepala sedap gak....t ampa p try kt situ tgk...
Post a Comment