Showing posts with label femeli. Show all posts
Showing posts with label femeli. Show all posts

Wednesday, August 3, 2016

:: Raya 2016 ::

assalamualaikum..
cak!!!

setelah tidak bersiaran hampir 3 bulan..
aku kembali, terus dengan entry raya..

haha..

sibuk bebenar dengan life sekarang, lagi lah lepas raya ni..
tapi since today last day of syawal, terpaksa juga mencuri masa mengupdate cite raya..
cerita lain lain kali kita story.. =D


so, raya tahun ni sepatutnya turn aku, tapi sebab adik-beradik belah en asben sorang pun tak dak di pagi hari raya, maka anak menantu bongsu ni kena lah berkorban.. 
sambutlah raya di rumah mertua dulu..
anak 9 orang pun belum tentu ada di rumah di hari raya..huhu..
sadis ibu mertuaku di hari raya tahun ini..

nasib baiklah ibu mertuaku dapat menantu orang dekat kan..hahaha..
pendamkan  saja, tahun depan kalau adik beradik belah asben ada belaka, jangan harap aku bagi lagi lampu hijau beraya kat sana walau beribu alasan en asben bagi..hahaha.. tahun ni dah berkorban gitu!

kami di pagi raya.. en asben tukang ambil gambar..hahaa..sadis raya tahun ni..

punya lah aku excited tahun ni siapkan baju raya, bulan syaaban lagi pergi tempah baju raya en asben.. baju anak-anak mak yang jahitkan.. lagi hebat baju aku,kain baju peram dari tahun lepas masa shopping di Vietnam..hahaha



the best picture yang dapat daripada budak 2 orang ni..

proses pujuk Hazim la paling haru..
Hazim - budak anti baju lengan panjang & kopiah..
huhu
snap cepat-cepat gambar, pastu terus hilang budak dua orang tu.. =p


pastu bolehlah feeling-feeling pengantin makbapak diorang.. haha

bapak budak pun susah bebenar nak serius bergambar..haha

Selamat Hari Raya daripada kami...
Mohon ampun salah silap sepanjang hayat kita sama-sama..

susah gila nak pakaikan baju melayu kat budak ni..kena umpan susu,lipatkan lengan baju baru ok..

maka beraya lah budak dua orang ni kat rumah tok ma..

pukul 10 pagi, Hadif pun ajak balik rumah nenek, dia kata, "kata hari ni Hari raya, xbest pun raya"
hahaha..

Lepas Zohor kitaorang pun balik kampung aku pula..haha


balik Bachok seronoklah ye sebab semua adik-beradik ada..
meriah gitu..


Raya ke-2





k, lah.. tu saja..

tunggu update lain kali pula..
ntah bila pula ye..

tempat kerja kurang staff, audit ISO datang lagi bulan ni..

bertabahlah..

haha







Monday, May 9, 2016

:: akikah hazim ::


Assalamualaikum..

sebenarnya, dah lama nak buat majlis akikah ni tapi tertangguh sebab abang aku suruh tunggu anak dia keluar dulu untuk gabung majlis.. so , tunggu lah si budak Fattah keluar baru boleh set tarikh nak buat majlis sama-sama..


Alhamdulillah,majlis akikah hazim bersama fattah dan sambutan hari jadi faiZ berlangsung dengan jaya nya walaupun beberapa insiden yang tak diingini berlaku.. Errrr..



majlis ni melibatkan 6 ekor kambing..

2 ekor untuk akikah Hazim
2 ekor untuk akikah Fattah,
1 ekor untuk birthday Faiz
1 ekor ayah sponsor..
gitu..

Petang jumaat, setelkan urusan sembelih kambing..

start lah rewang diketuai oleh nenda terchenta..
abeh Mak aji's clan turun padang..
anak cucu cicit kena kerah, kena turut arahan gitu..



masing-masing ada tugas masing-masing.. haa

yang penting hasil tangan anak cucu blake..


Hazim tak terkecuali turun padang menyemak dicelah-celah orang buat kerja.. heee


yang dirai - Athief Hazim.. buadk ni sekejap je stylo, lepas tu baju ntah ke mana, tuan ntah ke mana.. haha..panas-panas..

si kecik Fattah..
kambing golek yang janji nak datang paling lewat pukul 2.30 petang, alih-alih pukul 4 baru sampai..grrrr..
highly not recomended!!!!
suka suki je orang tu recomend cakap servis 1st class.. a'ah servis 1st class ke laut semuanya..huhu
nasib baik habis 2 ekor kambing tu digolek..

turut diraikan anak-anak yatim..

sebahagian cicit-cicit mak aji clan yang turut membantu..

Alhamdulillah, licin semua juadah hari tu..

terima kasih tetamu semua..

terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis akikah Hazim..

=)














Thursday, February 11, 2016

:: cuti CNY ::

Assalamualaikum...



cuti panjang raya cina, kalau di Kelantan hebat yang amat..
hebat dengan traffic jam...grrrrr...

raya tahun baru cina sama hebat dengan raya kita, jem ada di mana-mana..
haha..
lagi lah cuti raya CNY ni la ramai yang buat kenduri-kendara..

masa habis dekat atas jalan raya je..



Seperti biasa.. ooo semm je nak  pergi kenduri yang mana satu..
kalau sehari 3 jemputan, so 1 je dapat hadir..
haha.. maaf..

kalau tak dikenangkan kawan baik masa kerja kat Penang dulu, aku tak redah jem 4 jam ke kuala terengganu..
haha

sampai-sampai rumah Najwan, katering dah bungkus..
haha..
so, kitaorang jadi penutup majlis dia..
hehe..
dan seperti biasa, tiada gambar dengan pengantin..haha..
buat Najwan & isteri.. Barakallahu..

memori betul dengan budak sorang tu bila dikenangkan kembali sesi-luahan-perasaan-masa-dia-putus-cinta-dulu..hahaha


last but not least, buat ronda anak-anak.. Hadif tak pernah minum teh madu pok mat, bawakla dia..
tapi biasalah kalau dah public holiday, warung pokmat memang full-house,aku nak cadang tambahla kakitangan masa public holiday, kesian kat pelanggan gitu..
lepas tu, boleh pula singgah kat kedai baru minum kopi o bandung..
sedap jugak..
manis-manis pahit gitu.. =p

sekian..baik masuk kerja daripada cuti sepanjang minggu ni..=p







Monday, December 21, 2015

:: seminggu bercuti ::

Assalamualaikum...

seminggu minggu lepas sedap je ambil cuti... prabeh cuti tahunan katakan..
cuti tahun ni banyak pulak, nak kata aku tak pergi melencong, pergi juga..heee
takpelah,seiring minggu lepas banyak pula programnya..






mula-mula. akak aku pergi umrah.. Selamat dah kat sana, InsyAllah hari ini sampai Malaysia balik.. =)




Jiran sebelah merangkap
sepupu merangkap kawan  masa kecik-kecik kayuh pergi sekolah sama-sama gitu, Along naik pelamin.. =D
selamat pengantin baru buat Along & Faiz.. jodoh bertemu di Sarawak gitu walaupun sama-sama asal dari Kelantan.. heee.. kalau jodoh tak ke mana orang kata..

we olls sepupu-sepapat dah besar beranak pinak dah masing-masing, susah bebeno nak duduk sama-sama gosip gelak ketawa ambil gambar selfie qu puteh-qu puteh-barulah putih...hee





 syok bergambar dengan kereta orang, haha.. nak beli tak la.. =p

hazim ni memang peminat fanatik aku la.. tak boleh langsung berenggang.. asal nampak umi dia, dia punya obsesi lebih pada peminat jumpa justin bieber..kahkah..


Lepas tu, ada dinner department aku..


Makan kerepok je u olls dinner kat 5 stars hotel.. hahaha
cer teka tu sapa? tu Head Department aku, Prof.Madya tu..haha
sakan benar buat persembahan..
siap nyanyi 2 buah lagu lagi.. =P


Family potret.. susah sebenarnya nak bergambar bersama dengan budak 2 orang ni, ada je benda nak main lagi-lagi ramai pula geng yang datang.. mulalah umidedy kat mana, HadifHazim kat mana..=p


Thursday, November 5, 2015

jejak Ho chi Minh : part V ::

assalamualaikum..

malas ah cite panjang-panjang..benda dah 3 bulan berlalu baru terhegeh-hegeh..haha


jom ah g shopim kat Ben Tanh..

Ben Tanh semua benda orang melayu pakai ada kat sini..haha
agaknya memang dia buka untuk orang Malaysia.. kain pasang, telekung dll semua ada..
sediakan duit dan pandai berperang tawar harga itu saja..
bab tawar-menawar serahkan saja pada en asben.. dia memang power bab itu sampai peniaga pun naik 'hantu' dengan en asben..haha

lagi-lagi korang bawa baby, memang la jadi umpan yang baik untuk dapat harga meletop..
aku beli siap untuk raya tahun depan dah ..haha



adik aku berangan nak datang lagi bila nak kawen..nak beli persiapan dekat sini..hakhak

tak puas hati beli di Ben Tanh, malam kita keluar pergi night market.. orang sama juga yang meniaga, harga boleh pulak lain..ha, sengal peniaga kat sini..


satu malam, hujan.. Hanapi bagi rain coat.. baik betul si Hanapi ni.. terima kasih.. =)

selamatlah Hazim kat dalam carrier while umi jalan-jalan prabeh duit..

k, lah malas nak cerita panjang..
Ho chi minh memang syurga untuk shopping, kalau tak larat nak pergi Bandung, bolehla pergi sini, sebab kat sini kecik je, senang nak round-round..

aku prefer pergi sini lah daripada Bandung mahupun Jakarta.. tak sibuk.. boleh lepak-lepak lagi tanpa pening kepala..

kitaorang tak pergi tempat bersejarah macam chuchi tunnels dll sebab Hanapi tak bagi kerana Hazim..baby kat Vietnam memang pantang keluar apatah lagi pergi tempat history perang-perang gitu..


InsyAllah, ada rezeki kita pergi nanti..

kalau tanya bajet, ikut suka la nak bawak banyak mana, sebab duit Malaysia memang laku kat sana.. tapi time ak pergi tu ringgit sedang jatuh, so, aku prefer tukar searuh kepada matawang sana..
shopping ngam-ngam dengan 60kg luggange untuk semua.. not bad huh?

Hazim Alhamdulillah, tak banyak kerenah.. memang lulus sebagai kaki jalan yang berjaya macam bang Hadif..



InsyAllah, kita jumpa lagi untuk next trip.... jeng..jeng..jeng... =p

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers