Showing posts with label Hazim. Show all posts
Showing posts with label Hazim. Show all posts

Monday, May 9, 2016

:: akikah hazim ::


Assalamualaikum..

sebenarnya, dah lama nak buat majlis akikah ni tapi tertangguh sebab abang aku suruh tunggu anak dia keluar dulu untuk gabung majlis.. so , tunggu lah si budak Fattah keluar baru boleh set tarikh nak buat majlis sama-sama..


Alhamdulillah,majlis akikah hazim bersama fattah dan sambutan hari jadi faiZ berlangsung dengan jaya nya walaupun beberapa insiden yang tak diingini berlaku.. Errrr..



majlis ni melibatkan 6 ekor kambing..

2 ekor untuk akikah Hazim
2 ekor untuk akikah Fattah,
1 ekor untuk birthday Faiz
1 ekor ayah sponsor..
gitu..

Petang jumaat, setelkan urusan sembelih kambing..

start lah rewang diketuai oleh nenda terchenta..
abeh Mak aji's clan turun padang..
anak cucu cicit kena kerah, kena turut arahan gitu..



masing-masing ada tugas masing-masing.. haa

yang penting hasil tangan anak cucu blake..


Hazim tak terkecuali turun padang menyemak dicelah-celah orang buat kerja.. heee


yang dirai - Athief Hazim.. buadk ni sekejap je stylo, lepas tu baju ntah ke mana, tuan ntah ke mana.. haha..panas-panas..

si kecik Fattah..
kambing golek yang janji nak datang paling lewat pukul 2.30 petang, alih-alih pukul 4 baru sampai..grrrr..
highly not recomended!!!!
suka suki je orang tu recomend cakap servis 1st class.. a'ah servis 1st class ke laut semuanya..huhu
nasib baik habis 2 ekor kambing tu digolek..

turut diraikan anak-anak yatim..

sebahagian cicit-cicit mak aji clan yang turut membantu..

Alhamdulillah, licin semua juadah hari tu..

terima kasih tetamu semua..

terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis akikah Hazim..

=)














Thursday, April 21, 2016

:: counting for big ceremony ::

Assalamualaikum... 

Habis satu babak kehidupan duniawi dengan proses akreditasi di tempat kerja..

Now, boleh fokus untuk majlis minggu depan..

Yeah, what to expect from this cute pie?

Apa yang boleh dijangka umi dan dedy buat untuk majlis awak si kecik?

Hehe..

Dalam otak banyak je benda nak buat.. Moga umi terus istiqamah dengan plan umi untuk minggu depan..haha

Yang penting,kambing golek 2 ekor dah boleh idamkan.. Heeee..


Yeah,it's Hazim's akikah ceremony next weekend!!! 

May Allah ease everything we plan for u,anak!!! :)

Monday, December 21, 2015

:: seminggu bercuti ::

Assalamualaikum...

seminggu minggu lepas sedap je ambil cuti... prabeh cuti tahunan katakan..
cuti tahun ni banyak pulak, nak kata aku tak pergi melencong, pergi juga..heee
takpelah,seiring minggu lepas banyak pula programnya..






mula-mula. akak aku pergi umrah.. Selamat dah kat sana, InsyAllah hari ini sampai Malaysia balik.. =)




Jiran sebelah merangkap
sepupu merangkap kawan  masa kecik-kecik kayuh pergi sekolah sama-sama gitu, Along naik pelamin.. =D
selamat pengantin baru buat Along & Faiz.. jodoh bertemu di Sarawak gitu walaupun sama-sama asal dari Kelantan.. heee.. kalau jodoh tak ke mana orang kata..

we olls sepupu-sepapat dah besar beranak pinak dah masing-masing, susah bebeno nak duduk sama-sama gosip gelak ketawa ambil gambar selfie qu puteh-qu puteh-barulah putih...hee





 syok bergambar dengan kereta orang, haha.. nak beli tak la.. =p

hazim ni memang peminat fanatik aku la.. tak boleh langsung berenggang.. asal nampak umi dia, dia punya obsesi lebih pada peminat jumpa justin bieber..kahkah..


Lepas tu, ada dinner department aku..


Makan kerepok je u olls dinner kat 5 stars hotel.. hahaha
cer teka tu sapa? tu Head Department aku, Prof.Madya tu..haha
sakan benar buat persembahan..
siap nyanyi 2 buah lagu lagi.. =P


Family potret.. susah sebenarnya nak bergambar bersama dengan budak 2 orang ni, ada je benda nak main lagi-lagi ramai pula geng yang datang.. mulalah umidedy kat mana, HadifHazim kat mana..=p


Wednesday, August 19, 2015

:: hutang updates ::

assalamualaikum..


banyak hutang updates u olls..
balik bercuti, masuk kerja , kerja melambak, nak audit ISO kan..errrghhh.. so sambung pergi bercuti balik.. hahaha

ni masuk kerja, aku tengok fail menimbun, sakit kepala balik..

ha.ha.ha

en asben punya dah lama transfer gambar dalam lappy dengan harapan bini dia rajin nak updates blog (itu dulu) krik..krik..krik..


sekarang tengah adjust masa, kena balance kan kehidupan sekejap..

hutang dulu dengan u olls trip ke Ho Chi Minh, Vietnam.. erghh, 3 minggu lepas punya cerita..
hikhik..

k, bye!

Monday, July 27, 2015

:: pentingnya komunikasi ::

assalamualaikum..

dah hampir 3 hari aku hidup tanpa telefon..
terasa diri sangat hebat.. ha ha ha..
tapi lagi hebat adik aku yang jauh di perantauan, boleh hidup tanpa telefon lebih setahun.. *salute*


mula-mula mati kutu..
tanpa melihat update terkini.. di IG, fb mahupun google.. twitter aku tak main.. ;p

tapi ada hikmahnya..
jika dulu apa yang kau capai selepas solat?
telefon..

sekarang tidak lagi..
selepas doa, tangan capai Al-quran..
itu paling terkesan..
power tak power Allah uji..
yang pentingnya, komunikasi dengan Allah dulu..
dunia yang lara ini, selepas itu pun boleh..
lara lara pun, komunikasi laki bini mahupun ahli keluarga patut didahului juga..
baru hidup itu diberkati.. ingat nak dok di dunia ni untuk diri sendiri ja ka?

kurangnya, kau lambat tahu perkembangan terkini..
"eh, esok ada sambutan raya sekolah Hadif"
nasib baik ada akak sama-sama hantar anak ke sekolah itu..

pengasuh Hazim hantar mesej "kenapa lambat datang ambil Hazim hari ni?", pun dibalas sepi..
nasib baik pengasuh memahami dan baik hati.. he..he

tak tertahan , en asben yang dok cari pengganti telefon untuk bini dia ini..
nasib baik ada PA yang baik hati..
tapi tak jumpa yang berkenan lagi di hati.. =p

ada sapa nak jual iphone 5s gold edition? bak sini!!!! =p

Hazim sekarang pun tengah giat berkomunikasi dengan apa saja depan dia, seiring dengan pot-pet-pot-pet diiringi dengan air liuq mencurah-curah.. =p

Sunday, July 5, 2015

:: 10 facts about Athief Hazim ::

assalamualaikum..


1. tak kena jaundice masa kelahiran, sebab minum susu umi bagai nak rak..umi dia tak amal apa-apa yang menakjubkan sepanjang mengandung melainkan minum madu + olive oil + pati delima (yang tu pun kena paksa dengan dedy suruh minum..errrr) acid folic mahupun obimin sekadar perhiasan di meja makan.. 
doktor tanya : nak supplement?
 umi jawab : tak perlu,bagi pun saya tak makan..haha..
doktor : tak pelah, hb ok, bp ok.. air gula tak minum?
umi jawab : tak perlu, takde family history..
doktor : hmm, okla..beres je..

kan senang macam tu setiap kali check up.. =p


2. tak berjaga malam.. ni berkat umi tido awal sepanjang mengandung..hahaha.. sampai sekarang pun sebelum pukul 10pm dah ajak tido..bagus2x.. =p

3. mata sepet, ikut gen umi dia.. gen dari nenek moyang.. dedy cakap bila la anak nak ikut gen dedy ni,semua ikut umi.. tu la, umi mengidam anak perempuan sebab nak ikut gen dedy, tapi dedy selalu doa untuk anak lelaki.. =p 

bersama yusuf hamdani.. yusuf tua setahun walaupun beza 2 bulan je..=p
si mata sepet dengan si mata bulat..


4. tanda kelahiran... jangan terkejut bila melihat Hazim in real, sebab dia ni banyak sangat tanda kelahiran di badan.. senang, tak tertukar anak dah lepas ni..=p

5. kuat sangat membebel.. maybe sebab dok dengan pengasuh yang mulut lebat.. hahaha

6.tido tetap meniarap, letak lah celah mana kalau letak meniarap, lena je budak ni tido..kadang-kadang aku rasa geram je,bila dalam buaian pun nak dok meniarap jugak..grrrrr


7. rambut pacak boleh buat otomen dah..
=p



8. mangsa buli bang Hadif..

9. dah start meniarap sebelum 4 bulan aritu.. Alhamdulillah..


10.tu je..k bye! =p

Monday, June 29, 2015

:: jalan sakan sebelum masuk kerja ::

assalamualaikum..


throwback je ni.. aku dah masuk kerja dekat 2 bulan baru nak story..errr..

seminggu sebelum masuk kerja, we olls decide bawa anak-anak jalan-jalan..
orang kata training untuk jadi kaki jalan macam makpak dia..
Hadif dulu selepas 40 hari dah merata makpak dia bawa jalan, Hazim ni slow sikit..sikit je la..hikss

memula kita pergi Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah..
kat mana?

masuk link ni

tapi we olls sampai lambat, patut sampai pukul 2 petang, bolehla beramah mesra, mandi manda dengan gajah, tapi tak sempat aihhh..sampai-sampai semua dah dok atas darat..
baru berangan nak tengok Hadif mandi dengan gajah..
grrrrr~
takdak rezeki..


Hadif yang berjaga-jaga dengan gajah kat belakang..
penakut aihhh budak ni




tak dapat main dengan gajah, rilek2x je kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke Bentong kembali..



pagi tu decide pergi zoo negara la dulu sebelum naik genting..
umi dedy pun last masuk sini zaman kanak-kanak..
1 habuk pun tak ingat..hahaha
so, excitednya sama macam Hadif...
=p


animal show paling ummpphh, sebab boleh tengok kegembiraan & curiousity budak Hadif ni..




1st round jalan kaki, 2nd round naik tram..
gigih tak?
haha.. biar berbaloi dengan harga tiket..


endingnya dengan genting highland..
tak dak apa yang menarik sebab genting tengah upgrading..tunggu 2017 baru best kot naik kat sini..

overall, senang je bawa 2 budak ni jenjalan.. tak banyak songeh, songeh lebih pada Hadif sebab penat melayan pot-pet dia, Hazim still cool lagi..hikss

behave ye anak-anak..

InsyAllah, real jalan-jalan after raya nanti..
=D


Sunday, June 14, 2015

:: show off your ebm? wajar atau tidak? ::

assalamualaikum..

suka tengok orang post pasal breastfeeding journey... Alhamdulillah rezeki masing-masing, bukan?

pernah satu ketika dulu, masa aku dah stop breastfeeding, suka scroll tengok orang show off their ebm kat pejabat...tiba-tiba kena tegur oleh seorang senior..

"orang zaman sekarang semua nak show off, pasal susu anak pun nak tunjuk..awak tak fikir ke apa tanggapan orang lelaki bila tengok susu tu? "

aku pandang dia? perghh, ayat menusuk kalbu bila datang daripada mulut orang lelaki sendiri..
tak pernah terfikir pula dari sudut orang pandangan lelaki..
yang fikir untuk saling memotivasi para ibu.. tapi tak fikir bila publish kat sosial media, benda lain yang jadi.. tak gitu..

ada satu akak ni share kat blog dia sini 

so, untuk bagi aku, depends kepada nawaitu masing-masing..
dan aku memilih untuk setia letak ebm dalam freezer.. jadi tatapan aku je untuk bagi semangat kat diri sendiri..hehehe

kalau orang tanya aku pasal ebm aku..

aku hanya cakap," Alhamdulillah, rezeki Hazim masih ada"
kalau ingin tahu sangat, bukak la freezer rumah mak kat kg, aku tak angkut stok ke rumah MIL, kat sana pun tak muat..errr


untuk tatapan semua

Tuesday, June 9, 2015

:: Athief Hazim : tahniknya last minute ::

assalamualikum..

Dulu semasa Hadif, sempat bertahnik dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz..( Al-fatihah), teringat lagi, sebelum subuh terpacak dekat Pulau Melaka..i miss that moment..
Tapi Hazim tak sempat ditahnik oleh Allahyarham, selang beberapa hari jekan.. *tears*

so, Hazim ni memang last minute punya tahnik...
malam selepas solat isyak, hari ke-7 kelahiran baru semua teringat sunnah nabi ini..
adehla, legend betul, tak ke huru hara ayah hello tok imam tok bilal mari rumah buat tahnik untuk cucu dia?
hahaha..
tahnik start pukul 10 malam..
hahaha~


tok imam

tok sedara..

ahli masjid..

Alhamdulillah, majlis tahnik berjalan lancar dengan serba serbi kekurangan..
hehe..

masa time juga annouce nama budak kecik ni..
suspen je semua orang dari hari pertama nak taw nama baby..
hahaha~

Athief Hazim

pagi keesokkannya, dedy cukur abeh kepala budak ni.. bila Bang Hadif balik dari sekolah, dia pula request nak botak macam adik.. dedy layankan saja..lepas botakkan Hadif, Hadif pula suruh dedynya botakkan kepala, maka dedy kena pergi kedai botakkan kepala sebab takde orang nak botakkan kepala dia..



Hero botak ai..

selang seminggu, rambut dedy dengan Hazim tumbuh bagai nak rak..
rambut Hadif, sebulan lepas tu baru kelihatan tumbuh...
hehehe~


p/s : InsyAllah, majlis akikah dan kesyukuran akan menyusul.. =)

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers