Macam biasa, hari Ahad, hari bersenang-lenang di rumah sahaja. Bangun pagi-pagi pergi pasar sementara anak-anak masih tidur dengan daddy mereka........
Bila dah pergi pasar, maka juadah harini ada special sikit lah. Jumpa pula si sepit biru di pasar. Ok terus terfikir nak buat gulai Kelantan.
| Beli juga 2 biji labu bersaiz comel lote. Lama dah tak buat sira labu ni. Puas makan semalam. |
| Goreng juga tempe. Rajinkan diri buat sambal cili kicap, letak bawang putih banyak-banyak. Perghhh cicah macam tu je makan, sedappppp...... hidangan asal masyarakat Jawa kan. |
| Taraaa ---- si sepit biru. Gulai Kelantan bersama tempe. |
| Pada yang merindu 2 hero cilik ni ---- nilah wajah terbaru.....hikhikhikhk |