Thursday, May 7, 2026

Setiap Orang Ada Dunianya Sendiri


Pengalaman aku menguruskan cuti di tempat kerja lamaku dulu.
Seorang pegawai ni memohon cuti rehat untuk bercuti ke luar negara. Memang sudah menjadi kebiasaannya akan bercuti ke luar negara. Namun, kali ini permohonannya seperti cuba 'dicantas'.




Jika sebelum ini, tak pernah pun jadi isu bila pegawai tersebut bercuti ke luar negara. Kerjanya sentiasa terjaga, tak pernah timbul masalah tapi pada tahun itu, hanya kerana tempohnya sedikit lebih panjang, terus jadi alasan untuk tak mahu meluluskan cuti.

'Saya tahu dia pergi dengan kawan-kawan travel dia tapi ini lama sangat'.

Jangan sebab kau ada kuasa, kau rasa cuti orang bawahan boleh ditimbang sesuka hati. Hormatilah — orang lain pun ada hidup. Bukan semua orang hidupnya berputar hanya di tempat kerja. Orang bawahan pun perlukan rehat. Mereka bukan robot. Mereka ada keluarga, ada kawan dan ada impian — nak jejak dunia di luar zon kerja.


Kadang-kadang kita lupa..

Setiap orang ada kehidupan di luar tempat kerja.
Kuasa bukan untuk sesuka hati tapi untuk berlaku adil  kerana yang diingat bukan keputusan tapi cara kita menghargai manusia.


Kuasa itu amanah, bukan lesen untuk bersikap tak adil. Jadi ketua, adil bukan sekadar di atas kertas — tapi pada setiap keputusan yang dibuat. Orang bawah pun manusia. Mereka ada keluarga, ada kehidupan di luar pejabat. Kalau ketua boleh bercuti dengan tenang, kenapa mereka tak boleh?

@RemajaPurba: - sambungan dari [SINI] -

5 comments:

  1. Susahnya nak mohon cuti pon payah.
    Semua orang kan berhak kan. Bukan ganggu waktu bekerja pon
    Bukan semua orang cuti serentak.

    Teringat dulu Cuya kerja, sesuka hati je diorang cuti dan biarkan
    staf tak cukup di tempat kerja. Tu lagilah leader tak bertanggungjawab..
    Tapi leader macam tula dipuji depan Cuya, nyesal orang yg puji leader tu.
    Baru dia malu depan Cuya sebab memuji orang yang tak layak dipuji

    ReplyDelete
  2. Kadang2 kita kena memahami dunia orang lain juga.

    ReplyDelete
  3. Kadang2 kita kena memahami dunia orang lain juga.

    ReplyDelete
  4. Kalau ada cuti boleh mohon cuti. Cuti dia banyak...tu pasal la cuti lama....eh pelik juga ya bukan dia ikut saluran yang tak betul kan?.

    ReplyDelete
  5. Penah juga kerja tempat yang susah nak cuti, even weekend nak tukar hari keje dengan kawan lain. Kawan oke je, tapi management susah bincang. Yela, kadang weekend la ada family jauh buat keje kawen, atau apa2 sambutan hari keluarga bersama.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...