SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com
Memaparkan catatan dengan label pergola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pergola. Papar semua catatan
Jumaat, 6 Ogos 2010
Meninjau Pergola Tok Kie
Waktu-waktu yang terluang ini saya berkunjung ke rumah En. Hadi salah seorang rakan yang menggunakan khidmat Tok Kie Golokkraf untuk membina pergola di hadapan rumah beliau. Saya paparkan perkembangan terkini pergola tersebut. Masih belum sempurna sepenuhnya.




Jumaat, 21 Mei 2010
Tumbuhan Menjalar dan Pergola
Isnin, 17 Mei 2010
Pergola Golokkraf
Seperti menjadi satu kemestian, setiap rumah di Felda Gunung Besout didirikan sebuah "pergola" di hadapan rumah mereka. Berikut saya paparkan pergola yang ditempah oleh seorang rakan yang juga peneroka Felda Besout 3.Pergola ini dihasilkan oleh Tok Kie dari Golokkraf.blogspot.com. Kepada peminat pergola bolehlah berurusan dengan pemilik golokkraf.blogspot.com untuk tempahan.



Khamis, 6 Mei 2010
Para-para atau Pergola
Saya tidak pasti apakah nama alat ini. Bahasa mudahnya para-para. Bukan tempat meletak pinggan seperti para-para di rumah tetapi kegunaanya sebagai tempat naik bagi tumbuhan menjalar seperti labu, kacang panjang dan mungkin juga anggur. Saya masih ingat semasa kecil nenek menamakan alat ini sebagai "Junjung". Rakan-rakan pula menyebut "Pergola". Apapun namanya, penggemar seni hias halaman rumah boleh mendapatkan rekaan ini melalui Golokkraf.blogspot.com. dengan harga yang berpatutan.



Untuk paparan berikutnya, saya akan cuba mendapatkan gambar-gambar menarik gondola yang menjadi "Trade Mark" penduduk Felda sekitar sini. Cantik dengan tumbuhan yang menjalar dan berbuah.
Langgan:
Catatan (Atom)