SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com
Memaparkan catatan dengan label JAGUNG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JAGUNG. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mac 2011

Sudah Boleh Dituai

Setelah sekian lama menanti , akhirnya membuahkan hasil.

Namun hasilnya tidaklah begitu memuaskan. Tongkol yang agak pendek, mungkin kekurangan air lantaran hujan yang jarang-jarang turun.

Rabu, 29 Disember 2010

Berjagung-jagung Dahulu Sementara Padi Masak

Beberapa hari ini tidak dapat turun menjoran lantaran tugas-tugas rutin dan hujan yang berpanjangan. Kesempatan ini saja gunakan untuk menguruskan ruang terhad di sisi kediaman untuk menanam jagung dan beberapa tanaman lain.
Benih yang digunakan adalah benih jagung manis Taiwan yang dijual di kedai-kedai pertanian dengan harga RM 18/tin dan boleh ditanam diladang yang agak luas.
Langkah menggali lubang adalah kaedah yang sesuai dan boleh digunakan jika kawasan tanah agak sukar untuk dibuat batas ataupun kawasan tanah yang tidak subur untuk tanaman jagung. Isikan lubang yang digali dengan sedikit tanah hitam atau tanah bakar.
Masukkan benih jagung dan siram.
Anak-anak jagung yang berusia kurang 2 minggu.
Setelah berusia 2 minggu eloklah diletakkan sedikit baja. Baja sebatian (urea) adalah baja yang sesuai untuk tanaman jagung diperingkat ini untuk pertumbuhan daun.

Gemburkan tanah di sekitar pangkal anak-anak jagung sebelum diletakkan baja.
 Anak-anak jagung yang berusia lebih 2 minggu.


 Pemantauan harus selalu dilakukan bagi memastikan jagung tidak terencat dan sentiasa subur. Pembajaan dan penyiraman amat perlu sehingalah jagung mula mengeluarkan bunga.

Selasa, 3 Ogos 2010

Tanaman Sayur Sebagai Lanskap Sekolah

Saya sempat mengambil beberapa keping gambar tanaman sayuran yang terdapat di sekitar Sekolah Kebangsaan Sri Besout sewaktu kunjungan saya ke Program Hari Keusahawanan sekolah tersebut baru-baru ini. Keadaan ini mengingatkan saya pada aktiviti sekolah-sekolah sekitar tahun 70-an dahulu. Pada waktu itu murid-murid diasuh bercucuk tanam melalui program "Rancangan Buku Hijau".

Fakta Rancangan Buku Hijau

Rancangan Buku Hijau telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.


Rancangan Buku Hijau bertujuan untuk menggalakkan rakyat lebih gigih dan giat berusaha bercucuk tanam untuk keperluan harian dan jualan.

Rancangan ini bermatlamatkan agar rakyat lebih berdikari di samping membantu membangunkan ekonomi negara terutamanya dalam sektor pertanian.

Sabtu, 24 Julai 2010

Bakti disemai Hasil dituai

Sebelum keluar ke pasar pagi tadi saya sempat melihat-lihat tanam-tanaman saya. Jagung-jagung sudah boleh dipetik. Saya kira masih belum boleh dituai, rupa-rupanya sudah hampir keras isinya.

Inilah sebahagian jagung yang telah dipetik.
Sebahagian lagi yang belum matang.

Isnin, 12 Julai 2010

Jagung Hampir Berbuah

Sedar tidak sedar pokok jagung yang saya tanam di sekitar rumah sudah mahu membuahkan hasil. Sebahagian pokok kelihatan agak subur manakala sebahagian yang lain seperti tidak bermaya berbanding dua minggu setelah ditanam. Kesilapan saya mungkin jarak penanaman yang agak rapat yang menyebabkan sesetengah pokok terbantut tumbesarannya. Mungkin juga terlebih baja siraman yang saya lakukan menyebabkan daun-daun ini menjadi kering seperti terbakar. Ada pokok yang langsung mati setelah mengeluarkan bunga. Kerana terlalu ghairah ingin melihat daun menjadi hijau, saya bajai pokok ini tanpa mengikut aturan dan jadual yang sepatutnya. Akhirnya sebahagian pokok menjadi rosak.
Pokok-pokok yang ditanam di bahagian tepi rumah.


Pokok jagung yang ditanam di belakang rumah.
Kelihatan kekuning-kuningan dan kurang subur.

Sudah berbunga.

Selasa, 8 Jun 2010

Jagung Taiwan

Ini kali ketiga saya menanam jagung di perkarangan rumah. Percubaan kali pertama dahulu membuahkan hasil yang agak memuaskan. Percubaan kali kedua gagal disebabkan cuaca panas yang berpanjangan dan membantutkan pertumbuhan pokok. Hasilnya tidak menjadi. Kali ini nampak pertumbuhan pokok agak sihat. Ketika ini, usia anak-anak jagung saya sekitar 3 minggu.

Khamis, 15 Oktober 2009

JAGUNG MANIS

Benih jagung disemai dalam bekas khas sebelum dipindah ke kawasan tanamanJagung yang ditanam diruangan berhampiran kaki lima rumah sedang membesar




Agak mudah tumbang pada usia begini dan memerlukan sokongan

Pokok yang agak tinggi hampir mencecah atap dan bersedia mengeluarkan hasil
Sudah boleh dituai



Salah satu pokok yang mempunyai 5 kudup (putik) jagung

Hasil yang memuaskan










nuffnang