Showing posts with label apa2 ajer. Show all posts
Showing posts with label apa2 ajer. Show all posts

Friday, June 27, 2014

5 S

rata2 ek tau apa itu 5S terutama pada yang bekerja nak2 pulak yang kerja dengan syarikat jepun sebab bukan syarikat jepun pon banyak guna 5S
apa yang aku nak merepek nih 5s kat mata akulaa.. hehehe sebab ramai manusia takleh ikut 5s yang jepunnyerr tuh!

  1. Sekolah tak habes
  2. Selebet
  3. Songel
  4. Sentappp
  5. Sangaappp/ senget
heheh nanti aku ulas satu persatu ek.....
bila laaa tu.. hah korang pk ler sendiri... 

PETUA PETUA PETUA


1. Arwah nenek mempunyai rambut yang lebat dan hitam walau usia hampir 80 tahun. Dulu tanya juga macam mana dia jaga rambut. Arwah just bagi tahu lepas makan cekodok @ goreng pisang @ sewaktu dengannya, minyak yng melekat pada tangan sapu pada rambut.. bila saya cakap itu petua tok ye.. Arwah bagitahu itu bukan petua tetapi amalan dia sejak dri anak dara. (HAIZA-KL)

2. Kalau nak cabut uban kat kepala, tak ada pencabut tu gunalah air kapur. Letak dekat ibu jari dan jari telunjuk..sekejap je uban tu tercabut.  (Basimah)


3. Petua nak kulit muka mulus - Sapu/lap dengan spender basah(sendiri punya)
Petua nak badan kurus -masukkan spender tadi dalam makanan yang anda masak...sure tak lalu makan. (Mulan Jameela)

4. petua kulit halus mulus dan ‘tuuut’ tak berbau...mandi sental dengan garam halus, buat cam lulur.  Lepas mandi memang rasa halus mulus seluruh badan.  Jimat duit tak payah pergi lulur kat spa.
‘Tuuut’ tak bau..daun sirih campur garam, ramas dalam air suam, buat cebok everytime ke toilet. Tak payah habis duit beli pencuci yang boleh keringkan ‘tuut’ tu. (suzi fauzi)


5. Penjagaan payu dara
Sapukan beberapa helai daun sirih dengan minyak kelapa. Salai menggunakan api lilin dan tekapkan ke payu
dara. Biarkan sehingga kering. ATAU sapu dan ratakan putih telur di sekeliling buah dada. Biarkan kering dengan sendirinya. Buat pada waktu sebelah malam. Bersihkan seperti biasa dan lihat perubahannya.



6. Memiliki Payudara Cantik
Ramas beberapa helai daun turi dan ambil airnya. Sapu pada buah dada setiap kali mandi atau cara paling mudah dah berkesan ambil air yang baru keluar dari paip, kemudian usapkan ke payudara dari bawah ke atas disertai dengan bacaan selawat. Anda akan merasai perubahannya.


7. Menegangkan Payudara
Sapu minyak zaitun pada daun sirih dan layurkan pada api yang sederhana. Bila panas, tekapkan pada payudara selama beberapa minit. (macam kita tuam 'bird' bayi lelaki) Buat tiga kali seminggu.

8. petua ni dari arwah ayah saya,dulu masa saya budak2 kalau bagun tido je,terus tadah tangan serprti kita nak minta doa,angkat tangan tu terus sapu kemuka kita dgn cara dari dagu ke atas se bayak 3x seluruh muka kita sambil berselawat,utk awet muda hasil nya saya berumur 45 thn n still nampak muda lg,,,cubalah

9. Petua cantikkan kulit muka.
Petua ni arwah nenek turunkan pada mak dan mak turunkan pada saya. Masa duduk kat kampung,  kecik2 dulu, mak ada bela ayam dan mak ada sediakan tempat khas untuk ayam bertelur jadi taklah kotor telur2 tu. Petua nyer, kalau ayam tu dah bertelur, mak suruh ambil telur ayam yang baru tu dan masih terasa panas golek2 kan telur tu kat muka sambil selawat. Insyallah kulit akan cantik mak cakap. Saya dengan kakak rajin buat sejak kecik lagi. Tapi sekarang mak dah tak bela ayam lagi. Tapi kulit muka saya dengan kakak saya memang berbeza dengan adik2 lain bersih jer. Lagipun, mase adik2 membesar mak dah tak de bela ayam lagi. hehe.. (surieya sweet)


UNTUK ANAK-ANAK:

1.  Kalau kau nak kahwin secara moden, mak tak kisah. Tapi kalau beranak nanti, kau mesti ikut cara lama. cara bertungku, bertangas, berurut dan paling penting makan jamu.

2. Anak2 kecik kalau kuat merengek maknanya ibu dan ayahnya akan menghadapi masalah. so untuk tidak pastikan anak2 kuat merengek berlarutan, sebaik sahaja anak menangis, cepat2 cekup dia dan pujuk sambil tekup dia dekat pada dada. apabila senja, anak2 kecil harus didukung dan jangan biarkan dia tidur atau bersendirian.

3.  Jangan sesekali makan makanan lebihan anak. anak boleh makan makanan lebihan kita. ini untuk mengelak kita menurut sahaja kehendak anak.

PETUA DI DAPUR

1. Kalau mata terkena cili ketika menumbuk sambal, ada orang cepat2 ambil garam dan kemam. mak kjee pulak kata kalau mata kiri terkena cili, cepat2 cuci ibu jari kaki kanan. begitu jugak sebaliknya.

2. kalau lauk yang kita masak terlalu masin, ambil senduk, kacau lauk itu dan cepat2 cuci senduk bawah air paip. ulang cara itu sehingga lauk itu menjadi kurang masin.

3.  nak elak semut masuk gula, campakkan lima enam biji cengih ke dalam bekas gula.

4. kalau kita makan terlalu banyak dan terasa kenyang hingga sesak nafas, ambil senduk, selawat dan 'kaup pada perut seakan mengaup nasi' dan kononnya buang jauh2. buatlah banyak2 kali sehingga rasa lebih selesa.

5. kalau nak elakkan terkena pukau, ambil anak lesung. anaknya diletakkan di lantai dan ibunya ditelangkupkan diatasnya (lihat gambar atas). begitu jugak dengan penyapu bulu. bahagian 'kepalanya' sentiasa disandarkan dibelakang pintu dengan kayunya dibawah. ada juga kata pelihara ikan puyu di rumah.

6. macam mana nak tanggal chewing gum dari baju? senang jer. ambil seketul ais dan sapukan pada chewing gum hingga menjadi keras. kemudian tanggalkan chewing gum itu.

7. gunting tumpul? rajin2lah gunting lalang sekeliling rumah. selain laman jadi bersih, gunting pun jadi tajam.

PETUA DALAM BILIK

1. Seorang anak dara jangan sesekali masuk dan duduk di katil orang yang sudah kahwin kecuali katil ibu dan ayahnya. kjee tak ingat kenapa tapi itulah pesan arwah mak dulu.

2. Jangan sesekali duduk atas bantal. kononnya akan tumbuh bisul.

3. jangan suka menyabung iaitu meniarap sambil kedua belah kaki dilipatkan ke punggung. kononnya ini akan mengundang kematian ayah dan ibu.




Friday, November 9, 2012

Yesss it's Graduation Day...

first time dedulu tengoj sambutan graduation day ofcozlaaa dua orang adik comel saya dedulu, diikuti dengan anak sulung dan seterusnya... akhirnya Nurdini lak ada graduation day untuk tamat belajar sekolah rendah! huhuhu tak pernah oiii... 

aku dedulu langsunglah tak merasa camnih!! dari tadika sampailah sekarang, tapi aku just tertanya2 lah jugak pesal ek depa nak buat camnih??? tertanya2 ajer..., tapi biasalah malas nak pikir... mungkin orang yang dok sarungkan benda tu fahamlah apa rasa kot aku tak paham... agaknyalah kan... kui kui kui..


thanks alot to kak sina yang snap gambar2 ni..., sila tengok gambar makcik perasan kat bawah tu yerr..


dah terperasan kak sina nak ambik gambo jadi sengih lebolaa... walaupun tengah cakap dgn anak suh makan cereal pagi2 tu ibu busy majlis tak start lagi, ayah pula sudah tentulah lena sebab balik keje malam...

nota untuk diri sendiri...., mungkin sebagai ibu ada sesetengahnya yang seronok or bangga giler kot bila ada anak yang berjubah lengkap camni.., aku seriusli tak rasa apa2 tapi oklah.. buat suka2 sebab dalam kepala aku tak ubah cam paderi dalam gereja!! ini sekadar pendapat akulah... x kisahlah kalau ada yang tak suka dengan pendapat aku... huhuhu siapalah akukan.... :))

Monday, August 20, 2012

Ehem ehem...

Sakit tekak yang malampau.. Huhuhu cemana nsk beraya nih...!! Uhuk uhuk petanda telah minum air yg berbagai warna... Gemilang hari raya...

Wednesday, August 8, 2012

Wednesday, July 4, 2012

salam SYAABAN

Asslammualaikum.. salam nisfu syaaban untuk semua pembaca mahupun folower.. saya mohon maaf jika ada cerita saya kurang disenangi segelintir pembaca moga buku lama kali ini membawa kebaikan untuk semua dan semoga buku baru bakal menjadi yang lebih baik dari buku yang lama.

kita semua sudah tahu.. ramadhan juga tidak lama lagi bakal menyusul.. saya amat rindu berblog seperti dahulu tetapi kesibukan saya menjadikan blog ini kusam seketika.. dan mohon maaf jika tiada hadiah istimewa untuk folower.. harapan saya semoga semua yang folow blog ini dengan keihlasan insyaAllah keberkatannya tetap ada. salam sayang buat semua...

Tuesday, June 12, 2012

Sedang mabuk dengan cerita Korea..



gambar gambar sumber En Goggle... sebenarnya banyak citer Korea yang aku layan sejak akhir - akhir ni... tapi sekarang ni memang tengah mabuk tengok citer nih... miss ajumma.. 393 S one...




jalan cerita kelakar tapi kelakar sedih... 

Tuesday, January 31, 2012

Keajaiban PENATTT...


sentuhan kepenatan... kalau dah namanya penat takdenyer ajaib.. penat tetap penat... ubatnya rehat dan lapangkan minda dan dada... itulah yang terjadi pada diriku dan keluarga ku semuanya 90% bad mood!! sebab PENAT!!


rentetan dari simboliknya penatttt.. sebetulnya ada peristiwa sedih yang berlaku sepanjang akhir bulan ni... bermulanya kisah melawat suami sepupu hubby, yang sakit di hospital kuala lipis tempohhari.. kami dikejutkan dengan panggilan seawal 1 pagi arwah meninggal.. di awal pagi itu memang agak terpana yerlaa nak gerak dah malam tunggulaa esok baru bergerak dari kerteh ke raub pahang..., mujurlah cuti tahun baru cina semua ada kat rumah 7jam perjalanan termasuk makan, solat dan sebagainya... nak kata terkejut taklaa sangat sebab semasa melawat, arwah sudahpun terlantar baring sahaja... dan kami telah sedia maklum akan penyakitnya.., alfatihah untuknya... siapa sangka sebulan lebih selepas kami melawat..., beliau pergi mengadap illahi... kami sekeluarga ucapkan takziah buat kaklong sekeluarga.. terpaksa balik hari yang sama sebab esoknya kena hantar along balik asrama..

selang beberapa hari kemudian dikejutkan pula dengan sepupu perempuan hubby meninggal juga.., kalini di melaka 3am terima panggilan.. termenung gak kejap.. terkejut juga sebenarnya ..., yerlaa arwah baru jerr berusia 20thn... dah sampai masa sebetulnya dia dah sakit selama sebulan, akan tetapi kami tak tahu, mak yah dah berulang alik hospital selama sebulan tetapi dokter tak dapat kesan apa penyakitnya.. akhirnya arwah sesak nafas dan pergi mengadap illahi... ;( memang sedih kerana dia terlalu muda. takziah juga buat mak yah n keluarga, aku balik kg lg... tanpa along.. sebab dia kat asrama.. rushing jugak sebab anak2 ahad tu dah exam... hmm mana tak penat yertak?? itupon mak sendiri dah kecik hati sebab tak singgah balik seremban... hehehe.. faktor masa.. memang tak sempat.. alhamdulillah penat2 pon kami tiba di kerteh dengan selamat aminnnn....

bercerita pengalaman semasa dalam perjalanan tempoh hari, ianya berlaku di hway pantai timur, masa tu malam hubby dah rasa amat mengantuk so dia amik keputusan berhenti untuk rehat sekejap... kami berhenti di hentian lanchang.. aku takleh tido yerlaa tak selesa tidur2 ayam jerr... yang hairannya ramainya india dok stop kat situ.., mula2 1 bus pastu adalaa kereta beberapa biji pastu chinese.. yerlah masa tu chinese new year memanglaa depa dok beraya kan... malas nak pk kita kat mesia ni semua bangsa pon ada so tak kisahlaa... masih lagi disitu... sehinggalah dini n icha bangun nak ke toilet.. masa tu memang takde org so aku benarkan dia pergi akulak dok dalam kereta dok tengok2 sekeliling... lepas jerr mereka selesai dan balik semula ke kereta, aku try kejutkan hubby mana tau kot dia dah puas tido kerr lehlaa sambung jalan... 
alih2 ada sebiji kereta park betul2 kat tepi kami sorang india kuar dari kereta... dalam hati aku terdetik ramainya pulak india memalam nih herann betul... dia cakap2 kat hphone dan tak lama lepas tu ada ford ranger sampai park pulak kat sebelah.. aku dah tutup pintu kereta kunci segera kejutkan hubby selalunya kalau dia letih camtu tak 2jam tido jgn harap dia bangun.. ni dia terus sedar 'kenapa..? entahlaa rasa tak selesa'... hubby start enjin kereta... betulkan seat 'eh apa derang buat borak kat belakang keter kiter lak ek..?' pelik dah nih...' kami undur kereta 2 india ni tadi pon beredar maknanya kita jalan depa pon jalan... dalam keadaan mabuk2 nak tido tuh aku terpkkan akan kejadian yang dah banyak menimpa pemandu2 terutama sekali kat h'way... kereta di rosakkan dan kena charge tak masuk akal dengan bengkel berhampiran... apa pon yang cuba dilakukan oleh 2 orang ni tadi ataupon hanya aku yang syak wasangka alhamdulillahlaa Allah dah melindungi kami... tapi pelik tak cara depa park kereta pon seperti cuba melindungi sesuatu pastu cam borak kat belakang kereta kami bersentuhan dengan kereta lagi apa kes...? tak pelik ker?? syukurlaaa.. kami selamat. 



Diriwayatkan hadith dari Muhammad b Sirin berkata: 'Berkata Ummu 'Utiayah: 'Adapun aku dilarang dari mengikuti jenazah dan tidak ditetapkan (tegahan atau larangan tersebut) atas aku sahaja.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
hadith diatas itu menyebutkan bahawa Ummu 'Utiyah telah dilarang oleh Rasulallah (s.a.w) mengiringi jenazah yg diusung ke kubur dan beliau memberitahu larangan kpdnya itu bukan dikhususkan kpdnya semata-mata, maksudnya kpd semua wanita. Dalam hadith berikut ketetapan yg sama juga dimaklumkan:
Diriwayatkan hadith dari Omar b Abi salamah hadith dari bapanya (yakni, Anu salamah) hadith dari Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) (melaknat) wanita yg menziarahi kubur.' [Hadith at-termidzi, Kitab Jenazah]
Hadith ini menyebut larangan keras Rasulallah (s.a.w) terhadap perempuan dalam perkara menziarahi kubur. Dalam sabda tersebut ada kalimah 'lu'ina' (= melaknat).Rasulallah (s.a.w) melarang keras perempuan menziarahi kubur.
[Nota: Lelaki dibenarkan oleh islam menziarahi atau melawat, malah memasuki kawasan perkuburan, tapi di dalam hadith lain disebutkan bahawa ketika berada dalam kawasan kubur lelaki itu ditegah memakai kasut atau selipar. Kasut atau selipar hendaklah ditinggalkan di luar kawasan kubur. Wanita sama-sekali tidak dibenarkan menziarahi, apatah lagi memasuki, kawasan perkuburan. Mereka boleh duduk di pinggi luar pagar kawasan perkuburan sahaja. Malangnya hari ini jelas umat Islam, termasuklah orang-orang kenamaan kelihatan berada di atas kubur. malah menaburkan bunga dan menyiram air mawar di atas kubur si mati, terutama simati itu adalah ahli keluarga wanita tersebut.]
Dalam hadith berikut pula disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) memberi keringanan dalam perkara melawati kubur sebagai rukhsah (= kemurahan Islam),tetapi kemurahan itu adalah terpakai bagi lelaki sahaja, dan tidak bagi perempuan.
Diriwayatkan hadith dari Sulaiman ibni Buraidah hadith dari bapanya (Buraidah) yg berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sungguh-sungguh ada aku (Nabi) melarang kamu sekelian menziarahi kubur, maka sungguh-sungguh telah memberi izin aku (Nabi) kpd Muhammad (iaitu Muhammad b Basyar, seorang perawi dalam isnad hadith ini) d dalam perkara menziarahi kubur ibunya. Maka ziarahilah kubur maka sesungguhnya menziarahi kubur itu mengingatkan kpd akhirat.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Jenazah]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu menyebutkan bahawa beliau telah mengizinkan Muhammad b Basyar menziarahi kubur ibunya. Kemudian Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya (lelaki sahaja) menziarahi kubur kerana dgn itu yg menziarahinya akan mengingati bahawa adanya akhirat.
Saudara, rumusannya adalah hanya lelaki diberi kemurahan melawat kubur, namun kaum wanita kekal tidak dibenarkan menziarahi kubur.

Jazakallahu khairah

Thursday, December 1, 2011

PREMIUM BEAUTIFUL & LACTO LITE

ok... kepada sesiapa yang ada keinginan nak cantik di hari raya aku nak promo barang... tapi janganlaa ingat aku jual pulak.. aku tak jual benda ni just tolong promote barang adik bongsu aku jerr... sesiapa yg duduk area Bangi boleh deal sendiri dengannya nnt kat bawah aku bgik no.. actually dia pon pomot brang2 ni gak kat aku.. aku tgk cam ok nnt aku try sbb penyakit aku ni pon ada kaitan dengan usus2 nih huhuhuhu disamping masih lagi tak dapat berat ideal..... kelauttt dah semua diet aku.. sekadar boleh menten sahaja sekarang.... nak turun...!!!  lantak kolaaaa dah malas nak pk.. jangan naik lagik sudahhh....

antara kebaikan product2 ini dia berasaskan yogurt dan amat selamat... so kalau dah masuk bulan puasa boleh amik masa sahur dan ketika berbuka.., dia pelihara usus kiter...

Nurich Lacto-lite 
LACTO LITE
Minuman serbuk yogurt kultur hidup & inulin 
menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman .

Lacto-Lite nie sesuai untuk siapa yer?

Sesuai untuk semua jenis kaum manusia kat atas muka bumi. Seriously. Especially, yang ader masalah susah sangat nak buang air besar. Means, kalau dapat membuang pon, macam tak lawas, and tak puas. Lacto-Lite nie memang sangat sesuai untuk breastfeeding mothers, sebab ramuan nyer takkan sesekali mengurangkan susu badan. 

Lacto-Lite nie akan membersihkan usus kiter, so, after minum nie, akan kerap membuang air besar. Tapi, takder la sampai sakit perut. Lepas tue badan akan terasa lebih ringan...:) Kalau pengambilan Lacto-Lite secara consistent, lamer-lamer not only usus kiter bersih, tapi, kulit muker pon jadik gebus dan mulus, sebab toksin dah takder dalam badan kiter...:)

Bagaimana Lacto-Lite dapat membantu anda?

* Menyingkirkan toksin badan
* Menggalakkan metabolism
* Mengurangkan beban badan
* Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik
* Membantu dalam penghadaman
* Membantu melegakan sembelit
* Membantu sintesis vitamin

Keunikan :
• Tahan terhadap asid perut dan garam hempedu. 
• Keupayaan hidup dan mengekakalkan aktiviti walaupun ketika di simpan. 
• Kebolehan melekat pada sel usus dengan baik. 
• Diiktiraf oleh FDA sbg GRAS ' generally Recognized as safe'. 

So, aper lagi you all? Sesiapa yang berbadan besar, gempal, weight issue is bukan satu masalah lagi. This is your chance nak tampil cantik dan sihat dengan lebih berkeyakinan...:)

Harga:

1x box RM158.00 (25 sachet x6gm) +RM 7 for postage

2x box RM316.00 (free postage)

3x box RM474.00 (free shaker cup and free postage)



untuk kesan yang lebih optimum... boleh digandingkan dengan PB..., PB ni aku tak yah citer banyak laa kan dah lama dah.. dah ramai yang tahu... harga ikut saiz korang leh deal dengan adik aku nnt ko jual jerr nama blog aku... ok yang ni aku memang akui during bulan puasa 3 pieces corset ni amat sesuai dipakai... takyah pakai cream sbb baju ni dah lengkap and senang kering dan jauh sekali meninggalkan bau walaupon kita pakai selama 8 jam sehari...(untuk kesan optimumlaakan) bila bulan puasa perut memang tak meragam laa dan tak lapar sbb dah berbengkung so tak kembung lorrr... dia dijual ikut saiz... bila dah ikut saiz kiter.., memang selesa.. jangan risau!!

Premium Beautiful AND Nurich Lacto-Lite Yogurt with Live Culture & Inulin Powder Drink.... TERNYATA MEMBERIKAN PERUBAHAN BESAR UNTUK ANDA....

This is CDM Kak Ana wow!!! Gambar was taken February 2011. She's lost 30kg. Her current weight is 68 kg... now dah slim habis :) She's been drinking Nurich Lacto-Lite and at the same time pakai Premium Beautiful. Memang double effect, okey...:)

So, for those yang ader weight issue, berat badan susah nak turun ker, Premium Beautiful and Nurich Lacto-Lite memang your answer la...:) Seriously...:) Dah terbukti pon.

And now, i nak buat promote lah. Whoever yang beli Premium Beautiful dengan harga promotion now,  So, cepat-cepat book your set of Premium Beautiful now yer...:) 

Call me...LIN H/P 012 - 207 4112
ok yang tu no dier.. or you can add her FB "AEIZLIN OMAR" notes laa sket tau from aeini at home.. insyaAllah dia accept boleh gak deal dgn dier kat FB. 

Monday, September 19, 2011

semangat MERDEKA





OTW balik dari melawat kawan abg yg xcident masa raya2 nih beraya sekaligus.. nampak nihaaa... akulak lembab kuarkan camera langsung tak dapat shot bas yg penuh dgn bendera tuh! ni jerr yg sempat.. sib baik lalulan kami tak jem!

Monday, July 11, 2011

AKHIRNYA.... BERSIH...



Bersih sebersih - bersihnya....yang ni samsung hapa tah... dan yg ni hepon aku yang ke berapa entah...!!! aku suka slim, cantik nampak mahal n harganya agak mahallaa pada aku ketika tu...tak tahanlaaa.. takleh tahan dengan nokia entah kenapa asal pakai nokia jerr cam tak kekal lama bila hubby belikan samsung cam dlm gambar kat atas... lama gak aku guna aderlaa setahun lebih... banyak kenangan gak henpon ni masa jaga hubby kat spital guna hp nilerr... 


....... bila hubby selalu sgt call aku tak dengar memang sound hp ni agak kurengg tak berapa jelas, dia bengang dia tukar sony ericson merah bawah tu sbb bunyi lebih kuat... aku ok jerlaaa dia yg tukarkan... aku amik gambar ni pon kononnya nak jual dalam mudah.com tapi akhirnya adik ipar den berkenan langsung bg camtu jerr kat dia.. tak tergamak nak jualkan dgn adik sendiri...


yang ni lagilaa lama aku guna walhal sony ericson ni lebih murah kalo nak bandingkan samsung yg kat atas tuh.. tapi aku guna lama sampai 2 tahun lebih... hehehe satu hapah aku tak tau function dalam tuh.. asal leh sms, mms udahlee leh dengar lagu... lama2 dia rasa boring kot.. tengok aku guna hphone ni aku takde bunyik nak baru ponnn byk benda lain lagik aku nak pk...,  takde asik nak menukau telepon jerkkk alih2 aku dapat smartphone pulak dari hubby tercayang...
dia kata senang nak update blog, fb bla bla.. haaa ye kerrr..??? pandai jer dia mengayat aku suh tukau... aku yang pening tukar2 ni...yang tukang suka tukar2 phone tak pening aku gak yg pening...



Maka dapatlah aku samsung galaxi ace.. tak sempat aku nak meriki riki jenis apa yg aku nak tak kisahlaa aku bukan jenis kesah pon gadget2 nih asal boleh pakai jerr... tetiba tertengok galaxi s2 lagik slim ek.. uwaaaa ni pon tak taulaa berapa lama leh tahan...


Terima kasih wat hubby tercayang... taktaulaa ni hadiah apa camtulaa cik abg kiterr time2 beday kami wish sama2 beday jerr yerlahh tarikh pon sama bila anniversary pon sama gak... lately aku lak yg selalu lupa tarikh2 tuh! cemana tu..???


agak2 yang ni berapa lama ek aku pakai....:)

Thursday, June 30, 2011

Bila minda terikat.. minda jadi malap dan senyap..., ke sangapppp!!??

wahh hot memang hot tengah2 hot baik bebel nama jerr jual product minda tapi sangapppp sapa yang sudi baca sila laaaaa tak sudi close jer ek...
sebenarnya aku suka bila orang melayu berniaga tak kiralah kecil2an mahupon besar2an.. tapi selalunya melayu ni bila dah up sket mulalaa gelabah kalut mcm tak cukup tanah.. langsung tak profesional.. bengang woo selalu sgt jumpa orang melayu yang camtu kdg2 naik letih... meluat jangan cakaplaa...
pagi2 tadi aku dah tak pasal2 menyindir seseorang.. melayu gak laa.. apesal aku hangennn adalah sebabnya...
sabtu lepas hubby dah bank in duit utk order barang memang kami dah pernah deal beberapa kali, takjub dan suka bila ada anak melayu yang amat gigih berniaga kalau kita call sampai susah nak potong cakap dierr punyalaa byk cerita (or memang jenis kuat sembang).. naik letih dengar dia cakap bla bla bla tak habis2 sampai panas telinga.. 

selang 2 thn bisnes dah berkembang maju dah tak cukup tanah ko!! mentang2lah aku order sket nampak no aku dia tak angkat call pon sibuk bercerita ada banyak hpon dia nak kena jawab takde masa nak baca or balas msg... selalu sgat bila kita kol dia asik cakap dia sibuk makan pon tak sempat, apa pon tak sempat ada 3 famili tengah tunggu nak kena discuss mcm2 kamonlaa ko bisnes memanglaa camtu dan paling utama ko yang pilih jalan hidup ko.. 'INILAH KENYATAAN HIDUP ENGKO'

OK.. balik pada cerita asal.... kita call nak order barang dia bebel benda yg nothing amat sibuks... kita bank in duit... dia senyap hantar sms tak berbalas, kol bebel lagik dia sibuk gilerrr, sibuk gilerr ko!!!! dengan sedap dia berkata2 "saya takde masa nak baca msg2" ko tak geram kerr...????  from hari sabtu duit dah bank in until hari khamis takde kabar berita ko dah hantar ke?, belum ker?, kol punya kol dia tak jawab... then aku amik action laa... aku kol guna line lain lak tgk dia nak entertaint tak...
jeng jeng meh kita baca citer nih...

aku : hello en leman.. saya puan aeini...
leman : ya puan apa tadi (huh tak berapa dengar beb sbb sibukssss sgtttt)
aku : puan aeini saya nak tanya.. asben saya dah bank in duit since sabtu lepas tapi sampai harini barang tak sampai2
leman : sabtu lepas... eh tak sepatutnya jadi camtu u dari mana?
aku : kerteh

leman : sapa nama husband u?
aku : (sebut nama laa kan hehehe dia dah terkedu)

leman : look saya ni sibuk sangat
aku: yerlah kalau sibuk pon hari ni dah khamis dah mana barang tu apa statusnya.. saya nak taulaa u dah terima ke belum...? msg pon u tak jawab..
leman: saya sibuk semua tu staff saya yg buat saya tak handle lagi benda2 tu dengar ya saya ada 3 buah henpon yg saya kena jawab.. hepon saya, saya serahkan kat staff saya utk cek semua order, u dengar saya cakap... (masa ni aku mmg byk potong cakap dia sbb aku just nak taw ttg barang yg dah di order tu yg lain2 aku tanak tau)
aku : yerlah cemana barang saya tu saya tanak tau tu semua..
leman : saya sibuk baju pun saya tak pakai ni
aku : eh saya pedulik happaaa awak pakai baju ke tak pakai baju... yang saya nak tahu sekarang status barang tuh?
leman : saya sibuk, bayk sgt hal nak jawab hpon ada 3 line kat saya ni mana saya nak ingat semua.. this is my personal number...
aku : who cares.. saya tanak tau u sibuk cemana pon saya nak barang saya... pada saper saya harus contact utk dapatkan keterangan lanjut..
leman : semua dah ada dlm website .. nak order2 jgn guna line personal saya..
aku: sebelum2 ni deal with this line your personal number takde masalah pon... u patutnya allert sapa yg deal with your personal number mestilah customer yang dah lama deal dgn u... ni dah boleh report polis dah ni... u ingat semua org ada internet ker..? manjang nak tgk website u jerr nak g bankin duit pon nak hadap gak website u cuba pk...
(aku betul2 dah hangen ko manjang citer ko sibuk.. jerr habih tu ko hengat aku rajin laa nak kol ko nak hangen2 camnih kan... tak pro langsung kaluttt jer lebih pastu byk cakap benda2 tak patut.. aku kesah ke ko tak sempat pakai baju, tak sempat makan, tak sempat mandi, cari bas kat bastand sibuklerrr sesangat kan)
leman: oklah look saya minta maaf u amik no ni.. bla bla bla
aku: mcm nilah kan yang frustnya dengan org melayu
leman: u tak payahlah nak argue mcm tu.. (bila dia dah minta maaf tu aku cam oklaa sket kan sebenarnya aku takde niat pon nak sindir dia camtu but kalau dia nak amik benda ni satu iktibar oklaa lesson learn utk dia supaya dia lebih alert lagi.. straight to the point... tak payah nak citer ko sibuk semua pon tak sempat org tanak tau semua tu..., dan dia jugak kena ingat bukan semua org tau ttg produk dia through website ada yg tau dari kawan - mulut ke mulut atau dari tempat lain) 
"tolonglaa profesional sket..."
kesudahannya bila aku kol no yg dia bg (no staff dia) baru semalam dia bg hpon dia utk di cek oleh staff dia.. c...... apa dah jadi dari hari sabtu,  hari rabu baru cek khamis malam baru hantar... apa kes!!!.. benda ni tak jadi isu kalau dia 4ward msg tu kat staff dia awal2 lagik... kan takde masalah pon...
buang karenn betul!!!

Tuesday, June 28, 2011

sejarah aku dengan Nokia...

Tiba2 teringat tentang henpon dedulu yang pernah aku gunakan... sayangnya aku tak pernah pon amik gambar henpon2 tuh! masa mula2 aku beli henpon guna duit sendiri yang nilaaa 3315 harga tak sampai 400 pon baru.. huhuhu tanak beli yg secondhand "perangaiiiii" tak lama aku pakai.... silap diri sendiri hphone ni mengong akibat aku tertinggal dalam kereta yang di pakir tengah2 panas setengah hari... sekali aku teringat g amik dia dah nyanyi2 sendiri kuatlak tuh lagu doraemon hahahaha pehtu kejap2 dia ok kejap2 dia nyanyi sendiri suka2 ati dia jerr .. akhirnya hubby trade in yang lain 

nokia 2100 nilerr hpon kedua yang aku pakai lama gaklaa... kat belakang tu leh letak gambo tapi aku tak letak ponnn... hphone ni masih ok sampai sekarang cuma batery dia cepat weak along guna skang wat men game jerr
lepas tu hubby belikan pulak yang lain zaman tu zaman hepon leh lipat2 canggih sesangat lerr cekononnya....
yang ni...

wohooo barulaa merasa guna hphone ada kaler2 pehtu leh snap gambo leh video lagik huhuhu best gilerrr dah... tapi aku nyampah dengan antena yang ada sebatang tuh! hehehe tukar lagik... tapi takde sebab pun nak tukar..., gatal nak try hpon leh tolak2 lak.. yang  lipat2 dah tak main dah... huhuhuh ngengada ek..!!!
hubby gaklaa yang jadi mangsa dia belikan yang ni pulak

semua gambar2 ni hasil google masa guna hphone merah putih ni aku rasa cam muda jerr lama2 pakai terus rasa cam budak sekolah jerkkk n tukar lagik tapi... dah tak guna nokia sampai sekarang...
hmm nilah sejarah aku dengan nokia betul2 nostalgik...
tapikan kesimpulannnya kalau nak layan benda2 gajet camnih sampai bila pon takde kesudahan arini beli esok dah keluar yang lagik canggih yang lebih terkini teknologinya hargalak.. mula2 berpinar biji mata lelama murah gilerrr huihhhh tak koser hakuu layannn...

Thursday, May 12, 2011

Beza Krimer Pekat Manis dan Susu Pekat Manis



heheh memang beza lorr.. harga pon mengancam bezanya... rasa pon beza kalau jenis lidah yg pandai merasa cam en suami ku itu... kualiti pon beza jugak...
yang F&N Krimer Pekat Manis tu... tinggal setin balance bulan lepas... dah takde pilihan kan... amik jugaklaa... walaupon hati meronta2.


bulan lepas merata aku g carik susu pekat manis, takde...!! out of stock sebesar2 giant pon takde stock..., hangeenn jerr..... sampaikan nak carik gula halus pon tarakkkk... heran!!! biasalaaaaakannn  simpan barang tunggu naik harga kot, aku sebenarnya dah lama teringin nak buat Dulce De Leche (DDL) setelah menengok blog ayu singapore http://curlybabesatisfaction.blogspot.com  
dengan resepi2 mengancamnya itu.. bulan ni barulaa jumpa susu nih itupun brand marigold adalah yang termurah setakat nih, masih belum ku dul leceh lecehkannya lagik... entah bilerr lorr...

Sunday, April 10, 2011

Mari Berkenalan dengan Bedah & Dollah


Jom kenal kenalan.... yang kepala bulat tu namanya Dollah yang ladybird tu Bedah cutekann.... banyak jasanya mereka berdua nih.. hehehhe bila umur dah masuk 3 series nihkan cam perlu jerr ada benda2 nih untuk urut tang tulaaa tang nilaaa... anak2 kat umah ni siap komplen naperlaa ibu bagi nama camtu kat depa... bagiklaa nama sedap2 sket cam Benji dengan Dania ke... hahahah takde maknanya!!!...


kerja banyak pon Dollah tetap senyum malu2 gitu...  hahaha 

Tuesday, February 15, 2011

sawang dah blog aku....


salam semua.... kabare....? waras.... hehehe lama sungguh tak hapdet blog.. tgh kemas sawang... :)...
SALAM MAULIDUR RASUL SEMUA... 
sekejap jerr dah 15 feb 2011.

Thursday, January 6, 2011

Bread Maker (Empress Cossway)

Salam...



pertama sekali aku bukan nak show off seperti kebanyakan persepsi ek..., tak kuasa lorr.. takde gunanya!! lagipun bukan semua benda yang kita beli tu betul2 berguna kadang2 tak worth pon.. betul tak? aku sekadar berkongsi... aku baru dapat beli benda ni setelah setahun aku mengumpul kupon cossway... setahunnn tu... tengok bukan senang2 nak dapat, dalam banyak2 benda yg aku beli benda ni aku rasa memang patut ada setelah aku baca http://resepirahsiaku.blogspot.com/2010/11/fakta-benar-bahaya-roti.html
korang click nak tahu lebih lanjut... ataupon kalau takde benda ni ni pon korang leh uli guna tenaga yang telah Allah beri... sebaik2nya apa2 pun kita buat sendiri untuk keluarga kita. setuju tak...?


proses menguli....

gambar agak blurr..  yang ni roti manis, masa proses memasak memang harum semerbak lor.. satu rumah anak2 balik sekolah agama semua cam lapar.., yerlaa cuaca kat pantai timur pon sekarang ni tak menentu... 
 yang ni roti putih 1st trial.., not bad, ada kesilapan teknik sedikit menyebabkan sedikit terkoyak belah hujung tu.. sebenarnya aku masih lagi dalam proses mesra alam dengan bread maker aku ni, kena laa ikut resepi betul2 peh ni barulaa berani mahu hentam dan derhaka sikit bagi kesesuaian anak tekak...

Monday, November 8, 2010

55.55


huihhhhhh.... tajukkkkkk....
pemendelaa kannnn....?!!!! selama ni aku tak pernah perasan pon bila dok beli barang2 dapat angka ini macam... bhahahahhaha.... tapi yolaaa limopuluhlimohenggetlimopuluhlimosen yo......!!!
pakcik kedai yang aku selalu beli barang2 tu... dia kata 1st time dia punch dapat harga camni... sepanjang berpuluh tahun dia meniaga.. ohhhhh aku pon rasa2nya baru pasan kot.. selama ni tak pasan ponn... dapat angka 99.99 kerr, 777.77 ker apa kerr... kan kan kan!!??

Sunday, October 17, 2010

Cemana nak tahan lama...????????

Sesuai untuk  yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo....... Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahanlama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua  untuk 'tahan lama'. grrrrr.

KELAPA PARUT Untuk lebih tahan lama  selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah  pada 31 December 2003. Dan sebelah lagi pada 1 January 2004. Wah...tahan  sampai 2 tahun kan ?
 
NASI/LAUK Biar tahan lebih lama, Jangan  gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk  la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS Kalau  untuk lebih 'tahan lama', Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai  saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.  Kalau tak,  tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.. Nak tahan lama Jangan rendam dalam serbuk  pencuci lama sangat elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik  elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan.   Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. Kalau  nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...  BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj.  tutup elok2. jangan bagi angin masuk. jangan bagi abuk masuk. jangan bagi  wap air masuk. bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan  lama.

KENYANG Kalau nak tahan lama, Sebelum makan - baca  bismillallah dan doa Akhir makan - doa dan ucap  alhamdullillah...

UMUR Umur nak tahan lama? Banyak kan  senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok  tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi  masalah).

ROKOK Rokok nak  tahan lama? Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang  saja. P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau  ingat hahaaa....

TIDUR Nak tahan lama  tak tidur malam Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN   Bertahan lama dalam  persahabatan/hubungan, Jujur dan ikhlas je!!!!
Last word: SELAMAT  BERTAHAN LAMA...

ps:-... semua kat atas ni kes aku terbaca mail lama2... post jerlaa wat hilang penat...