Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Kuew teow kerang + salmon taucoo pedas

Ini ajer berbuka arinih.. Diam tak diam arini dah masuk 11 hari berpuasa.. Cepat masa berlalu.. X sabar nak balik kg..


Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan..2011



Salam Ramadhan buat semua pembaca di luar sana mohon ampun dan maaf jika sepanjang 2 tahun saya berblog ada kekasaran bahasa yang menyinggung pembaca samaada di sedari ataupun tidak... Ingin saya ucapkan dan memohon semoga ramadhan kalini lebih bermakna dari tahun yang sudah2 semoga kita semua beroleh kesihatan dan kekuatan dalam menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan semoga hidup kita diberkati Allah... ramadhan hanya sebulan akan tetapi pahala sebulan ini mudahan mampu menghapuskan dosa2 yang pernah kita lakukan.....aminnnnn

Selamat Berpuasa semua...

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan 2010 (1431H)


Salam....

Di kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf jika sepanjang berblog ada tutur bicara saya yang menyentuh para pembaca dan saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada follower yang seramai 210 org sehingga hari ini. Terima Kasih kerana sudi berbalas singgah, memberi komen ataupun sudi mencuba resipi dan menjadi pembaca setia entry2 saya.

Insyaallah...esok kita akan menempuhi bulan yang penuh keberkatan (RAMADHAN) bulan untuk seluruh umat islam, semoga kita semua mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, juga di beri kesihatan agar dapat menjalani ibadah ini dengan tenang dan sempurna... semoga segala amalan diterima oleh ALLAH SWT.... aminnn

Kepada semua kawan2 mahupun kenalan maya .....SELAMAT MENYAMBUT  RAMADHAN 1431H....

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Datang lagi..

22/08/2009
Dalam kesibukan melalui hari yang mendatang tahun ini, ramadhan datang lagi... selamat menunaikan ibadah puasa pada bulan yang mulia ini untuk semua umat islam semoga ibadah puasa kali ini lebih membawa erti dan lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Terima Kasih kepada yang banyak membantu dan memberi sokongan dan mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan.