Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Raya 2012

Dah 11 hari syawal berlalu.. Semakin lama semakin hilang rasanya kemeriahan hari raya... Aku jerr kot yang rasa camtu.. 


Takde persiapan ponn... beli baju anak2 pon ala kadar apa2 pun kemenangan setelah melalui sebulan berpuasa wajib di sambut.



Ok.. Tahun ni adalah tahun ke3 kami dapat menyambut hari raya di kampung... Last year balik johor thn ni turn balik n9 lerr pulak.. Aku berangan nak berbuka dgn mak n ayah last poser tu.. Tapi x sempat...!!! berbuka dekat serting solat margrib n jamak isya di masjid batu kikir.
Alhamdulillah semuanya dapat merasa lemang, ketupat, dodol dan wajik lengkap rasanya hari raya tahun ni.
Setelah hampir 15thn usia perkahwinan tahun ni aku dapat duit raya dari hubby dedulu masa bertunang adala dia bagi sekali pastu... tarakk, dia memang bagi tapi kebanyakannya digunakan hal ehwal keperluan rumah dan anak2... Bagi yang tak formal lerr but not this time..
Sebak pulak rasa bila dia hulurkan sampul duit raya masa sessi bermaafan pagi raya tu.. Alhamdulillah syukur hubby semakin memahami diri ini... Terasa diri dihargai.. Yelah sebelum ni kami dok pikio hal anak2 aje.. Rasanya rasa cinta tu tambah mendalam apabila semakin lama melalui kehidupan bersama. Masing2 sudah tahu tanggung jawab yang perlu digalas... Semakin lama hidup semakin banyak panduan dan dugaan yang kita hadapi pengalaman benar2 mendewasakan.
Akhirnya.. Saya menyusun 10 jari memohon keampunan sempena hari raya ini.. Mungkin sepanjang saya berblog ada jiwa yang saya sakiti tanpa kesedaran saya... Saya mohon ampun dan maaf.

"Andai hati sesuci embun.. Tidak akan gentar menghadapi mentari kerana ia akan kering dalam kesucian yang hakiki... Tetapi jika hati bagaikan longkang sampai bila pon ia tetap hitam terus mengalir dalam kekotoran yang hakiki... Dari itu bersihkanlah jiwa dan hati agar terserlah keayuan diri.."


Saya masih menanti penulisan saya diterima.. Hampir sebulan berlalu.. (aeinio de amo)

Saturday, August 18, 2012

Salam Lebaran

Sedih meninggalkn ramadhan.. Semoga berpeluang.. Berjumpa lagi ramadhan tahun hadapan... Selamat menyambut hari raya semua.. Hati2 di jalan raya.. Sana dan sini bunyi mercun... Apa yg diinginkan ialah bersalaman dengan tangan ibu dan ayah... InsyaAllah sekejap lagi sampailah saya di kampung halaman tercinta.. Maaf zahir batin semua...


Tuesday, October 11, 2011

open house raya huhuhu basi sudaaa...


ni lagi satu citer basi rasa2nya 2/3 hari sebelum kejadian kebakaran tu... ni pon antara citer basi gaklaa... sebenarnya setiap thn aku memang buat makan2 kat rumah kadang2 tak raya pon suka2 wat makan kongsi2 lerr dari dapur masing2 last year aku malehhhh wat gak goreng mee jerr tu pon jiran yang tolong wat makan2 ni pon untuk  jiran terdekat jerr awal tahun 2000 dulu aku rajin wat makan2 untuk kawan2 hubby sekarang ni entahlaa cam dah malas jerr campur dengan tak larattt nak mengemas... so buat ala kadar khas untuk jiran2 terdekat jerlaa yerlah... jiran2 dah macam sedara sendiri duduk jauh dari keluarga ni...
sayangnya hanya ni aje gambar yg jiran jugak snap dgn camera hpnya.. gara2 memory dah full ada sekeping jerr aku langsung tak ingatttt hehehe masa ni buat nasi lemak sambal sotong kering, jamu jam 10 pagi dah pesan jgn sarapan .. suh makan kat rumah pagi tu... wat teh o dan teh susu selain beli tapai pulut, kuih bakar sempat gak masak nasi impit segera dengan serunding daging.. DONE!! hehehe yang penting mereka kenyang dan boleh tapau bawak balik den dah cukup legaaaa...
gambar makanan pon tarakkk huhuhuh sadeyyyy...

Sunday, October 3, 2010

Nasi Impit, Rendang Ayam dan Kuah Kacang...

Rendang Ayam

Kuah kacang

nasi impit segera NONA

nilaa yang aku berjaya masak di rumah sendiri setelah tamat puasa enam tempohari... permintaan suami dapat ditunaikan, walaupon dah byk makan rendang di sana sini, tapi rasa cam tak puas hati kalau tak masak sendiri di rumah sendiri walaupon bukan di hari raya pertama...

Friday, October 1, 2010

Juadah Hari Raya 2010 (masih belum terlewat lagikannnn.....)


Sup Gear Box di hari mantai - me cuit sket2 jew dlm mangkuk hubby takut nak makan nnt pening hua hua hua


acara mengoreng kacang tanah done by me!


kuah kacang adehh sudah lupa snap itu ketupat n time makan dah tak dan mau pegang camera


sambal tumis bilis me yg buat utk dimakan bersama kuah lodeh aka lontong johor style


nilaa lontong tu.. hubby mmg suka tak sah kalau takde dia suruh hantar dia balik umah mak n ayah dierr cewahhh porahhhh!!!


mereneh rendang dalam kuali ni 4kg jeww tak byk sbb me sekeluarga jerr ada pagi raya tu adik2 yg lain semua turn umah suami...


rendang daging yang dah siap.. wooo rendang mak mmg best ever anak2 aku pon sukerr nnt ada masa aku masak n upload the recipe yerr (korang nak tau tak mak aku sebenarnya tak makan daging n ayam tapi cemana ek dia leh masak daging sedap gilerr camni...??? sbb dah biasa.... ayah pulak mmg gemar makan daging)


haaa ni eskrem yg buat ramai org terliur ketika bulan puasa kan... asik2 kuar iklan dier.. aku belasah gak bende ni hanyutttt diettt aku...


Friday, September 10, 2010

SALAM LEBARAN 2010


Salam Lebaran buat semua para pembaca alam maya mahupun kenalan saya di facebook ataupon dimana2 istimewa juga buat semua pengikut blog ini ampun dan maaf dipinta andai ada terkasar bahasa sepanjang berblogwalking mahupun di setiap entry tanpa disedari...
InsyaAllah saya akan pulang ke kampung berhari raya bersama semua sanak saudara doakan kami selamat dalam perjalanan... aminnn...

Sekali lagi saya dan keluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin dan ucapan selamat harai raya aidilfitri 2010 untuk semua..


Tart Nenas istimewa untuk semua pembaca dan pengikut blog ini...