Showing posts with label Kek Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Kek Perkahwinan. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Kek perkahwinan dan kek bertingkat



Kek hantaran perkahwinan-red velvet 10" frosting creamcheese, buttercream roses



10" choc moist cake-kek bahagian bawah


8" rainbow cake-kek bahagian bawah.

Terima kasih kepada kakak senior sekolah menengah dahulu, Puan Siti Azura yang meraikan perkahwinan anak saudaranya di Umbai, Melaka.







Sunday, February 3, 2013

Kek kahwin Azzira & Mushafi





Atas..8" rainbow cake
Bawah..10" red velvet cake
Lokasi..Taliair 10, Ban 2, Pasir Panjang, Sekinchan
Tempahan ..Puan Arni Falak,Cheras.

Alhamdulillah semua berjalan lancar dari awal hingga akhir.

Terima kasih.


Saturday, July 7, 2012

Kek lapis choc cadbury..ode dari Puan Ayuni

07/07/2012


 Ayu 


Zam

Selamat pengantin baru buat keduanya. Ini tempahan ketiga dari Ayuni yang melangsungkan majlis perkahwinannya harini. harap kalini Ayu dapat merasa kek yang ditempahnya. Tqvvm dan harap berpuashati ye.

Friday, May 27, 2011

Kek hantaran perkahwinan


Tq kepada Ina (MBSA) ex-officemateku yang ode kek coklat untuk majlis nikah abangnya di Yong Peng, harap semuanya selamat.

Kepada pasangan Hasman & Siti Afiqah, selamat pengantin baru dan selamat menjalani kehidupan baru.

Sunday, February 27, 2011

Kek 3 tingkat bersalut choc ganache..ode dari EMI



Assalam buat semua..ode pertama kek kahwin 3 tingkat. Ku edit N3 ini.

Atas kek oren, tengah kek stoberi n bawah sekali rich choc moist cake. Rezeki pengantin, ode pertama ni kulapis krim putar ngan filing oren n stoberi n untuk RCMC ku buat cam kek indulgence. Harap depa puas hati. Selamat pengantin baru buat Haiqal n Norah, semoga kekal berdua keakhir hayat. Tarikh projek kek 3 tingkat ni ialah pd Ahad lepas iaitu 27 Feb 2011.

Tqvm pada Emi yang ode untuk adik kesayangannya.


Saturday, December 11, 2010

Kek keju blueberry...untuk Ruhaifi n Aishah

Kek ini telah diode melalui Aina bagi pihak sepupunya. Maka tadi dapatlah berjumpa dengan bakal pengantin lelaki yang boleh tahan jugak hensemnya....he he he. Tq ye dik, maaf kalau kek tak cun sangat/gendut, insyaallah rasanya tidak akan mengecewakan. Selamat menghantar kek sebelum jam 5.30 petang tadi ke Keramat.

Ucapan selamat pengantin baru buat kedua mempelai, semoga berbahagia dunia dan akhirat.

Friday, December 10, 2010

Kek lapis coklat lembap n baby tart perisa campur..ode dari kak Zakiah member Mai




Selamat pengantin baru buat Fareez n Izzati, anak kepada Puan Zakiah, member Mai. Hujung tahun lepas atau awal tahun ini, kak Zakiah ode kek yang sama juga untuk majlis pertunangan anaknya..alhamdulillah. Tqvm ye kak.

Kepada pasangan mempelai selamat berhijrah ke alam baru, semoga berkekalan keduanya sehingga ke akhir hayat.


Saturday, November 27, 2010

Kek lapis coklat lembap...ode dari mak sedara sepupu



Ode dari mak sedara sepupuku untuk diberi sebagai hadiah kepada pihak perempuan sempena majlis pernikahan putera keduanya Ezuan.

Asalnya nak buatkan kek berkrim, silap makan pulut, kembung perutku, langsung x leh nak buat apa-2 dan terpaksa menahan sakit dari tengahari hingga ke malam. Kek lapis ni nak bagi mak sedara juga ode dari dia untuk buat makan-2, terpaksa tukar plan. Next week baru dapat buatkan untuk dia. Insyaallah tunggu ye Alang...he he he sib baik ada baki adunan dapatlah kek saiz 7" x 7" untuk ku rasakan sedikit.

Telah selamat dihantar ke Banting malam tadi.

To Ezuan, selamat pengantin baru, semoga kekal bersama ke akhir hayat.

Saturday, May 8, 2010

Budget kek pengantin...ode dari Rozana






Pagi semalam masa kat ofis Rozana, member Aishah MPK yang pernah ode kek sebelum ni call tanya harga kek. Dah bagi jawapan, ingat x jadi. Kat rumah dapat panggilan dari dia n konpem untuk majlis adik sedaranya kalau tak salah.

Inilah hasilnya, resepi kek butter dari member baking kek juga Siti Norbaya, TQVM Siti, memang besar jugalah keknya. Permintaan Rozana tema Putih Biru..

Layan gambar..Pada Rozana tq ode ngan saya, kalau ada yang tak berapa cantik pandangan mata harap dihalalkan n pada Aishah tqvm promote kek akak ye..jasamu dikenang.

Friday, March 12, 2010

Tempahan kek hantaran perkahwinan pertama...

Hantaran 25 cuppies dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Temanya kaler merun.

Tema krim pulak pilihan pihak perempuan untuk dihadiahkan kepada pihak lelaki.

Alhamdulillah dapat ode dari Lina yang suka mengait kopiah bebudak tu. Kali ini n tugasan yang ku terima adalah menyiapkan kek hantaran pihak lelaki n perempuan. Wah, memuda kau dah terima menantu ye Lina. Alhamdulillah.

Lina kahwinkan anak sulungnya yang baru habis belajar di IKBN. Selamat pengantin baru. Ucapan dan pesanan buat pengantin baru, Idah & Nazim, walaupun korang masih muda, insyaallah selagi di dalam rumahtangga sentiasa bertolak ansur dan bersama di dalam menuju keredhaan Allah swt, insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Gaduh-gaduh sayang tu, akan menguatkan lagi ikatan kasih sayang anda berdua. Semoga jodoh kalian berpanjangan dunia dan akhirat dan dikurniakan anak-2 yang soleh n solehah.

Lina aku harap kau berpuashati dengan deko aku yang baru sesangat ni. Ini pengalaman pertama aku di dalam menyediakan kek untuk hantaran. Sebenarnya dalam hati ku risau, berdebar-2 semasa menyiapkan tugasanku ini. Yelah majlis besar untuk orang kecil sepertiku ini. Semoga semuanyer puas hati ye..tq bebanyak sesangat sebab bagi kepercayaan kat aku untuk majlis anak kau ni.

Sebenarnya N3 ni dah ku buat masa hari Jumaat saja malas nak 'publish'...he he he. Apa-2 pun sekali lagi, tq bebanyak ye Lina.