Showing posts with label Kek Indulgence. Show all posts
Showing posts with label Kek Indulgence. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Choc indulgence..ode dari Nara




Assalamualaikum..selamat malam pada yang belum tidur. Baru nak update ode pagi tadi dari Nara, member kepada Mek Nab yang pernah ode sebelum ini. Harap Nara dan suami puashati ye...

Selamat ulangtahun perkahwinan ke 3, semoga kekal berbahagia bersama ke akhir hayat.

Many thanks to Mek Nab jugak sebab promot kek akak kat member...

Friday, May 27, 2011

Choc indulgence...SELAMAT HARI GURU


Tempahan dari Cikgu Liza yang pernah ode beberapa kali kek denganku. Kalini Liza minta dibuatkan Choc Indulgence bentuk 4 segi dan ditaburi dengan chocs chip untuk dibawa oleh anakanda Sofi kesayangannya bagi meraikan hari guru di SRIH...

Esok jangan lupa jumpa Acik Azhar ye....Tqvvvm Liza

Friday, May 6, 2011

Happy belated birthday to Hanis Nuha...ode dari Fariza



Assalamualaikum..choc indulgence dengan edi pict ode Fariza, x officemate yang dah lama join MBB Shah Alam.

Hari lahir anaknya yang ke 10 jatuh pada 2 Mei yang lepas TAPI takpe kan kakak, janji mama ingat. Selamat hari lahir, selamat panjang umur dan semoga jadi anak yang cemerlang dunia n akhirat.

Tqvm Fariza...

Wednesday, April 27, 2011

Kek coklat dan choc indulgence ode dari Arnida



Ode dari Arnida, sebelum ini Arnida pernah ode juga tapi produk lain. Kalini kek untuk birthday boynya Irfan yang sambut birthday semalam 26-04-2011.

Selamat hari lahir Irfan, semoga Irfan dan kengkawan serta keluarga suka kek Acik ini ye..selamat panjang umur dan sentiasa mengembirakan hati ibu bapa. Kepada Arnida dan suami, tqvm ye dik.

Thursday, April 7, 2011

Choc indulgence for Nurin Alyah on her 5th birthday





Alhamdulillah..ode dari Lin khas untuk birthday anaknya, Nurin Alyah yang ke 5. Lin ode kalini untuk bawa ke tadika anaknya. Sabtu lepas Lin ode kek karot untuk rai ibu, ayah, adiknya Shafiq dan Nurin juga. Tqvvvvm ye.

Choc indulgence ni saiz besar, beratnya masa ku timbang sekali ngan board pun capai 1.8kg.

Kepada Nurin, selamat hari lahir, selamat panjang umur dan semoga jadi cahaya hati dan mata ibu bapa selamanya. Kepada Lin pula, thanks sebab support akak.



Sunday, April 3, 2011

Choc indulgence untuk Nabil n Aliya Huda

Ode dari adikku, Niza. Khas untuk birthday anak lelakinya, Muhammad Nabil 12 tahun, 30 Mac yang lepas dan anak perempuannya, Nurul Aliya Huda 3 tahun , 3 April iaitu harini.

Nabil nak kek bola, gambar Barbie itu pula pilihan Huda. Sorilah Nabil, padang bola tertumpah cat coklat..he he he.

Sambut birthdaynya kat rumahku, kebetulan emak, Kak Long n anak-2, Hisham dan Niza sekeluarga.

Selamat hari lahir dan selamat panjang umur buat mereka berdua. Untuk Nabil juga, study hard for UPSR, jgn asyik tengok bola aje..

Choc indulgence..ode dari Nurul

Ode dari Nurul, member ofis untk birthday buah hatinya. Tqvm Nurul harap puashati.

Monday, March 28, 2011

Kek coklat indulgence untuk Afiq



Baik betul Ina x ofis mateku. Kalini Ina ode kek coklat indulgence untuk birthday anak sedaranya Afiq. Kali ini ku buat lapisan ala-2 SR. Harap birthday boy suka. Selamat hari lahir Afiq..semoga sentiasa sihat.

Monday, March 21, 2011

Choc indulgence...ode dari Fadzley n Ziela



Assalamualaikum, baru berkesempatan menghap det N3 ode terbaru dari member sekawasan dan sewaktu dengannya tapi susah betul nak diketemukan..

Ini ode dari member-2 yang pernah bekerja satu kantor denganku..sebelum tahun 2000 rasanya.

Alhamdulillah mereka suka dengan kek tersebut. Mereka ni peminta tegar kek choc indulgence SR...kek ku itu ala-2 aje..kang tutup pulak SR klu dag sejibik..hik hik hik.

Coklat pula saja ku beri kerana ku mempraktiskan pelajaran yang tahun lepas ilmunya dituntut...x cukup time.

Thanks Fadzley n Ziela, nnt ode lagik ye.

Sunday, February 27, 2011

Kek 3 tingkat bersalut choc ganache..ode dari EMI



Assalam buat semua..ode pertama kek kahwin 3 tingkat. Ku edit N3 ini.

Atas kek oren, tengah kek stoberi n bawah sekali rich choc moist cake. Rezeki pengantin, ode pertama ni kulapis krim putar ngan filing oren n stoberi n untuk RCMC ku buat cam kek indulgence. Harap depa puas hati. Selamat pengantin baru buat Haiqal n Norah, semoga kekal berdua keakhir hayat. Tarikh projek kek 3 tingkat ni ialah pd Ahad lepas iaitu 27 Feb 2011.

Tqvm pada Emi yang ode untuk adik kesayangannya.


Monday, February 14, 2011

Kek indulgence, choc cistat n cream puff..ode dari As.



As yang sedang dalam pantang ode sebiji kek untuk birthday anaknya Dania yang ke 3 dan juga ibunya. As juga ode 50 bj baby choc cistat dan 50 bj cream puff.

Tqvvm As, jangan lupa ode lagi ye.

Wednesday, October 20, 2010

Indulgence Cake n Baby Fruit Tarts

Selamat hari lahir buat Muben, semoga sentiasa sihat dan gembira serta menjadi anak yang menyenangkan hati kedua ibu bapamu...ode dari member Mai. Tqvm ye.

60 bj baby fruit tarts ode dari Ita, SUK. Tqvm Ita, ku kehabisan buah peach dalam tin, kebetulan suami belikan kiwi kuning so dua jenis buah sahajalah ye Ita. Harap puashati dan memenuhi citarasamu.

Thursday, May 27, 2010

Kek indulgence, cuppies, cream puff n baby blueberry cheese tarts.


Ada cerita kelakar disebalik kek yang diode oleh Ina ini. Ina ode kek sebab dia nak balik rumah di Yong Peng, kebetulan harijadi adiknya. Dia memang tak request apa-2 untuk hiasan, aku yang sesaja letak. Ku ingat adiknya Din yang bongsu punyer b'day, ghupa-2nye, adiknya dah berusia 19 tahun. Wakaka..takpe lah Ina kata..TQVM Ina, nnt ode lagi ye.


Cuppies ini diode oleh member lamaku Hamimi utk makan-2 dengan suami dan anak-2nya. Mimi request vanila cupcake..harap puashati, maaf tak dapat nk deko, kesuntukan masa. Tadi ku hantar ke pejabatnya di Seksyen 13, Shah Alam.


Cream puff ode dari x member ofisku..tq bebanyak ye..Alhamdulillah komen positif dari Lin n friends..tak cukup seorang satu. TQVM

Maaf kepada memberku Zu, yang ode 1 set baby blueberry cheese tart, akak lupalak nak ambil gambar, padahal tarts tu bersamaku sampai pukul 12.45 tgh..TQVM..Zu repeat ode sebab anak-2nya suker sesangat.

Friday, May 21, 2010

Ode dari member Mai lagi..

Sori tuan rumah edit N3 ini, kerana sebelumnya ada gambar yang tak dimasukkan. N kalini tuan rumah jumpa direct ngan pembeli-2 kek ini. Selamat berkenalan.

Kek coklat lembap kukus

Tempahan dari Puan Faridah yang sebelum ini menempah 2 bj kek yang sama cuma versi berbeza iaitu bakar dan kukus. Kek coklat yang dikukus dulu diberi kepada besannya di Kedah kalau tak salahku, jadi dia pun nak rasa juga. Tq ye Puan, sudi ode kek saya lagi, harap puashati juga.

Kek indulgence.

Kek ini diode oleh Puan Zainab yang tempah kek karot sebelum ni. Kalini nak makan ngan ahli keluarganya sempena birthdaynya haritu. Semoga panjang umur dan murah rezeki ye. Maaflah tulisan tak dapat buat banyak seperti yang diminta dan tak berapa cun..maafkan saya.

Kek lapis coklat lembap.

Kek ini diode oleh Puan Zakiah. Harap Puan Zakiah puashati dengan kerja saya. N minta lebih kurang halal ye kalau ada yang terkurang.

Tuesday, May 4, 2010

Ode pertama..kek indulgence

Selepas touch up.






Salam buat semua. Alhamdulillah, dapat ode dari Mai n the gang. Kalini salah seorang dari mereka ode kek ala-2 SR ni. Macam biasa ode dari produk baru pulak tu..hatiku berdebar-2. Harap semuanya puas hati.

Tak dapat nak deko lebih-2, sebab Syazwan ni lelaki, tak leh nak letak bunga, ku letak daun aje n dah tak sempat nak cari bahan hiasan lain.

Kepada yang empunya kek ni, kuucapkan ribuan terima kasih. Semoga rasanya menepati citarasa kau orang. Kepada SYAZWAN pulak, Selamat Ulangtahun Kelahiran. Semoga panjang umur, murah rezeki. Semoga hidupmu diberkati dunia dan akhirat.

Komen-2 +ve dari anda semua amat dihargai bagiku memperbaiki segala kekurangan. Apa-2 pun TQVM.

YM : Mai : haah..semua puashati bila dia orang makan..dekorasi pun ok..cantik
SMS : Mai : Kek tadi semua org ckp sdap




Saturday, April 24, 2010

Indulgence cake..ala-2 SR






Saja-2 buat. Mana tau leh tambah produk dari Adnazthie-Kek. Padaku kek ni lebih sedap kalau dimakan dengan strawberi, sebab ku tak tahan rasa coklatnya yang amat sangat mengikut tekakku.