Showing posts with label Kek Chiffon Pandan. Show all posts
Showing posts with label Kek Chiffon Pandan. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

Chiffon pandan, cream puff & baby fruit tarts


Hasha


Puan Salwa


Masliana

Terima kasih kerana sudi ode dgn Adnazthie-Kek.

Monday, February 14, 2011

Kek coklat lembap dan kek chiffon pandan..ode dari bos Mura




Tq Mura sebab ode dari akak on behalf sepupunya. Harap puas hati. Sebelum ini sepupunya pun pernah ode kek chiffon pandan ini melalui bos G Are. Nanti ode-2kanlah lagi...bagi harga baik punya.

Friday, December 31, 2010

Chiffon pandan n baby cistat campur


Mai ode 3 bj sebenarnya TAPI dah tak larat dapat buatkan 2 bj aje..thanks Mai.



Cistat perasa campur ni...gegara tak perasan salah setting suhu..sib baik cepat tgk kalau tak merana den nak buat casing baru. Ode 100 bj cistat campur oleh Mai n frens. Thanks ye Mai, selalu support akak...

Sunday, December 26, 2010

Friday, December 10, 2010

Kek lapis coklat cadbury strawberi, kek chiffon pandan n strawberi, baby tart campur..ode dari Mai n frens





Tqvvm ye buat Mai n frens. Mai sendiri ode 2 jenis kek chiffon n yg lain-2 oleh member-2nya sempena meraikan Nurul/Putri yang birthdaynya harini dan juga 50 bj baby cistat perasa campur.

Friday, April 16, 2010

Ode dari Mai untuk hari Jumaat





Mai n the gang minta Blueberry Cheese Cake, Tart Coklat, Kek Chiffon Pandan, Baby tart campur-2 , Cream Puff Cream Cheese. Tqvm ye Mai n the gang.

Disebabkan kereta problem, ku meminta bantuan suami menghantar ketempat kerja n ku pun mengambil kesempatan terus menghantar ode ini. Selalunya Mai ambil di ofisku.

Baru perasan gambar kek chiffon lupa nak ambil. Gambar cheese cake lupa nak ambil sebelum dipacking. So layan ajelah gambar yang ada ye.

Alhamdulillah dapat lagi ode 1 set baby tart campur untuk hari Isnin depan. Tqvm kepada kawan-2 yang menyokong saya, harap puas hati n halalkan apa yang kurang ye.

Thursday, February 25, 2010

1 oren, 4 hijau


Alhamdulillah syukur dengan rahmat Allah swt yang memberikan rezeki kepada setiap hambanya. Walaupun kek chiffon ni taklah se-gah kek-2 bc atau fondan yang lain, he he he, namun ianya tetap sesuatu yang dinamakan rezeki yang patut hambamu ini syukuri.

Ode dari Mai, x ofis mateku yang join UiTM. Mai ode 1 oren n 3 pandan dan 1 biji lagi untuk rakan sekerjanya. Alhamdulillah. Tq ye kepada mereka yang menyokong dan memberi komen-2 yang membina untukku perbaiki dan memantopkan lagi usaha dan jalan yang kupilih ini.

Friday, February 19, 2010

Kek Chiffon Pandan


Ode untuk kawan Mai di UiTM. Tq bebanyak..2 x aku mengadun resepi kek ini malam tadi. Kek yang memula tu dah siap n diterbalikkan untuk ditanggalkan dari acuannya, bila dah sejuk mudah sangat tanggalnya. Rupanya tak berapa cantik sebab bahagian bawahnya masih melekat pada loyang, nasib baik baru jam 9.30 malam. Apalagi terus mengadun semula untuk buat yang baru. Apa-2 pun harap yang mengodenya puas hati. Tqvm

Saturday, February 13, 2010

Oren, ungu dan hijau...

Kek chiffon oren

Kek chiffon keladi

Kek chiffon pandan


Selamat malam n selamat pagi gak buat semua. Petang tadi masa bersiap untuk balik, lebih kurang jam 2.45 petang, aku menerima panggilan dari seseorang bernama Nadia. Aku ingat SILku, Yan main-2 nak ode kek denganku. No. telefon KL. Rupanya betul Nadia pelanggan baruku. Dia nak bbc tart. Tapi setelah aku jelaskan aku ada lagi tugasan, akhirnya dia ode kek chiffon dariku sebanyak 3 jenis.

Sempat lagi aku bertanya dari mana dia mengenaliku. Malam tadi lebih kurang kul 9.00 malam, konpem segala transaksi. So, inilah hasilnya. Alhamdulillah. Akak harap kau berpuashati ye, esok, insyaallah kita akan jumpa.

Friday, February 12, 2010

Ode..cuti sempena CNY, alhamdulillah.

Kek lapis coklat lembap ode dari Ina dan Mai, x ofis mateku. Mai ode untuk member dia di UiTM.

Marble Cheese Brownies ode dari member SILku di RP.

Tart telur, bbc n oren ode dari member x ofis mate Mai (UiTM)


Last but not least, kek chiffon pandan tanpa santan, ode dari Mai sendiri. Ini repeat ode chiffon pandan dari Mai. Tq bebanyak pada yang telah meng-ode. Semoga semuanya berpuashati dan untuk adik-2 ku itu, akak jual ye.

Kepada bos-2 ku Mura n G Are tq sebab terpaksa ambil cuti gak semalam, keletihan n sowi upload gambar masa kau orang gi kuar rehat, masa kat umah tak sempat nak taip ayat, akak ambil masa sekejap ye., halalkan yer....he he he. Nanti akak bawa pelbagai kek dari Adnazthie-Kek untuk kau orang jadi tester. Tq sekali lagi ye.

Wednesday, January 20, 2010

Kek Chiffon Pandan n Nasi Tomatoku

Kek chiffon pandan, ode dari Nurul untuk suami tercinta, semoga Nurul puashati dengan kerja akak yang pertama untuk mu.

Inilah kek yang Fathieha nak makan. Dapat gak aku merasa sekali. he he he.


Nasi tomato aku yang sempoi. Janji rasanya menawan hati anak-anak ku balik makan dari sekolah, Adli n Nazmi biasa mesti makan lebih sepinggan, ibunyer lagi lebih...


Ayam masak merah....ermmm, sedap gak.

Seawal 5.30 pagi aku dah terjaga, teringat nak masak nasi tomato. Lama dah rasanya tak buat untuk anak-2. Apalagi keluarkan ayam n terus sesambil tu masak breakfast untuk depa, roti salur telur. Rotinyer aku tak ambil gambar lak..oops.

Saja aku masak awal sebab nnt balik keje, sampai, terus makan sekali ngan anak-2. Alhamdulillah sebelum aku kuar g keje pagi tadi, semuanya dah siap termasuk kek chiffon pandan untuk Nurul. Nurul kata suaminya suka kek tersebut. So dah siap awal, walaupun asalnyer nak buat balik koje.
Sampai rumah lak, anak pompuan aku yg sorang tu teringin, kesian pulak. Makanlah kau. Aku buatkan lain untuk Nurul. Alhamdulillah dah siap masa aku sibuk menaip ni, Nurul baru jap sms dia br kuar ofis. Tak kisahlah Nurul, janji kek untuk suamimu yang menyambut b'day harini dah siap. Alhamdulillah. Baki kek yang aku potong tadi pun sedekah sikit kat jiran aku, Azie dan bebudak yang main badminton kat depan umah aku.
Lupa nak tq bebanyak kat Nurul. Untuk suami Nurul selamat hari lahir, panjang umur dan diberkati ALLAH seumur hidupmu bersama keluarga tercinta.

Monday, December 28, 2009

Rezeki semasa cuti

Order dari Azira, 5 biji kek chiffon pandan. Tq G Are, untuk kenduri rumah bapa sedaranya. Buat masa ni aku leh susun kek macam ni ajelah bertingkat-2, nanti kalau ilmu dah bertambah leh buat kek BC/fondant..2 ke 3 tier pulak..insyaallah.



Ini pulak sebenarnya 'banana choco cake', ode dari kawan lama masa belajo dulu, Sherin. Dah hampir 20 tahun jumpa semula melalui facebook. Dia juga ode blueberry cheese tart - 30 pcs n fruit tart 25 pcs. Kebetulan b'day anak perempuan dia masa cuti n kebetulan adiknyer ada majlis kahwin..so ni buat makan ngan keluarga juga.


Inilah fruit tart ode dari Sherin, aku minta maaflah kalau ada yang terkurang, insyaallah akan cuba diperbaiki lagi. Lupa nak tulis, saiz fruit tart ni tak sama dengan yang sebelum, sebab N3 sebelum tu, bekasnyer memang besar. Ini pulak saiz hujung ke hujung tart adalah lebih kurang 5.5cm.

Blueberry cheese n fruit tart ni, aku siapkan pagi 26 Dis tu, selepas siapkan kek untuk G are.

Inilak ode dari Nurul rakan sepejabat aku. Dia pun ode untuk makan-2 keluarga, kesian Nurul ambil keesokan harinyer sebab hujan.


Tq kepada yang telah meng-ode dariku, harapanku mereka berpuashati n nanti ode-lah lagi..

Thursday, December 3, 2009

Terkini-kek chiffon keladi




Takdelah terkini sangat sebenarnya. Malam 1 Dis tu lebih kurang 8.40, Azira call tanya samada aku ada bahan untuk buat kek chiffon. Aku terus kata ada. Dia minta aku buatkan untuk dia, kek chiffon keladi n pandan. So aku terus membuatnya, sambil tu aku ada membakar kek lapis asam manis untuk member yang buat kenduri kahwin Ahad ni.
Kelakar, dah buat kek chiffon dekat 8 biji pun aku leh terlupa satu bahan penting..pelik kenapa adunan kek cair saja. Dah masuk dalam oven baru perasan..kwang, kwang, kwang. Dah sah aku lupa letak tepung..Apalagi tak chiffonlah kek tu..
Apalagi terpaksalah adun yang lain..nasib baik malam masih muda.

Wednesday, November 25, 2009

Marble Cheese Brownies n Kek Chiffon Pandan lagi


Mesti boring bebalik gambar kek yang sama. Sowey mowey, ini aje yang akak dapat nak hapdet supaya akak tak boing asyik tengok N3 yang sama. Lagipun bagi aku yang IKS ni, biasalah ode yang tak tangkap maut. Sesikit aje.
Marble cheese brownies ni, resepinya aku tengok kat blog mamasya. Dia ikut resepi maklang azie, aku buat untuk Noraini, masuk ni dah kali ke3 dia ode jenis kek yang berbeza dariku. Alhamdulillah n thanks 4 yur suppport. Katanya untuk kenduri masuk ghumah baru. Dia ni pun dulu biasa buat kek n biskut raya, kalini tak sempat....... Takpe Noraini,.... ode aje.
Yang kek chiffon pandan ni, apalagi, aku buat untuk ofismate aka bos muder aku..insyaallah akan aku berikan harga terbaik untuk kamu. Janji kamu puashati.
Memang ada yang nak suh buatkan kek lapis coklat cadbury tapi aku setkan insyaallah esok baru nak buat. Lagipun Tea. Jiha anak aku ni memang dia nak hari Sabtu, lepas raya. Apa-2 pun alhamdulillah.

Order ke 2-Kek Chiffon Pandan





Order ke 2 kali ini oleh x ofis mate aku yg dah join koje kat UiTM, Shah Alam. Maimunah namanya, dialah pencetus idea untuk aku buat kek chiffon pandan ni.
Dia ode untuk bawa balik ke rumahnya di kampung Chenderong Balai, Perak. Chiffon bersantan n x bersantan, sebabnya aku tak tahu mana yang nak kata SEDAP. Aku bagi diskaun untuk 2 biji kek yang diode olehnya. Apa-2 pun Mai, akak harap memuaskan hati semua yang Mai jamu.
N last but not least, aku minta maaf gak buat kekawan yang ada ode last minute n tak dapat aku penuhi. Insyaallah leh ode lain kali ye. TQ bebanyak..atas sokongan anda.

Friday, November 20, 2009

Kek Chiffon Pandan untuk Ayan

Kek chiffon pandan tanpa santan


Kek Chiffon Pandan bersantan

Atas permintaan rakan blogku Che Mid yang juga jiran setaman. Kata dia ini peberet Ayan, anak lelakinya.
Dia minta aku buatkan yang bersantan, aku buat n siap pada jam 6.30 petang...guna bekas berlekuk-2. Malangnya bila dah terbalikkan, keknya tak mahu tanggal..Aku buat manual, dah tanggal dari bekas, ada pulak kek yang melekat..aduilah.
Aku telefon Che Mid tanya kalau boleh lambat sikit sebab janji nak hantar lepas maghrib. Dia on. So aku memulakan semula projek kek chiffon pada jam 6.30 petang, kalini aku buatkan yang tak bersantan pulak. Ada gak sedikit yang aku terpotong semasa cubaan menanggalkan dari loyang sebab kek masih panas lagi.
Okeylah Che Mid, harap anda sekeluarga berpuashati...

Wednesday, November 18, 2009

Tempahan kek lumut n percubaan kek chiffon pandan tanpa santan..

Kek ini ditempah oleh SIL aku untuk member dia..Semoga dia berpuashati..




Namanya pun 1st time, tak tahulak kek ni bersantan n tak bersantan..
Harini pulak aku mencuba yang tak bersantan...