Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Dah Balik Beraya ke?

1 comments

Aku dah bersiaran dari kg ye kawan-kawan. Hari sabtu lepas sahur zass kami bertiga beranak pulang ke kg halaman. Beraya mana tahun ni?hohh!!cepu emas sungguh soklan tu. Tahun ni turn beraya di kg en adha kat Parit Buntar. Tapi as usual before balik sini for sure singgah tapah dulu. So, sabtu dengan ahad lepak tapah dulu. Semalam lepas zohor baru balik Parit Buntar.

Best bebenor rasanya dapat balik kg lelama. En adha balas dendam sebab dah berkurun tak amik cuti. So, dia apply cuti 10 hari. Hamek ko...sampai ahad depan cutinya. Dah macam budak sekolah. Tu pun cuti dia ada lagi 14 hari. Haa..punya dia komited dengan kerja sampai replacement leave pun berlambak-lambak.

Kami lepak parit buntar dari semalam sampai raya kedua. Raya kedua lepas subuh terus gerak balik tapah. Yahhoo!!sambung raya kat rumah aku plak. Menu raya dah siap dari raya pertama sampai raya keempat kat rumah aku. Heaven betul raya. Malam raya ketiga as usual kat rumah family aku akan buat BBQ. Time ni semua sepupu sepapat akan lepak kat rumah kami. Time ni la nak kumpul ramai-ramai.

Pada aku raya kat mana pun sama je. Tapi of coz kat rumah sendiri lagi best. Tambah plak mama jenis suka masak kalau semua anak-anak dia balik. Siap kawan-kawan aku nak datang pun boleh request nak makan apa. Confirm mama masak. 

Oklah, ada masa update lagi. Cerita pasal shopping raya pun aku tak publish. Entry ada dalam draft. Puasa tahun ni lemau betul nak update blog. Kalau rasa rajin aku upload nanti ye. Ada ke orang nak baca cerita shopping raya lagi?hahah...

Seronok benor dapat main buaian kat rumah opah anjang

Gambar malam tadi
Aktiviti bulan puasa kat P.buntar...
Makan kerang + segala seafood. Heaven sungguh
Rugi plak tak amik gambar. Kalau tak boleh share story dengan korang.


p/s: Harini nak g Penang. Shopping raya tak habis lagi. Selagi belum raya katanya ;P

Ramadhan Tahun Ini

0 comments

Alhamdulillah dah masuk ramadhan ke 14 harini(betul ke dah 14 hari?). Aku masih lagi puasa penuh. Ingatkan tahun ni dapat puasa penuh sebab aku still BF kan hadif. Tapi nampaknya tinggal angan-angan sebab aku dah period masa umur dia 10 bulan haritu. Last year bulan puasa aku tengah dalam pantang. Tapi aku tinggal puasa 9 hari je. Selamat wei..kalau tak jenuh aku nak ganti.

So, tahun ni ramadha aku biasa-biasa je. Sebab tu aku tak update blog pun. Takde benda nak share. Aku tak masak beria-ria pun. Nak share resepi best-best pun takde. Bukan sebab aku malas nak masak ke apa. Tapi sebab aku berpuasa berdua je kat rumah dengan hadif. Sadis tau. En adha outstation ke JB. Dari bulan lepas tak sudah-sudah kejanya. Nyampah plak aku. Hujung minggu jela dia balik KL. So, bila dia balik tu, aku pun tak masak gak sebab gatal kaki, gatal mata ajak dia berjalan.hehehe...

Minggu depan baru dia habis keja kat JB. So, minggu depan aku dah fikir menu macam-macam. Nak balas dendam memasak. Yelar, kesian juga kt en adha. Hari-hari makan lauk bazar kat JB tu. Sahur plak makan kat hotel je. Sejak kami kahwin ni plak, aku memang jarang beli makanan kat luar. Even puasa pun aku memang jarang membeli kat bazar. Makanya, tekak en adha tu dah biasa makan makanan kat rumah. Bila beli makanan kat bazar, ada je komplennya. Sedap lagi aku masak sardin katanya. Ceettt...nak amik hati letew..^_^

Bila dah tinggak berdua, aku memang masak simple-simple je. Cuma kadang-kadang mama datang sebab nak melawat cucunya, masak la beria sikit. Kalau tak, memang aku berbuka ala kadar je. Tambah plak, time nak masak tu nak kena berperang dengan budak debab tu, adooiii...memang aku tak larat. Time nak masak tula dia nak tolong aku sekali.

 Minggu depan ingat nak start buat kuih raya 2-3 jenis. Gigih ke tak aku nak buat tak tau la.hahaha...Tapi last year, masa dalam pantang tu, berjaya gak aku buat 3 jenis biskut. Nak buat juga sebab mama memang dah tak membeli biskut sejak dia dah pencen. Harap aku jela yang buat. Sebab tu aku dok menunggu en adha cepat skit balik KL. Kalau aku tinggal berdua dengan hadif je memang hangit biskut raya aku.-__-''

Ok...esok kalau rajin aku update cerita baju raya plak.bye..

p/s: tuhan ada perancangan yang lebih baik

Salam Ramadhan Semua

0 comments


Alhamdulillah dipanjangkan umur kita untuk menjalankan ibadat puasa tahun ni.
Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan untuk semua pembaca blog aku ni.
Maafkan segala salah silap selama aku berblogging ni ye.
Semoga ramadhan tahun ni lebih bermakna untuk kita semua.
InsyaAllah...

P/s: pagi karang terpaksa sahur sorang-sorang.sob3

Ramadhan Kembali Lagi

0 comments

Salam Ramadhan untuk semua. Alhamdulillah kita masih berpeluang untuk menjalankan ibadah puasa. Tahun ni tahun kedua aku berpuasa di samping en Adha. Tapi ditempat yang berbeza dan situasi yang berbeza.
Tahun lepas kami berpuasa di Kemaman,Terengganu. Time tu plak aku tak kerja, housewife. Tahun ni dah pindah KL, dan aku dah bekerja.


Dari malam tadi dok terfikir, boleh ke aku nak masak bulan puasa ni sebab kitaorang memang tak suka g bazar Ramadhan. Sahur memang takde masalah. Pukul 4.45pg aku dah bangun. Kejut en adha sekali sebab aku malas nak naik atas dua kali. Masa kat T'ganu dulu lepas siap masak baru aku kejut dia. Dulu takpe sebab rumah setingkat je. Ni rumah dua tingkat. Tak kuasa aku. Sambil aku masak, en adha layan mata atas sofa. Menu sahur nasi goreng and nugget. En adha bedal 2 pinggan.. T___T


Dekat ofis asyik dok fikir nak masak apa. Asyik tengok jam sebab risau tak sempat nak balik. Tapi bulan puasa ni aku balik pukul 4.30.Lega di situ. En adha balik pukul 4. Jeles.. -____-
Sampai-sampai umah, tengok nasi dah masak, lauk pauk untuk dimasak dah dikeluarkan dari fridge, air nescafe dah siap kat coffee maker.Sayang bangat sama kamu en adha.^____^


Menu berbuka harini ikan sambal, sotong goreng oyster and cucur roti.

ikan goreng berlada~favourite dish en adha~

sotong goreng oyster

cucur roti
abaikan rupa buruk.rupa tak penting
rasa yang diambil kira
-______-


Pukul 6 dah setel masak suma. Rasa puas hati sebab berjaya masak untuk en adha. Pastu g terawih sama-sama. Tahun ni terawih kat surau dekat rumah ni je. Aku syukur sangat sebab en adha ada kat rumah masa ramadhan ni. Harus terus berdoa agar dia tak dihantar ke tengah laut.Sob3...sebab memang ada ura-ura dia terpaksa bekerja di tengah lautan.. -___-''


So, macamana ramadhan korang tahun ni? Ada menu-menu menarik? Share-share la ye. Boleh aku try nanti ;P


Aku doakan semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan ramadhan ini. Maafkan aku jika ada salah dan silap terkasar bahasa selama aku menulis di sini.