Memaparkan catatan dengan label bekal anak sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bekal anak sekolah. Papar semua catatan

30 Disember, 2020

DONUT KENTANG KAKAK SADO

Assalamualaikum w.b.t
 
Bercuti ke tu? Hati2 ya bercuti kat mana2 pun musim covid ni, silap gaya merana badanπŸ˜…. Kami setakat ni belum ada kesempatan nak bercuti lagi, banyak tempahan & jualan di kedai Shopee juga sangat kencang, Alhamdulillah, rezeki anak2..
 
Entri kali ini saya nak eksen je haa, mampu buat donat lawa sikit guna tangan, biasa guna mixer kan..Masa ni balik Kelantan, ziarah mak ayah kejap. Kat kampung takde breadmaker, mixer apa semua kan, tapi nak jugak tunjuk sado uli donat pakai tangan jer, barulah anak mak gitu..πŸ˜†. Alhamdulillah licin tak bersisa sekali letak je lesap, maklum ramai rakyat jelata masa tu..
 
Share sini untuk rujukan, mana2 resepi yang pernah cuba & senang buat. Suka donut ni sebab luarnya garing, dalamnya lembuut je..
DONUT KENTANG
Rsp : Rosmarlina@jintanmanis
 
Bahan2 :
πŸ‘‰250 g tpg. gandum / tpg. high protein 
πŸ‘‰80 g kentang rebus & dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
πŸ‘‰2 sdb. susu tepung
πŸ‘‰1 bj. telur gred A (kocok2 dgn garfu)
πŸ‘‰80ml susu segar @ air suam
πŸ‘‰1 1/2 sudu besar marjerin
πŸ‘‰2 sdb gula
πŸ‘‰4 g yis ( 1 1/2  sudu kecil)
 
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. (tumbuk2, tenyeh2 macam basuh kain kat sungai atas batu, jgn berkemban sudah😜) (hempas2 angkat hempas suka hati jgn hempas atas lantai yer) 
 
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 
 
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang yg.ditabur tepung gandum dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
 
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, api kecil ya, dan salut donut kentang dengan dusting powder ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, . **Kalau guna Breadmaker, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
**saya guna tepung gandum & air suam sahaja. . 
 
**Cara menyalut donut dengan coklat cair :
πŸ‘‰Cairkan coklat masakan bersama sedikit mentega, masak dengan kaedah double boil..biarkan mereneh atas api yang perlahan & celupkan donut yang dah sejuk, taburkan apa-apa hiasan yang anda suka
 
Selamat Mencuba ya..

05 Februari, 2016

Sandwich Keju & Telur Mayo

Sandwich keju & telur mayo..Menu sarapan & bekal lagi. Eh dah mood nak bercuti balik kampung dah ke? CNY 2016 tak lama lagi, maka sesakla jalan2 yang ada tu..hati-hati kepada yang memandu..

Bekal & sarapan anak-anak lagi ya, anak ramai ni kena kerap siapkan bekal mana yang sempat, kadang tak sempat atau lenguh kaki tangan pagi-pagi nak masuk dapur tu tapau jugak la..

Sumber resepi FB..
Siapkan bahan2 telur tu malam sebelum tidur ya. Pastu simpan peti ais.
Potong kerak roti siap2..simpan dlm bekas tertutup.
Bangun pagi tinggal siapkan je & masuk bekas bekal anak2.. bahan2 boleh agak-agak sendiri ikut citarasa.

*Kepingan roti sandwich buang kerak tepi.
*Keju cheddar keping
*Telur rebus
*Mayonis
*Garam (x letak pon takpe)
*Lada hitam serbuk
*Planta/butter

Cara :
Lenyek telur rebus.
Satukan dengan planta/mayonis/garam & lada hitam.
Letak keju atas roti,
Sudukan adunan telur. Ratakan.
Letak salad & tutup dgn sekeping lg roti.
Potong 2 & hidangkan utk yg tersayang.
Selamat mencuba

04 Februari, 2016

Cucur Manis Lobak Merah Lagi

Menu senang2 sampingan dalam bekas bekal anak-anak. Suka buat cucur/cekodok susu ni sebab senang, bahan tak banyak & saya suka parutkan lobak merah dalam tepung tu, bagi anak-anak makan sayur tanpa sedar..hehe

Resepi ulangan tapi saya taipkan lagi kat sini, resepi asal ada kat sini -->Cucur Manis
Cucur Manis lobak merah :

3 cwn tpg gandum
3 cawan air panas
1/2 cwn susu pekat
1 batang lobak merah saiz sederhana
Secubit garam.

Adun semua sebati guna senduk .
Goreng dlm minyak panas.
Siap.. selamat mencuba

Roti Jala Sos Kastard Pandan

Assalamualaikum w.b.t. Harap semua muslimin muslimat dikurniakan kesihatan & keberkatan yang diredhai Allah Ta'ala. Tak kira dimana sahaja anda berada InsyaAllah..

Bekal 02/02/2016..Sos kastard saya siapkan sebelum tidur malam, jadi pagi cuma bancuh adunan roti jala sahaja.

Roti Jala mudah..guna air je saya tak tau resepi siapa, snap kat Facebook tapi tak muat snap profile orangnya..harap ampun maaf..
 Resepi roti jala : 

-3 cwn tpg gandum
-3 cawan air
-1 biji telur
-Garam secubit
-Serbuk kunyit / Pewarna kuning
-Minyak utk.merenjis kuali /pan ajaib.

-satukan & blend - boleh menjala..
@ satukan semua bahan & whisk je kemudian tapis - boleh menjala..
-renjiskan sedikit minyak atas kuali sebelum mula menjala utk kali pertama..yg seterusnya tak payah renjis minyak ya..
-biarkan 1- 2minit kemudian angkat & gulung/lipat..
**kalau nk buat dwi colour. Bahagi 2 adunan & warnakan, masukkan dlm 2 botol asing2..jala melintang 1 warna, menegak 1 warna..siap.. 

Sos kastard pandan
Resepi : Fiza@lgk

*1 1/2 sudu besar tepung kastard
*1 1/2 cawan santan/saya guna susu cair
*1/2 cawan air masak
*5 sudu besar gula (kurangkan kpd.3-4 sudu jika nak manis yang sedang2)
*2 helai daun pandan (simpulkan)
*Pewarna hijau
*Secubit garam

-Satukan semua bahan, kacau atas api perlahan sampai likat.
Sejukkan..
sesuai juga untuk cicah roti & cakoi, cekodok pun sedap 
Selamat mencuba

06 Januari, 2016

Pancake Gebu & Sedap

Assalamualaikum w.b.t
Harini update bekal sekolah KAFA petang ni, pagi tadi bawa mee goreng dengan air kosong je, petang bawa pancake + choc.hazelnut Gardenia tu dengan air sirap. Sirap tu buat awal pagi simpan peti ais, nanti anak-anak tak adalah terliur sangat tengok air merah kuning yang dijual kat kantin kan..


Mudah je resepi ni, selalu buat zaman rajin berblog dulu2..hehe. Saya bancuh 2 adunan sekaligus tapi baking powder tu letak 1 sudu besar je, lain2 bahan gandakan. Cara saya juga nak cepat, terus campur semua bahan, kacau2 & tapis. Tak sempat perap, siap tu saya tapis & terus panaskan pan, guna 2 pan cepat siap kerja ok..

PANCAKE GEBU & SEDAP

*Buttermilk 
1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka makan/ perahan lemon
Biarkan selama 5 minit barulah digunakan.

Bahan 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan susu segar @ buttermilk
  • 1 telur ayam
  • 1 sudu tea esen vanilla kalau suka
  • 2 sudu besar butter yang dicairkan @ minyak masak
  • sedikit garam

Caranya
  • Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
  • Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
  • Kemudian masukkan susu segar.
  • Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baiking powder dan digaul sebati
  • Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
  • sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan  mendapatkan hasil yang memuaskan
  • Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit. *tak perap pun
  • ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.

05 Januari, 2016

Sambal Nasi Lemak Bunga April

Assalamualaikum...hari ke-2 sekolah 2016..

Kepada mak-mak bapak-bapak yang super duper sibuk sejak sesi sekolah 2016 ni harap2 bertabahlah ya..macam kalut sikit awal-awal ni, nanti dah masuk bulan ke 2 oklah tu.. Jangan lupa sediakan bekal2 anak terutama sekolah rendah tu, makanan kat kantin sekolah tahun ni nampaknya semakin mahal.
Bayangkan seketul sosej digulung dalam sekeping roti putih berharga RM1 seketul..kalau 1 ketul mana la cukup kan, jadi lebih baik buat sendiri hodoh-hodoh simple2 pun jadila..kesian budak2 nak makan tak kenyang. Air 1 cup RM1 jugak, dulu 60sen 1 cup, baik bawak air kosong jee..hehe


Harini kita bagi resepi sambal nasi lemak yang sedap ni, resepi turun temurun opahnya Bunga April. Boleh buat banyak2, jangan letak garam dulu, asingkan ikut portion sehari makan, simpan dalam peti sejuk beku, nak bekalkan nasi lemak cuma keluarkan sambal & panaskan semula tambah garam, masak nasi & rebus telur siap...jimat masa..,

RESEPI SAMBAL NASI LEMAK
(BUNGA APRIL
**Resepi asal saya separuhkan, resepi asal saya taip kat tepi (...)
  • 2 bj bawang besar* (5bj)
  • Setengah labu bawang putih* (segenggam)
  • Belacan sebesar ibu jari* (2 ibu jari)
  • 1 helai daun pandan (simpulkan) (2 helai)
    (bahan bertanda * dikisar)
  • Ikan bilis ikut suka banyak mana nak
  • 1 senduk cili kering kisar (2 senduk)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam & perasa ikut suka
  • 1 keping asam keping/gelugor (2 keping)
  • Air ikut banyak mana suka
  • Serbuk kunyit (hujung sudu je)
  • 1 biji bawang besar hiris kasar
 Cara-Cara :  
  • Tumis bawang besar, putih & belacan yg dikisar. masukkn sehelai daun pandan simpul.
  • Tumis api sederhana sampai pecah minya & naik bau, masukkan cili kering yg dah dikisar
  • Masukkan asam keping, biar warna sambal agak gelap sedikit, sentiasa guna api sederhana untuk menumis.
  • Lepas tu msuk ikan bilis mentah, ikut suka nk bnyk mna.
  • Tunggu sampai pecah minyak & warna merah gelap berkilat(pecah minyak), lagi lama lagi sedap tapi sentiasa kacau kalau tak hangit tak sedap.
  • Masukkan air, ikut suka nak banyak mana, lebihkan bagi banjir sikit pun takpe, nnt sambal tu memekat, tambah gula, garam & perasa jika suka
  • Tunggu pecah minyak lagi & guna api perlahan saja
  • Masukkn bawang hiris, jangan hiris halus sgt, 
  • Akhir sekali, masukkan serbuk kunyit, yg ni tak letak pun takpe tapi kalau letak kunyit warna sambal lebih cantik
SELAMAT MENCUBA

21 Januari, 2015

SANDWICH TELUR ALA HOTEL

Assalamualaikum..waaahh semangat ambo update blog..biar sedikit terkial2 dengan tangan yang masih membengkak, teruja nak habaq hang, rini buat bento a.k.a bekal sekolah anak2..haha..

Eh, baru lepas kecek-kecek ngan Mek kat kampung, Alhamdulillah, sihat2 cara orang tua, ada masa lemah badan macam tak larat, kadang2 gagahkan jugak Ayoh berkebun tepi2 rumah, maklomle orang tua ni bukan reti dok saja2, kalau sikit2 tak sihat takdenya nak terbaring saja2..tapi Mek saya macam tu le, terbaring aje, tak boleh nak berdiri, kalau duduk pun sekejap je, nak jalan kena berpegang kat dinding/ada yang papah, selebihnya banyak mengesot nak ke dapur / bilik air. Doa-doakan Mek Ayoh kita sihat walafiat & dirahmati usia mereka hingga akhir hayat, InsyaAllah..amiin..

Sape tak tau buat sandwich? Ramai je kan, termasuk saya, bukan tak taula..tapi kadang tu main bedal je, ni try resepi & cara buat ala2 hotel gitu, saya intai dari Blog Hairul.com. Waahh sedap yuuu..cuma Hairul pesan parut telur rebus baru sedap terangkat, pagi2 jam 6.30 maunya nak dan kita memarut bagai, lenyek2 je  ngan senduk, hehe..Roti pulak seeloknya disapu butter agar inti yang basah2 tu tak menganggu tekstur roti & kekal lebih lama segarnya, sesuai untuk bekal tau..

Inti sandwich ni digalakkan buat malam sebelum tidur la, buat banyak2 pun boleh, stok untuk 2/3 hari, simpan peti ais, bangun pagi just spread roti dgn. butter & siapkan sandwich..zaappp!! siap..mudah kan??

RESEPI SANDWICH TELUR
(Cara2 & ayat saya olah sikit ikut cara penyediaan saya sendiri)

Bahan-bahan :
  • Roti putih (buang kerak roti)
  • Telur rebus (dikupas kulit & parut/lenyek ) (saya guna 5 biji telur rebus)
  • Mayonis (saya letak 5 sudu besar)
  • Tomato (separuh biji tomato, saya dadukan)
  • Timun (1/4 biji timun, saya dadukan)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Garam (secubit, saya tambah)
  • Butter (untuk sapuan pd.roti)

Cara-cara :
  • Parut/sagat telur rebus
  • Masukkan mayonis & gaul sebati dengan telur yang diparut.
  • Masukkan gula & garam, secukup rasa
  • Masukkan tomato & timun, gaul sebati
  • Sapukan roti dengan butter, sudukan inti telur rebus atas roti, tutup dengan sekeping lagi roti.
  • Sedia untuk dimakan...lazatnya tak terkata...muaahh..hahaa

Haaaa..ni makcik kantin punyaa..best je santap kat rumah kan..banyak lak tuh..

****waahh ko makan tomato segar ye Ana? patutle muka ko glowing semacam je..tak sangka..
****aiihh takde maknanya aku nak ratah tomato pagi2 neh, tu belen2 buat sandwich la, muka aku memang glowing pon, sebab asben aku baru tukar mentol lampu bilik nih.hahaha...

06 Mei, 2014

DONUT KENTANG

Assalamualaikum w.b.t

Selasa, hari ke-2 anak2 sekolah kebangsaan menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Semoga semuanya berjalan lancar & suksess keputusannya nanti InsyaAllah.

Donut yang laku macam goreng pisang panas..eh macam donut panas-panas la apa lak pisang..ehee...laammaaaa x buat donut, sekali buat ambik ko..licin sekali hadap..eh anak ramai yela licin kan, buatnya 1 adunan je pon..hehe.. sedap..lembut..ahh malas nak gtau lebih2..kira sedaplah..meh cuba..

Sedikit saya frozenkan, tapi saya goreng je sekejap sebab sikit sangat nak masuk oven..maaf la yo..saya bab donut memang tak pandai nak jdkan bulat cantik macam org lain, walaupun pakai cutter..hehe..dah rupa kuih keria pon ada..gasak jela janji anak2 gembira menikmatinya, aih mak bapak pon tumpang sama..
Resepi daripada Tahrunnisah Jali (Facebook), saya edit sikit2 bagi mudah baca

DONUT KENTANG
Sumber Resepi : Puan Tahrunnisah Jali
Donut Kentang oleh AnnaQawina
  • 250 gram tepung gandum
  • 1 biji kentang yang telah direbus dan dilenyek
  • 1 biji telur ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
  • 2 sudu besar susu tepung apa2 jenama
  • 70-100 ml air ais (dulu guna air suam)  **saya guna 85ml air ais
  • 1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 3/4 sudu kecil yis mauripan

*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...

Caranya : 
BREADMAKER
  • Masukkan bahan2 cecair ke dalam mangkuk breadmaker
  • Masukkan bahan2 kering pula, kemudian tekan Start & pilih menu (Cosway breadmaker : No.7) 
  • Apabila adunan bergaul sebati masukkan marjerin/shortening & teruskan menguli hingga selesai (1 jam 30 minit)
  • Keluarkan doh dari BM & teruskan membentuk donut. Biarkan naik 2 kali ganda & bolehla digoreng.

MIXER
  • Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan
  • Kemudian masukkan telur yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu letakk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta akhir skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. 
  • Pastikan doh betul-betul lembut dan elastik .Uli selama 20 minit.
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..
  • Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  • Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat

# tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu..ni tips dari kawan saya juga #maaf lupa namanya..
 
CARA ULI MANUAL :
  • Masukkan bahan2 kering dahulu ...kacau bagi sebati..masukkan telur yang dipukul terlebih dahulu dlm bekas lain yang dicampur dengan garam..
  • Kacau guna tangan biar sebati...kemudian masukkan air sikit2 ye sehingga doh tak melekat dan lembut ditangan ..kemudian baru masukkan marjerin atau shortening...
  • Uli sehingga sebati...dlm 30 minit..((kalau letih just uli dlm 20 minit dan 10 minit terakhir tu taruk dlm plastik ramas2kan dlm plastik..ni pun tips nak gebu kan doh))
  • Cara saya kalu malas nak guna mixer...saya guna tangan masa nak perap doh tu saya taruk dlm plastik yang agak besar dan tutupkan biar ada ruang2 sbb nanti doh nak mengembang...tarukla mana2 tmpat yang dirasakan ada hawa2 panas..dlm oven ke,,,kat luar ke...kat dlm dryer ke mana2 la...
  • siap nanti tumbuk doh tu ...& bolehla bentukkan...

TIPS (Saya salin semua tips yang Puan Tahrunnisah tulis ya)
##tips bentukkan doh
  • saya bulatkan doh tu comel2 25gm boleh 30 gm pun boleh taruk atas dulang yang dah ditabur gandum..
  • dlm 5 minit tu baru saya leper kan sikit doh bulat tu dan buat lubang tengah2...biarkan dlm 20-30 minit sehingga doh naik ....tutup ngan kain atau plastik...
##tips tuk frozenkan
  • saya bakar dulu donat tu dlm 6 minit..suhu 170 bergantung suhu oven msing2..tujuan nak matikan yis ...dah sejuk masuk dlm plastik ..seal n taruk dlm freezer...nak makan kluarkan biarkan suhu bilik dlm 10-15 minit baru goreng dlm minyak panas tp kawal api ye

##tips jika doh donat nak di bentukkan pagi esok..
  • kira malam ni buat dah tak tahan mata ngantuk tahap gaban bolehla simpan lebihan baki doh tu dlm freezer ..
    pastikan tutup rapat2 ye samada dlm tupperware atau plastik...
    esoknya kluarkan dr freezer biarkan doh tu jadi lembut dan boleh diuli 
    tak pun kluarkan dr freezer taruk atas periuk/bekas yang dlmnya ada air panas...supaya boleh lembutkan doh tu n uli kejap dan bentukkan 
    tak pun masukkan kejap dlm oven suhu dlm 30 darjah...atau 40 darjah...masuk kejap dah agak2 lembut kluarkan n bolehla di bentukkan
 SELAMAT MENCUBA

14 Januari, 2014

ROTI NAIK PAHANG (TOK MAK)

Weh petaim bt rsp.femes Tok Mak ni..hehe..ikutkan nk try rsp blog Noorma atau Shasha Rahmat tu..tp lain lak buatnya..takpe lenkali try InsyaAllah. punyala lama tak buat roti rasa macam janggal lak, puas risik orang sana sini, Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan, licin tiap kali keluar oven, syok kan makan panas2..

Rasa nak bukak tender roti lak aiihh..*ngok ngek..haha


Mini pizza bun la kekonon..saya ada buat juga versi bulat2 roti manis tapi takdan nak ambik gambar, maklomle lunch hour time tu saya tak masak..kebulur nampak gaya anak-anak, kebetulan suami baru balik dari aktiviti gotong royong kat sekolah budak2 ni, apalagi..redha jek kan..hehe


Ada rupa ulat gonggok lak, sosej bun stail bajet, nak makan anak2 mintak paipkan mayonis dalam tuh, sedapla gak..InsyaAllah buat lagi resepi ni, senang sangat..TQ Tok Mak, resepi varisan saya C & p dari wall FB Mak Long's Homemade. Dah ramai benar yg dah cuba resepi ni, letih nak gugel 1 per 1..apapun tq juga bt kwn2 yg sajes kan saya saya resepi ni dgn tayangan2 amal soh meroti..akhirnya habis gak tepung rotiku..hehe

ROTI NAIK PAHANG
resipi Tok Mak
Mak Long's Homemade

  • 1 bj telur
  • 2 sdb.susu pekat manis
  • 3/4 cwn. gula castor.
  • 2 sdk yis (saya guna mauripan).
  • 2 sdb. marjerin *saya guna butter
  • 1 sdk. shortening
  • 500grm tpg gandum *Saya guna tepung roti
  • 300 ml bancuhan air ** (..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR + SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.)
  • 1 sdb. susu tepung.*Saya tak letak

Cara2 I : (BreadMaker)
  • Masukkan bancuhan 300ml (telur + air + susu pekat) ke dalam mangkuk BM
  • Masukkan tepung, gula, marjerin/butter & shortening
  • Akhir sekali masukkan yis
  • On Bread Maker & biarkan sampai siap (1.30jam)
  • Keluarkan doh yang dah siap, potong doh kepada doh2 kecil lebih kurang 30grm tiap 1.
  • Bentukkan ikut suka, biarkan 30 minit atau sehingga doh naik sekali ganda, kemudian dibakar
  • Saya guna suhu 160'C selama 30 minit api bawah dulu, dah separuh masak baru ON api atas bawah sehingga keperangan atau masak sempurna
  • Sapukan butter atas permukaan roti agar berkilat (ni saya tak buat kali ni, malas la..)
Cara2 II : (Manual) - Mas@Duniaku

***utk pastikan yis hidup....sy campurkan skali yis dlm bancuhan air diatas....sy guna air suam panas...jika yis berbuih...maksudnya sedia utk diguna...jika sebaliknya...jgn guna..


Dalam mangkuk...
Masukkan tepung dan gula halus...masukkan adunan 300ml air tu...gaul sebati....
Masukkan marjerin dan shortening...gaul rata....
Teruskan uli hingga adunan lembut, licin serta elastik...
Perapkan doh sehingga naik sekali ganda...tumbuk2 doh utk kuarkan angin...bulatkan  kecik2...susun dlm loyang...yg dah di griss....perap lagi sejam, untuk buat doh pizza boleh kurangkan kuantiti gula.
Bakar dalam oven 180...selama 20 minit atau hingga masak...dengan api atas bawah
 
SELAMAT MENCUBA

11 Julai, 2013

2 RAMADHAN 1434H : NASI GORENG LOBAK MERAH

Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ… ...
Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ… و Ψ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ و Ψ¨Ψ±ΩƒΨ§ΨͺΩ‡

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu bahwa Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

ΩˆΩ…Ω† Ψ΅Ψ§Ω… Ψ±Ω…ΨΆΨ§Ω† Ψ₯ΩŠΩ…Ψ§Ω†Ψ§ واحΨͺΨ³Ψ§Ψ¨Ψ§ غفر Ω„Ω‡ Ω…Ψ§ ΨͺΩ‚Ψ―Ω… Ω…Ω† Ψ°Ω†Ψ¨Ω‡

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (HR. Bukhari No. 38, 1910, 1802)
 Makna ‘diampuninya dosa-dosa yang lalu’ adalah dosa-dosa kecil, sebab dosa-dosa besar –seperti membunuh, berzina, mabuk, durhaka kepada orang tua, sumpah palsu, dan lainnya- hanya bias dihilangkan dengan tobat nasuha, yakni dengan menyesali perbuatan itu, membencinya, dan tidak mengulanginya sama sekali.(c&p)

*******************************************************************
Menu biasa2, dah lama buat ni, saja2 nak habiskan parutan lobak merah lebihan buat carrot cheesecake sebelumnya, lalu saya campur adukkan dalam rencah nasi goreng. Simple tapi amat bermakna sebab anak2 tak payah nak kuis2 pilih sayur sbb xtau makan..hehe..Nasi ni digandingkan dgn apa2 aje yang ada, ikan masin kecil2, sambal lada mak saya buat, ulam2 aje..

Versi pinggan besar sah2la dewasa punya, yakni empunya tuan rumah..sikit2 mana cukup.

Versi ciput2 ni utk.anak2, suka sgt diaorang kalau buat bentuk2 kat nasi tu...Resepi? Takde..saje2 share bg idea..haha..Campak ajela mana2 yang ada kat dapo tu haa..InsyaAllah sedap makan untuk sahur ni kan..

SELAMAT BERPUASA..

20 April, 2011

SANDWICH COKLAT SALUT TELUR

Assalamualaikum w.b.t

Dah berapa hari tak menghapdet blog nih..lemau sungguh jari jemari ni nak menaip..kalo ler buleh kita cakap je..keyboard tu gerak sendiri taip apa yang kita cakap..pastu kita post je..ok gak kan gituw..banyak sikit benda boleh bebel..haha..ada-ada ajer...

Sekadar nak menyimpan memori perihal anak-anak je nih, bekal yang diaorang bawak minggu ni, ringkas tapi bila sekali sekala buat berebut2 makan & masuk bekas untuk bawa bekal ke sekolah..macam tu le ragam anak-anak ni..


Roti sandwich yang dibeli dari kedai berhampiran yer, bukannya nak buat sendiri!! Huhu..biasa Ana cuma letak mayonis, kemudian lipat & sapu telur, kadang2 tu letak sosej, gulung & sapu telur kemudian goreang..kali ni mayonis dah habis, kebanyakan mayonis tuh habis dek Donat Mayo ajer..hakhak..sabo ajerla anak-anakku yer..kali ni letak choc.filling yang buat haritu, sedap & senang nak sapu kat roti, takdela berketul2 susah nak tenyeh kat roti kalau sesetengah jem / kaya yang dah sejuk dalam peti ais kan..yang ini sedang-sedang ajer..nak masuk mulut pun senang je kan kan...


Ni, saje rajin nak letak cara buatnya, kot2la ada yang tercari2 menu bekal anak-anak nak g sekolah kan..harap dapat memberi anda idea tergempar la kan..hehe..gempar sangat le tuh!! Cara salut telur tu Ana pinjam dari Kak Nor@Secubit Garam yang ajarkan supaya dapat jimatkan penggunaan telur..makacih kak..memang jimat..

SANDWICH COKLAT SALUT TELUR
Sumber : annaqawina.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • Roti sandwich secukupnya
  • Inti coklat/apa-apa inti yang digemari
  • 1 biji telur - dikacau dgn garfu
  • sedikit mentega

Cara-cara :
  • Potong kerak roti jika suka (tak potong pun)
  • Sapu inti coklat bagi rata kat roti tadi
  • Lipat 2 rot/ nak buat 3 segi pun boleh
  • Sapu telur pada roti di ke dua-dua bahagian roti dengan garfu / berus (berus masakan yer..bukan berus kain..:P) *(Cara ini lebih menjimatkan penggunaan telur)
  • Panaskan kuali leper & sapu mentega di atasnya.
  • Letak roti tadi, balik-balikkan bagi masak di kedua-dua belah.
  • Angkat & hidangkan
SELAMAT MENCUBA

16 April, 2011

NASI GORENG BERSOSEJ..kegemaran anak-anak

Assalamualaikum
Alhamdulillah bertemu lagi di pagi yang damai ini..cuaca yang cerah semoga memudahkan urusan kita seharian yer..mana-mana yang berbakul-bakul nak bawak keluar ke ampaian tu silalah berbuat demikian..err..sape tuh? hihi..ni haa..tuan tanah sendiri le..berbakul nak disidai..nak dicuci..maklumle ank-anak sekolah dah 3..sehari dah 5 pasang baju sekolah..huhu..hujung minggu je bakul tak dapat nak menampung beban dah..hehe..saje tu tangguh..

Apa-apa pun harapan Ana semoga muslimin muslimat yang dikasihi Allah berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya..Ana sendiri pun rasa semakin bertenaga, cuma kedudukan perut agak senak di bahagian atas, mungkin 'baby' tengah dok diam kat belah atas kot..bila makan pun kena menyandar sikit..mudah-mudahan diberi kesihatan & kemudahan berpanjangan oleh DIA Yang Maha Mengasihi..Amin..


Harini saja nak share menu kegemaran anak-anak Ana..Umminya juga time ayahnya takde kat rumah..hehe..senang kerja..masak sekali harung je kan..Nasi Goreng yang mewah dengan sosej & juga telur hancur..buat tak boleh nak pedas sebab anak kecil pun nak makan sama..kalau kita sendiri nak makan, pandai-pandaile penyek cili api yer..

Sedikit perkongsian kepada yang memerlukan idea ntuk anak-anak..samada untuk bekal anak ke sekolah atau untuk sarapan..Harap bermanfaat..

NASI GORENG BERSOSEJ ANA
Sumber : AnnaQawina

Bahan-bahan : 
  • 2 mangkuk nasi putih - yang dah sejuk
  • 3 ulas bawang putih - diketuk/cincang 
  • 1 sudu besar cili giling - jika suka
  • 1 biji telur
  • 4 batang sosej - dipotong nipis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • garam & gula @ serbuk pati ayam - jika suka
  • sayur-sayuran - jika suka..*Ana tak letak sbb anak tak suka
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Kalau letak serbuk pati ayam dah tak perlu garam & gula lagi

Cara-cara :
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih bersama cili giling.
  • Masukkan sos tiram, kacau sebati, kemudian masukkan potongan sosej tadi. Gaul sebati.
  • Masukkan pula telur, kacau cepat-cepat bagi telur hancur & sekata masaknya.
  • Sementara itu gaulkan nasi bersama garam & gula @ serbuk pati ayam hingga sekata.
  • Masukkan ke dalam gorengan tadi, gaul sebati agar semua bahan bersalut dengan nasi.
  • Tambahkan kicap manis, gaul & bolehla ditambahkan sayur-sayuran (sawi/kubis) jika suka  
  • Kemudian boleh angkat..Hidangkan..
 
Lagi banyak sosej lagi anak-anak suka kan..

*Anak perempuan Ana, Damia (5 tahun) & Hannah (1 thn 7 bln) suka makan sayur2an terutamanya ulam tomato & timun, berbeza dengan abang2nya Adam & Akmal, hanya makan sayur lobak merah & kentang sahaja..Ragam budak-budak kan..

06 Januari, 2011

Dadar Daging Mayonis Berkentang

Assalamualaikum teman2...uiks..dah nak senja baru boleh bersiaran, inipun anak2 dah ke sekolah & yang kecik dah tidur..dapatle kejap merewang kat sini..nak tayang2 sarapan & bekal untuk anak-anak harini..:)

Ini versi bukan anak-anak punya yea..hihi...

Bangun pagi tadi rasa macam nak buat sesuatu yang lain buat anak-anak bekal ke sekolah agama, jadi terhasillah menu yang agak panjang namanya ni tapi pendek je cara buatnya..tak tahula kalau pernah ada yang letak resepi macamni kot sblm ni, harap maaf yea..ini cuma percubaan & pe"neraian" terhadap bahan2 yang ada dlm esbox bersama pan kecik baru Ana...hihi..

nak letak camni pun boleh aje..

Inti Daging :
  • 1 mangkuk kecil daging kisar -jenam Ramly
  • 1 biji kentang - dipotong/cincang halus
  • 3 biji bawang putih - di cincang halus
  • 1 sdb cili kering dikisar..jika suka
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Sos cili

Cara-cara :
  • Panaskan minyak & tumis bawang putih sehingga garing
  • Masukkan cili kering, sos tiram, sos tomato & sos cili. Kacau2 sehingga mendidih.
  • Masukkan daging kisar bersama kentang & sedikit air. Kacau sebati.
  • Tambahkan air jika suka, masukkan garam & gula secukup rasa. 
  • Kacau2 rata sampai airnya kering & daging serta kentang  empuk 
  • Bolehlah diangkat & ketepikan
Inile rupanya lebih kurang...

Dadar mayonis :
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar mayonis
  • sedikit serbuk lada sulah..jika suka.
**Kacau bersama semua bahan  tersebut.

Cara-cara :
  • Panaskan pan ( tak melekat) & masukkan adunan telur tadi, ratakan.
  • Letakkan seberapa bnyk yg kita nak inti daging tadi di atasnya.
  • Boleh ditutup permukaan pan agar masak sekata.(Blh juga terbalikkan)
  • Angkat & boleh digunakan bersama roti burger atau apa2 aje..
 SELAMAT MENJAMU SELERA

05 Januari, 2011

BEKAL ANAK-ANAK...berbaloi ke??

Assalamualaikum..

Kesibukan yang amat sejak bukak sekolah ni, pagi2 lagi dah siapkan sarapan & bekal sekolah agama anak teruna berdua tu..tak ketinggalan juga si puteri yang nak ke tadika..lepas je selesai & semua dah berangkat ke sekolah & tempat kerja, masak lagi untuk makan tengahari merangkap makan malam..hehe..buat bekal lagi untuk sekolah kebangsaan..ada yang mengomel..BERBALOI ke buat bekal? Baik beli je..macam2 anak boleh makan..Hmmmm....
bekal Adam & Akmal

Bagi Ana & suami..memang berbaloi, kalau bab kos bahan, mungkin naik sikit sebab bila buat sendiri makanan untuk keluarga, macam2la yang nak letak..itu kena ikut citarasa anak-anak yang nk makan kat sekolah, bagi diaorang selera..berbaloi2 sebab anak2 dapat makan hasil air tangan ibu dia..halal segala bahan & cara penghasilannya..InsyaAllah..kalau kena gaya, lebih jimat sebab beli barang dlm kuantiti yg agak banyak dgn harga lebih murah..ramai dapat merasa.
contoh makanan yang anak2 Ana bawa ke sekolah

Kalau yang beli, kita sendiri tak tahu apa yang orang letak, siapa yang buat..maunya bibik-bibik yang merantau nak cari duit lebih? Kdg2 ramai yg keliru mana orang Islam mana yang tidak, dari segi rupa, sama sahaja, baik pakaian pun begitu jugak..Tak ke naya anak-anak kita yang suci bersih hatinya kena makan hasil dari yang tak tahu "hallalan toyyiban"nya kat mana..jadi buat ibu 2 & juga bakal ibu2 yang suka masak2 tu buatla bekal ringkas utk anak-anak nak ke sekolah..niat dalam hati kita beserta selawat kepada Yang Esa..agar diberkati makanan yang dimasak dengan penuh kasih sayang itu..

Bila anak-anak dah terbiasa bawa bekal, duit belanja RM1.00 yang kami bekalkan akan pulang ke rumah & masuk dalam tabung..apa kata anda? BERBALOI kan? (",)

21 Oktober, 2010

ROOOTIIIII.......ROOOTIIIIII...

Assalamualaikum & Salam sejahtera..*nape skema je nih?*

heeeeee...ada bunyi cam orang jual roti tak? Bukan kita nak jual roti tau, saje2 nak buang masa tunjuk apa yang dimasak & dimakan...tak salah kan? Harini nak tunjuk bekal anak Ana untuk dibawa ke sekolah...roti memang pilihan utama Adam..jadi dengan hanya roti sandwich tu kenala pelbagaikan, tapi kalau dah malas cicah air pun laju jer kan...hehehehhe...

Stail roti macam Ana buat ni ada pernah tgk dalam majalah SDK tapi tah mana perginya, kita letak je ikut suka kita InsyaAllah sedap...

Fesyen pertama : Sandwich Coklat/Milo

Roti yang ditabur serbuk minuman coklat
Nak buat roti ni senang je, potong kerak roti, sapu nipis Planta/ mentega atas roti tu, past bakar jap bg garing sikit..dah masak & angkat cepat2 taburkan serbuk coklat ataupun serbuk milo tuh..makan panas2...sedaaapppp....!!!!

asalnye dipotong 4..mana lagi ni???? ni geram nih..
Heee...anak2 ni memang "Hantu" makan roti tau...kejap jer dah licin..*ngan Umminya skali..*

Fesyen ke 2: Sandwich Lapis Keju

Roti lapis keju
 Stail gini biasa buat..tapi kena ada keju le. Ni bahan2nya :

2 keping roti
1 keping keju
Planta
sedikit gula pasir
alalalalaaa...nak jatuh dah tuu..cepat ambik!!
  • Potong kerak2 roti 
  • Ambil 1 keping roti tadi, sapukan dengan Planta, kemudian tabur gula..*sikit je..*
  • Lapiskan kepingan keju diatas roti tadi, tutup pula dgn 1 keping lagi roti 
  • Bakar sekejap & angkat bila roti dah bertukar kekuningan.
  • Gula tu akan bagi rasa manis kira balance le ngan keju  tu kan..sedap!!

Akhirnya dah takde..mana perginya suma roti2 tu yea?? Heran sungguh..
rupa2nya...
dah kena kidnap..hihiii
Untuk stail & fesyen2 roti yang setersnya nantile, tuan dapo ni nak makan kek mayonis dulu..hihi...Selamat Menjamu Selera ya...Wassalam..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...