Ahad, 25 November 2012
Kek Marble...
Khamis, 5 Julai 2012
Bahulu Gulung...
- 90g tepung gandum (diayak)
- 3 biji telur A (telur yang segar pada suhu bilik)
- 5 sudu besar gula halus
- 1 sudu kecil esen vanilla / jus lemon
- jem secukupnya (DJ menggunakan filling strawberi)
- sedikit gula halus untuk taburan - boleh skip
Cara-cara
- Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
- Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)
- Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dengan cara kaup balik. (kaup tepung dengan perlahan sahaja)
- Tuangkan adunan ke dalam dulang yang telah disediakan. Ratakan.
- Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.
- Panaskan jem raspberi sehingga cair.
- Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
- Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
- Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.
- Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.
Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/04/bahulu-gulung.html#ixzz1zjaCfFaT
Under Creative Commons License: Attribution
Sabtu, 25 Februari 2012
Cotton Soft Japanese Cheese Cake...
Bahan A:
§ 250g cream cheese
§ 50g butter
§ 100 ml susu segar (fresh milk)
§ 6 biji kuning telur
§ 1 sdb jus lemon
§ 1/4 sdk garam
§ 60g tepung kek / tepung superfine
§ 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
§ 140g gula (granulated sugar)
§ 6 biji putih telur
§ 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simple jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil. Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
Isnin, 26 September 2011
Kek Puding Karemel...
2 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Selasa, 17 Mei 2011
Brownies Cheese Marble...
Jumaat, 7 Januari 2011
Kek Pisang Bonda...
Rabu, 10 November 2010
Kek Gula Hangus...
Bahan:-
· 1 cawan gula
· 1 cawan air panas
· 1 cawan tepung gandum
· 1 cawan susu pekat manis
· 2 camca teh soda bikarbonat
· 4 biji telor
· 2 camca besar mentega
Cara Membuat:-
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 - 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*ummi bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj)
Jumaat, 29 Oktober 2010
Kek Lapis Asam Manis @ Hawfleks...
Ahad, 14 Mac 2010
Kek Pengantin Ude...
Selasa, 5 Januari 2010
Kek Marble Spider Web...
Amacam,cun x marble aku.?hehe,syok sbb kek menjadi..apelg,silalh jamu mate ye..
Selasa, 15 Disember 2009
Kek Marble Spider Web...
Isnin, 16 November 2009
Apple Crumble..
Rabu, 4 November 2009
Kek Coklat Kukus...
Nilah rupe kek aku setelah dibuat sedikit pembedahan dipermukaannye..hehe
Yg ni plak rupenye setelah aku toppingkan ngan topping nye lh.aku tabur ngan coklat rice,make hilanglh rupenye yg sememeh tadi..hehe
Resepinye...
Bahan-bahannye:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula halus
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 cawan susu cair
- 2 biji telur (pukul sedikit)
- 1 cawan air mendidih
- 1 cawan minyak masak
Cara-caranye :
- ayak tepung,serbuk koko,baking powder & soda bikarbonat dlm bekas adunan.masukkan gula halus & gaul sebati
- masukkan susu cair & telur yg dh dipukul ke dlm adunan & gaul hingga sebati
- kemudian masukkan air mendidih & gaul lg.akhir sekali masukkan minyak.
- masukkan ke dlm loyang dn masukkan dlm kukusan yg dh dipanaskan terlebih dulu selama 1 jam @ hingga masak.
Topping :
- 1 cawan gula halus
- 1/2 buku butter (125 gram)
- 1/2 cawan susu cair
- 1/2 cawan serbuk koko
masak semua bahan di atas dgn api kecil hingga semuanya sebati.biarkan sejuk sedikit,baru tuang atas kek ok..
SELAMAT MENCUBE...
Khamis, 17 September 2009
Aku kembali...
teke? tangan sape 2?..hehe sape lg kalo bukan heroin aku.dr siap dh nk mkn,aku xbagi.tunggu ayah balik keje aku kate..nk tunjuk gambo potong kek ni,tp aku xtutup orat lh plak..xpelh ye..layan ajelh gambo yg ade..
Rabu, 8 Julai 2009
Rentetan Balik Kampung...Moist Choc Cake..
Ahad, 21 Jun 2009
Kek Hari Bapa...
ni kek yg baru kluar dr oven..
Sabtu, 20 Jun 2009
Kek Span Pandan...
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
- Tepong super fine - 150 gram
- gula kastor - 150 gram
- telor - 5 biji telor A
- ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
- air daun pandan - 80ML
- minyak / mentega cair -80ML
- pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
- serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
- sedikit pewarna hijau
Cara-cara
- satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
- perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati. - sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
- bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...
Isnin, 15 Jun 2009
Kek Coklat Moist...
- 1 cawan tepung kek/tepung gandum*
- 1 sudu teh serbuk penaik * (digaul dan diayak 3x)
- 1 cawan gula halus
- 2 biji telor gred A
- 125 gm butter
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan serbuk koko *
- 1/2 sudu teh nescafe *
- 1/4 cawan gula halus *
- 1/2 cawan air panas *
- 1/4 cawan susu cair * (* disatukan menjadi pes coklat)
Untuk Chocolate Ganache:-
- 100 gm coklat masakan
- 50 ml UHT Whipping Cream (aku tukar ngan susu cair)
- 1 sudu teh butter
Cara-Cara
- Panaskan oven pada suhuu 175C. Lenser tin berukuran 5x8x3 in dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanila dan telor satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
- Perlahankan speed, maskkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul rata dan sebati.
- Tuangkan adunan tadi ke dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 -50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache..
Untuk Ganache:
- SAtukan coklat dan Whipping Cream(susu cair) dalam mangkuk tahan panas, cairkan secara double-boiler. Bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Biarkan suam dan tuang atas kek coklat tadi...
Isnin, 8 Jun 2009
Kek Pisang Bercoklat
Permukaan kek yg merekah-rekah gitu...
Tengoklh bahagian dalamnye plak...
Yg ni saje je nk posing dlm piring..
Rabu, 13 Mei 2009
My kek pisang
Assalamualaikum...
oppss..dh ade bentuk V plak.anak akulh 2.xbleh nmpk kek atas meja,mesti die ckp "ma..nak!".so,lum abis posing lg kek 2 dh kene potong..hehe
Haa,aku dh jumpe resepinye ni.hasil air tangan cikgunita@myresipi.. Tq 4 de resepi..halal ye..apelagi,try,jgn xtry tau..
Bahan-bahannye
1 cawan pisang emas lenyek
1 cawan gula pasir
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung/kelapa pun boleh
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu kecil esen pisang (aku xletak)
Cara-cara
Blender telur dengan gula pasir sehingga kembang.Tambahkan esen pisang.Ayak tepung gandum bersama soda.Campurkan pisang lenyek ke dalam tepung.
Masukkan campuran telur dan gula yang telah diblender. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung dan kacau rata. Bakar lebih kurang 30-45 minit dengan api yang sederhana.