Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label bergambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bergambar. Papar semua catatan

Sabtu, 8 September 2012

Cerita Hari Raya- Bergambar Raya di Hari Raya Ketiga

Ni entry last pasal raya ( walaupun masih ada lebih kurang sepuluh hari lagi dalam bulan Syawal ). Pada hari raya ke tiga kesemua anak-anak, menantu dan cucu Haji Amir berkumpul di kampung. Manakala pada raya yang ke tiga juga ada yang dah nak balik tuk beraya di rumah mertua, termasuklah aku dan Kak Long. 

Selepas je sarapan pagi, seperti biasa la semua macam malas je nak bangun kerana sesi bergossip sesama ahli keluarga. Aku dah bagitau, hari ni ada sesi bergambar tapi semua macam malas nak bangun je. Lepas aku dan anak-anak pakai baju raya, baru la semua bersiap-siap. ( manakala keluarga Kak Long bersiap-siap nak balik Kelantan ). Abah pun dipaksa untuk bergambar bersama, dan Keluarga Kak Ros ( yang belum sampai ) di panggil ( Abang Lang tak dapat datang sebab rumah Mak lang sedang pasang khemah untuk kenduri keesokan harinya )

 Haji Amir..bersama anak-anak lelaki...

Bersama anak-anak, menantu dan cucu perempuan...



Bersama semua ahli keluarga lelaki, anak, cucu da menantu...


Formal....

Free stail...

Akhirnya gambar semua ahli keluarga Haji Amir untuk Hari Raya aidilfitri 2012/1433...

Daud, ngelat pulak....gambar yang paling ceria...

***Ada nampak apa-apa yang pelik tak...Abang Lang kat tepi sekali tu tambah sebab dia takde. Manakala kepala Irfan pun kepala lain, kepala dia blur...hehehhehe...


***ada masalah teknikal sikit dengan gambar header...akan diperbetulkan dengan kepakaran yang ada...hehehehe

Rabu, 13 April 2011

Pokok Misteri di Kampung Aku

Ni cerita benar tau, tak ada yang tak benar melainkan yang benar-benar belaka. Di dalam kebun abah memang banyak pokok lama yang dah tua tapi tak ditebang. Diantaranya ialah sebatang pokok durian ni. Buah dia memang sedap, isi kuning, bijik kecik, memang perfect la. Tapi jarang sangat nak berbuah. Rasanya semenjak aku dah dewasa ni ( dewasa tu...hehehehe.) tak pernah sekali pun dia berbuah. Mungkin kehabisan baja kot ( nanti balik kampung, nak letak baja..)



Pokok ni tak lah besar sangat macam pokok yang dalam hutan nu...tapi besar la jika dibandingkan dengan pokok-pokok yang lain kat kebun ni...Pokok durian ni ada satu lubang besar di tengah-tengah batang dia. Di kabarkan ada benda-benda asing selalu keluar daripada lubang tu. Oleh yang demikian, pada suatu hari adik-adik aku dan anak-anak sedara semua bercadang membuat penyiasatan terhadap pokok durian tersebut untuk mendapatkan bukti-bukti secara saintifik, kerana bak kata pepatah, " itulah pentingnya english educationnnnn...."


Imah, Along dan Pinny mengendap di tepi pokok durian untuk memulakan penyiasatan...

Tiba-tiba, meluncur keluar satu lembaga berkain pelekat dari pokok tu..!!!! Sungguh mengejutkan..semua orang, termasuk Tok Ketua kampung..!!!!Walaupun berkain pelekat, dia juga memakai topi Michael Jackson..!!!



Muncul lagi satu lembaga yang agak tonggek...

Selepas tu muncul pulak seorang yang agak berisi...boleh dilihat lompatan dia tak berapa tinggi, sebab berat...



Muncul pulak seorang yang boleh melayang, ala-ala mak lampir... kurus melayang...


Ada lagi yang memakai topi Michael Jackson...!!!!

Dan yang ni paling seram sekali...dia keluar macam hantu filem jepun, sambil mengadap kita, tapi masih mengekalkan ciri-ciri budaya melayu, dengan memakai kain pelekat...


Setelah siasatan dibuat ke atas pokok tu, baru le diorang tahu yang ada bebudak takde kerja yang memanjat pokok tu sambil membuat segala macam jenis lompatan.....Jadi kes ditutup.....



Ni lah diantara para pelakon yang menyamar menjadi entiti melompat keluar dari pokok....


Kalu tak jelas jugak, ni ha...


Ni pulak ala-ala tarian berirama atas tanah...Yang kat brelakang tu seorang cikgu, dia seorang yang kelakar yang mana boleh menghilangkan giginya......


Salah seorang mamat ni yang tersedar dia bukan ahli keluarga Haji Amir, melarikan diri dengan melompat pokok bunga....









Sekarang diorang tengah fikir nak siasat misteri apa pulak....

*** Cerita di atas hanyalah tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati....sekian terima kasih..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails