Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label barbeque. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label barbeque. Papar semua catatan

Selasa, 15 Februari 2011

Barbeque

Petang tu kami rancang nak buat barbeque. Segala ayam yang disembelih pagi tadi, daging kambing ( peha ) yang dibeli di Penang, dan udang dibeli di pelantar Pantai Remis telah diperap lebih awal.
Manakala sos lada hitam disediakan oleh Kak Ros. Semua alatan, seperti tempat memanggang, arang dan sebagainya telah dibeli oleh Daud, Adik, Imah dan Safwan di GIANT Manjung pada haari sebelumnya.
Selepas balik dari sembahyang asar, kami semua bersedia menyalakan api untuk persediaan barbeque.



Abang Lang, Abang Yus dan Adik, bertungkus-lumus menyalakan api..

Kak Lili membuat pemantauan terhadap keadaan api bara buat membakar..



Kambing yang telah diperap...( proses pemerapan yang dibuat di dapur oleh kaum wanita tiada gambar )

Lambang PEACE...menunjukkan kami tak mau carik gaduh dengan sesiapa...hehehe



Pija pun tolong jugak...tolong kipas bara..

Kak Linda yang bergaya ala-ala mak datin nak buat rancangan memasak..

Irfan, ummi dia tak bagi keluar, sebab dah senja..duduk di muka pintu..

Sambil membakar, kopi-O ada disediakan...

Api yang marak menyala...

proses ke arah menjadi bara yang diperlukan untuk barbeque..

Semasa orang lelaki semua ke masjid bersembahyang maghrib, orang perempuan mula memanggang. Kelihatan kambing yang dibakar dilapik dengan daun pisang untuk memberi aroma yang lebih mengancam...

Daud yang petang tadi pergi main bola, mula menolong...

Adik yang baru balik, membuat muka teruja yang amat..

Orang lelaki mengambil alih proses memanggang...diketuai oleh Abang Lang..( perasan tak tadi tempat memanggang diluar, tapi bila malam, gelap tak nampak daging yang dibakar, lalu dipindahkan ke garaj kereta.)

Daud, mengalih udang yang dipanggang..

Ayam ( sebelah kiri ) dan kambing ( sebelah kanan )...nyummm....

Udang panggang..ni yang paling best dan cepat laku....

Angah dah menerai udang sambil tersengeh...

Dah mula merasa dah diorang ni...

Yang dipanggang ditinggalkan sebab semua pergi merasa.....

Bebudak memang tak dibenarkan keluar rumah, hanya melihat melalui tingkap...

Bapaknye memanggang dan anaknya merasa...hehehe

Eewahh...siap boleh buat post raja lawak pulak...along...

Safwan, ambil bau, sebelum boleh betul-betul makan...

Lazaatt wooo....rugi sapa tak balik...

Tu dia kambing yang dah siap dipanggang...

Bestnya diorang...dah bantai awai-awai...

***Apapun program barbeque ni memang berjaya walau pun ada lebih ( dimakan keesokan harinya )Gambar semasa makan tak dapat diambil sebab kamera tu tak boleh ambil gambar dengan sendiri tanpa dipegang oleh orang, sebab orang terlalu sibuk memenuhkan perut m,asing-masing...hehehehe...
*** Selamat menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dan selamt bercuti..!!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails