Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label SPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPM. Papar semua catatan

Khamis, 24 Mac 2011

Kenangan SPM

Hari ni keputusan SPM dikeluarkan. Semua pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut berdebar-debar menunggu keputusan diumumkan. Anak, cucu Haji Amir tak ada dalam senarai orang yang berdebar-debar tu...

Teringat aku kenangan 19 tahun dahulu semasa aku mengambil keputusan SPM ni. Pagi-pagi lagi abah dah hantar ke sekolah ( Sekolah Menengah Raja Shahriman, Beruas ) dengan Honda 70cc berlampu bulat dia. Abah tak banyak cakap, memang dia macam tu dengan anak-anak, atau dia pun berdebar-debar menantikan keputusan SPM anak lelaki pertama. Kalau tanya aku, memang la aku takut gila masa tu. Aku tahu abah, mak dan kakak-kakak aku tak begitu menaruh harapan sangat kat aku. Walaupun aku tak ada masalah displin dengan sekolah, tapi aku lebih banyak berangan dan melukis daripada mentelaah buku.

Aku jadi tak keruan bila sampai saja di sekolah. Abah tunggu diluar, mungkin dia pergi minum kopi atau apa-apa, kerana aku terus melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah tanpa menghiraukan abah. Untuk menenangkan fikiran yang bercelaru, mata aku mencari-cari muka kawan-kawan yang sekamcing. Bila berjumpa ( setelah tak berjumpa hampir 3 bulan ) kami berlabun sakan, kurang la sikit perasaan bercelaru itu. Agak lama jugak, lebih kurang 45 minit untuk mendapat keputusan. Kami memasuki pejabat sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan. Bila sampai giliran aku, ya Allah dengan perasaan takut yang amat ( macam kalau tak lulus, itulah penghujung dunia bagi aku )...Dengan lafaz Bismillah, aku tengok keputusan di tangan aku...Yess..!!!! Alhamdulillah....Aku sendiri tak menyangka dapat keputusan tu..!!!!

Setelah bersalam-salaman dengan kawan-kawan, aku keluar dari kawasan sekolah mencari abah. Abah nun jauh ditepi jalan besar, menanti aku dengan muka masam ( biasalah abah bukan buleh tunggu lama, mesti akan marah punya ). Dia langsung tak tanya satu pun kat aku. aku terus naik motor, balik ke rumah...

Bila sampai ke rumah, arwah mak ada kat rumah arwah tok ( rumah tok bersebelahan dengan rumah kami ) , duduk ditepi pintu menunggu aku gamaknya. Bila turun moto, aku terus pergi jumpa mak.

Mak tanya, " Dapat berapa Li..?"

Aku buat-buat muka sedih, sambil menjawab.." Tiga...." aku mengusik...

Mak semacam sedih, sambil menghulurkan tangan mengambil slip keputusan dari tangan aku...
Bila mak tengok je slip tu, terus dia tersenyum dan aku nampak jelas air mata kegembiraan bergenang di mata mak...

Mak menghulurkan tangan.. " Tahniah.." kata mak pendek...

Aku sambut tangan mak sambil tersengeh.....Aku rasakan pada masa tu adalah saat yang paling bahagia dalam seumur hidup aku....Aku membuatkan mak menangis kerana kejayaan aku...Alangkah indahnya..!!!!

*** Walaupun dapat 18 agregate tapi macam biasa la BI dan Math aku cukup-cukup makan je...Tapi kenangan melihat mak tersenyum sambil matanya bergenang dan ucapan tahniah mak terus melekat di sanubari aku...Cerita ni pernah aku ceritakan pada adik aku, Daud( Firdaus ) untuk memberikan dia motivasi sewaktu masa dahulu....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails