Member Kamcing Anak Haji Amir

Memaparkan catatan dengan label Harga Gula. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harga Gula. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mei 2011

Kesan Kenaikan Harga Gula diHari Pertama

Baru tadi aku lunch dengan Cik Wife setelah pergi Bank untuk menguruskan sesuatu. Apa yang aku nak tunjuk kat sini ialah kesan pengumuman kerajaan tentang kenaikan harga gula semalam. Seperti yang selalu Pak Menteri yang berkenaan, akan mengatakan yang kenaikan harga takkan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan harga di Malaysia masih murah berbanding jiran-jiran seAsean. Disamping pihak kementerian akan memantau kedai yang menaikkan harga makanan sesuka hati. Begitulah kata Pak Menteri...

Memang betul kata Pak Menteri, tadi masa lunch aku order teh ais dan harganya masih tetap sama, tak naik walau sedikit pun...Syabas Pak Menteri dan juga kedai nasik kandar Hameediah kerana tak menaikkan harga minuman walaupun harga gula naik...

Tapi walaupun harga air tak naik, aku rasa pelik, baru 3-4 kali sedut air dah habis..!!! Rupa-rupa memang harga tak naik. Tapi gelas air bertukar menjadi kontot..!!!...Hampeh betol...!!




Selalunya gelas air tingginya setengah penyedut minuman, tapi kini setelah harga gula naik, gelasnya menjadi pendek sikit....


***Baguih sungguh...!!!Kalau macam tu memang la harga makanan tak naik tapi maunya aku order 2-3 gelas....sebab satu gelas tak cukup...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails