Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Popia Kentang

Assalamualaikum semua...
Tetiba jer hari ni terajin nak masukkan n3 tentang popia ni... Sebenarnya dah tayang pun gambar popia ni minggu lepas kot.... saja je hari ni nak masukkan resepi, walaupun orang lain semua dah tahu... Popia ni akak buat Ahad dua minggu lepas, masa akak buat tu husband akak tak ada, akak ada mms gambar kat dia, tapi dia tak terima katanya... akak ada jugak simpan sikit, frozen kan untuk dia rasa... jadi minggu lepas, akak gorengkan sebelum dia pergi kerja... sebab tak sempat makan, dia bawa ke pejabat jer... bila petang tu akak nak tanya jgk... bukan apa... takut dia lupa makan.... tak sempat akak tanya dia cakap... sedap lah popia tadi... beli kat mana?...Terus akak cakap... amboi.... under istimate ibu ye!.... (dalam hati seronok jugak sebab kena puji.. .. hihiihii... mok cik perasan) Macam akak tulis dulu lah, akak ni tak pernah buat popia... itu yang semuanya macam tak konfiden aje dengan popia tu...oops.. tak konfiden dengan akak... daripada anak sampai ke bapaknya. Resepinya biasa2 jer.. mungkin orang lain buat lagi sedap kot... tapi pada yang ingin mencuba, boleh lah mencuba...

Popia Kentang

Bahan-bahannya
  • Kulit popia secukupnya
  • 5 biji kentang - akak parut je macam buat inti popia biasa
  • Sekeping daging kisar Ramly
  • 1 labu bawang besar ( potong dadu )
  • 2 pokok daun sup ( hiris )
  • Serbuk lada hitam dan garam secukupnya
Cara-caranya

Tumiskan bawang besar hingga layu
Masukkan daging kisar dan biarkan betul2 masak.. kalau tak suka daging boleh jer ganti dengan ayam
Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kentang.... masak hingga betul-betul masak
Masukkan daun sup dan garam secukupnya...
Kemudian bolehlah digulungkan dalam kulit popia gamkan hujungnya dengan telur dan bolehlah digoreng

Sunday, August 7, 2011

Lepat Pisang

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah dah seminggu kita berpuasa... terasa cepatnya masa berlalu.. seolah2 masih terasa macam baru je nak sambut Ramadhan... tetiba je esok dah hari Isnin balik... nanti tetiba jer semua dah sibuk nak sambut raya kan...
 Dah 2-3 hari akak tak update blog, sejak bulan puasa ni masak pun yang biasa2 jer... ditambah pulak dengan kesibukan kerja di sekolah... kat fb pun kadang2 jer update status.. tengok kat fb ramai kawan2 yang sibuk dok menyiapkan tempahan biskut raya... alhamdulillah rezeki Ramadhan kan.... untuk menyambut Aidil Fitri.
 Berbalik pada juadah yang akak buat hari ni, kebetulan along pun balik hujung minggu ni, jadi tadi sempatlah jugak akak buatkan lepat pisang ni untuk dia bawa bekal balik ke asrama dan untuk MIL akak bawa ke rumah adik ipar akak di Klang. Dah lama sebenarnya akak tak buat lepat pisang ni.... rasa2nya last sekali akak buat pun masa belum kahwin lagi... kalau tak silap akak masa tengah tunggu result STPM kot... isshhh dah lama tu... dah dekat 20 tahun rupanya.....
 Bagi akak buat lepat pisang ni taklah sesusah mana cuma cara akak ni yang tak de sukatan khusus tu yang buatkan jadi susah... samalah jugak hari ni, akak masak ikut agak2 jer.... bila part nak masuk tepung yang susahnya sebab main agak2 jer....alhamdulillah elok pulak kejadiannya, sebab akak tak suka lepat yang keras, akak lebih suka lepat yang terasa pisangnya.... bukan tepungnya.
Jadi untuk bahan agak2 tu...

20 biji pisang dilenyek
200 ml santan pekat
5 sudu besar gula pasir
sedikit garam
tepung gandum ( ini yang main agak2 ni, jangan terlalu lembek, jgn terlalu keras)
Daun pisang untuk membungkus

Jadi semuanya dicampur dan dibungkus dalam daun pisang. Kemudian dikukus lebih kurang 25 minit...

Tuesday, May 17, 2011

Kuih Kaswi


Assalamualaikum semua...

Menu untuk minum petang tadi...rasa teringin sangat nak makan kuih kaswi, jadi godek2 kat MyResipi, jumpa resepi CMG ni...
Gambarnya kelabu asap lah pulak kan... tak pe lah janji kuih kaswinya sedap. Jadi sesiapa yang nak resepi boleh tengok kat sini...Akak buat separuh adunan jer...
Bahan-bahannya
A
  • 300 gm gula merah
  • 240 gm gula pasir
  • 450 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • # Semua bahan di atas dimasak atas api sederhana hingga gula larut dan sejukkan
B
  • 190 gm tepung gandum
  • 120gm tepung ubi
  • 60 gm tepung beras
  • 900 ml air
  • 3/4 camca besar air kapur

  • Satukan bahan di atas, dan satukan dengan bahan A tadi.
  • Tapis dan kukus di dalam loyang yang sudah disapu minyak, selama lebih kurang 45 min.
  • Bila masak hidangkan dengan kelapa parut yang dicampur garam. 


Wednesday, April 20, 2011

Kuih Tako


Assalamualaikum semua...

N3 hari ni tentang kuih tako yang kak antan buat petang tadi. Dah lama sebenarnya teringin nak buat, tambah2 lagi bila setiap hari dok memandang pokok pandan yang semakin besar dan merimbun. Jadi hari ni barulah impian terlaksana...
Resepi kuih tako ni akak dapat semasa mengajar di SMK Pandan Jaya dulu daripada seorang rakan guru. Kalau tak silap kak antan, Kak Masriah namanya...sorry ye akak, sebab dah lama dah lupa nama, yelah dah hampir 13 tahun akak tinggalkan Pandan Jaya. Minta halal ye bila resepi ni dikongsikan di sini.

Bahan2nya
(bahagian bawah)
  • 1 cawan tepung jagung
  • 6 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan
  • 2 1/2 senduk gula
(bahagian atas)

  • 1 cawan tepung jagung
  • 7 cawan santan
  • sedikit garam
Caranya

Sama je bahagian atas dan bawah,campur semua bahan, kacau atas api sederhana sehingga menggelegak dan tuangkan ke dalam acuannya.
Untuk bahagian atas pun diulang cara yang sama...


# Sepatutnya dimasukkan sengkuang cina di bahagian bawahnya, tapi kali ni akak tak masukkan...

Sunday, February 13, 2011

Donat

Assalamualaikum semua....
N3 untuk minum petang tadi...Melayan anak2 yang nakkan donat yang ada coklat. Jadi kak antan celupkan coklat diorang taburkan coklat rice dan yang warna-warni tu..kak antan pun tak tau apa namanya..Resepi donat ni kak antan ambik kat blog Yatiememories, jadi kalau nak tengok akak link kat sini....tq ye Yatie...akak c n p resepinya kat bawah ye....
Bahan2nya:

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara Membuatnya:

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Thursday, February 10, 2011

Talam Labu

Assalamualaikum semua...
Tengoklah kuih kat bawah tu...semangat orang Kedah ni...Hijau Kuning.
Sebenarnya kak antan buat talam labu tadi, stok labu banyak kat rumah. Lembut je talam labu ni, kak antan ikut resepi Kak Hanieliza. Jadi resipinya boleh tengok kat sini...
Resepinya kak antan c n p kat bawah ni ye....

TALAM LABU

Lapisan bawah - [labu ]

1 cawan labu [di parut]
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat atau 4 segi..
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 s/k garam sikit
pewarna hijau

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

Sunday, January 30, 2011

Puteri Ayu

Assalamualaikum semua....
Tengoklah gara-gara tengok puteri ayu kat rumah Yatie, kak antan pun rasa teringin sangat nak buat. Jadi tadi terus pergi beli kelapa parut, walaupun mintak kelapa parut putih, tapi dapat yang tak berapa putih. Ni first time kak antan buat puteri ayu, jadi taklah seayu yang kat rumah Yatie. Tak apalah, janji licin.... Tapi yang musykil sikitnya, Yatie dapat 36 ketul, tapi kak antan dapat 26 ketul je...tapi rasa2nya tahu sebab apa, mungkin sebab kelapa parut kak antan sikit kot atau akak pukul tak cukup kembang. Tapi tu bukan masalah besar, yang pentingnya anak2 kak antan suka sangat, kalau setakat 26 ketul tu, sekali paling je...hubby kak antan yang pada awalnya buat muka tak confident pun banyak jugak masuk ke perutnya....Terima kasih ye Yatie, atas resepi ni akak mintak izin c n p ye....
Puteri Ayu


Bahan-bahan ( Yatie dapat 36 ketul, akak dapat 26 ketul )

  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil b. powder
  • 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
  • perisa pandan, atau perisa kegemaran

Inti Kelapa

  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Cara

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.

Tuesday, January 4, 2011

Apam Pisang

Assalamualaikum semua....
Dah dua hari sekolah dibuka, kak antan sudah semestinyalah bertambah sibuk dengan jadual tugas dan rutin harian dengan anak2. Tapi hari ni curi2 jugak masa buat apam ni untuk minum petang. Keinginan nak mengukus apam ni dah lama sejak rakan kak antan Ayu @ Dinismum buat dan bawanya ke Banting dulu. Katanya resepi diambil dari blog DTS Cik Mat yang terror memasak tu.
Kebetulannya hari ni salah seorang rakan kak antan Hartini ada bawa pisang berangan ke sekolah, jadi kak antan dapatlah dalam 3 biji.Kak antan pulak dapat yang dah agak ranum jadi tertunailah hajat di hati. Balik godak2 lah laptop ni cari resepi. Jadi resepinya kak antan ambil dari Blog DTS dan resepinya boleh dirujuk di sini...Terima kasih ye Mat...akak minta halal ye...
Jom layan resepi yang kak antan buat...Memang sedap sangat apam ni....janganlah dikisah sangat gambar apam akak tu, jadi berbintil2 tu sebab pisang tak dilenyek betul2 halus.

Apam Pisang

Bahan-Bahannya
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula perang
4 biji pisang emas, sederhana besar*(kak antan guna 3 biji pisang berangan)
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya

  1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap. Kak antan guna bekas besar, jadi perlu dikukus 30-45 minit.
  3. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..

Friday, December 24, 2010

Talam Tokyo

Talam Tokyo lagi....Assalamualaikum...sebelum tidur malam ni cik antan masukkan entri Talam Tokyo ni....Talam Tokyo ni diode oleh jiran cik antan Kak Nor, katanya ada majlis makan2 kat rumah saudaranya. Ni baru keluar pengukus ni...panas2 lagi belum masuk kotak pun lagi. Cik antan kena hantar subuh2 esok sebab esok Kami sekeluarga nak balik Mentakab....Haa.... untuk dibawa balik ke Mentakab cik antan buatkan Seri Muka dan ciskek, tapi entrinya lepas cik antan balik nanti ye...Tungguuuuuu.....(macam biasa resepi kat label Resepi ye....cik antan ni pemalas sikit, sekali lagi terima kasih untuk Maz)

Tuesday, December 21, 2010

Tertunai Hajat di Hati

Assalamualaikum semua, n3 kali ni tentang minum petang keluarga cik antan tadi... haaa... tertunai hajat di hati cik antan nak makan bubur Asyura utara. Sebenarnya malu jugak nak tunjuk sebab asyura ni agak lembik sikit, tapi tak apalah asal cik antan dah dapat makan. Tengok...tak cantik rupanya, resepinya main agak2 je... sebab nak buat sikit je kan... jadi, sapa2 yang nak buat kena pandai2 lah ubah suai resepi ni ye....
Resepi Bubur Asyura Utara
Bahan-bahan:
  • 400gm tepung beras
  • 2 liter air
  • 400ml santan pekat
  • 2 tongkol jagung
  • 6 ulas nangka ( potong dadu )
  • 4 biji pisang ( potong nipis )
  • 100gm kacang hijau ( direbus )
  • 50 gm kacang tanah ( disangai )
  • Daun pandan
  • Gula pasir secukupnya
  • 200gm gula merah ( masak )
Cara-caranya:
  1. Larut tepung dan air dan kacau di atas api.
  2. Masukkan santan pekat dan daun pandan, kacau seketika.
  3. Masukkan gula pasir dan gula merah. Kacau hingga agak pekat.
  4. Masukkan jagung, nangka, pisang, kacang tanah dan kacang hijau.
  5. Kacau hingga betul2 masak.
  6. Sejukkan dan bolehlah dipotong.
# Bahan-bahan lain yang boleh dimasukkan ialah keledek dan keladi yang direbus terlebih dahulu. Sukatan di atas boleh diubah suai mengikut selera.

Thursday, December 16, 2010

Puding Jagung Berkrim

Assalamualaikum. Kesian pulak bila anak2 merengek lapar petang2 ni. Jadi cik antan buatlah hidangan yang paling mudah dan cepat. Bahan2 pun cukup. Seronok tengok anak-anak makan. Puding jagung berkrim...... cik antan yang bagi nama tu, resepi ni cik antan dapat daripada Kak Munirah, kawan cik antan, harap-harap Kak Muni tak marah cik antan kongsikan resepi dia kat sini. Jangan marah ye Kak Muni, semoga rezeki Kak Muni bertambah-tambah lepas ni.
Puding Jagung Berkrim

Bahan-bahannya:
  • 1 kotak fresh milk ( 1 liter )
  • 1 kotak whipping cream ( 200ml @ 250ml )
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 tin jagung krim
  • 1 cawan gula ( cik antan kurangkan jadi 1/2 cawan)

Cara-caranya:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk.
  2. Kacau atas api sederhana hingga pekat, mendidih dan masak.
  3. Tuang dalam cawan2 kecil ( puding ni lembik, tak boleh dipotong, jadi kena masukkan dalam bekas2 kecil )

Monday, December 13, 2010

Terima Kasih Nazuha

Assalamualaikum. Tempahan kek kali ni cik antan terima sekali lagi daripada Ustazah Nazuha. Nazuha tempah 2 biji kek karot dan sebiji cmc. kek karot yang diletakkan strawberry... ok tak?
yang ini pulak macam biasa je lah...
cmc.....
Talam Tokyo ni cik antan buat untuk makan2 dan separuh diberi pada Ustazah Nazuha. Tapi Talam Tokyo kali ni tak berapa cantik atasnya lembik sikit, tapi sedap bila masuk ke mulut. Terima kasih ye Nazuha tak putus2 menempah kek.....Tempah lagi kay.... ( nak resepi Talam Tokyo tengok kat label Resepi ye..... )

Saturday, December 11, 2010

Talam Suji dan Nasi Goreng Kuali

Assalamualaikum, Salam hujung minggu. Dah dua tiga hari cik antan tak update blog. Sebenarnya agak sibuk dan kurang sihat. Bermula dengan malam tahun baru hari tu cik antan dah mula sibuk sebab ada kenduri kahwin di kejiranan cik antan. Jadi pada malam tu dalam hujan yang renyai-renyai kami menolong tuan rumah memasak bermula selepas Isyak hinggalah 1. 45 pagi. Esoknya jam 7. 00 pagi dah kembali mula memasak. Jamuan makan berakhir lebih kurang pukul 3. 30 petang. Balik je ke rumah cik antan rasa dah tak sedap badan, lepas ambil wuduk untuk solat maghrib cik antan dah menggigil, makan malam tu pun dah tak lalu, perut dah mula tak selesa. Mungkin sebab terlalu letih, tidur tak cukup dan kena hujan malam sebelumnya kot.
Pagi esoknya ( Rabu) cik antan dah mula bekerja ( ada urusan rasmi yang perlu cik antan selesaikan ) di Banting. Dalam keadaan badan yang lenguh2 tu gagahkan lah jugak memandu ke Banting. Tengah hari tu demam dah ok tapi gastrik pulak yang tak baik2. Dah lama sebenarnya cik antan tak kena gastrik ni. Peritnya rasa....Sampai hari ni pun sekali sekala masih terasa pedihnya perut ni. Walaupun dalam keadaan perut yang tak selesa tu, hati ni nak jugak memasak untuk makan2. Jadi Khamis malam Jumaat hari tu siaplah jugak Talam Suji, jadi bolehlah cik antan bawa ke Banting semalam untuk makan2.
ni antara yang ditinggalkan di rumah....
Resepi ni cik antan dapat daripada Chef Asma tapi dah diubahsuai sikit.

Resepi Talam Suji
(sumber : Chef Asma)
Bahan-bahannya : ( Lapisan Bawah )
Bahan A
  • 180g tepung suji
  • 450 ml air
Bahan B
  • 200g gula pasir
  • 2 biji telur
  • 200 ml santan
  • 250 ml air
  • pewarna kuning
Cara-cara membuatnya :

  1. Rendam Bahan A selama 1/2 jam
  2. Satukan Bahan B, kacau rata dan tapis dalam A
  3. Kacau atas api sederhana hingga naik wap.
  4. Kukus selama 25 minit.
Lapisan Atas

Bahan A
  • 265 gm gula merah ( tu je yang ada malam tu, tapi cik antan rasa ok je )
  • 60 gm gula pasir
  • 500 ml air
Bahan B

  • 150 gm tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 250 ml santan
  • 1/2 sdt garam
  • 1 sdt chocolate emulco ( optional)
Cara2 membuatnya :

  1. Rendam A untuk hancurkan gula
  2. Satukan Bahan B, kacau rata
  3. Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis.
  4. Kacau atas api sederhana hingga naik wap
  5. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus 30 mint. ( cakar2 sikit permukaan lapisan bawah tu...)

Tengah hari semalam, masa rehat kami keluar makan kat Tesco Banting, ada kawan2 cik antan yang order Nasi Goreng Kuali. Jadi inilah rupanya...di keliling nasi goreng tu dituang tomyam, dalam tomyam tu ada udang, cendawan dan bawang holland. Di atas nasi goreng tu ditabur telur dadar. Ada pulak sup masam dalam mangkuk...harganya RM5.00.

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah dan Tepung Talam

Salam Maal Hijrah cik antan ucapkan untuk semua yang sudi singgah. Semoga tahun 1431 yang bakal kita tinggalkan memberikan kita seribu keinsafan dan 1432H yang bakal menjelang membawa seribu rahmat untuk kita. Pesan seorang rakan jangan lupa baca doa akhir tahun...baca 3 kali pada akhir waktu asar dan baca doa awal tahun 3 kali selepas sembahyang maghrib. Semoga Allah mengampunkan semua dosa kita pada tahun ini dan syaitan tidak akan mengganggu kita pada tahun yang bakal menjelang..
Ni untuk minum petang ni, kuih Tepung Talam. Resepinya cik antan ambik daripada Buku Aneka Minuman Petang terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. Nak ambil gambar kulitnya pun dah tak de kulit ( punyalah merujuk...tapi hari ni je lah baru menjadi kuihnya..) kuihnya sedap tetapi agak lembik bahagian bawahnya, tapi sebenarnya cik antan suka cuma mungkin sukar sikit nak memotongnya. Satu lagi sepatutnya cik antan pakai loyang yang kecik sikit, tapi cik antan pakai loyang 10 x 10" itu yang nipis je kuihnya.... Jom layan resepi
Resepi Tepung Talam
Bahan-bahan Lapis Bawah
  • 300gm gula merah + 500 ml air ( dimasak hingga larut)
  • 150gm tepung gandum
  • 50 gm tepung beras
  • 25 gm tepung jagung
  • 25 gm tepung kastard
  • 700 ml air suam ( rasanya kena kurangkan )
  • 1 sudu teh air kapur

Bahan-bahan Lapis Atas

  • 600 ml santan - 1 biji kelapa
  • 130 gm tepung beras
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam

Cara Membuatnya :

  1. Satukan semua bahan lapisan bawah hingga sebati. Kacau di atas api sederhana hingga naik wap.
  2. Tuang ke dalam loyang dan kukus 25 minit.
  3. Satukan semua lapisan atas dan masakkan atas api sederhana hingga naik wap.
  4. Garis-gariskan permukaan lapisan bawah tadi. Tuangkan lapisan atas dan kukus lagi selama 20 minit.
  5. Sejukkan sebelum dipotong.

Sunday, December 5, 2010

Abok-abok

Assalamualaikum semua...jumpa lagi.... untuk minum petang tadi cik antan cuba buat abok-abok. Dah lama dah cik antan simpan keinginan untuk buat kuih ni sebab kawan cik antan Kak Liza selalu buat dan bawa ke sekolah. Dah puas cik antan belajar cara nak buat kelongsong bungkus kuih ni, memang le cara membungkusnya lain daripada yang selalu tu, tapi ni mungkin cara membungkus keluarga Kak Liza kot. Apa2 je lah...janji abok-abok cik antan jadi...
isi dalamnya....jom layan resepinya.... senang jer...
Resepi Abok-Abok
Bahan-bahanya:
  • 300gm sagu
  • 150gm kelapa parut
  • 100 gm gula merah
  • 1 sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya ( cik antan pakai 2 pelepah )

    Cara Membuatnya:
  • Sagu dibersihkan dan direndam 10 minit kemudian ditoskan.
  • Gaul sagu dengan kelapa dan garam.
  • Sediakan kelongsong, masukkan 1 sudu besar sagu kemudian 1 sudu kecil gula merah dan ditutup dengan 1 sudu besar sagu dan tutup kelongsong.
  • (kalau buat kelongsong macam cik antan tu kenalah gunting dulu bagi cantik sikit)
  • Dah siap semua, kukus 30 minit.
Sebenarnya hari ni sebelah paginya cik antan sekeluarga pergi menyaksikan pertandingan kucing di PICC. Jom layan gambar-gambar kucing.


tengok telinganya.... kucing ni pemalu sikit...

gambar Putrajaya dari PICC


lepas tu hantar hubby cik antan ke Putrajaya Central, dia nak ke Terengganu, naik ERL ke KLIA.
dapat pulak budak2 ni ambik gambar dia... susah dia nak bergambar biasanya....
balik ke rumah dah letih, teringat ada spagheti dan kuah carbonara, masak dan makan je lah walaupun tak cukup bahan, badan dah penat. Cik antan tak sertakan resepi sebab bahan-bahannya tak lengkap. Lain kali ye... bila cik antan buat lagi.

Saturday, December 4, 2010

Puding Roti Sos Kastard

Balik dari kenduri tadi singgah kedai beli susu dengan telur sebab stok telur dah habis, teringat pulak ada roti yang dah nak expired hari ni. Jadi inilah hasilnya..puding roti sos kastard... sedap sangat sebab tak manis...
Resepinya cik antan dapat dari MyResipi...resepi maya zakry...maya kata resipi internet, maaflah cik antan tak tau lah asalnya resepi siapa...siapa2 pun yang punya resepi cik antan minta halal ye...Cik antan buat 1 setengah adunan daripada resepi asal jadi jom layan resepinya...

Resepi Puding Roti Sos Kastard
Bahan-bahannya:
Bahan A
  • 1 kotak ( 1 liter) fresh milk
  • 12 keping roti ( gardenia / apa2 yang sewaktu dgnnya)

Bahan B

  • 6 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter - dicairkan
  • 3 biji telur ayam
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung

Bahan C (sos)

  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula

Cara-cara Membuatnya:

  1. Koyak-koyakkan roti dan rendam dalam 750 ml susu segar lebih kurang setengah jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B dan campurkan dengan bahan A dan dikacau.
  3. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam suhu 180'C selama 45min/sehingga masak. Sejukkan.
  4. Campurkan Bahan C dan lebihan fresh milk lebih kurang 250ml tadi dan kacau atas api sederhana hingga agak pekat.
  5. Hidangkan puding bersama-sama sos.

Friday, December 3, 2010

Bihun goreng simple dan Apam Karamel

Untuk sarapan pagi kami hari ni bihun goreng simple... sebabnya tak de ayam, tak de udang cik antan letak meat ball je.... tapi dalam lada yang ditumis tu cik antan blend sekali ikan bilis dan udang kering. Yang lain2 tu macam biasa je.... Kat bawah ni pulak Apam Gula Hangus atau ada yang panggil Apam Karamel, dah lama cik antan tak buat apam ni. Sengaja buat awal untuk minum petang, harap2 apam ni masih wujud sampai ke petang...
Resepi apam ni cik antan dapat daripada mak cik antan, kira turun temurunlah ni...

Resepi Apam Gula Hangus @ Apam Karamel
Bahan-bahannya:
  • 5 biji telur ayam
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan susu cair / santan ( kali ni cik antan pakai susu cair)
  • 2 tsp baking soda

Cara membuatnya

  1. Masak gula dengan api yang perlahan hingga kuning. Masukkan air panas dan kacau(hati-hati dengan wap dan percikan gula yang panas). Sejukkan.
  2. Pukul telur hingga kembang.
  3. Masukkan air gula yang telah sejuk ke dalam telur.
  4. Masukkan susu cair / santan separuh dahulu.
  5. Masukkan tepung gandum dan kacau satu arah sahaja. Habiskan santan tadi dan kacau hingga tidak berketul.
  6. Tuang ke dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau hingga masak. Kalau gunakan acuan kecil, masa mengukus boleh dikurangkan.

Tuesday, November 30, 2010

Apam Tepung Gandum, Ayam Tandoori dan Nasi Hujan Panas

Hari ni cik antan cuba buat apam tepung gandum, jadi inilah hasilnya... masih dalam kukusan....
cik antan ada masalah sikit masa nak keluarkan dari acuan...kena buat kajian sikit ni.... resepi ni cik antan dapat daripada kawan masa di Kuantan dulu. Thanks ye Ayu...boleh kan akak letak kat sini resepinya....


Apam Tepung Gandum

Bahan-bahannya:

1 paket yis mauripan
4 cawan air
11/2 cawan gula
6 cawan tepung gandum

Cara membuatnya:

1. Rendam yis dan air, masukkan gula dan kemudian tepung gandum.
2. Kacau gunakan whisk hingga tidak berketul.
3. Masukkan dalam acuan (separuh acuan)
4. Biarkan selama 30min - 1 jam (kembang sekali ganda)
5. Kukus selama 15-20 minit.
6. Bila sejuk keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama-sama kelapa.

pes tandoori...
rakan masak cik antan...Mr. Chefel... cik antan nak gunakan untuk bakar ayam tandoori. Kalau sesiapa yang belum tahu tentang Mr. Chefel ni tanyalah kepada wakil Cosway berdekatan anda...(macam iklan pulak..)
inilah untuk makan malam ni...nasi hujan panas dan ayam tandoori. Resepi nasi hujan panas?
Kat bawah ye....
Resepi Nasi Hujan Panas
Bahan-bahannya:

5 cawan beras(seelok2nya beras Basmathi, tapi cik antan pakai beras wangi)
6 cawan air
1 cawan susu cair(cawan yang sama dengan beras)
2 sudu besar mentega
1 inci halia
3 ulas bawang merah
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
kulit kayu manis
sedikit pewarna
sedikit garam
1 ketul kiub ayam

Cara membuatnya:
1. Basuh beras dan toskan
2. Tumis bawang, halia, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis
3. Masukkan air, kiub ayam, garam dan susu cair
4. Masukkan beras dan masak
5. Bila dah kering titikkan pewarna merah, hijau, kuning
6. Bila dah masak, gembur2kan...

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...