Showing posts with label Butter Cake. Show all posts
Showing posts with label Butter Cake. Show all posts

Thursday, March 28, 2013

Nostalgia Kek Butter

Assalamualaikum semua...
Hari ni akak membakar kek butter sebab ada yang menempah cupcake butter. Teringat masa akak kecik2 dulu, kalau boleh mamasak kek butter yang elok kejadiannya pun dah kira hebatlah kan... Masa dulu sukatannya pakai cawan aje... akak mula2 belajar memasak kek butter ni semasa ke rumah kawan akak... mak dia memang pandai memasak... buat kek pukul pakai senduk kayu jer... tak de mixer bagai... tapi resepi kat bawah ni yang dah sukat pakai gram...

Bahan2nya

250 gm butter
180 gm gula kastor
4 biji telur
250 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
100 ml susu segar/cair
1 sudu teh esen vanilla
* diayak bersama2 tepung

Cara membuatnya

Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan esen vanilla
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli
Bakar dalam suhu 170° selama 1 jam atau sehingga masak.

Sunday, April 22, 2012

Sepanjang Minggu Ini....

Assalamualaikum semua....

Masukkan tempahan untuk sepanjang minggu ini....
 Tempahan Isnin
 Tempahan Rabu
 Tempahan Jumaat
 Tempahan Sabtu
Tempahan Ahad

Terima kasih semua....

Wednesday, September 21, 2011

Tempahan Isnin

Assalamualaikum semua...

Masukkan tempahan untuk hari Isnin... semuanya ditempah oleh Kak Azlina Nee
 30 pcs cream puff
 2 kg kek butter perisa strawberi...mula2 ingat nak tuang jem macam ni aje.... tapi nampak cam kosong sangat... kemudian teringat ada stok kiwi dalam peti sejuk...
 akhirnya jadilah cam ni...
Seri muka ni pun ditempah oleh Kak Ina... terima kasih Kak Ina....

P/s : Sedih bila mengenangkan anak-anak yang terpaksa bertukar sekolah nanti... di sini masing-masing dah ada kawan sendiri, nanti terpaksalah mencari kawan baru... perlu menyesuaikan diri... namun hikmah di sebaliknya.... makin ramailah kenalannya nanti.... insyaAllah..

Tuesday, September 20, 2011

Tempahan Tat

Assalamualaikum semua....

Semalam masukkan gambar2 tat kat bawah ni, malam ni barulah nak masukkan cerita-ceritinya... tapi tiba2 jer dah bertukar ye dashboard utk blog, dahlah akak ni jenis yang terkial2.... terkejut jgk sekejap...
Ini gambar tat nenas yang diminta oleh Kak Suhaibah... akak ni tak berapa pandai buat tat... Kak Su cakap Kak Su nak tat terdedah tak nak tat gulung... terkekeh2 kami gelak... tat terdedah pulak dipanggilnya....
Puas akak mencari resepi yang berkenan di hati, akhirnya akak mencuba resepi Kak Anymz setelah membacanya di blog Izah..... sesiapa yang nak mencuba bolehlah ke blog Izah Muffin Lover atau ke blog Kak Anymz.... terima kasih bebanyak ye Kak Anymz, memang sedap tat akak ni...
Kak Su pun sangat berpuas hati....
Ini pulak kek butter yang juga ditempah oleh Kak Su, anak-anak Kak Su request nak kek yang disaluti dengan chocolate rice...

P/S : Tengah hari tadi akak ada meeting kurikulum... habis je meeting suami akak call kata ada masalah besar.... katanya dia kena tukar ke Kuantan.... akak tak terkata.... pindah lagi.... namun akak pasti Allah pasti merencanakan yang terbaik buat hamba-hambanya.... bersyukur dan redalah...

Wednesday, June 22, 2011

Happy 2nd Birthday Irdina

Assalamualaikum semua...

Cupcake yang disiapkan semalam
 100 semuanya...

 Terima kasih Rozana...

 Happy 2nd birthday Irdina...semoga membesar menjadi anak yang solehah dan membahagiakan ibu bapa

Saturday, November 20, 2010

Peminat Fanatik Chelsea


16 butter cc dengan logo Chelsea
1kg Blueberry Cheesecake
Kedua-dua kek ni ditempah oleh Shafira yang melangsungkan pertunangannya hari ini. Khabarnya Khairi tunang Shafira ni peminat fanatik Chelsea sampai kek bertunang pun dia minta Shafira buatkan kek Chelsea.... apa2 lah ye.....harapnya Shafira dan Khairi berpuas hati.
CMC ni pulak ditempah oleh Sal, Shafira ni sebenarnya adik Sal. TQ ye Sal....

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Berpisah 6 Melur

Pada 16 November SK Taman Jasmin menyambut Hari Kanak-kanak, alhamdulillah...banyak jugak tempahan yang cik antan terima, sekali untuk kelas Angah dan Ateh...jom jenguk2.... 2 cmc ditempah oleh cikgu Fariza
kek karot...sebiji ditempah Ustazah Nazuha dan sebiji ditempah cikgu Noraini, cikgu Noraini ni pertama kali menempah....harap berpuas hati....
40 butter cc ditempah cikgu Nor Liza..mungkin untuk kelasnya yang dengarnya ramai yang dapat 5A... Tahniah ye...

CMC 2.5kg untuk kelas Angah...Selamat Berpisah 6 Melur

Talam Tokyo untuk kelas Ateh....Ateh kata dah ramai yang janji nak bawa kek..
Teringat pulak cik antan...mungkin ini peluang untuk cik antan ucapkan terima kasih kepada cikgu2 SK Taman Jasmin yang telah mengajar anak2 cik antan... jadi cik antan buatkan sebiji cheese cake....

Sunday, November 14, 2010

Selamat Pengantin Baru

Kek butter berbentuk love ni ditempah oleh Cikgu Fariza untuk dijadikan hantaran pernikahan anak saudaranya kalau tak silap cik antan... steam buttercream dengan bunga fondant
harap cikgu Fariza berpuas hati.... deco ni daripada amatur.... tak begitu cantik... maaf ye...

Friday, October 29, 2010

Last minute order...

~25 cupcake~
25 vanilla cc ni order daripada Tini untuk dihantar ke tadika anak-anaknya. Sebabkan last minute order, cik antan hias je lah dgn apa-apa yang ada. Jadi hasilnya 25 vanilla cc dgn strawberry fresh cream, dihiasi dgn fresh strawberry yang memang sedia ada dalam peti sejuk.

Monday, June 21, 2010

IRDINA 1st B'DAY

Haa...ni pulak 100 cc tempahan Rozana untuk birthday anak keduanya Irdina pada hari ni. Zana boleh menempah ni masa komen-komen pasal kek Kak Liza n Aida kat fb lah ni. Thanks Zana.....
60 choc cc + 40 butter cc

baru keluar oven......
Happy 1st Birthday Irdina......
p/s : bila tengok cupcakes Zana ni kat sekolah, dah ada yang menempah cupcake utk birthday anaknya awal Julai nanti. Alhamdulillah.......

Saturday, June 5, 2010

Happy Birthday Alif dan Aliah Yasmin

Setelah pulang dari Kb, pada hari berikutnya cik antan telah menyambung kembali aktiviti bakeri cik antan. Kali ini tempahan daripada Kak Ruzihan yang sama-sama dengan cik antan ke KB. Beliau telah menempah kek edible image untuk harijadi anak-anaknya yang tersayang. Kek untuk Aliah Yasmin, sebenarnya kek ini ialah kek butter berperisa oren tetapi cik antan telah menyapu chocolate ganache di luarnya.
Chocolate Moist Cake untuk Alif
Kedua-dua kek yang siap untuk dimasukkan ke dalam kotak

Kisah Ibu dan Bunga Hydrangea

Assalamualaikim wbt dan salam sejahtera.. Wah... dah lama bebenor ibu tak menulis di sini, sampai ibu dah tak ingat macam mana nak urus...