Tuesday, June 27, 2023

NUSAFEST- 3 NEGARA, 1 LOKASI PENYATUAN






23 JUN 2023 – Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bhd

kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang

menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan

kemeriahan pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 12 tengahari di

Bandar Malaysia, Sungai Besi.





Festival yang pernah tergendala disebabkan pandemik COVID-19 dan berdepan penundaan, kini

kembali dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! Sudah lama rasanya,

angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini

bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.






NUSA FEST ingin mengumumkan, tiga nama besar dalam industri muzik tanahair iaitu SEARCH,

WINGS & BUTTERFINGERS sebagai ‘headliner’ di festival ini nanti. Sudah sekian lama Search dan

Wings mengadakan persembahan di satu panggung yang sama dan pasti ini dinanti-nantikan

oleh para peminat tegar mereka. Butterfingers juga akan turut serta di NUSA FEST setelah

hampir empat tahun tidak muncul menemui peminat mereka.



Pihak Shiraz Projects memohon maaf atas penundaan yang terdahulu dan yakin NUSA FEST kali

ini akan berjalan dengan lancar dengan barisan artis-artis yang mempunyai pengikut tegar dan

setia. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini

di satu festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti

serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.



“Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, NUSA FEST akan dapat dijayakan dengan

meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan. Dan kali ini kami kembali dengan

pengumuman senarai akhir NUSA FEST,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects.

Hari ini segalanya dikongsikan bersama. Teka teki siapa yang akan membuat persembahan di

NUSA FEST dengan senarai akhir terjawab hari ini dan pihak Shiraz Projects terus mengharapkan

sokongan serta antusias penonton serta peminat seni untuk menyokong NUSA FEST sehingga ke

hari persembahan.


Berikut merupakan senarai akhir dan muktamad:

Malaysia

Wings

Search

Butterfingers

Kugiran Masdo

Salammusik

Forceparkbois

Iqbal M.

White Percussion Unit

Jemson

Budak Nakal Hujung Simpang

Gerhana Skacinta

Monoloque

Indonesia

Fourtwnty

Barasuara

Pusakata

Efek Rumah Kaca

Kelompok Penerbang Roket

The Changcuters

Burgerkill

Seringai

Diskoria

Dipha Barus

Ras Muhamad

Singapore

The Pinholes


Antara aktiviti yang akan dijalankan di NUSA FEST ialah Panggung Nusa (dua pentas

bersebelahan dengan pementasan tanpa henti! Festival muzik yang menghadirkan 12 kumpulan

Malaysia, 11 penghibur Indonesia, 1 kumpulan Singapura), Warong Nusa (semuanya tentang

makanan!) dan Pasar Nusa (seni dan kraftangan dari Nusantara).

Tiket dengan harga RM200 (untuk dua hari/seorang) atau RM700 untuk 4 orang di

www.myticket.asia.





"NUSAFEST’’ ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan

lagi industri muzik nusantara.

NUSA FEST 2023

Tarikh: 8 dan 9 Julai 2023

Masa: Mulai jam 12pm hingga 12am

Venue: Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur

Harga tiket: RM200 (2-day entry/per person)

RM700/ 4 person (Bundle package- Pembelian RM700 untuk 4 orang)

Tiket: www.myticket.asia

Tiket Hotline: 03 8605 0196

Info Hotline: 012 2560082

Instagram: @nusafest, @shirazprojects

Tiktok: @shirazprojects

Facebook: @nusafest @shirazprojects

Laman Web: www.nusafest.com

www.shirazprojects.com

Tuesday, June 20, 2023

Konsert Ulang Tahun ke-30 ‘Forever In Time’ CROMOK



 Legenda metal Cromok adalah sebuah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Peminat muzik

underground cukup mengagumi bunyi pantas riff gitar, kekuatan vokal dan solo gitar

harmonik mereka. Istilah 'THRASHDITIONAL' yang dipopularkan oleh band ini

menggabungkan pengaruh heavy metal dengan unsur Melayu tradisional yang jelas

ditonjolkan dalam lagu-lagu seperti Ulek-Metallurgical dan Siblings yang amat digemari ramai.

Band perintis thrash metal tempatan ini ditubuhkan pada 1987 oleh Karl (gitaris), Din

(vokalis/gitaris), Sam (vokalis/pemain bass) dan Miji (pemain dram) di New South Wales,

Australia ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Wollongong. Terpengaruh dengan

kemunculan era thrash metal barat, mereka memulakan perjalanan muzik mereka bermain

gig dan konsert kecil, seterusnya memiliki kumpulan peminat tegar dan berjaya menempa

nama dalam kancah metal Sydney, malah muncul sebagai band terbaik Sydney berdasarkan

undian oleh Hot Metal Megazine.

Namun selepas itu mereka berpecah dengan Din mengikuti haluannya sendiri dan

menubuhkan D’cromok manakala Karl, Sam dan Miji pulang ke Malaysia dan kekal sebagai

trio.

Album pertama, Image of Purity diterbitkan pada 1991 dengan lagu-lagu seperti Misty,

Journey, Metallurgical dan Prophecy berjaya mendapat sambutan hangat peminat dan

meraih Anugerah Emas. Ini diikuti dengan album-album hebat seterusnya iaitu Forever in

Time (1993), Yours Truly (1996), Mean, Meaner, Meanest (1999), What's Left (2000),

Deafening Silence (2002), Untitled (2003) dan beberapa album kompilasi.

Forever In Time, album kedua yang merangkul platinum berganda pada tahun 1994

menjadikan mereka ternama di puncak arena metal. Lagu-lagu seperti Memories, I Don't

Belong Here, Misery, Obsessed dan Another You terkenal di kalangan peminat serta

pengkritik. Lagu-lagu klasik inilah yang menjadi kegemaran dan siulan ramai, acap kali

menggegarkan persembahan yang pastinya penuh peminat yang mengenali lagu tersebut dari

hati.

Dari persembahan pembukaan mereka untuk konsert Metallica "Live In Kuala Lumpur" di

Stadium Merdeka pada tahun 2013, menjadi bintang utama pelbagai jenis festival muzik dan

penghias muka depan majalah muzik terkemuka, Cromok sentiasa membawakan sesuatu

yang unik, kekal teguh dengan legasi mereka yang didambakan peminat. Band legenda ini

terus hidup bersinar bak obor yang terang, pastinya amat menggembirakan para peminat

mereka.



Cromok akan menemui peminat setia mereka yang turut dikenali sebagai Cromers, bagi

meraikan ulang tahun album Forever in Time mereka dengan Konsert Ulang Tahun ke-30

‘Forever In Time’ CROMOK pada 14 Oktober 2023 di Zepp Kuala Lumpur.

Acara Ulang Tahun ke-30 nanti bakal menjanjikan persembahan mantap yang pasti tidak

dapat dilupakan berserta rakaman di belakang tabir yang belum pernah ditayangkan, konsep

produksi yang hebat dan juga ‘Wall of Fame’ eksklusif yang menyimpan kenangan indah

Cromok – tentunya sesuatu istimewa yang tidak harus dilepaskan peminat!





BUTIRAN ACARA:

Acara: Konsert Ulang Tahun ke-30 ‘Forever In Time’ CROMOK

Tarikh: 14Oktober 2023, Sabtu

Lokasi: Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang

Pintu dibuka: 18:00

Acara bermula: 20:30

Penganjur: Digent Media

Wakil Penganjur: Norwafiz Bin Nordin – Pengarah Urusan

Media Sosial Penganjur:

https://www.instagram.com/digentmedia/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Promoter: Lampuneon Entertainment

Media Sosial Promoter: https://www.instagram.com/lampuneonent/

Ejen Rasmi Tiket: Ticket Empire

Laman Web Tiket: https://www.myticketempire.com/cromok30thanniversaryconcert

Jualan Tiket: 20 Jun 2023, 10:00

Harga Tiket - Jualan Atas Talian: RM179, RM239, RM279, VIP RM669

Harga Tiket - Kaunter jualan: RM229, RM289, RM329, NA

Tuesday, June 06, 2023

Mr. Big - The Big Finish 2023/2024 Live In Zepp Kuala Lumpur


Setelah ketiadaan Pat Torpey, supergroup Mr.Big seperti sudah sampai ke penghujung perjuangan mereka bersama. Paul, Eric dan Billy sepertinya sukar untuk berkarya bersama drummer gantian dan ternyata hasil karya mereka tidak sepadu seperti bersama Torpey. Faktor usia dan juga projek personal mereka juga menjadikan tour " The Big Finish" kali ini mungkin yang terakhir dan farewell buat peminat mereka.

Terima kasih Mr.Big..mewarnai dunia muzik aku 

So gais..apalagi kita kasi yang terbaik utk mereka di Zepp KL.

Info tiket : MyTicket.Asia




 

Salam Perkenalan Kembali..ke Blog Tahun 2023.

 Assalamualaikum,

Wei dah lama aku tinggalkan kau blogspot (dunia blogging). 

Hari ni tiba2 muncul dlm inbox, ada orang komen blog wordpress lama aku. Masih ada orang nak baca ke blog..atau semua busy dengan medsos like Tiktok, instagram, Facebook..etc etc?

Mohon maaf sangat-sangat. Dah banyak tahun aku tak menulis, even praktikan menulis blog. Content aku buat banyak ke arah video Youtube, FB posting..dan TikTok tu aku masih baru.

Banyak yang aku belajar selama "Hiatus" ni. Tak semua orang suka membaca, apalagi content sedikit ilmiah. Mass audien sukakan content light, ringkas santai, gossip yg boleh dibicarakan..sensasi.


Namun, aku rasa perlu ada keseimbangan. new posting coming soon..aku akan cuba beautify balik posting2 lama.. so apa kata kalau aku mula balik menulis kt Blog ni?


PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...