Showing posts with label Wings. Show all posts
Showing posts with label Wings. Show all posts

Tuesday, June 27, 2023

NUSAFEST- 3 NEGARA, 1 LOKASI PENYATUAN






23 JUN 2023 – Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bhd

kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang

menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan

kemeriahan pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 12 tengahari di

Bandar Malaysia, Sungai Besi.





Festival yang pernah tergendala disebabkan pandemik COVID-19 dan berdepan penundaan, kini

kembali dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! Sudah lama rasanya,

angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini

bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.






NUSA FEST ingin mengumumkan, tiga nama besar dalam industri muzik tanahair iaitu SEARCH,

WINGS & BUTTERFINGERS sebagai ‘headliner’ di festival ini nanti. Sudah sekian lama Search dan

Wings mengadakan persembahan di satu panggung yang sama dan pasti ini dinanti-nantikan

oleh para peminat tegar mereka. Butterfingers juga akan turut serta di NUSA FEST setelah

hampir empat tahun tidak muncul menemui peminat mereka.



Pihak Shiraz Projects memohon maaf atas penundaan yang terdahulu dan yakin NUSA FEST kali

ini akan berjalan dengan lancar dengan barisan artis-artis yang mempunyai pengikut tegar dan

setia. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini

di satu festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti

serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.



“Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, NUSA FEST akan dapat dijayakan dengan

meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan. Dan kali ini kami kembali dengan

pengumuman senarai akhir NUSA FEST,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects.

Hari ini segalanya dikongsikan bersama. Teka teki siapa yang akan membuat persembahan di

NUSA FEST dengan senarai akhir terjawab hari ini dan pihak Shiraz Projects terus mengharapkan

sokongan serta antusias penonton serta peminat seni untuk menyokong NUSA FEST sehingga ke

hari persembahan.


Berikut merupakan senarai akhir dan muktamad:

Malaysia

Wings

Search

Butterfingers

Kugiran Masdo

Salammusik

Forceparkbois

Iqbal M.

White Percussion Unit

Jemson

Budak Nakal Hujung Simpang

Gerhana Skacinta

Monoloque

Indonesia

Fourtwnty

Barasuara

Pusakata

Efek Rumah Kaca

Kelompok Penerbang Roket

The Changcuters

Burgerkill

Seringai

Diskoria

Dipha Barus

Ras Muhamad

Singapore

The Pinholes


Antara aktiviti yang akan dijalankan di NUSA FEST ialah Panggung Nusa (dua pentas

bersebelahan dengan pementasan tanpa henti! Festival muzik yang menghadirkan 12 kumpulan

Malaysia, 11 penghibur Indonesia, 1 kumpulan Singapura), Warong Nusa (semuanya tentang

makanan!) dan Pasar Nusa (seni dan kraftangan dari Nusantara).

Tiket dengan harga RM200 (untuk dua hari/seorang) atau RM700 untuk 4 orang di

www.myticket.asia.





"NUSAFEST’’ ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan

lagi industri muzik nusantara.

NUSA FEST 2023

Tarikh: 8 dan 9 Julai 2023

Masa: Mulai jam 12pm hingga 12am

Venue: Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur

Harga tiket: RM200 (2-day entry/per person)

RM700/ 4 person (Bundle package- Pembelian RM700 untuk 4 orang)

Tiket: www.myticket.asia

Tiket Hotline: 03 8605 0196

Info Hotline: 012 2560082

Instagram: @nusafest, @shirazprojects

Tiktok: @shirazprojects

Facebook: @nusafest @shirazprojects

Laman Web: www.nusafest.com

www.shirazprojects.com

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...