Showing posts with label Universal Music Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Universal Music Malaysia. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Majlis Berbuka Puasa Universal Music


Alhamdulilah, bulan penuh berkat ini ada juga yang berbakti kepada anak yatim piatu. Semalam aku bersama Relay dijemput untuk menhadiri majlis berbuka puasa bersama bloggers dan adik-adik dari rumah Mahdad Tahfiz Baitul Ummah, Danau Kota. Majlis anjuran Universal Music Malaysia ini berlangsung di Shazana Pau Shop & Cafe, Kampung Baru.
Makanannya bagus tetapi yang paling "kick" ialah Pengat Durian. Amat sedap highly recommended! Maka ramailah artis-artis baru dan lama join memeriahkan majlis seperti Ana Rafali, Sixth Sense, Man Keedal, Yazer AF dan lain-lain.
TQ penganjur..



Kugiran di Tepi Pantai memulakan persembahan dengan lagu Awan Nano versi surf. Kombat ko memang hebat!

Rakaman Album Relay



Semenjak bermulanya bulan Julai 2011, setelah lama berehat aku mula manage band berkonsepkan Britpop, Relay. Relay ini dianggotai oleh Aleem, Irfan dan Adeel. Siapa mereka ini? Aleem merupakan bekas gitaris OAG dan juga The Times (bagi album Soda Pop Rok n Roll dan Nada Melankolik Malaya). Beliau juga merupakan penulis lagu hit Elyana "Diriku Tapak Sulaiman". Irfan pula merupakan bekas drummer bagi ACAB, The Times dan session player untuk Bittersweet, Pesawat dan juga Gerhana Ska Cinta. Manakala Adeel pula merupakan gitaris dari Kota Singa.



Relay sedang busy merakam 3 lagu bagi album yang bakat rilis bulan November 2011 ini di Kings Studio. Single pertama Relay "Provokasi" kerap diputarkan di radio tempatan seperti XFM, SuriaFM dll. CD Relay ini akan diedar oleh Universal Music Malaysia dan diterbitkan oleh Relay Records. Antara tajuk-tajuk lagu yang dirakam ialah Oksigen, Opps!, Dejavu. Sepanjang bulan Ramadhan ini setiap malam weekend kami berkampung di studio, bagi menyiapkan yang terbaik. Relay bakal mengadakan promo showcase, jadi kawan-kawan semua perlu standby!

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...