Showing posts with label Ticket Empire. Show all posts
Showing posts with label Ticket Empire. Show all posts

Tuesday, June 20, 2023

Konsert Ulang Tahun ke-30 ‘Forever In Time’ CROMOK



 Legenda metal Cromok adalah sebuah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Peminat muzik

underground cukup mengagumi bunyi pantas riff gitar, kekuatan vokal dan solo gitar

harmonik mereka. Istilah 'THRASHDITIONAL' yang dipopularkan oleh band ini

menggabungkan pengaruh heavy metal dengan unsur Melayu tradisional yang jelas

ditonjolkan dalam lagu-lagu seperti Ulek-Metallurgical dan Siblings yang amat digemari ramai.

Band perintis thrash metal tempatan ini ditubuhkan pada 1987 oleh Karl (gitaris), Din

(vokalis/gitaris), Sam (vokalis/pemain bass) dan Miji (pemain dram) di New South Wales,

Australia ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Wollongong. Terpengaruh dengan

kemunculan era thrash metal barat, mereka memulakan perjalanan muzik mereka bermain

gig dan konsert kecil, seterusnya memiliki kumpulan peminat tegar dan berjaya menempa

nama dalam kancah metal Sydney, malah muncul sebagai band terbaik Sydney berdasarkan

undian oleh Hot Metal Megazine.

Namun selepas itu mereka berpecah dengan Din mengikuti haluannya sendiri dan

menubuhkan D’cromok manakala Karl, Sam dan Miji pulang ke Malaysia dan kekal sebagai

trio.

Album pertama, Image of Purity diterbitkan pada 1991 dengan lagu-lagu seperti Misty,

Journey, Metallurgical dan Prophecy berjaya mendapat sambutan hangat peminat dan

meraih Anugerah Emas. Ini diikuti dengan album-album hebat seterusnya iaitu Forever in

Time (1993), Yours Truly (1996), Mean, Meaner, Meanest (1999), What's Left (2000),

Deafening Silence (2002), Untitled (2003) dan beberapa album kompilasi.

Forever In Time, album kedua yang merangkul platinum berganda pada tahun 1994

menjadikan mereka ternama di puncak arena metal. Lagu-lagu seperti Memories, I Don't

Belong Here, Misery, Obsessed dan Another You terkenal di kalangan peminat serta

pengkritik. Lagu-lagu klasik inilah yang menjadi kegemaran dan siulan ramai, acap kali

menggegarkan persembahan yang pastinya penuh peminat yang mengenali lagu tersebut dari

hati.

Dari persembahan pembukaan mereka untuk konsert Metallica "Live In Kuala Lumpur" di

Stadium Merdeka pada tahun 2013, menjadi bintang utama pelbagai jenis festival muzik dan

penghias muka depan majalah muzik terkemuka, Cromok sentiasa membawakan sesuatu

yang unik, kekal teguh dengan legasi mereka yang didambakan peminat. Band legenda ini

terus hidup bersinar bak obor yang terang, pastinya amat menggembirakan para peminat

mereka.



Cromok akan menemui peminat setia mereka yang turut dikenali sebagai Cromers, bagi

meraikan ulang tahun album Forever in Time mereka dengan Konsert Ulang Tahun ke-30

‘Forever In Time’ CROMOK pada 14 Oktober 2023 di Zepp Kuala Lumpur.

Acara Ulang Tahun ke-30 nanti bakal menjanjikan persembahan mantap yang pasti tidak

dapat dilupakan berserta rakaman di belakang tabir yang belum pernah ditayangkan, konsep

produksi yang hebat dan juga ‘Wall of Fame’ eksklusif yang menyimpan kenangan indah

Cromok – tentunya sesuatu istimewa yang tidak harus dilepaskan peminat!





BUTIRAN ACARA:

Acara: Konsert Ulang Tahun ke-30 ‘Forever In Time’ CROMOK

Tarikh: 14Oktober 2023, Sabtu

Lokasi: Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang

Pintu dibuka: 18:00

Acara bermula: 20:30

Penganjur: Digent Media

Wakil Penganjur: Norwafiz Bin Nordin – Pengarah Urusan

Media Sosial Penganjur:

https://www.instagram.com/digentmedia/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Promoter: Lampuneon Entertainment

Media Sosial Promoter: https://www.instagram.com/lampuneonent/

Ejen Rasmi Tiket: Ticket Empire

Laman Web Tiket: https://www.myticketempire.com/cromok30thanniversaryconcert

Jualan Tiket: 20 Jun 2023, 10:00

Harga Tiket - Jualan Atas Talian: RM179, RM239, RM279, VIP RM669

Harga Tiket - Kaunter jualan: RM229, RM289, RM329, NA

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...