Showing posts with label Singapura. Show all posts
Showing posts with label Singapura. Show all posts

Wednesday, April 04, 2018

Gig Report : Arch Enemy Live In Singapore



30 March 2018 -  Ini bukan pertama kali saya menyaksikan Arch Enemy beraksi di pentas. Pertama kali di Tennis Indoor Stadium Jakarta pada Oktober 2009. Ketika itu Angela Gossow dan Chris Amott masih lagi bersama Arch Enemy dalam rangka tour Rise Of The Tyrant/The Root Of All Evil. Amat hebat band melodic death metal ini cukup bertenaga. Konsert tersebut turut dibantu oleh band pembukaan Psycroptic (Australia).

 Setelah agak lama tak bertandang ke Kota Temasik, kali ini kita meredah traffic jam yang agak meletihkan semata-mata untuk menyaksikan Alissa White-Gluz dan kuncu-kuncunya beraksi.  Sampai di Beach Road sekitar jam 2.30 petang terus kami checkin di hostel. Rehat sekejap sebelum ke Viva Club yang jaraknya kira-kira 10km dari penginapan kami.  Sepanjang perjalanan, saya cuba menghayati album terbaru  Arch Enemy  “Will To Power” yang dirilis pada September 2017. Agak skeptical kerana saya masih belum yakin Alissa ini mampu mengambil tempat Angela. Album “War Eternal” bagi saya belum dapat  membuktikan kemampuan Alissa diposisi peninggalan Angela walaupun ada beberapa track yang menarik perhatian seperti  War Eternal, As Pages Burn dan You Will Know My Name.  Mungkin saya sikit trauma seperti perginya Tarja Turunen dari Nightwish lalu digantikan dengan Anette Olzon.

 Jam 6.15 petang dilokasi Viva Club sudah agak ramai peminat Arch Enemy menunggu diluar sambil membelek-belek merchandise Arch Enemy. Saya pun beli CD terbaru Will To Power sebagai tanda kenangan, bila lagi nak kumpul. Rata-rata audien yang datang petang itu adalah metalhead Singapura, cuma beberapa orang dari Malaysia dan Indonesia. Saya dimaklumkan show malam ini tiketnya “sold out” dan kira-kira 660 penonton memenuhi setiap ruang kelab tersebut.


Jam 8.00 malam, lampu dipadamkan. Arch Enemy muncul di pentas dengan “The World Is Yours”, single dari album terbaru Will To Power. Hebat aura Alissa rupanya. Riffing dari Ammott dan Loomis sangat padu dan di pacu oleh detuman bertenaga Erlandsson. Set terus disambung dengan lagu Ravenous, Stolen Life dan The Race. Alissa sempat menyatakan beliau berbesar  hati buat pertama kali ke Asia Tenggara dan Singapura juga tentang album terbaru mereka. Persembahan diteruskan dengan lagu War Eternal, My Apocalypse, Blood On Your Hands dan beberapa lagu lagi.


Ok Jeff Loomis ex Nevermore! Kali ini tugas bagi kebanyakan solo gitar Arch Enemy di jayakan olehnya dengan baik. Arch Enemy telah maju lebih bertenaga dan lebih kejam dengan adanya Loomis di posisi gitar, lebih baik dari sebelumnya. Gandingan dual gitar solo serta gabungan bersama Amott  amat serasi. Limelight tetap kepada Micheal Amott apabila bergitar solo dalam Intermezzo Liberté diiringi Loomis. Sesuatu yang perlu dinikmati sekiranya anda peminat Arch Enemy juga guitar shredder.

Seterusnya Arch Enemy meneruskan setlisnya dengan lagu "Dead Eyes See No Future" dan juga single dari album terbaru "The Eagle Flies Alone" terus disambung ke beberapa lagu dari album lama mereka seperti As The Pages Burn, Dead Bury Their Dead dan juga anthem singalong mereka "We Will Rise".


Alissa muncul kembali di pentas dengan bendera hitam Arch Enemy di tangan sambil mendendangkan lagu Avalanche seterus disambung dengan gitar solo oleh Jeff Loomis. Arch Enemy menamatkan persembahan dengan lagu Nemesis dan Fields Of Desolation. Rata-rata audien sangat berpuas hati dengan konsert malam itu. Saya rasakan venue tersebut sesuai dengan jumlah crowd yang hadir. Sistem bunyi,pencahayaan dan juga ambience dalam venue sangat baik bagi jumlah audien yang tak begitu ramai.


Setinggi penghargaan kepada organiser Inokii kerana menjemput kami. Satu showcase yang sangat sukses. Looking forward for more quality metal shows.
Setlist:
• 'The World Is Yours'
• 'Ravenous'
• 'Stolen Life'
• 'The Race
• 'War Eternal'• 'My Apocalypse'
• 'Blood On Your Hands'
• 'You Will Know My Name'
• 'Bloodstained Cross'
• 'Intermezzo Liberté'
• 'Dead Eyes See No Future'
• 'The Eagle Flies Alone'
• 'As The Pages Burn'
• 'Dead Bury Their Dead'
• 'We Will Rise
Encore

Tuesday, February 22, 2011

Iron Maiden di Kota Singa



Kalau aku cerita, mungkin korang tak percaya. Perihal band agung iaitu, Iron Maiden atau dulu kalanya di sebut I-Ron - Ma-I-Den, masa aku awal sekolah menengah. Band ini besar kontribusinya pada perjalanan hidup aku, amat besar. Walaupun aku mula pegang gitar bila mula dengar Rudolf Shenker, tetapi Iron Maidenlah yang membuatkan aku mula curi-curi copy permainan solo dengan menggunakan teknik pendengaran dan juga belasah ikut sedap dalam aktiviti mula main gitar.



Masa tu aku beli kaset Killers keluaran Apache dengan harga Rm3.00 tanpa pikir samada ianya ciplak ke ori, jujurnya aku hanya mahu dengar Maiden. Untuk aku beli kaset tu, aku simpan duit sekolah dalam 3 minggu. Mak aku bagi duit sekolah masa tu RM1.50, dah kira besar bagi tahun 1985.
Tanggal 15/2/2011, akhirnya aku dah dapat lihat secara live band British ni. Memang hebat. Cuma sound system agak kurang memuaskan, tetapi overall bagus. Lagu klasik wajib seperti Running Free, Iron Maiden, Troopers memang membuatkan brader2 metal mula lupa diri.

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...