Showing posts with label Ozzy Osbourne. Show all posts
Showing posts with label Ozzy Osbourne. Show all posts
Wednesday, December 19, 2012
Ozzy Osbourne - The Ultimate Sin
Semalam aku terimbas kat youtube konsert Ozzy yang lama bersama Jake E.Lee. Jadi hari ni, aku selongkar kaset kat dalam kotak. Ini antara kaset aku yang lama dlm simpanan dari tahun 1986, dan dah ikut aku ke dalam beg sekolah rendah, asrama, dorm , rumah bujang dan sampai sekarang masih elok. Kat cover tu kesan kotoran tu adalah kesan sambal tumis ikan bilis nasi lemak bekalan mak aku, tumpah dalam beg sekolah..pastu kantoi bawak kaset ke sekolah.
Album ini sebenarnya antara album hebat Ozzy, album ke 2 kolaborasinya bersama gitaris hebat Jake E. Lee (ex. Ratt/Dio). Album ini pertama kalinya menampilkan Phil Soussan (bassist) dan Randy Castillo (drummer), yang menggantikan Bob daisley dan Jimmy DeGrasso semasa bermulanya proses rakaman. Album ke 4 ini, merupakan album terpopular Ozzy pada zaman glam rock/hair metal pada pertengahan 80'an. Kebanyakan lagu di dalam album ini merupakan hasil kolaborasi Ozzy, Jake E.Lee dan Bob Daisley dan juga Soussan utk lagu "Shot In The Dark". Selepas tour album ini, Jake E.Lee telah di pecat dan digantikan dengan Zakk Wylde utk album seterusnya.
Keseluruhan album ini memang boleh layan, sedap dan ada nostalgianya tersendiri. Walaupun aku lagi feel dengan album Bark At The Moon (Jake.E.Lee era), album ini ada lagu-lagu yang aku suka seperti Killer Of Giants,Shot In The Dark dan Never Know Why. Honestly, aku lagi suka Jake.E.Lee dari gitarisOzzy sekarang..apa namanya? Emm Gus G, walaupun Gus memang hebat, tapi Jake E.Lee punyai kualiti tersendiri apalagi dengan Charvel Stratnya. A very underatted guitar player!
Tuesday, May 22, 2012
Randy Rhoads merupakan salah satu influence hebat dalam arena muzik heavy metal. Bermula dari Quiet Riot sehingga era Ozzy Osbourne, Randy Rhoads dilihat sebagai bintang muda yang berpotensi besar dalam arena muzik sekitar awal 80′an. Arena muzik telah kehilangan guitar virtuoso dalam satu tragedi kemalangan kapal terbang pada 19 March 1982, dan ketika itu Randy Rhoads baru berusia 25 tahun.
Randy Rhoads sentiasa diingati bagi hasil seninya dalam penulisan lagu dan rakaman bersama Ozzy Osbourne untuk album 1980″Blizzard Of Ozz” dan album 1981 “Diary Of a Madman”. Gitaris muda ini memulakan karier muzik rock dengan menubuhkan Quiet Riot ketika berumur 16 tahun dan band ini menjadi popular di scene club di sekitar Los Angeles. Randy telah menarik minat Ozzy ketika beliu menghadiri sessi ujibakat pada 1979, dan beliau telah diterima sebagai gitaris untuk projek Ozzy Osbourne.
Dengan elemen mengabungkan elemen klasik dengan gaya tersendiri, Rhoads telah menghasilkan beberapa riff yang terkenal dalam genre Heavy Metal. Hasil permainan gitarnya di dalam “Blizzard Of Ozz” merupakan faktor utama dalam kejayaan album itu. Sehingga hari ini, karya gitar solo untuk “Crazy Train” dan “Mr Crowley” merupakan antara koleksi gitar solo terbaik pernah dihasilkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI
Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...
-
Assalamualaikum, Wei dah lama aku tinggalkan kau blogspot (dunia blogging). Hari ni tiba2 muncul dlm inbox, ada orang komen blog wordpress...
-
Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...
-
Hahaha..weekend datang lagi. Hari ni aku ke Teluk Pulai, Kelang. Ada kawan "orang lama" kahwin. Tapi dalam kepala aku ni sejak pa...