Showing posts with label Loudness. Show all posts
Showing posts with label Loudness. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Konsert Thunder In The East 2013 - BATAL!!!


Pastinya sesuatu yang cukup mengujakan apabila empat band lagenda rock Asia , Loudness, Search, Rusty Blade dan Slank bergabung di atas satu pentas di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun 2013, jam 4 petang.
Konsert  "mega" sempena  judul album kelima Loudness ini bakal menjanjikan kehebatan muzik heavy metal dan rock & roll era 80-an yang masih relevan sehingga kini. Konsert Thunder In The East ini juga adalah kunjungan kedua Loudness ke Kuala Lumpur selepas mengegarkan KL Life Centre sempena World Tour King of Pain pada Julai 2011.

"Selama 30 tahun ditubuhkan dan sejak mula menyanyi bersama Loudness pada usia 21, pengalaman mendengar jeritan Kuala Lumpur membuat saya gembira kerana tidak pernah merasainya. Kami harap dapat kembali ke sini awal tahun depan," kata vokalis yang kini mencecah usia 53 tahun dan amat menghargai sambutan padu dari audien Malaysia. Loudness  juga bakal menampilkan aksi gitaris cilik dari Jepun sebagai saguhati untuk peminat yang  hadir nanti.
Menurut pengarah projek Iman Tang,  TITE 2013  lebih hebat dan 'setlist' yang lebih besar bakal dihidangkan Loudness berbanding konsert mereka di sini dua tahun lalu.  Setiap slot persembahan legenda-lagenda rock ini bakal menampilkan tidak kurang dari 13 buah lagu, khas dari era 80'an khusus untuk para pengemar muzik rock. Tercetusnya idea bagi mengadakan konsert gabungan bersama ini adalah dari pemerhatian beliau dengan konsert Big Four, di mana ke empat- empat band diberi "highlight " dan juga pembahagian masa persembahan yang samarata .

Dalam konsert ini, Search mahu bernostalgia dengan lagu-lagu era 80-an dan hanya akan membawakan lagu-lagu dari album Cinta Buatan Malaysia,Langit dan Bumi, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Fenomena  dan juga Karisma.
"Kami pernah bertemu di Singapura pada 1991 dan dia masih kenal saya hingga sekarang. Saya terharu kerana Loudness memberi penghormatan untuk bersama mereka di atas pentas dan sudah tentu pengalaman ini sukar dilupakan," kata Amy.

Menambah 'panahan halilintar' dalam konsert Thunder In The East 2013 ialah Slank yang diterbangkan khas dari Jakarta, Indonesia. Walaupun dalam kalangan sebahagian peminat di Malaysia nama Slank tidaklah segah band-band Indonesia lain yang lebih 'radio friendly' dan 'ganteng' tetapi di Indonesia, Slank adalah fenomena.
Berbanding tiga band lain, Slank yang dibarisi Kaka (vokal), Bimbim (dram), Abdee (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) adalah yang paling 'junior' kerana album sulung mereka Suit…Suit…He…He (Gadis Sexy) diterbitkan pada 1990. Namun, kini dengan 19 album studio serta jualan keseluruhan mencecah jutaan unit, mereka adalah 'living legend' di Indonesia dan layak di letakkan sebaris  bersama Search, Rusty Bladae dan juga Loudness.

Slank pernah mengungguli Anugerah BASF bagi kategori Album Paling Laris dari tahun 1991 hingga 1995 selain memenangi minimum satu anugerah dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI) mulai 1997 hingga 2004. Setiap tahun, mereka akan melakukan konsert jelajah di 60 kota seluruh Indonesia. Setiap konsert pula dihadiri minimum 10,000 penonton dan ada yang mencecah sehingga 100,000! Dan, ia adalah konsert berbayar dan bukan percuma.
Menurut Abdee (gitaris) dalam satu temubual pernah berkata, kehadiran Search ke Indonesia satu masa dulu telah memberi banyak ruang kepada muzik rock untuk bertapak kukuh di Indonesia.  “Waktu itu band rock hampir tidak ada di arena muzik mainstream Indonesia. Kalau orang tahu pun cuma Godbless. Selainnya dipenuhi dengan penyanyi solo seperti Inka Christie, Broery Marantika, Hetty Koes Endang atau Tommy J Pisa. Indonesia lebih menerima muzik pop, jazz dan dangdut.
“Search membuka mata produser album di Indonesia. Ketika itu semuanya mahu melahirkan band rock seperti Search, muzik seperti Search dan sebagainya. Slank yang ketika itu sudah pun wujud dengan rock n roll akhirnya tidak mempunyai masalah untuk mendapat kontrak rakaman. Akhirnya album sulung kami, Suit…Suit…He…He (Gadis Sexy) mendapat sambutan yang cukup hebat!
"Kami sebenarnya berterima kasih dengan band rock dari Malaysia terutamanya Search. Kerana merekalah muzik rock di Indonesia akhirnya berkembang hingga ke hari ini,” katanya.

Inti muzik rocknya berat dan padat, namun sentuhan seni daripada jiwa Melayu kekal melekat! Inilah dapat digambarkan mengenai Rusty Blade, band rock yang bermula di Holland Village, di tengah-tengah kota Singapura pada 1979 selain pernah dilabel sebagai 'Iron Maiden of the East'.
Walaupun Singapura juga adalah tempat kelahiran band rock legenda Melayu, Sweet Charity serta band-band hebat lain seperti The Unwanted, Rockers dan Lovehunters, tetapi Rusty Blade berbeza kerana muzik mereka lebih berat selain persembahan yang cukup energetik!  Jika orang lain selesa dengan Deep Purple, Rolling Stones atau Scorpions, Rusty Blade lebih berpaksikan Black Sabbath, Judas Priest dan Iron Maiden yang lebih berat.
Walaupun berasal dari Singapura, Rusty Blade sebenarnya dianggap sebahagian daripada pergerakan komuniti rockers yang mewarnai muzik rock/heavy metal di Malaysia pada waktu itu, seiring dengan nama-nama besar di Malaysia seperti Search, Wings, Lefthanded dan Bloodshed. Rusty Blade dianggotai Yantzen (vokal), Khalid Mobin (gitar), Md Noor Hendrix (gitar) dan Man Karan (bass). Mereka memiliki empat album iaitu 786 Ikrar Perwira (1986); Rintangan Hidup Dunia (1987); Berat (1988) dan Awas (1989) yang mana kesemuanya memiliki kelebihan sendiri dari segi lagu dan gubahan muziknya.
Apa yang pasti, gabungan empat band legenda dari empat negara berbeza di atas satu pentas ini adalah berita yang amat dinanti-nantikan peminat rock tempatan. Konsert ini bakal mencatat sejarah dengan gandingan lagenda muzik dan juga bakal mengembalikan nostalgia rock di Stadium Merdeka. Apa tunggu lagi, beli tiket dan kembali "study" lagu-lagu nostalgia mereka seperti Pembakar Perasaan, Melastik ke Bintang, Derap Komando dan lain lagi untuk sing along nanti. Jumpa di sana!
Info Tiket:
 RM888 (VIP Platinum)
- Menonton dari ruang Rock Zone berhadapan pentas.
- Mengikuti bengkel gitar bersama Akira Takasaki di Bentley Music Auditorium, Kota
Damansara.
- Sesi 'meet and greet' bersama Loudness di Stadium Merdeka pada 30 Jun 2013 jam 12 tengah hari.
- Kemeja-T eksklusif percuma
- Poster percuma.

RM398 (VIP Gold)
- Menonton dari ruang Rock Zone di hadapan pentas.
- Sesi 'meet and greet' bersama Loudness di Stadium Merdeka pada 30 Jun 2013 jam 12
tengah hari.
- Kemeja-T eksklusif percuma
- Poster percuma.
 
RM258 (VIP Silver)
- Menonton dari ruang Rock Zone di hadapan pentas.

RM138 (Ticket Biasa)
- Hanya ticket biasa berdiri.

- Tiket bagi dua kategori ini hanya dicetak terhad iaitu tiket VIP Platinum sebanyak 400 keping manakala VIP Gold sebanyak 1,000 keping.
- Bagi pembelian awal (early bird) bermula 18 Mei hingga 31 Mei ini, pembeli layak mendapat diskaun sebanyak 10 peratus untuk semua tiket.

- Tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-78807999.

- Maklumat mengenai konsert di www.clockwork.my

Facebook

Twitter@ThunderInEastMY; @clockwork_crew
 Instagram@TITE2013

Tuesday, July 26, 2011

Gig Report : Loudness Live In KL Part 1

Firstly, aku mohon maaf kerana agak lambat menulis, bukan alpa tapi kesihatan kurang mengizinkan. Mungkin faktor cuaca atau kurang vitamin..



Okay, jom cerita Loudness..Pendek kata panjang cerita, amatlah awesome. Personally, konsert ini adalah konsert yang paling berjaya bagi artis rock luar di Malaysia. Kenapa aku kata begitu? Respon yang amat baik, interaktiviti audiens yang padu dan juga amat entertaining!.Ianya boleh dirumuskan dengan sifat Loudness itu sendiri yang faham dengan kerjayanya sebagai pemuzik rock asia..hanya dari asia memahami kehendak budaya asia. Tahniah organizer satu pilihan yang amat tepat pada waktu yang tepat bagi membangkitkan semangat rock tanahair.

Susunan band yang sesuai dimulakan dengan pembukaan dari Shewolves, Satira dan Sofea, merupakan elemen kejayaan acara ini.

Semasa press conference tempohari, aku telah menyaksikan persembahan Satira. Kemudian, aku berkenalan dengan Mus Satira di Red Rooster Reunion. Sempat juga kami bersembang tentang Loudness konsert ini. Beliau amat excited. "This will be our peak moment, dah lama aku tunggu show macam ini, Loudness plays a major influent dalam perjalanan muzik kita, especially rock" katanya. Saat aku hadir di tepi stage KL Live, aku nampak beliau senyum puas. Dengan respons dari singalong audiens lagu Satira, peak moment Satira telah sampai. Setelah menyepi beberapa lama, mereka sepatutnya mula berstrategi untuk material baru. Kombinasi Satira kini makin menyengat dan semestinya mereka looking forward untuk projek seterusnya!





Momentum pemanas ada pada persembahan Sofea yang membuat comeback yang nostalgik. Jujurnya, aku mula merasa "something special" pada saat munculnya Sofea. Munculnya Man Rani di pentas membuatkan audiens mula merasa excited, apalagi bila beliau mula memetik Warlock bassnya. Sukar untuk aku terjemahkan moment ini, anda perlu rasanya di konsert live. Harapan dan keyakinan mula membuatkan Man dan rakannya tidak menghampakan penggemarnya..dan mereka telah membuktikannya. Tahniah Sofea, anda memang lagenda!



Setlist

Hati Syaitan 2)Boneka Pentas 3)Anak Liar 4)Bunga Padang Pasir 5)Orang Timur.



Lineup:

amir,man rani,nahar dan nuar



Bakal bersambung di Part 2!!

Wednesday, July 13, 2011

Loudness Live In KL : Press Conference @ Laundry, The Curve


Ohh yesss, sabar-sabar. Aku tahu semua mat rock excited dgn event gempak 24 Julai ini. Aku pun sama excited. Officially, Loudness confirm main kat KL pada 24 Julai ni..ulang suara, confirm beb.
Semalam akibat aku terover excited atau "miskomunikasi", aku rushing ke Hard Rock Cafe KL untuk press conference Loudness konsert. Sekali sampai, dia tukar lokasi daa. Apalagi, aku lenjan ke Loundry...jadi ni la sedikit story dari kacamata aku, media yang tak berkamera besar...nanti aku beli yg best punya!



Firstly, tahniah kepada geng2 Clockwork Events kerana berusaha bikin Loudness main kat tanah Malaya ini. Bukan kerja senang beb untuk convince a "very seasoned band" untuk datang. Loudness ini seperti permata bagi rakyat Jepun, satu aset yg berharga bagi seni metal di Jepun. Kerja bawak mereka tour ke sini memerlukan satu negotiation yang terperinci, macam nak pindah barang muzium Jepun ke KL, susah kan?. Usaha ini patut jadi pembuka jalan kepada event2 organizer yang harus realize bahawasanya Malaysia ini merupakan "best spot" di rantau S.E.A untuk di jadikan " a must stop location" bagi band-band internasional dalam rangka tournya. Isu ini kalau nak campur politik aku tak reti, tapi Tourism dan sekutunya perlu kasi study dan buka peluang...aku support selagi daya.



Ok pasal event ni, ia merupakan salah satu dari Rock Legend Tour Series menurut orang kuat Clockwork. So that means ada lagi konsert2 hebat lagi dalam kocek diaorg ni..bagus2. Sebagai concert goers, ini amat positif utk ekonomi kita. Satu penghargaan buat lagenda rock kita, Amy akan berduet dgn Minoruu untuk satu lagu..kamu rasa apa lagu? Amy is so excited about this..so do we! Jadi go get your ticket di www.ticketpro.com.my!


Opening band? Kalau kamu tak kenal siapa itu Sofea, aku rasa anda belum cukup khatam ilmu rock ataupun "you've been too long in a midnight sea" ..mcm Ronnie James. Ini merupakan antara pelopor muzik rock yang berfesyen ala2 Blackie Lawless (sapa tu? sila cari) dan juga LA glam rock ala2 Motley Crue. Mereka bakal gegar Kl Live dgn hits mereka dari album Anak Liar, Boneka Pentas .a must see band!



Shewolves! Aku pernah berada di satu studio semasa Abby mula-mula beraudition dgn lineup Shewolves ini. Lagu pada masa tu yang aku ingat diaorg main lagu2 dari Girlschool. Tapi itu dulu kawan, Serigala ini sudah berevolusi dan makin mengganas! A promising new band, perlu diberi peluang dan pentas Loudness ini mereka akan hentam habis-habisan.



Satira. Ini band klasik dan special. Dalam persembahan semalam aku masih dapat rasakan, semangat Mus dan rakan-rakan masih mengelegak seperti Hiroshima. Good job guys!



Loudness bakal sampai pada 23 Julai dan sekira keadaan mengizinkan satu sessi "meet and greet" akan di adakan (nanti aku update!). Jadi tunggu apalagi, inilah masanya untuk merasai kehebatan Loudness. Mungkin ini peluang terakhir kerana Loudness ini memang sukar untuk di jemput dan juga faktor usia.



Bagi true music lover especially rock metal music, show ini a must see, tak kira kamu generasi baru nak tahu Lightning Strikes dengan mendownload ke Ipod atau otai-otai yang sudah hafal chorus in My Dreams dari kaset player..kita rock sama-sama! Rock and Roll Crazy Nights, You're The Hero Tonight!! - Minooru Nihaara

Sunday, June 26, 2011

Loudness..Gergasi Rock Timur



Hahaha..kekadang tu aku rasa mcm dah give up nak tulis blog ni. Bukan apa, lately ni agak busy dengan acara cari makan, family dan lain-lain. Tapi lately agak menarik perjalanan hidup aku ni. Btw, studio sedang diupgrade, maka adalah sikit masa utk menulis.
Loudness datang KL! Akhirnya impian aku untuk hanya naik kapcai pegi tengok konsert Loudness bakal tercapai, pasal diorang main kat KLLive aja. Meh aku cerita apa makna Loudness bagi aku..
Masa tahun 1984, aku beli kaset Apache band Jepun Earthshaker - Midnight Flight, memang best. Jadi aku pun mula explore apalagi yang Mat Rock Jepun punya band. Masa tu jugak album Thunder In The East keluar, jadi setiap kali pegi studio jamming, brader2 otai (lebih terer) asyik main lagu Heavy Chain & Ares Lament..maka aku pun jaki lagi sakit hati. Album Loudness yang mula2 aku beli ialah Hurricane Eyes (1987), dari situ aku mula study band ni. Album ni bagi aku tetap yang terbaik dalam discografi Loudness. Lepas album ni baru aku beli Lightning Strikes (1986) dan kemudian Thunder In The East (1985), Jealousy (1988) dan seterusnya..semuanya original kaset.


Kesemua album2 ini menampilkan Minoru Nihara sebagai vokalis, bagi aku merupakan signature voice bagi Loudness kerana loghat Jepunnya masih kuat walaupun dalam lagu Inggeris semenjak dari era Earthshaker. Lineup ini juga merupakan lineup "classic" Loudness yang menampilkan Akira Takasaki, Minoru Nihara, Munetaka Higuchi dan Yamashita Masayoshi. Sayangnya pada masa tu, album2 Loudness yg terdahulu tidak dijual, especially album versi Jepun.



Selepas Jealousy, Minoru keluar dan digantikan dengan Mike Vescara untuk album Soldier Of Fortune dan seterusnya On The Prowl. Era ini merupakan era yang agak suram bagi die hard fan Loudness kerana lagu-lagunya mula beralih arah. Vescara keluar dan join Yngwie Malmsteen untuk album Seventh Sign, Masaki Yamada (EZO) pula masuk Loudness meneruskan legasi dengan beberapa album seperti Loudness (1992), Heavy Metal Hippies (1994, Ghetto Machine (1997), Dragon (1998) dan Engine (1998).



Minoru dan Akira berganding semula dalam album Spritual Canoe (2001), dan lineup Yamishita & Munetaka bergabung untuk album ini bagi mengembalikan tradisional sound Loudness. Mereka terus berkarya bersama sehingga Munetaka meniggal dunia . Album terakhir Munetaka ialah Everlasting (2009, posisinya diganti oleh Masayuki Suzuki dalam album King Of Pain (2010).



Jadi pada 24/7/2011, Akira & Minoru serta rakan-rakan akan mengegarkan KL Live dengan anthem2 metalnya. KOnsert ini merupakan salah satu dari series konsert yang dibawakan oleh Clockwork Events dan The Rock Legends Tour. Amatlah rugi bagi rocker2 kalau tak menyaksikannya..

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...