Showing posts with label 80's metal. Show all posts
Showing posts with label 80's metal. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Earthshaker - Midnight Flight

cover kaset yang disalotape, tapi masih terjamin kulaitinya.

Biasanya kalau sebut saja band heavy metal paling hebat dari Jepun, mesti kita terfikir Loudness. Tetapi ada satu lagi band legend dari negara matahari terbit ini yang perlu di beri tabik hormat, Earthshaker.
Antara koleksi kaset aku yang lama bertahan ialah album Earthshaker-Midnight Flight dari tahun 1985. Album ini dirilis pada tahun 1984 oleh Roadrunner Productions dan ada 8 buah lagu dalam bahasa Jepun.
Earthshaker di anggotai Masafumi Nishida- Vokal, Shinichiro Ishihara -Guitar, Takayuki Kai - Bass dan Yoshihiro Kudo - Drum.



Personally, semua lagu dalam album ini sedap. Mungkin agak klise sekiranya mengetahui Earthsker ini hanya kerana Search men"cover" lagu first track T.O.K.Y.O yang dialih bahasa menjadi Nombor dalam album Cinta Buatan Malaysia. Seharusnya explore kesemua lagu-lagunya yang lagi best dari Tokyo ini.



Lagu-lagu dari album ini banyak mempengaruhi asas permainan muzik dan pembikinan lagu-lagu band tempatan pada era 1985-1987. Lagu best yang selalu aku dengar ialah "Midnight Flight" dan "Zawameru Tokieto" tetapi fav track aku ialah "Radio Magic". guitar work yang bagus dan chorus yang catchy ada pada RadioMagic. Earthshaker masih aktif dan masih bermain di gig-gig sekitar Jepun, cuba checkout Youtube mereka!

Wednesday, December 19, 2012

Ozzy Osbourne - The Ultimate Sin


Semalam aku terimbas kat youtube konsert Ozzy yang lama bersama Jake E.Lee. Jadi hari ni, aku selongkar kaset kat dalam kotak. Ini antara kaset aku yang lama dlm simpanan dari tahun 1986, dan dah ikut aku ke dalam beg sekolah rendah, asrama, dorm , rumah bujang dan sampai sekarang masih elok. Kat cover tu kesan kotoran tu adalah kesan sambal tumis ikan bilis nasi lemak bekalan mak aku, tumpah dalam beg sekolah..pastu kantoi bawak kaset ke sekolah.


Album ini sebenarnya antara album hebat Ozzy, album ke 2 kolaborasinya bersama gitaris hebat Jake E. Lee (ex. Ratt/Dio). Album ini pertama kalinya menampilkan Phil Soussan (bassist) dan Randy Castillo (drummer), yang menggantikan Bob daisley dan Jimmy DeGrasso semasa bermulanya proses rakaman. Album ke 4 ini, merupakan album terpopular Ozzy pada zaman glam rock/hair metal pada pertengahan 80'an.  Kebanyakan lagu di dalam album ini merupakan hasil kolaborasi Ozzy, Jake E.Lee dan Bob Daisley dan juga Soussan utk lagu "Shot In The Dark". Selepas tour album ini, Jake E.Lee telah di pecat dan digantikan dengan Zakk Wylde utk album seterusnya.



Keseluruhan album ini memang boleh layan, sedap dan ada nostalgianya tersendiri. Walaupun aku lagi feel dengan album Bark At The Moon (Jake.E.Lee era), album ini ada lagu-lagu yang aku suka seperti Killer Of Giants,Shot In The Dark dan Never Know Why. Honestly, aku lagi suka Jake.E.Lee dari gitarisOzzy sekarang..apa namanya? Emm Gus G, walaupun Gus memang hebat, tapi Jake E.Lee punyai kualiti tersendiri apalagi dengan Charvel Stratnya. A very underatted guitar player!




Tuesday, December 18, 2012

Alice Cooper - Trash






Album ke 18 dari lagenda rock horror Amerika, Alice Cooper. Jujurnya, aku tak pernah suka lagu-lagu Alice sebelum aku dengar album Trash ini. Sebelum ini lagu-lagunya ada kurang menarik bagi aku, mungkin perlu disulami dengan visual baru aku suka..seperti pergi konsertnya atau video.  
ini Kane Roberts..ganas ganas..

Aku teringin nak dengar album ini semata-mata kerana Kane Roberts. Masa tu hairmetal memang havoc, URTV pun cover beberapa artikel termasuklah satu artikel tentang gitaris-gitaris hairmetal. Artikel tu sikit saja reviewnya, tapi 2 page gambar hitam putih beberapa gitaris seperti Tom Keifer, Richie Sambora, Steve Clark dll dan semuanya aku tahu muziknya kecuali Kane Roberts ni yang posing dgn gitar bentuk machine gun. Jadi aku ke kedai, beli kaset  Alice Cooper. Tapi rupanya Kane Roberts ni main 1 lagu saja dalam album ni, kebanyakan musician yang main aku tak kenal pada masa tu mcm John McCurry, Hugh McDonald (session bassist Bon Jovi lepas Alec) dll. Nak tengok video tu mana ada sumber.


Album trash ini beli dalam format kaset. Apa yang menarik ialah guitarwork pada intro lagu pertama tu sudah membuatkan aku terus lekat untuk ke track -track yang seterusnya. Album ini beebeza dari album-album sebelumnya kerana ini album comeback Alice selepas zaman suram dan antara album yang paling berjaya di era 80an dalam karier Alice. Kolaborasi dengan Desmond Child dan juga beberapa artis hebat seperti Bon Jovi, Richie Sambora, Joan Jett dll dalam produksi dan penulisan lagu, album ini menjadi hits dan dinominasi utk Grammy 1988.


Bagi aku semua lagu dalam album ni sedap dan boleh main non-stop ulang-ulang. Ini penangan kerja Desmond Child yang biasa kita dengar kerjanya dengan Bon Jovi dan Aerosmith. Fav aku ialah lagu Poison, Bed Of Nails, Hell Is Livin Without You dan Only My Heart Talkin.





Monday, December 10, 2012

Barang: Mr.Big/Winger/Van Halen & Whitesnake


Biasalah kalau hari ahad tu, aku jalan-jalan di pusat beli belah di PJ yg kadang-kadang ada stuff yang menarik. Sambil-sambil tu jumpa agen-agen collector barang-barang klasik ni. Jadi untuk minggu ni, inilah hasilnya...

Tuesday, September 13, 2011

Savatage - Gutter Ballet


Kalau pergi club yang ada live band, selalu sangat orang mintak lagu Steelheart - She's gone. Mungkin kerana lagu ballad tu vocalnya high pitch, guitarwork yang melodi cantik dan lagu tu ada unsur dramatik. Tetapi, aku rasa takda yang mintak lagu dari band hebat ini, Savatage. Memang band ini tak famous macam band band lain sezamannya,  tapi Savatage punyai dua beradik musician/songwriter yang terbaik dalam kelas tersendiri.



Aku mula kenal band ini agak lewat, itu dari satu kompilasi lagu-lagu ballad yang aku pun dah lupa apa titlenya, maklumlah tahun 1989. Lagu Summer Rain telah menarik minat aku untuk checkout band ni. Summer Rain ni adalah salah satu track dalam album ke-6 dan terbaik Savatage pernah keluar, Gutter Ballet (1989).


Savatage ni ditubuhkan oleh dua beradik, Criss dan Jon Oliva. Gutter Ballet ini merupakan satu album  yang unik bagi Savatage kerana mereka mula menghasilkan lagu-lagu yang lebih progresif, arrangement yang lebih kompleks dan lebih berkonsep opera berbanding album-album sebelumnya yang lebih straight forward metal. Bagi yang gemar teknik gitar lentok, album ini anda mesti tahu. Album ni mendapat sambutan baik dan selalulah MTV memainkan videonya sekita 1990.




Savatage rilis album Streets : Rock Opera, susulan dari Gutter Ballet tapi sambutannya agak kurang kerana mulanya demam grunge. 1993, Savatage kehilangan gitaris Criss Oliva akibat kemalangan jalan raya. Until now, Savatage ni masih ada dan bergiat aktif di sekitar US dan terajui oleh Jon Oliva bagi meneruskan cita-cita adiknya.

Ini video Hall Of mountain Kings, dari album sebelum Gutter Ballad.




Sila checkout video clipnya banyak di Youtube, diorg tak bagi aku tampal kat sini..enjoy.

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...