

22/2/2010Sempena Birthday my hubby today....
I buat special pulut kuning since he doesn't like to eat cake :)
Kebetulan stok pulut tinggal sket je lagi so nak habiskan stok dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk/dapur kira idea ni memang secara spontan.
Buat jugak soto ayam untuk budak-budak ni makan dan kari ayam untuk makan dengan pulut kuning.
Balik-balik dari opis....suprised! terharu dia tengok pulut kuning ni :)
"Happy 35th Birthday sayang..semoga murah rezeki, panjang umur, semoga kita berbahagia sehingga ke akhir hayat :)
Luv you so much! "
Nak share resepi pulut kuning yang mudah untuk dibuat sumber dari MyResepi
RESEPI PULUT KUNING Express (as75)
Bahan-bahan ( 5-6 org makan )
2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
1.Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
2.Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
3.Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
4.Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan ( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..
5.Selamat mencuba! ^_*
*Note..(pulut di rendam 1-2 jam dengan sedikit serbuk kunyit terlebih dahulu)
