Last day kami tak buat apa.
Breakfast dan bersiap nak checkout.
Ni Aliah snap gambar dlm van.
On the way nak gi lunch.

Flight kami ke Malaysia kul 2.15pm.
Harus la pekena tomyam lagi buat kali terakhir.
Lupa plak nak snap tomyam santan.
Yg dlm gambar ni clear tomyam.
First time makan tomyam buh santan.
Sedap jugak.

Lupa apa nama restoran ni,
tp dekat ngan airport.
Dr restoran nak ke airport 5 minit je.
Sementara menunggu nak check-in.
Gambar kenangan kawan2 dorang.
Baby2 je tak masuk.

Kedai Duty Freenya sangat best.
Haritu tak sempat nak masuk Siam Paragon.
Kira dalam ni pun jadi la.
Ada Chanel, Dior, Gucci, Prada,
Tods, Burberry eh byk la lagi.
Try gak la ejas ngan enZaf
kot dapat bag seketul ke
kasut ke.
Hmmm konpem la jawapannya NO haha
hampeh :p
Cuci mata pun jadi la kan.
Si kenit ni bagi makan je,
diam la.

Dorang bertiga ni dah tak sabar
nak masuk dalam kapal terbang.
Sikit2 tanya bila bila bila.

Minum petang dalam flight.
Tak sedap sbb sejuk. :(

Sepanjang dlm flight,
dorang tak tido.
Aliah tgk Lego movie,
Zara tgk Big Hero 6.
Ai tgk movie ape lupa namanya,
tp yg pasti romantic comedy.

Ariq layan Big Hero 6 sama cam Zara.
Kali ni dia okay,
senang dah pakai seat belt.
Masa nak pegi tu je byk songeh.

Sampai dalam kul 5.25petang.
Amik beg keluar terus gi Burger King.
Kelaparan hahaha
makan petang merangkap makan malam terus.
Dah habis bercuti ni,
part paling tak best nak unpack.
Sampai umah terus keluarkan baju kotor.
Sumbat dlm washing machine.
Barang2 shopping, or lain2
biarkan dlm bag.
Hari ke-3 kat Bangkok
hari untuk shopping pd siang hari.
Zaf xde dia gi main golf.
So ai bawak anak2 gi jejalan.
Nasib dah biasa keluar ngan anak2.
jadi takde la rasa kekok sangat.
Lagi pun xdela jalan sesorang,
my shopping partner haritu ialah
Su wife Faizal.
Zaf main golf berdua ngan Faizal.
Kami gi shopping kat MBK Shopping Center [link]
Tenpat pertama masuk adalah Naraya.
Naraya ni local product sana,
jadi wajib la beli sbg kenangan.

Belakang Aliah tu koleksi tuk Valentines Day.

Lama gak kami dlm tu.
Byk sangat cantik2 rambang biji mata.
Macam2 jenis plak tu ada.
Sesuai sgt beli tuk souvenir.
Masa memilih tu,
anak2 dah buat cam rumah berlari dlm kedai huhuhu
Nak tgk produk leh view websitenya [link]
Nak lunch dalam MBK takde masalah.
Kat sana ada restoran Halal.
Restoran Yana kat Tingkat 5.

Kat food court pun ada stall hahal,
tp kami mkn kat restoran senang
ngan budak2 dan lagi selesa.
Makanan kat situ sedap2 juga,
dan harga berpatutan.

Habis makan jalan2 dlm MBK lagi,
mallnya besar satu floor pun berejam2.
Macam2 ada jual.
Dan macam2 jugak la membeli.

Kat Bangkok pun nak beli lego gak huhu

Dalam mall ni mcm Sg Wang.
Best sbb bole bargain.
Jadi bargain la sehabis murah hehehe
Takde la brg branded.
Kalau cari brg camtu kena pegi Siam Paragon,
tak sempat okay nak ke sana.
Kalau dah berjalan ngan budak2
mana bole laju.
Blom lagi ngan nak basuh berak,
yg meragam.
Nak nak Aliah okey,
ntah kenapa haritu dia asik je meragam.
Dah belikan itu ini tetap tak kena.
Stress okay nak shopping.
Aktiviti malam kami ialah
Siam Niramit Show.
Show berkenaan tradisi dan budaya mereka.
Wajib okeh pegi tgk.
Memang best, tak bosan pun.
Anak2 pun tgk sampai habis.
Mana taknya ada keluar gajah bagai.
Tapi masa show tu takleh amik gambar.
Nah gi tgk kat websitenya [link]
Pas habis show baru rasa ngantuk hehe

Bergambar kenangan.

Badan kaki penat giler,
depan hotel ada byk kedai massage.
Minta tolong agent kami
kawtimkan ngan org urut
dtg berurut kat bilik hotel.
Best sangat mengurut,
lega sakit urat dan sengal2 badan :)
Hari ke-2 kat Bangkok,
kami pegi Dreamworld.
Dari pagi sampai petang kat sana.
Theme park mcm legoland, genting or uss.
Sampai kul 11 pagi,
cuaca terang dan panas.
Nak bergambar pun susah bukak mata hihi

Cantik pintu gerbangnya.
Memang menarik perhatian.
Nak nak budak2
xsabar nak masuk dalam dah.

Masuk2 je ada Dreamworld plaza,
tempat nak beli souvenir.
Lalu je dulu,
balik nanti baru singgah.
Pastu lalu taman2.

Harusla byk benti nak bergambar.

Wat kenangan.

Nak bergambar ngan fairy.

Besar taman ni,
nak gi tempat rides jauh gak.
Tapi sbb seronok jalan
tgk taman cantik2 bersih
tak rasa pun penat.

Dorang ni habis semua nak bergambar.
Ada byk lagi gambar lain
tp xmasukkan dlm blog.
Print je la buh dlm album hehe

With giant tomato.
Entrance nak masuk Giant House.

Segalanya giant2 belaka,
tak lama dok dlm ni,
Ariq takut.
Suasana dlmnya pun kelam je,
tu yg dia takut.

Sempat la posing kat penyodok sblm keluar.

Keluar dr Giant House
nampak Snow White.

Pastu gi lunch sblm buat aktiviti.
Oh kalau nak solat,
tak yah risau,
ada surau disediakan.
Baguskan :)
Ride pertama yg ai naik.
Sky Coaster.
Yang ni mak mak semua naik.
Ayah2 tunggu jaga anak haha
Best sgt ok.
Kiranya mummy time,
tuk release stress & menjerit.

Lupa plak nak bergambar sblom naik.
Lama gak menunggu turn nak naik.
Sabar je la bapak2 yg jaga anak tu.
Habis tu naik Bump Boat plak.
Ai bawak Aliah naik sama.

Sempat wefie ;)

Pastu Zara naik ngan uncle Andy.
Daddy jaga Ariq :)

Gi Snow Town.

Ariq taknak pakai jacket & kasut.
Jerit2 taknak langsung huhu

Giler sejuk
ai mmg jenis tak tahan sejuk.
Amik gambar 2-3 pastu keluar
tak tahan sgt.

Dorang pun sama.
Suka2 tapi dah gigil mcm ape haha
Nampaknya kita tak leh gi
tempat ada snow la camni :)

Ingatkan lepas habis dari snow tu,
nak gi lagi main rides yg lain.
Tapi anak2 ni dah bising
nak mandi nak mandi nak mandi.
huhu jadi ikutkan la dorang.

Airnya agak sejuk,
tapi budak2 ni bukan kira,
dapat main air tak ingat ape dah.
Seronok kemain.
Ai & Zaf dok tepi rendam kaki je,
sejuk malas nak terjun.
Ariq dah gigil biru
datang kat ai mintak peluk.
Peluk punya peluk skali tgk,
bole tido budak ni.
Sedap plak tu sampai berdengkur.
Kakak2 dia dah habis mandi,
nak salin baju baru bangun hahaha
Bertuah sungguh ko ni.

Masa tgh layan dorang mandi,
ada parade.
Macam2 karakter keluar.
Tapi idak la mcm disneyland.
Semua katun disneykan.
Tapi tetap menarik.
xdan amik gambar sbb tengah mandi.
Anak2 dah mandi harus la lapar.
Pas setel semuanya,
dah bilas salin baju.
Lepak jap kat tepi tasik.
Makan potato tuk isi perut sikit.
Kat tasik ada bicycle boat.
Lama okeh tak naik camni,
dulu kecik2 ada naik,
tp tak ingat tasik mana plak.

Ada Cable Car.
Tak sempat nak naik jugak :(

Sblom keluar,
sempat lagi lakiku.

Ai pun nak bergambar jugak.

Group Photo.
Matahari dah terbenam,
senang nak bergambar
takde kedip mata dah hehe

Pegi theme park mcmni ngan anak2,
satu hari mmg tak cukup.
Memang tak dapat nak naik byk rides.
Teringin nak naik Tornado & Grand Canyon.
Ada mcm2 lagi menarik kat sana.
Bole view kat website Dreamworld [link]
Dinner kat tempat sama lagi,
Restoran Sophia,
lauk je berbeza.
Yang pasti ada Tomyam lagi.
Segala jenis tomyam yg ada semua nak makan.
Abis dinner,
singgah Hard Rock.
Beli tuk diri sendiri
dan tuk ahli keluarga.

Lepas check-in hotel
rehat sekejap dlm 20min.
Sambungan entry sbblom ni [link]
pastu keluar balik tuk pegi Madame Tussauds Bangkok.
Madame Tussauds ni wax museum [link].
First time okay ai
pegi wax museum ni
Wax museum yg kat i-city pun
xpernah pegi hihi
Ariq takut2 masuk,
mintak dukung dan pegang ketat je.
Nasib tak nangis.
Tgk patung mcm realkan.
Ai tgk memula pun meremang bulu roma.
Besar jugak wax museum ni.
Ada 8 kategori figures dlm tu.
Antaranya History & Leaders.
Bergambar ngan Lady D.
Ai dah la kemetot,
kecik je berdiri sebelah minah salleh ni hihi

Tun M pun ada :)

Mahatma Gandhi.

Berangan jadi org istana okay.
Dgn Queen Elizabeth gitu.

Ramai lagi leaders lain yg ada
cam Obama, Soekarno dan sape2 ntah yg ai xkenal :p
Pastu masuk area Art & Science plak.
Ada Albert Einstein, Pablo Picasso,
tp tgk je la,
tak amik gambar pun hehe
Gi bahagian sukan plak - Sports Star.
Suka enZaf bergambar ngan Tiger Woods.

Ai pun seronok dapat pegang Abg Do haha
Tgk tu kerdilnya aku di sisi,
bagai pinang dicincang2 halus.
Tak sesuai langsung.

Serena Williams.
Besau sungguh dirimu,
camne nak menang main tenis.
Dia dua langkah,
ai 10 langkah berlari huhu

Pastu ke area Pop Stars
Ada Madonna, Katy Perry, Lady Gaga
Michael Jackson dan ramai lagi.
Ai bergambar ngan Beyonce u.
Nak buat gaya cam dia,
takut org tgk pengsan plak.
Bukan seksi tapi seksa haha

Britney Spears :)

Masuk Film Stars plak.
Ariq minat ngan Captain America.
Minat but still kena dukung.

Nampak plak spiderman,
dari jauh dah jerit2 spiderman spiderman hihi

Ada sikit Characters
Doraemon, Khan Kluay kartun Thailand
dan Hello Kitty.

Oprah ni dlm TV Stars Zone.

pastu ada la ramai tv stars Thailandnya,
xkenal pun sape hihi
Yang ni tuk Red Carpet
Last skali sblom keluar.
Jackie Chan!

Sama je warna kulit Will Smith ngan Zaf haha

Nak wat muka serious cam Johnny Depp
xmenjadi plak.

Ada lagi ramai cam Angelina Jolie
Julia Roberts, Leonardo DiCaprio
Susah nak bergambar,
org ramai beratur ikut turn.
Pastu anak2 pun dah berlari sana sini.
Kena tgk dorang.
Budak2 boring la lama sgt dlm tu.
Group Photos sblm balik.

Pastu terus gerak dinner ke Sophia Restaurant.
Agak jauh juga nak ke sana.
Tapi berbaloi sbb makanannya sedap2.
Silalah mencuba kalau ke Bangkok.
Nah websitenya [link]

Kenyang giler,
byk lauk diorder.
Kat sana hari2 makan tomyam.
Berat badan pun naik dgn gembiranya.