Tiba-tiba enZaf cakap kawan dia beri tiket bola untuk satu keluarga. Ai ingatkan nak tengok bola Selangor, rupa-rupanya JDT. Dan perlawanan itu pada keesokkan harinya. Pergh... tahu-tahu je dah sampai Johor esoknya hehehe..
Lambat juga baru dapat masuk dalam kawasan perkarangan stadium. Dari luar lagi dah jem nak masuk ke dalam. Mujurlah masih ada parking, enZaf risau je kalau dah penuh dan kena parking jauh.
Pertama kali menjejakkan kaki ke stadium ini. Punyalah banyak kali datang Johor tapi tak pernah pun nak singgah apa entah lagi nak tengok game bola. Sebelum pagar stadium dibuka, sempatlah ambil gambar Ariq dengan bas JDT 🚌. Nak ambil gambar dengan player tak sempat dah, kami sampai pun dah agak lewat. Bergambar dengan bas pun jadilah hihihi..
Sempat juga masuk dalam kedai merchandise dan popcorn 🍿.
Cantik betul stadiumnya. Kami tengok AFC Champions League Elite antara JDT dengan Shanghai Shenhua. Best betul game dua-dua pasukan. Ai ambil gambar sebelum start lepas tu ralit tengok bola sampai habis hehehe..
Abang Ariq bila tahu Daddy nak bawa tengok bola di stadium, dia lah orang paling seronok sekali. Nak pula tengok JDT sebab dia minat sangat dengan Arif Aiman dan Bergson. Mummy suka JDT juga tapi bukan sebab bola sangat, sebabnya Johor adalah tempat lahirku hihihi..
Terasa macam tengok wayang pula bila makan Popcorn 🍿. Satu-satunya ada popcorn di dalam stadium, tak pernah lagi jumpa macam ni kat stadium lain. Paling sedap Popcorn JDT, warna merah biru 😋. Harganya pun mahal sedikit dari yang biasa.
Seronok juga ya tengok bola dalam Stadium Sultan Ibrahim ini. Banyak juga nampak kedai makan yang menarik. Tak sempat nak singgah, habis game pun dah lewat malam. Kami tak tidur di sana, pergi balik tengok bola. Kerja gila namanya hahaha.. Sekali sekala buat macam ni apa salahnya kan. Nak tunggu keluar dari stadium pun lama juga, jem teruk sampai kami dah kelaparan. Mujur ada satu kedai makan tutup lambat, dapatlah isi perut sebelum balik. Anak-anak tidur sepanjang perjalanan. Dan ai teman enZaf driving, risau juga kalau dia mengantuk atau bosan. Jadi kita teman berborak.
Tahun ini Hoki Semashur layak menyertai Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2023. Secara tak langsung ia juga merupakan pengalaman pertama buat akak Zahra pergi sampai peringkat tinggi. Kejohanan ini juga berlangsung bahagian Selatan iaitu di Batu Pahat, Johor yang dikendalikan oleh SM Sains Batu Pahat. Sebenarnya akak Zahra tak tahu pun yang ai dan enZaf memang dah merancang untuk tengok dia dalam pertandingan ini dan ai pun tak berjanji dengan dia nak pergi atau tidak disebabkan faktor jarak. Jadi kami akan beri kejutan di Batu Pahat itu nanti :)
Kami bertolak dari rumah dalam pukul 7 pagi dan sampai ke Batu Pahat dalam pukul 10 setengah pagi. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan sampai sebelum game pertama bermula. Bila pakai aplikasi Waze ini, entah jalan mana yang kami ikut sampai masuk ke dalam ladang kelapa sawit. Mujurlah waktu siang dan jalannya berturap hahaha.. kalau malam memang tak lalu la kan, seram :p Agak susah juga nak sampai ke padang hoki sekolah ini kerana pintu masuk ke padang dari belakang, dua kali pusing baru jumpa sebabnya nak sampai belakang sekolah ini banyak lorong dan masuk ke dalam kawasan perumahan. Ingatkan kami je yang susah nak cari, orang lain pun sama juga. Masa sampai tu ai dah nampak akak Zahra dan teamnya di bawah pokok, laju-laju ambil gambar. Akak Zahra tak perasan lagi masa ni, masing-masing tengah kusyuk dengar Coach Humaira bagi kata-kata semangat.
Lama sikit barulah akak Zahra perasan, terkejut dia. Tak sangka kami sanggup datang dari jauh. Sempatlah ai ambil beberapa video mereka sementara menunggu giliran.
Masing-masing tu berdebar sebab pertama kali kan join kejohanan besar macam ini. Semua pasukan hebat-hebat belaka. Dah masuk sampai tahap kebangsaan pun ai dah bangga. Adat permainan ada yang menang dan kalah. Paling penting main dengan bersungguh-sungguh, kalau menang bonus. Lagi satu dapat timba pengalaman juga.
Pasukan lelaki bermain di tempat lain. Kali ini tak dapat nak tengok dan sokong mereka. Ada banyak juga video ai ambil masa game berlangsung tapi semuanya jauh-jauh. Bila ambil dekat tak berapa jelas video tu huhu..
Habis game pertama ini, berehat dan bersambung semula pada pukul 4 petang. Kami ke pekan Batu Pahat mencari makan tengahari. Sambung pada entry seterusnya, mata dah mengantuk :p
Sambungan entry kami ke Johor. Rasanya lepas ini ada dua lagi entry nak kena buat, lepas tu dah boleh tutup cerita di Johor ini hahaha... Ariq ingat sepanjang kami di sana, dia tak dapat makan makanan kegemarannya iaitu Kacang Pool. Walaupun jadual Daddynya penuh dengan Golf tapi tak sangka Daddy dia cuba menyelitkan masa bawa makan juga. Sengih lebar la anak bujang tu :) Tempat kebiasaan kami kalau nak makan makanan Johor semestinyalah Selera Johor di Larkin. Dalam blog ni pun dah banyak pasal makan di sini, rasanya lepas ini kalau makan di Selera Johor lagi tak perlulah ai ambil gambar lagi hahaha.. Pusing-pusing ceritanya sama sajakan :p
Masa sampai di medan selera ini, ramai dah orang. Meja panjang tiada yang kosong, tinggal meja kecil untuk empat orang sahaja, jadinya kami kena duduk berasingan. Seperti biasalah sejak PKP memang dah banyak kali duduk asing :)
Dalam tengah menunggu enZaf beli makanan, ternampak satu keluarga di meja panjang bersedia untuk pulang. Bila keluarga tu bangun sahaja terus ai suruh anak-anak pindah ke meja sana. Jadi barulah senang nak makan bersama dan ambil gambar :p Bila dah ada di Selera Johor, perkara pertama yang enZaf order semestinyalah Kacang Pool Haji untuk Ariq.
Dan satu lagi Kacang Pool untuk ai dan enZaf berkongsi. Sebabnya ada satu lagi wajib makan iaitu Mee Rebus. Kalau makan sorang satu mahunya lah tak muat perut nak sumbat.
Akak Zahra dan Qaireen makan Nasi Ayam dan Aliah pula nak makan nasi campur.
Belum habis makan lagi dan enZaf beli Pisang Goreng. Pada sesiapa yang tak tahu Pisang Goreng di Johor ini kena makan bersama dengan Sambal Kicap. Baru terangkat. Tapi serius Pisang Goreng sini sedap, manis dan rangup. Susah nak jumpa yang sedap terutamanya di kawasan Kota Damansara ini, tak jumpa lagi huhuhu...
Selesai makan enZaf drop kami di lobi hotel. Kami terus masuk bilik dan berehat, selepas solat Asar ai bawa anak-anak keluar untuk minum petang pula.
Kalau ke Johor Bahru, haruslah pergi ke JPO (Johor Premium Outlets). Sejak awal pembukaan JPO lagi kami sudah ke sini sehinggalah sekarang JPO sudah semakin berkembang. Bangunan pun dah bertambah dan pelbagai jenama masuk satu persatu. Ramai orang Malaysia dan Singapore suka shopping di sini :) Kami ke sini pun bukan nak membeli apa, saja je cuci mata. Sampai di JPO, kami lepak minum dan alas perut sedikit.
Makan di Coffee Beans, di sini tiada meja panjang. Jadinya semua kena duduk berasingan. Ai pun feeling sekejap lah dating dengan enZaf. Padahal sebelah kanan ai, ada akak Zahra dan Aliah.
Sebelah kiri pula, ada Ariq dan Qaireen hihihi.. Qaireen tu sekejap je dia duduk situ, lepas tu dia merayap ke sana sini. Sekejap ke meja kakak-kakaknya. Sekejap pula datang ke Mummy dan Daddy :)
Bila dah ke sana sini tu, Qaireen nampak Gingerbread Man Cookies. Cakap dengan Daddy nak cookies tu :)
Selesai makan dan minum, kami sambung perjalanan jalan-jalan cuci mata ;) Tengah berjalan tu, tiba-tiba ada orang tegur ai. Rupa-rupanya kawan sama belajar di UUM. Nama panggilannya Pang. MasyaAllah tak sangka dalam banyak-banyak tempat, kat sini dan jauh di Johor jugalah kami berjumpa. Hampir 19 tahun tak jumpa, berhubung pun hanya melalui Facebook sahaja.
Agak lama juga berborak dengan dia. Sebenarnya anak dia satu sekolah dengan akak Zahra di Semashur. Anaknya senior lah di Tingkatan 3. Tapi kami tak pernah pun berjumpa di sekolah. Lagi pun masa dan waktu penghantaran dan pengambilan anak-anak tak sama itu yang sampai ke sudah kami tak berjumpa-jumpa. Terima kasih enZaf ambilkan gambar kami berdua. Kamera handphone dia cantik sikit bila ambil dalam keadaan gelap hehe..
Sebelum keluar dari JPO, enZaf bawa anak-anak masuk kedai coklat. Masing-masing laju je pilih coklat kegemaran.
Seterusnya kami sambung perjalanan untuk makan malam di Banafe Village pula. Boleh tahan ramai juga orang, mujur tak tunggu lama sangat.
Kalau ke sini ai suka makan Nasi Ayam Penyet. Sambalnya terbaik! Aliah makan Chicken Chop manakala akak Zahra dan Qaireen makan Cheese Naan. Ariq seorang je makan dessert, dia order Pancake.
Alhamdulillah, kesemuanya kekenyangan. Banyak berjalan ke sana sini dalam JPO. Sampai bilik hotel, ai terus bersihkan diri dan meluruskan tulang. Anak-anak pula masih hyper lagi. Tak sedar pukul berapa dorang semua tidur sebab Mummynya dah tidur dulu hahaha..
Sambungan bercuti di Johor :) Selepas selesai makan di Kedai Makan Botak, kami terus menuju ke hotel untuk check-in. Kali ini berbeza tempat pula, hotel yang selalu kami tidur di Johor ini iaitu Hotel Mutiara sudah tutup. Bila enZaf beritahu ai yang hotel tu dah tutup terus hati ni sedih. Mana taknya disitulah tempat kami menginap bila di Johor sejak dari akak Zahra kecil lagi :( Kali terakhir kami menginap di Hotel Mutiara pada awal bulan Januari 2021 [link] baru sangat, tup tup hujung tahun tutup dah. Memandangkan hotel Mutiara sudah tiada, kami bermalam di Hotel KSL. Berhampiran juga dengan hotel Mutiara ini.
Sementara menunggu Daddy dorang parking kereta, sempatlah ai ambil gambar anak-anak. Nak bergambar dengan Qaireen tapi tak tahu duduk diam pula si kenit ini huhu..
Masuk-masuk sahaja di lobi hotel ini, punyalah ramai orang. Beratur panjang nak ke kaunter. Hujung tahun memang orang pergi bercuti tidak kira hari dan waktu. Boleh tahan lama juga kami menunggu di lobi ini. Kaunternya pula buka satu dua saja huhu.. Itulah Malaysia kan, ada kaunter banyak tapi yang buka satu hehehehe..
Lupa nak ambil gambar yang beratur panjang tu, ai sebenarnya dah agak rimas sebab lama sangat. Disebabkan itu kerja ai ambil gambar anak-anak. Nak dapatkan satu gambar yang perfect semua pandang susah sangat. Mujur dalam banyak-banyak tu dapat juga satu yang elok.
Gambar di bawah ini masa kami baru lepas keluar dari lif menuju ke bilik. Ai nampak ada cermin besar, laju-laju suruh semua posing depan cermin untuk bergambar :p
Seperti biasa ambil connecting room. Anak-anak dah besar tak cukup satu bilikkan. akak Zahra dan Aliah buka tudung, terpaksa Mummy conteng kat rambut dorang :p
Bila tengok balik connecting room ini, lebih kurang sama dengan Hotel Mutiara juga. Ada la kurang sana sini sikit tapi yang paling penting tempatnya elok dan bersih.
Kami menginap di Hotel KSL selama 4 hari 3 malam. Berehat, bersihkan diri dan solat selepas itu kami nak keluar semula. Esok dan lusa enZaf sibuk main Golf.