Followers
Wednesday, April 28, 2010
NASI LEMAK......
Sunday, April 25, 2010
melayan tekak lagi...
begedel daging
kentang kupas kulit, tambah garam dan goreng empuk.
daging kisar
lada hitam kisar sendiri
bawang goreng
daun sup/bawang cincang
nak sedap tambah serbuk kayu manis sikit.
kentang yg dah digoreng ditumbuk sampai lumat. tambahkan daging, lada hitam, bawang goreng, daun sup/bawang n serbuk kayu manis. kepal2, celup ngan telor+tepung jagung+tepung beras+garam. goreng garing2.
selamat mencuba......
Friday, April 23, 2010
PETUA NYAIE
dah lama tak bagi petua...asyik keluar makanan je. kali ni petua mcmana nak mengukur air untuk masak nasi putih dlm kuantiti yg banyak.
tak kira guna periuk besar ke lebar ke tinggi ke.....selepas basuh beras, dah buang air bilas yg last sekali....isi terus dlm periuk tu air dan ukur air sehingga paras jari tengah tu. jgn terlebih sampai kat tapak tangan kang lembik nasi. mcm atuk kita dulu2 ukur mcm tu la...
walaupun periuk nye besar ukuran tetap sama. dan kalau nak nampak nasi tu berkilat tambahkan sikit minyak masak dlm beras dan air sebelum masak. nasi akan cantik dan tak melekat...
cubalah......
tak kira guna periuk besar ke lebar ke tinggi ke.....selepas basuh beras, dah buang air bilas yg last sekali....isi terus dlm periuk tu air dan ukur air sehingga paras jari tengah tu. jgn terlebih sampai kat tapak tangan kang lembik nasi. mcm atuk kita dulu2 ukur mcm tu la...
walaupun periuk nye besar ukuran tetap sama. dan kalau nak nampak nasi tu berkilat tambahkan sikit minyak masak dlm beras dan air sebelum masak. nasi akan cantik dan tak melekat...
cubalah......
Wednesday, April 21, 2010
makan biasa2....
masak di rumah mak mertua....
asam pedas lawan dengan urap pegaga. makan dengan nasi panas2....jemput.....
urap pegaga
pegaga yg dah siap siang dan potong halus.
ikan bilis
cili merah/cili api
bawang merah
bawang putih
kelapa parut
kisar ikan bilis, bawang merah dan putih, cili. tumis dengan sedikit minyak dlm kuali. tambah garam, gula dan sedikit air limau. last masukan kelapa parut. masak hingga panas betul agar tak mudah basi. slmt mencuba....
lasagna....
Monday, April 19, 2010
CARU BAKAR RINGKAS
Friday, April 16, 2010
jamu adik....
Labels:
mee
SARAPAN
serunding
kelapa parut 1 biji
ikan bilis segenggam
bawang putih 2 biji
bawang merah 1 biji
cili kisar 2 sudu
sikit rempah kari (kalau suka)
gula merah, air asam jawa, garam
nak tambah ketubar jintan bole, taknak pun bole....
kisar sume bahan kecuali gula merah(nak pakai gula biasa pun bole, pakai gula merah bior nampak seri kat wane serunding) dan tumis sampai garing...pastu masuk kelapa parut, tambah garam, gula, asam jawa. goreng ala2 kering (jgn kering sgt sbb nak mkn ngan pulut).......senangkan...
tepung goreng cendawan
1/2cawan tepung beras
1/2cawan tepung gandum
suku cawan tepung jagung
1 biji telor
garam secukup rasa
bancuh dengan air tapi jgn terlalu cair.
cendawan yg dah cuci dan perah( bior kering kalau tak tak garing)...cuba la...
Wednesday, April 14, 2010
SAMBAL KERING
ikan bilis dikopek nak banyak ke sikit ke...ikut le...
cili api pun ikut le...nak pedas banyak2....
letak le sebiji bawang merah kecik dan bawang putih. kalau tak letak pun leh gek....sedap gek.
rasa la cili tu power.
garam, gula secukupnye...
kat sini ada dua pilihan. kalau nak ikan bilis tu garing, goreng dulu pastu ketepikan. kalau nak ikan bilis tu lembut tumis sekali ngan cili dan bawang. dah naik bau tambah garam n gula. biasanye ada org tambah perasa tapi akak tak guna sbb ada kandungan MSG...
MSG ni sangat bahaya untuk hati kita sbb kalau hati dah bermasalah....tau le apa akibatnye...
memasak le dengan menggunakan bahan yg menyihatkan untuk keluarga kita...
Monday, April 12, 2010
SIMPLE TAPI ENAK
tomyam "segger"
ayam dah cincang kecil2 1 mangkuk
udang 1 mangkuk
sayur2 ikut suka
1 biji bawang besar mayang
3 ulas bawang putih diketuk je
halia 1 inci ketuk
2 batang serai ketuk gek
garam, gula dan asam keping secukupnye
nak pedas lagi masukkan cili api lee....
mula2 rebus ayam dengan air biasa je...tak yah letak garam dulu cuma letak serai, halia, bawang putih . bila ayam dah empuk masukkan asam keping, bawang besar, sayur2, udang, garam dan sedikit gula. jgn lama sgt nanti sayur terlalu lembut.....
1 mangkuk isi ayam direbus dengan 2 biji bawang putih, lada hitam kisar. setelah ayam masak, kisar semua bahan tadi dan masak dengan api sederhana. tambahkan bancuhan tepung gandum, brokoli(sayur apa2 pun bole, ikut selera sendiri) susu sejat atau whipping krim, garam. masak smpai mendidih dan dah siap...leh makan. kalau nak 'hot' tambah lada hitam...kalau nak pekat lebihkan tepung....gitu le.....jemput.....
Sunday, April 11, 2010
UDANG GOLEK
udang 1/2kg digoreng dulu dalam minyak panas
cili kisar 1 senduk
bawang besar 1 biji mayang
bawang putih 2 biji cincang halus
garam n gula secukupnya
goreng bawang2 hingga sedikit garing. masukkan cili dan goreng lagi sampai garing. tambah garam n gula secukup rasa. last masukan udang yg telah digoreng....dah jadi. tak sampai 15 min dah siap masak....
Thursday, April 8, 2010
melayan tekak anak dan pak aji....
karipap sardine
1kg tepung
1/2 cawan minyak masak
2 sudu majerin
sedikit garam
air suam secukupnye
inti tu ikut suka la nak mcmana....
panaskan minyak masak dan majerin. tuang ke dlm tepung. gaul rata dengan garam sekali. pastu baru diuli hingga menjadi doh....
selamat mencuba....
Wednesday, April 7, 2010
LAUK2 HASIL AIR TANGAN IBU
hati lembu 1kg, potong dan cuci, gaul kunyit dan garam pastu goreng stgh masak kat kuali dulu.
bawang besar 1 biji
bawang putih 2 biji
1/2 inci halia
bahan kat atas ni kisar je....
cili kisar nak pedas letak lebih
1 sudu rempah kari
1 sudu rempah kurma
sedikit kicap
cara2
tumis bahan kisar hingga naik bau, masukan rempah2, dah naik minyak, masukan hati tadi, kicap dan tambah gula,garam secukupnye....
slmt mencuba.....
Sunday, April 4, 2010
ASAM PEDAS & TEMPE
sume resepi belajar dari bonda akak. kalau tak kerana bonda, taktau la akak ni pandai masak ke tak....meh meh jemput makan.....
kalau nak tau resepi kena ikut kelas masakan akak le.....
Saturday, April 3, 2010
AYAM CILI , SAYUR BAYAM CENDAWAN & PUDING KAREMEL
puding karemel
sayur bayam cendawan
ayam cili
aduh....dah 2 hari tak jengah blog ku. sibuk melayan mak mertua dtg bertandang. takde masak yg special sangat sbb org tua lebih suka lauk yg biasa2...maklum la dah puas makan katanya. so, ayam cili dan sayur bayam cendawan menjadi pilihan. tak lupa pencuci mulut puding karemel untuk minum petang....jemput la.....
Thursday, April 1, 2010
ROTI GORENG
semalam macam malas nak makan nasi, so bila pak aji dah nak balik kelam kabut le memasak. teringat resepi roti goreng eila. kebetulan ada plak roti prancis 2 batang....apa lagi....cuma kalau eila punye siap ada sayur dan ayam, akak punye cuma ada telur dan ikan bilis. dah tak sempat nak cairkan ayam...itulah hasilnya....senang je buatnye tak sampai 15 minit....cuba la...
roti ikut suka nak banyak mana dan potong2
1 biji bawang merah mayang
2 biji bawang putih ketuk dan cincang
sedikit ikan bilis untuk perasa
cili ikut suka nak pedas letak banyak
telur pun ikut suka nak sedap letak banyak.
pecahkan telur dan campur sekali garam dan sedikit gula. pukul dengan garfu.
tumis bawang putih, merah, cili, ikan bilis hingga naik bau. masukan roti, kacau sebati dlm kuali selepas tu masukan telur dan kacau hingga masak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
related post
loading..
Labels
- AYAM (3)
- BENGKEL (2)
- daging (4)
- gulai (1)
- ikan (5)
- info (1)
- JAMU MATA (1)
- kambing (1)
- KEK (2)
- KELAS (47)
- kelas masakan (3)
- kuih-muih (2)
- kursus coklat (2)
- lauk baryani (1)
- LAUK HARIAN (12)
- makanan laut (2)
- mee (3)
- minum petang (3)
- nasi (6)
- nasi ayam segera (1)
- nasi lemak (1)
- pelbagai (2)
- pengumuman (3)
- petua nyaie (6)
- RESEPI (2)
- roti (1)
- sambal (2)
- sarapan (1)
- sate (1)
- telur (1)
- udang (1)