Showing posts with label Raya 2012. Show all posts
Showing posts with label Raya 2012. Show all posts

09 September, 2012

Beraya Sampai Lebam

Terima kasih semua yang sudi menjemput rombongan kami semalam. Terima kasih juga pada semua yang joint convoi raya semalam. You all memang gila.... Gila-Gila Remaja ~~~

Start beraya pukul 8.30 pagi di rumah Shuaidah. Jamuan nasi lemak, seperti biasa setiap tahun pagi-pagi buta datang umah orang bersarapan pagi. Itulah kita, kannnnnnnnnnnnnn....

Pukul 10.00 pagi dah bergerak ke rumah saya pulak. Wah korang kalau singgah rumah kakak yang ni memang lama kannnnn...... Kalau boleh nak tidur baring. Next year akan di arrange rumah yang satu ni kita pergi last skali. So, u all tido sini jer, i lagi suka. Jamuan..... haaaa tergezut korang ada Tutty Frutty. Hehehe, terima kasih kerana menjamu selera apa adanya.... ngeeee~~~~~

11.30 gerak ke rumah Aishah di Damai Jaya. Jamuan Soto nasi impit & mee, rojak petis dan ice jelly. Hahahaha, Aisyah siap-siap kena marah dengan mak dia sebab dia suruh mak dia masak simple2, bukannya apa kita ada banyak rumah lagi. tapi.... mak dia kata "Kau gila ke Aisyah, orang datang rumah beraya tak makan apa-apa!!!!" kehkehkehkeh..... tapi... mak Aisyah memang terror masak, kitorang nak vote mak dia kalau masuk Master Chef.

Pukul 12.30 kitorang gerak ke rumah satu lagi di Damai Jaya. Mula-mula Zamri ni nak cancel rumah dia sebab mak dia ada tugasan haritu. Tapi, biasalahkan....kitorang ni degil nak beraya jugak. Minum air kosong pun takpa. lastly, Zamri kata boleh datang rumah dia selepas di pujuk dengan manjanya...hikhikhik... dan... ada makan lagi you. Jamuan sama dengan rumah Aishah, Soto nasi impit & mee, rojak petis cuma takda ice jelly, yang ada feveret I okayyy.... Kopi-O hot-hot, perghhhhh.... Lega rasanya tekak ni bila pekene kopi.

Pukul 2.00ptg kitorang gerak ke rumah seterusnya di Ulu Pulai, rumah Zarina yang actually rumah adiknya. tapi kami dah tiap-tiap tahun jumpa mereka, so dah kenal family mereka semua. Tahun ni Zarina tak buat open house kat rumah mereka di Lima Kedai, so kami semua dijemput ke Ulu Pulai. jauh jugaklah perjalanan bagi kami yang first time pergi ni. Gila besar rumah dia. Jamuan laksa Johor, sate, wajik, kuih-muih. Kat rumah ni lama sikit sebab kami singgah solat Zohor skali.

Pukul 3.30 petang kami bergerak ke lokasi seterusnya di Kempas ke rumah Ismail. Lalu highway jer bayar tol RM2.30. Sampai rumah Ismail, rombongan dah jadi kecil, tapi tetap meriah. Kat sini masing-masing dah lepak sangat sampai ada yang dah baring-baring, mandi kan anak-anak. Jamuan nugget & hot dog sahaja, tapi alhamdulillah, kalau ada jamuan yang berat lagilah kami rasa berat hati sebab tak dapat makan, perut dah penuh. Sudi terima kami jer dah cukup, dapatlah berehat sebentar sebelum meneruskan rombongan yang seterusnya yang agak jauh sikit selepas ni.

Pukul 5.00 petang kami bergerak ke Pasir Gudang. Rumah pertama rumah Marizan, dia ex-mate kami. Dah berhenti tahun lepas tapi kami masih berkawan. Jamuan nasi pandan, ayam masak merah, ayam gulai dan rendang. Actually, malam tu rumah dia ada marhaban. Maknanya kami dah rasmikan dulu lah...

Kemudian, rumah seterusnya iaitu rumah terakhir dekat-dekat situ jer. keluar dari rumah Marizan jam 6.30 petang ke rumah Farra a.k.a A'ien, dia blogger jugak. U all boleh lah beraya ke blog dia kat sini. Agak lama jugak berborak sambil tengok Astro kat rumah Farra. Kitorang gerak balik kul 7.30 malam. 

Terima kasih semua......
  1. Cik Hasnah, Sheeqen & kembarnya
  2. Shuaidah, Zarina
  3. Wanie, Aidi
  4. Fidah, Asrul & Prince and Princessnya
  5. Alip, Ismail, Zamri
  6. Nizam
  7. Mieza, Wan dan Amoi tomei tomei tomei
  8. Lai, Ong dan Mervin
  9. Shareena, Safni, Farra, Aisyah
  10. Habibi dan keluarganya
  11. Shafiq
  12. Me & family
Total kereta kami berconvoi, 12 buah semuanya...... rumah last dah tinggal 6 kereta jer....

Jom layan gambar.


Di rumah Shuaidah, Taman Universiti


 *Tutty Tipurrtty *


Di rumah saya, Mutiara Rini


Di rumah Aisyah, Damai Jaya


Di rumah zamri, Damai Jaya


Di rumak adik Zarina, Ulu 


Bergambar beramai-ramai.. tapi dah kureng orang sebenarnya



Miss Safni with Wanie...


A'ein sedang melayan tetamu


Jom balik :)




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 August, 2012

Riang Raya Raya ke-2... Berkonvoi sampai pagi buta

Hehehehehe.... tajuk tak hengat, jangan gelak tau. Betul... tak bohong punya, kitorang raya sampai pukul 3 pagi masih kat rumah orang. Tulahhh, kalau dah ramai-ramai, keluarnyapun dah lewat, masing-masing terkeseng-keseng. Janji pukul 8 pagi nak gerak dari JB, last-last, kul sepPloOH gak gerak. PuiihhHHhhh!

Pukul 10 tue, 1 kereta, 1 MPV bergerak ke Melaka, trusssssssss ke Ayer Keroh rumah Mak Uteh (Kakak Ayah kami). Sampai-sampai jer masing-masing perut dah lapar. nasib baik mak uteh masak. Perghhhhhh...udang galah bersar tangan tuewwww....Tak sempat nak snap gambor, dah kena ngaP.

Sudah buat onar kat rumah Mak Uteh, kitorang bergerak pulak ke rumah anaknya (Fendy & Syidah), tak jauh sangatlah dari umah Mak Uteh.



Dari Melaka, kami turun tol Pagoh untuk ke Serom. Punyalah lama sangkut kat Tol pagoh, jem sampai 5km sebab banyak kereta. Pulak tue, lepas Tol Pagoh ada traffic light plak. 1 jam jugaklah kitorang sangkut kat situ. Sebelum sampai rumah Mak Long kat Serom, kami ambil Naufal & Naqeeb yang sedang beraya di Parit Tiram.

Sampai rumah mak Long, punyalah happening. Rumah lama & bersejarah. Kat rumah ni jugak Menteri Besar Johor, Ghani Osman pernah bermalam. Ada banyak artifak seni kat rumah ni, semuanya berusia ratusan tahun. Almaklumlah, rumah pusaka.

 
Mak Long sedang siapkan judah.. Mee bandung Muar

2 cermin besar tu hadiah dari Sultan Johor.


Selepas Maghrib, kami bergerak ke Rumah Atok Ndan, dekat jer dengan rumah Mak Long. Tapi.......... setiap kali gi rumah Atok Ndan kat Bakri, kami pasti akan sesat. Malam tue sampai kena nyonsong oleh anak Atok Ndan. GPS tak membantu langsung. Haaaa ni nak tulis kat sini agar tak sesat lagi lain kali. Dari Bandar Muar, menuju ke JPJ. Simpang 4 traffic light sebelum JPJ dan sebelumnya dahulu, belok ke kanan, Jalan Abdullah... haaa sampailah. banyak sangat simpang, akmi selalu confius. Dulu, siap masuk semua simpang, Simpang malaikat 44 jer yang kami tak masuk.   


Ni lah Atok Ndan. Masa mak kami kecik-kecik dulu, dialah yang bersama dengan mak susah dan senang. Sebab tue, tak kiralah sesat ke apa ker, kami tetap akan bawa mak jumpa Atok. Atok Ndan dah tak sihat sangat, seminggu 3 kali, Atok akan jalani Dialisis. tahun lepas kami datang, Atok baru balik Dialisis, so tak boleh bergerak, baring jer. Tapi kali ni Atok leh jalan sana-snini cuma tak berapa kuat sangat lah. 

Dari rumah Atok Ndan dah pukul 10 malam. Kami terus ke rumah Nenek Kodong. Haaaa jangan gelak tau. Nenek Kodong nilah yang jaga mak kami dari kecil, sekolahkan mak, bagi mak makan sedap-sedap, sedang dia tak tahu sebenarnya adik-beradik dia tinggal sebelah rumah jer. Nenek Kodong ni jugaklah yang banyak berjasa menjaga anak-anak dia sampai semuanya bergaji besar. Nenek Kodong nilah yang membantu cucu-cucu dia dengan bayaran yuran universiti, sedang dia tertangguh nak pergi Haji. Simpanan Haji dia selalu di laburkan untuk menyekolahkan cucu-cucu dia yang sekarang ni bergaji besar, belajar sampai luar negara. InsyaAllah, tahun ini, hasrat Nenek Kodong untuk menunaikan Haji bersama menantunya dan Mak Ayah saya tercapai. Semoga Allah s.w.t. memberikan kesihatan yang baik kepadanya.  



Alhamdulillah, kami dah tunaikan permintaan mak nak jumpa orang-orang yang bersamanya sebelum mak berangkat pergi ke Haji tahun ini, InsyaAllah. Sesat ke, gelap ker, malam buta ker, kami akan redah jua demi tidak mahu menghampakan mak. Mak cukup gembira dan tersenyum puas bila dapat berjumpa dengan mereka; Mak Long, Atok Ndan & Nenek Kodong, mereka adalah antara insan-insan mulia yang berada di barisan hadapan cinta hati mak.

Dari rumah Nenek Kodong dah pukul 12 tgh malam. Ingatkan mereka dah nak terus balik JB, sebab saya memang dah nak balik kampung en.Hubby di Senggarang Batu Pahat. Tapi.... mereka nak ikut jugak. Hehehehe... OK jer. Jom fiollow. Sampai rumah mertua saya dah pukul 1.30 pagi. Mak ayah berborak sampai pukul 3 pagi, syoK betul. Kesempatan tue, abang ipar saya tidur dan berehat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke JB. 2 jam jugak dari rumah mertua saya, okeylah bila dia dapat berehat. Adik yang sorang lagi tue tak boleh harap langsung, orang tidur, dia pown tidur, masuk kereta sambung lagi tidur. Nasib baik lah abang ipar saya tue mata kelawar...Miahahahaha 

Okeyyyy... sekian saja cerita konvoi raya saya yang tertunggak sekian lama. lagi 2 hari dah nak naik kojer...kemalasan melanda pulak.

Sambung lagi N3 raya akan datang... weeeeeiiiiiiiieeeiieieieii...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 August, 2012

Salam Aidilfitri dari Senggarang, Batu Pahat

Assalammualaikum semua...

Hari ni saya nak memperkenalkan seluruh ahli keluarga belah en.hubby saya a.k.a Mertua saya. Semalam kami ada buat photo shoot di rumah kami di Senggarang, batu Pahat. Riuh rendah dibuatnya, masing-masing ada gaya tersendiri, bergurau senda gelak tawa memeriahkan suasana walaupun dah raya ke-4. 

Saya start beraya di rumah Mertua raya ke-3, balik dari meronda-ronda raya bersama keluarga saya. Sampai rumah mertua pun dah pukul 1.30 pagi. Mak & Ayah masing-masing berborak sampai ke pagi, pukul 3 pagi baru keluarga saya bergerak pulang ke Johor Bahru. Alhamdulillah, mereka selamat sampai pagi tu lebih kurang pukul 5 pagi. Mesti lepak giler, sebab kami beraya dari awal pagi, pukul 10 keluar rumah, terus ke Melaka, kemudian turun ke Muar & Batu Pahat.

So, inilah keluarga en.hubby saya.


Haaa... ni nak bagi tau, actually nak promote. Adik ipar saya belum kawin lagi. Kedudukan dia tue yang no.4 dari saya (dari kiri). Taktaulah dia nak cari calon macam mana, taktau dah jugak berapa calon kami dah kenalkan kat dia, semua cantik-cantik belaka. Cikgu sekolah, cikgu agama, jururawat, akauntan, usahawan, jelitawan, macam-macam ada, satupun tak sangkut. Bukan dia taknak kawin, tapi dia belum jumpa yang berkenan di hati. Dia nak yang......... tengok jer terus rasa sampai ke hati. ada ker macam tu skang? Good luck lah yea. Nama? Owhhhh, nama dia kena rahsiakan buat masa nie.

Hehehe... Selamat Hari raya semua dari kami sekeluarga.

p/s: Nak tengok jugak, pilihan hati dia tue macam mana. Tak sabar rasanya, kitorang nak sponsor live band  & cameraman, bila dia kawin nanti.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 August, 2012

Bila sudah lama tak bertemu... Cousin Bravo

Selepas ke pusara kanda, kami bertandang ke rumah Aunty Midah yang terletak di Kampung Melayu. Rumah ni adalah antara rumah wajib yang mesti dikunjungi di pagi raya. Ini adalah rumah agam Baktok Kami yang di jaga oleh Aunty Midah sekeluarga. Bila kami dapat berkumpul beramai-ramai di sini, suasana happening akan memeriahkan lagi suasana. Semua memang sangat meriah, walaupun berkasar bahasa, tapi kami tetap kami, mengutuk mengata tanpa simpan dalam hati. Kemudian ketawa berdekah-dekah, mengilai terbahak-bahak, sangattttttt best...

tapi tahun ni kureng sikit sebab Pak Tam and family, Ucu and Family, Kak Noi, Nani tak ada bersama kami... Tapi takpa, pagi tue ada hidangan laksa Johor, pastu mereka jelesssssss giler tengok kami menghirup kuah laksa yang sangat mebelessssSSSSS...






Malam tu kanak-kanak bermain bunga api. Seronok sangat....

Bila bunga api dah habis di bakar... hurmmm apa lagi, mengadap komputer pula. Budak-budak sekarang ni memang tak boleh lari dari komputer dan internet. tak macam zaman kanak-kanak kita dulu kannn.....

Mai lah tengok N3 yang lain.... raya 2012 ku ada gambar-gambar yang happening...



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Bermaaf-maafan di Pagi Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Seperti tahun-tahun sebelumnya, seperti yang dilakukan kebiasaanya oleh seluruh umat Islam seluruh dunia, seperti itu juga kami lakukannya di pagi raya. Setelah usai Solat Sunat Aidilfitri, sebelum kami kepusara kanda, sebelum kami meneruskan langkah beraya kemana-mana, kami sekeluarga akan berkumpul memohon keampunan di atas setiap kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tahun.

suasana pilu menyelubungi, kerana masing-masing ada rahsia dosa sesama sendiri. Ada yang baru dibongkarkan agar tiada nanah di dalam hati, dikala itulah kami menitikkan airmata menyedari kesilapan diri. Alhamdulillah, semuanya dimaafkan, buang yang keruh, ambil yang jernih...

Buat Mak & Ayah, ikhlas dari hati. Tak pernah sedikit pun terlintas di hati untuk melakukan dosa keji menderhakai kalian berdua yang sangat dicintai. Kadangkala terkasar bahasa, terihhh, teruhhhh, terahhhh, terherdik, termuncung, tdan segala ter yang tidak disengajakan. Harap di hari yang mulia ini, segala doasa dapat dihapuskan.


















Apa pun yang terjadi antara kami.... air di cincang tak mungkin akan putus. Darah yang mengalir dalam badan kami adalah dari satu sumber yang sama. Takkan ada yang dapat memisahkan kami adik-beradik.



Mai lah tengok N3 yang lain.... raya 2012 ku ada gambar-gambar yang happening...



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Bertemu Saudara-Mara di Rumah Nenda

Sudah lama tidak bertemu Nenda (Nenek & Atok) kami. Walaupun jauh rumah atok dengan rumah agam kami taklah jauh, tapi.....kerana kekangan masa menyebabkan kami jarang melawat 2 orang warga emas ini. Tetapi, menjadi dosa besar jika tidak menjenguk mereka di pagi raya.

Alhamdulillah, kami sampai pada masa yang sesuai di mana waktu itu seluruh sanak saudara jauh dan dekat sedang berkumpul. Waktu inilah kami berbual mesra kerana sudah lama tak jumpa. Mak Lang sekeluarga dari Klang, Pak Tam sekeluarga dari Nusajaya, Mak Yah sekeluarga dari Tiram,  Kak Tulin sekeluarga, Masyitah sekeluarga, Mak Njang sekeluarga, Mak Nong sekeluarga, semua berada di sana.







Hahahaha......sempat lagi berposing di luar rumah Nenda yang actually rumah jiran sebelah. kalau nak tau, rumah papan warna merah tu adalah rumah Felda yang asal sekali. Ni lah satu-satunya rumah yang masih kekal berbentuk asal berpuluh tahun dulu sejak tanah Felda mula dibuka. Rumah-rumah yang lain dah siap renovate dan ada yang dah bertukar menjadi banglo. Felda semakin maju.....


Mai lah tengok N3 yang lain.... raya 2012 ku ada gambar-gambar yang happening...



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Beraya di Pusara Kanda

Assalammualaikum abang....

Itulah yang kami ungkapkan tika kami berkunjung di pusara Abang, Almahrum Hj. Muhamad Nazri b. Ismail. walaupun kanda dah pergi meninggalkan kami, tapi kanda tetap di hati kami. Setiapa apa kegiatan kami, pasti akan kaitkan kanda, dan semestinya kami sentiasa merasa kanda bersama kami di setiap aktiviti yang kami lakukan bersama tika ini.

Pemergian kanda selama 8 tahun telah merubah kehidupan kami. Walaupun kanda tidak bersama kami, tapi kanda tetap support kami sekeluarga. Terima kasih kanda....

Di pagi raya, pastinya kami akan ke pusara Kanda. Satu-satunya tenpat yang wajib dikunjungi...









Al-Fatehah......................


Mai lah tengok N3 yang lain.... raya 2012 ku ada gambar-gambar yang happening...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...