Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

03 June, 2013

Bercuti di Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi

Cuti sekolah ni banyak sangat aktiviti, tapi walau macam manapun kena juga spend time untuk anak-anak pergi bercuti. Kali ni bawa atok dan neneknya sekali.

Hari Sabtu yang lepas kami ke Bukit Jalil memberi sokongan kepada pasukan bola sepak JDT. Alhamdulillah, kepulangan kami ke Johor selamat. Keluar dari stadium lebih kurang pukul 12 malam dan menaiki bas yang setia menunggu kami di gate belakang stadium. Berjalan kaki lebih kurang 20 minit untuk ke tempat bas, melalui jalan yang gelap dan de kiri kanan hutan. Tapi, dengan adanya penyokong JDT yang selamai 70 buah bas membuatkan kami tak gentar.

Sampai Johor Bahru lebih kurang pukul 5.30 pagi dan kami pergi makan dinner + supper + breakfast dulu di Restoran Osman, Larkin Perdana. Sampai rumah dah masuk subuh, solat dulu dan terus bantai tidur sampai pukul 1.00 petang. Bangun tidur pergi kenduri kahwin dulu rumah mak sedara. Isi perut dulu sebab petang tu dah nak ke Desaru, Kota Tinggi.

Semalam dari Johor Bahru lebih kurang pukul 4.00 petang terus ke Lotus Desaru Beach Resort. Hari ni hari ke dua. Jom layan gambar....


Berendam dan urut badan.



Haduiii....taktaulah nak naik pukul berapa ni.


Nenek duduk bersantai bawah gazebo tengok gelagat kanak-kanak.
 

Atok plak duduk bawah pokok, redup...berangin...
 





Apa yang diorang duk tunggu ramai-ramai ni? Meh tengok skit...
 


Coconut falling....hihihi....best, semua orang tunggu bende alah ni.
 




Ni ruang tamu bilik kami. Bilik 2 tingkat, katil di sebelah atas, so ambil gambar dari atas
 


Harga bilik untuk cuti sekolah RM338, rate cuti sekolah memang mahal sikit...walaupun weekday macam kami yang ambil bukan Sabtu &Ahad. Weekend lagi mahal. Huhuhu....
.


Pemandangan teampark dari bilik. Malam tadi tembak bulan serta ombak dan pagi tadi pun ke pantai lagi main tanam-tanam. Gambar snap dari DSLR, tak bawa ubat. Tunggu next entry untuk gambar-gambar di pantai.

♥♡ Happy Monday ♡♥


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 May, 2013

Masjid Abu Bakar

Masih seperti dahulu, putih, bersih, indah, suci, murni, sejuk mata memandang. Masjid Abu Bakar yang terlatak berhadapan dengan Selat Tebrau. Tersergam megah menjadi kemegahan warga Johor Darul Tazim.

Minggu lalu saya bersolat lagi di Masjid ini, membawa ayahnda dan bonda serta 2 putera. Singgah sebentar sahaja untuk Zohor sebelum bersiar-siar lagi selepas itu. Sebenarnya kami hanya jalan-jalan tanpa arah tuju kerana membawa ayahnda saya yang sedang dalam kebosanan semenjak terlantar sakit di rumah. Dengan keadaan kakinya yang bengkak, tangannya yang patah belum pulih sepenuhnya dan perutnya yang baru sahaja 2 minggu menjalani pembedahan hernier repair  memendekkan langkahnya kerana masih belum boleh memandu kereta sendiri. Nampaklah senyum segar diwajah ayah bila saya memperlawanya bersolat Zohor di Masjid Abu Bakar. Sementara menunggu saya dan bonda siap bersolat (almaklumlah, wanita memang lama bila di masjid), ayahnda sempat bertinggung di beranda masjid mengambil angin. Walaupun cuaca sangat panas pada hari tersebut, tapi kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami teringin sahaja duduk lama di beranda masjid itu.

Bila saya postkan gambar-gambar masjid indah ini di laman-laman sosial saya, ramai yang komen antaranya;
  1. Ada yang mengimbau kembali saat mereka diijabkabulka
  2. Ada yang tiba-tiba nak bersembahyang Jumaat di situ pada Jumaat yang akan datang
  3. Ada yang teringat zaman kecil bila berkhatam Quran di masjid ini
  4. Ada yang teringatkan majlis Maulidulrasul dan nasi beriyani dalam dulang
  5. Ada juga yang teringat ice cream percuma sewaktu majlis Maulidulrasul di situ
  6. Ada yang terasa-rasa kedinginan air kolah masjid ini yang sejuk sekali. Tapi rasanya dah tak ada kolah dah
 Hurmmm...apa kenangan anda di Masjid Abu Bakar ini?

Apa kata Chic Na, Mama Arina, Daddy Ziyad, Kak Zakie, Nea Lopah, A'ien, Lelamaisara, Masya atau saja rakan-rakan blogger yang lain yang luar dari Johor Darul Tazim.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 May, 2013

Kami Sayang Nenek

Saya baru sahaja balik dari Hospital Sultan Ismail, Pandan, Johor. Pergi melawat nenek yang sedang tidak sihat dan ditahan di hospital sejak hari Rabu yang lalu. Teruk kan saya, baru hari ini dapat melawat nenek.

Alhamdulillah, nenek dah beransur sihat sebab jika dengar berita sejak awal nenek dimasukkan ke hospital, sangat-sangat sedih. Kalau tak salah....nenek dah berumur lebih kurang 83 tahun, plasplas laaaa sebab orang dulu-dulukan buat kad pengenalan lewat dari tarikh dilahirkan. Kalau tak ada apa-apa masalah, nenek akan keluar ward hari ini. Walaupun menjalani rawatan di hospital beberapa hari ni, nenek tetap juga kena mendapatkan rawatan dialisis di Bangunan Abu Kasim, Tampoi, berulang alik 3 hari seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

Mohon nenek cepat sihat semula sebab tak sanggup tengok tubuh nenek kena cucuk-cucuk jarum. Alhamdulillah juga, sebab nenek masih ada ramai cucu yang prihatin, terutama sekali Epy. Handsome tau sepupu saya sorang ni, hatinya sehandsome wajahnya. Tapi, sudah berpunya dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 30 May ini. Mudah-mudahan Epy dikurniakan isteri yang baik dan sayangkan Epy sehingga akhir hayatnya. Epy ni memanglah tersangat baik, hormat orang tua, bercakap pun sopan tutur kata. Serious....tak tipu. Kalau tak silap, dah banyak kali nenek atau atok kami masuk hospital, dan banyak kali juga tengok Epy salah sorang yang selalu menyebok-nyebokkan dirinya di hospital ni. Harap-harap selepas kahwin nanti, Epy tetap kekal begitu walaupun tak boleh seperti sekarang, tapi tetap mengambil berat terutama hal-hal yang melibatkan atok dan nenek.

Sepanjang saya kenal Epy ni, tak pernah pula saya tengok dia ni biadab. Kalau tengok Epy dengan ibunya...wahhhh memang manja dan sweet sangat nak-nak bila diorang ni main peluk-peluk. Epy, kakak doakan Epy bahagia dengan pasangan Epy nanti.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 May, 2013

Hari Ini Hari Guru

Selaamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia.

Semalam Adam Danish & Aqil Hail tiada kelas tuisyen dan mengaji, jadi mereka mengajak untuk ke Angsana nak beli hadiah untuk cikgu katanya. Disebabkan tiada hal alam semalam, jadi kami hubby & wifey pun bersetujulah, sambil sekali keluar untuk makn malam.
Aqil nak belikan cikgu dia brooch macam yang mama pakai selalu. Danish oula nak belikan cikgunya buku. Layankan ajer laaaa......

Mesti cikgu-cikgi harini dapat banyak hadiah.

**Type n3 sambil dengar Johan, Hanif & Ray di ERA. Lawak mereka bertiga ni, hilang ngantuk pagi-pagi. Sekarang diorang sedang baca sajak ntah apa apa ntah....p0y0!


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 May, 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

Alhamdulillah....... Hari ini telah hampir berakhir dengan aman dan tenteram. Tarikh ini mengingatkan saya pada satu cerita silam, walaupun tidak pernah mengalaminya, tapi dirasai oleh Ayahnda dan Bonda, cerita yang diceritakan berulang-ulang kali tanpa jemu untuk mengingatkan anak-anaknya agar tidak lupa.

Melayu mudah lupa.....

Ungkapan itu disebut lagi akhir-akhir ini. Kalau dulu selalu didengari dari mulut arwah baktok dan arwah maktok, kalau dulu selalu didengari dari mulut atuk dan nenek, tapi kini diungkapkan oleh Ayahnda dan Bonda saya, acapkali tak pernah jemu untuk mengingatkan agar tidak lupa.

Melayu mudah lupa.....

Kerana 5 May 2013 itu, ungkapan ini juga disebut-sebut berulang kali tidak pernah jemu. Semua melayu mengungkapkannya, hanya segelintir sahaja yang buat-buat lupa sebab melayu mudah lupa.

Melayu mudah lupa.....

Bukan bias ataupun rasis, tapi sekadar mengingatkan agar tidak berulang lagi, kejadian lampau yang mengguris hati, tak siapa berani ungkapkannya lagi, tarikh keramat tersemat bersemadi, bila melayu bersatu hati, sesuatu yang hebat pasti terjadi.

Melayu mudah lupa.....

Kerana ungkapan itulah saya berjaga-jaga, agar tidak alpa dan terus terlupa, menyemak sejarah mengkaji kebenarannya, disebalik nista yang dipropaganda, agar  tidak terlalu mengikut peredaran semasa, kerana saya tak mahu cepat terlupa, dengan ingtan-ingatan yang diberi sejak zaman nenek moyang lagi, yang sudah bertungkus lumus mempertahankan pertiwi, memanjatkan doa agar tidak dijajah lagi.

Melayu mudah lupa.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 March, 2013

Harith Iskander Memang Lawak Der



Soalannya... Lawak Ke Der??
Jawapannya... Lawak Ke Der 2 memang lawak gila, ketawa sampai keluar air mata, the best of Lawak Ke Der sebab ada Harith Iskander laaa brader....

Lawak Harith Iskander memang high class!!!

Siapa penah tengok lawak Harith Iskander dalam Lawak Ke Der 1? Hahaha, di Istana Budaya? di Astro atau di You Tube? Yang belum tengok tue, meh tengok sini Lawak Harith Iskander tahun lepas. Sory nak tengok yang baru kena pergi panggung. Hehehehehe...




Tapi dalam Lawak Ke Der 2...... lawak Harith Iskander semakin lawak sampai boleh buat ketawa terbahak-bahak berjurai air mata. Yeaaaa.... saya dah menonton Lawak Ke Der 2, filem lawak yang diklasifikasikan sebagai '18 FOR ADULT ONLY' tue... ni baru balik dan masih terngiang-ngiang lawak-lawak mereka especially Harith Iskander yang lawak gila tue.

1jam 45 minit, gelak tanpa henti sampai penjaga panggung pown lupa bukakan pintu untuk kami sebab mereka pown menonton dan gelak-gelak sekali. Dalam perjalanan keluar dari lorong-lorong belakang panggung, terfikir di benak, dimanakah mereka mengklasifikasikan Lawak Ke Der sebagai tontonan 18 tahun ke atas sahaja? Kalau nak kata ada perkataan-perkataan yang mengguris perasaan, rasanya ada beberapa part yang telah di tooooottttttt kan. So, apa masalahnya? Then kami perasan, ada part-part aksi yang memberahikan, pandangan kamera akan dialihkan ke arah penonton di Istana Budaya. So, apa masalahnya?

Kecewa bila ia diklasifikasikan sehingga begitu straight sekali. Dan malam tadi saya hanya pergi berdua sahaja dengan hubby. Dan sewaktu membeli tiket, ada juga yang membawa anak sekitar umur 8-10 tahun, masih tidak dibenarkan masuk dan terpaksalah mereka menonton movie lain. Masih tak faham...apa masalahnya.

Arghhh...masih tak faham kenapa diklasifikasikan sebagai 18 FOR ADULT ONLY.

Malas nak fikir....

Haaaa, nak promote ni, mesti tonton Lawak Ke Der 2 sebab memang lawak habis. Saya nak bagi 5 bintang penuh sebab Harith Iskander master mind dalam the whole movie. Dan saya perasan Lawak Ke Der tetap menerapkan lawak sindiran. Dan saya boleh terima kerana ianya benar dan perlu diberi kesedaran pada yang tak sedar, lawak mereka bukan sekadar lawak kerana lawak mereka mendidik dan ada mesej yang disampaikan.

Ni saya nak bagi pencerahan pada lawak-lawak mereka, pada pengamatan saya.

>> Avoid to eat mekdi...tak pasal-pasal plak NBK dalam Tanah Kubur jadi bahan. 
>> Jangan percaya tambang murah syarikat penerbangan...itu semua pembohong.
>> Artis-artis tak payah propa sangat, konon tak suka seksi bagai, walhal......
>> Erti persahabatan dan jangan betray sahabat anda
>> Wanita sangat cerdik, itu saya setuju apa yang Harith Iskander kata (must watch kalau nak tahu)

Okeyyy....kena tonton kalau nak tahu kenapa saya kata Harith Iskander mastermind dalam Lawak Ke Der 2. Tak dapat bayangkan kalau Harith Iskander tak ada, mesti saya akan kata.......boring.... macam tengok Maharajalawak kat Astro. Tapi kan....saya rasa lawak JoZan ada lack laaaa, bagi yang dah tengok tue, apakah pendapat korang sama dengan pendapat saya? Kannnn harta diorang sumer dah bagi kat minah penipu tue, then patutnya ending kan laaa cerita diorang dengan lawak papa kedana ker, selai sepinggang ker, Nabil interprem nak ambil semua harta ker.....toinkkktoinkkk....

Okeyyy...lah....kesimpulannya;

Nabil... lawak
BoBoi... lawak lah jugak, daripada takde
JoZan... lawak laaaa, tak gelak kang orang kata giler
Harith... lawak dan sangat lawak... yang ni lawak giler



Note: Gelak...gelak jugakkkk....lawak...lawak jugak... ketawa dan berfikir...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 March, 2013

Kisah Semalam



Semalam perasan tak saya upload 3 entry Rabu kurang kata-kata. Semuanya ada kisah disebaik gambar-gambar tersebut. Nak dengar cerita tak? 

Owhhh yaaa, terlebih dahulu nak minta maaf sangat-sangat kat Cik Rose sebab terskip nama dia dalam Doa Saya Buat Mereka. Semalam hari ulang tahun Cik Rose. Maaf tau memang tak sengaja... sebab rasanya Cik Rose tak update birthday di FB GSFian. Sory yeaaaaa..... Sory sangat-sangat. Saya dah update N3 Doa Saya Buat Mereka, saya doakan  Cik Rose berbahagia selalu dan sentiasa berada di bawah lindungan Nya.

Okeyyy...sambung kisah semalam saya.

Pagi seawal pukul 3 saya dah terjaga, sebab dengar ada orang nangis teresak-esak kat rumah sebelah. Nak pergi tanya serba salah takut kena chop kepoh. Tapi, nak jengah jugak kalau-kalau keadaan macam tak terkawal, tap...saya tak percaya mereka ada masalah rumah tangga. Sangkaan saya, mungkin ada tragedi dalam keluarga mereka. Dan sangkaan saya tepat sebab pagi lagi en.hubby dah call suami jiran sebelah ni, rupanya bapa kepada Kak Azizah (jiran saya) meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirajiun...

Bila dah bangun pagi tue, terus tak bleh tidur sebab teringat baju KRS Danish, batchnya belum dijahit lagi. Huhuuhuu...apa punya mama laaaa. Nasib baik terjaga, kalau tak mesti kelam kabut. Maka menjahitlah saya pagi-pagi buta tue Uniform Kadet Remaja Sekolah untuk Hari Ko-Ko.

Al-kisahnya semalam....

Beberapa purnama dulu (dululah sangatkannnn), saya ada apply cuti pada 13.3.13, cuti tanpa sebab, sebabnya cuti banyak lagi, sebabnya cuti banyak lagi, sebab susah dapat cuti, sebabnya, boss saya kedekut nak bagi saya cuti. Entahlaaaa, agaknya kalau saya cuti, collapse makmal tu kotttt.... Tapiiiiii......saya boleh pulak terlupa yang saya cuti semalam. Hahaha, lawak tak? Dengan selamba datang kerja, buat kerja macam biasa, tiba-tiba clerk kat main office call..

"Kak!! Ada emergency case ker? Ada apa datang hari ni? Bukan akak cuti ke?"

Toinktoinktoinkkkkk.....apa lagi, confirm lepas check application list memang saya ada cuti. Hah! apa lagi, prepare untuk chow laaaaa pukul 12 tengahari. Call hubby tanya dia free tak? Huh, saya ni kalau takde geng memang alamatnya balik rumah tido laaaaa. Syoknya bila hubby kata dia free, boleh entertain isteri kesayangan dia yang sorang ni. Uhukuuhuk.....rasa macam dalam Syurga.

Kitorang pergi makan kat Jusco Bukit Indah. haaaaa, mesti dah tau kan saya makan apa semalam sebab saya ada up N3 WW kedua Iklan vs Actual. Dah tengok ke gambar dalam N3 tue? Punya lah hangennnn... Actually lama dah saya tak duduk makan kat Pizza Hut ni, sebab biasanya panggil PHD jer. Dan semestinya menu PHD memang ada sedikit berbeza dengan outlet. See.....iklan dia punya lah mengiurkan, ayam memang nampak 1/4 laaaa ala-ala ayam Pakcik Kenny R. Tapi...bila sampai, oooOmanggAiii...dah rupa ayam potong 12. Ayam Penyek sepinggan 7 rengget pown besar beb. Tu sayor brongkoli sangatlaaa kecik sebesar guli jerrr kak non. Memang sangat-sangat keciwa laaaa...kannn...kannn...annnn... Dah laaa sebelum tu pi tengok list citer wayang kat TGV, filem ntah apa-apa. Sebab nak tengok Rock oO!, lepas lunch yang macam og diet tue, kitorang...opssssss...kita berdua terus ke City Square, menonton Rock oO! kat Cathay. Okey laaa, saya nak bagi 4 bintang untuk Rock oO!.

Kisah berikutnyaaaaa....

Ingatkan lepas tonton Rock oO! nak maraton Lawak Ke Der 2. Tapi disebabkan haritu Danish ada cakap nak tengok Lawak Ke Der, so kami balik dulu dan ambil kids. Lepas Maghrib, kami ke Jusco Tebrau pulak ada TGV jugak. Sebab sebelum pergi dah check dulu, tanyangan pukul 8.30. Tapi.....sangat-sangat menghampakan setibanya di kaunter tiket.

"Owhhh Dear, sorry, For Adult Only 18 & Above"sambil tangan minah tu tunjuk kan papan layar.

Apekerrrr????? Even with parent guide? Hadoiyaiiiii....apa ni? Selepas kami, ada couple tu bawa baby dalam lingkungan setahun, pownnn tak boleh beli tiket jugak. Dan....ada sekumpulan budak 4 orang, minah kat counter tu siap mintak IC. Apakah sebenarnya????? 

So, sory laaa abang Afdlin, saya terpaksa beli CD cetak rompak. Tak pown...tunggulah Astro First tayang nanti. Hangennn jer, lawak jer pownnn, apa nak kena tapis-tapis, kalau ada yang censored tu potong ajelah, ni bukannya tayangan kat Istana Budaya, no kids. Huh!!! Yang geram tu, cerita omputeh yang ada kiss-kiss tue, pelok-pelok, dedah-dedah, tersembul sana sini tue, ok jerrrr budak-budak boleh masuk.

Hurrrmmmm...takpa lah. Jom laaa kita pergi shopping. And u know what...? Saya terbeli handbag pulak semalam. Ouwchhhh...bujang saya yang 3 orang tu lah yang pilih. Kaler hijau lagi...huhuhu...brand rahsia, tapi kalau pakai pown, memang brandnya takkan nampak, tag sebelah dalam jer. Saya ni jarang beli beg, kalau ada 1 bag, akan pakai sampai rosak. Actually beg yang saya pakai gi kerja ni dah 2 tahun masih okey. Bukannya takda beg lain, tapi beg-beg saya ada klasifikasi. Untuk pergi class lain, untuk berjimba-jimba dengan geng GBS lain, untuk gi office lain. So, bila ada beg baru ni maybe salah satu beg yang ada akan ikut saya pergi kerja. Beg yang baru ni haruslaaa sesuai untuk gi jalan-jalan jer. kannn..kannn..annnn....

Haaaaaa...terlebih sudaaaa N3 malam ni. Dah nak masuk 15 haribulan pown. Okeylah, hope you enjoy your day today and yesterday. Sory kalau N3 ni panjang berjela, buatkan semua mual nak baca. Takpa kalau taknak baca, saya tulis untuk orang yang sudi baca.

Okey, selamat malam. Saya belum nak tidur lagi, kena iron baju dulu, check buku budak 2 orang ni, mesin basuh dah pown berhenti tu so kena sidai kain, kemas-kemas dapur skit takut kang ada yang datang supper tengah malam buta nyongket periuk.

Sayang semua....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 March, 2013

Misi Merentasi Selat Tebrau

Pagi yang ceria.

Yukkk SWIM FOR FUN

Danish baru sahaja melebarkan kepaknya di dalam air Stulang. Tak jauh sangat laaaa (tipu), adalah 20 kali kolam renang antarabangsa...huhuhu.....

Tak tau laaa Danish boleh bertahan ke tak? Kalau saya memang takkkklaaaaa... tapi sangat kagum dengan anak-anak kecil yang berusia paling muda, 6 tahun. Mading-masing bersemangat dengan laut.




 

opppssss.....susunan gambar mcm tebalik....huhuhu.... layan jer.

Terima kasih pada Cikgu Azreen kerana memberi peluang pada anak saya untuk merasai pengalaman ini...


updated 13.3.13
Saya dah update susunan gambar. Saya pown dah cover-cover gambar-gambar seksi yang terupload pada hari kejadian. Maaf yeaaaaaaa pada yang dah tertengok tue.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

06 March, 2013

Pemenang Untuk Teka Saya Di Mana?




Haritu saya jalan-jalan membeli belah di sebuah shopping kompleks. Actually dah lama tak ke situ sebab almaklumlah kannn....kat JB ni memang banyak shoping kompleks. Jadi tumpuan tu taklah tertumpu pada satu shopping kompleks jer.

Disebabkan saya mendapat cabutan bertuah voucher RM300 pada Malam Dinner CNY syarikat baru-baru nie, jadi...saya memutuskanlah untuk ke Jusco Bukit Indah, Johor Bahru.

Nak share sikit gambo masa Malam Dinner CNY tue...

 

Masa ni lah saya dapat voucher RM300 tue. Yang tengah tu kenal tak? Minah tue dapat I-pad mini tau pada malam tue. Giler bertuah lah kannnnn.....



Dengan office-mate, semua ni budak-bidak lab. ada sesiapa yang kenal sesiapa disitu??



Ihiksss...sambung semula cerita ke Jusco Bukit Indah, Johor Bahru. Waktu tu dah pukul 8.00 malam, tak ramai pula yang membeli belah pada malam tue, jadi kami dapatlah tempat parkir berbunbung yang ala-ala hutan huja  tropika ni. Nampak cantik pula, tu yang ngengada buat N3 tegezut. Tapi ada jugak yang teka betul tue walaupun tak tepat, haaaa ni nak bagi hadiah lah yea.

Tahniah pada :-

1. Cik Nur (GSFian)

     



2. auRoRa^boRealis (ihiksss...dia ni satu office saya)

                               
3. Farah Zamri (Ni kena bagi alamat)

Nanti saya pos hadiah yang tak seberapa tue sebagai kenangan.


Yang lain-lain tue...terima kasih kerana mencuba. Ni lelamaisara  kata nak datang tolong kemas rumah. So, bila tue yeaaaa....?






:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 February, 2013

Layan Akustik Lagi..



Semalam saya melayan acoustic live performance dengan kawan-kawan di Gangnam Bunga Tanjung Cafe, Hotel Garden, Batu Pahat. Biasanya saya dengan en.hubby jer layan Gfadz, tapi semalam dengan beberapa orang kawan saya, kami dari Johor Bahru petang tu dan malam tu jugak drive balik Johor Bahru. Pukul 1.30 pagi dari BP terus shoot ke JB sampai rumah  lebih kurang pukul 2.45. Laju tak lah sangat setakat 140-150 kilo jer.

Sebenarnya, diorang ni yang nak sangat tengok Gafdz perform acoustic live sebab selalu tengok saya upload youtube jer. Tapi selepas pakat-pakat, maka terjadilah pertemuan malam tu. Ni tak cukup corum sebenarnya sebab ada beberapa orang cancel last minute. Pada mulanya Gfadz tak dapat datang malam tue sebab dia ada live show tempat lain, tapi disebabkan kami beriya-iya nak datang dan saya mohon agar Gfadz re-schedule semula, akhirnya Gfadz bersetuju untuk live 45 minit dari 8-8.45 malam. OK lah,daripada tak ada kannnn....

Photo: Layan live band...

Hahahaha.... giler banyaknya gelas minuman. Ni kalau tak silap baru pukul 9.30 kottt. Masa ni Gfadz dah pergi show lain, tapi disebabkan adore sangat dengan kehebatan Gfadz bermain gitar akustic ditambah lagi dengan kelunakan suaranya yang boleh mencairkan siapa yang mendengar, kami tunggu jugak Gfadz kembali semula di Gangnam Bunga Tanjung cafe pada pukul 12 tengah malam. 


Kawan saya Lis sempat lagi duet dengan Ziyad malam tue. Haaaa teka mereka nyanyi lagu apa. OPERA HIDUP okeyyyyy....! Rock tuew, jangan main-maian yeppp... Suara Ziyad ni boleh tahan jugak. Dah beberapa kali saya dan en.hubby tengok dia menemani Gfadz secara live, dan kami nampaklah perubahan yang semakin baik pada suara Ziyad ni. Suara dia mulanya kami chop sebagai suara Qasidah dan dangdut, tapi lama-kelamaan dapat rasakan kelunakannya juga.



Sebelum balik posing dengan mereka dari kiri yang duduk tue tak kenal, baru first time jumpa. Kemudian sebelah tue Napie, Gfadz dan Ziyad. Yang belakang tue kawan-kawan saya, Mazura, Nida, Lis, Zeira, its me & en.hubby.



Sebelum balik, pleasing gediks sikit dengan Hotel Garden. 


Okey....meh layan satu video yang dah siap upload semalam. Live dari Gfadz, KU INGIN KAMU





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 February, 2013

Majlis Menyambut Menantu Paling Happening Abad Ini



Haaa...betul tak tipu. Memang majlis menyambut menantu kami paling happening dan sempoi tak pernah dibuat orang. Pernah tak u all pergi majlis kenduri kawin ada main games dah macam sukaneka. Tapi, ianya ada di majlis kami. Majlis di rumah kami sangat simple, tak ada sewaan pelamin, tak ada tempahan gubahan meja makan berdamai, tak ada sewa khemah mahal-mahal, hiasan bilik pengantin pun kami buat sendiri. Alhamdulillah, dengan majlis yang sangat budjet cost, kami dapat lakukan dengan sempurna.

Ucapan terima kasih untuk individu-individu yang membantu secara langsung atau secara tidak langsung sudah saya ekspresikan dalam N3 YANG INI. So, sekarang kita layan gambar saja yeaaaa....

Awal pagi, ni dalam pukul 10 kot, masih menghias. 
Sweet lika a candykan hiasan tirai belakang tue....its a wonderful idea from my luvly Sis

Saya dan kakak sedang bertungkus lumus menyiapkan meja makan berdamai. 

Sebelum itu, pada pukul 10.30 pagi kami ada menjemput Kumpulan Dibak (Bacaan Berzanji Arab dengan iringan muzik) dari Kampung Melayu.

Beberapa juadah yang kami sajikan untuk para tetamu yang hadir.


Pose sempoi dari pengantin. Takda malu-malu tunduk-tunduk dah pengantin berdua ni, tak macam kita dulu-dulu. Makan pun nampaknya memang tak tinggalkan baki untuk orang belakang. 
hurmmmmm......

Pulut kuning hasil tangan bonda, dibuat dengan iringan doa agar jodoh kalian berkekalan sehingga akhir hayat.


Kemudian.....balik sahaja rombongan pengantin perempuan yang lainnya....kami pun mulakan party!!!!! Bersukarialah semua yang tinggal dengan beberapa games yang dianjurkan oleh kami sambil dibantu oleh The Best Deejay In Town; En. Rashid




Game yang pertama:
TIUP BELON KANAK-KANAK SIAPA PALING BESAR

Penyertaan memang ramai, tiup belon lah katakan....


Game yang kedua:
BINA PERKATAAN

Game ni kena main dalam keluarga, kami berikan beberapa abjad dalam sekelping kertas dan mereka kena bina perkataan mengikut kamus dewan. Haaaa...bukan sikit tau, 40 perkataan tapi semua dapat lakukannya dengan cemerlang. Pemenang untuk game ni adalah keluarga besar atok saya. berbaloilah mereka menang sebab otak-otak mereka semua bergeliga. 


Game yang ketiga:
SIFIR TUJUH

Siapa yang tak hafal sifir 7 mesti terkandas awal....AuuuuwwwWWWW!!!! Game ni mudah saja, bermula dengan angka 1 hingga 6, bila sampai angka 7 dan gandaannya kena sebut AuuuuwwwWWWW!!!! Berikutnya 8 hingga 13, yang kena sebut 14 kena tukarkan dengan bunyi AuuuuwwwWWWW!!!! dan seterusnya AuuuuwwwWWWW!!!! untuk 21, 28, 32 dan seterusnya. Kalau siapa tersilap kenalah keluar baris. Akhirnya yang menjadi juara Siti Sifir 7 ialah kekanda saya....


Game yang keempat:
MENYONDONGKAN TIN MINUMAN

Game ni ditiru dari siri 60 saat. tapi kebanyakkan yang joint game ni tergamam sebab tak percaya mereka boleh condongkan tin minuman tersebut. tak pernah tengok 60 saat tu kotttt..... Game ni pengantin perempuan pun ikut serta okeyyyyy....!


Game yang kelima:
REBEN-REBEN CINTA

Game ni paling happening. Saya telah mengikat berpuluh reben bewarna biru di setiap pelusuk rumah agam kami sehari sebelum majlis. Setiap peserta perlu bergerak dalam sebuah keluarga, mengumpulkan sebanyak mana reben yang mereka temui. Kumpulan yang paling banyak mengumpulkan reben akan dikira menang. Dalam keadaan hujan dan licin, dengan kasut tinggi masing-masing, berkejaran kesana kemari, riuh rendah jadinya. Tengok tue, keluarga pengantin dapat nombor 2. Yeahhhh!!!


Game keenam:
TIUP BELON DEWASA, TIUP SAMPAI PECAH


Hahahaha...yang dah bangka-bangka pown nak tiup belon jugak... Haaa, tiup sampai pecah. Siapa dapat pecahkan belon paling awal dikira menang. Tengok...pengantin menang tempat pertama, belon dia pecah dulu, sebab.......DIA MAIN TIPU......hahahaha....kantoi!


Nasiblahhh hari dah makin petang, hujan pun tak berhenti turun, semua dah basah kuyup, walaupun....dalam gambar tak nampak hujan. Tapi memang waktu tu hujan. Kalau tak mesti lagi banyak game kami nak buat sebab hadiah masih ada lagi.

Hurmmm, tengoklah kakak-kakak pengantin dah terbongkang kepenatan, dengan tak tidor sejak semalam, belum jamah nasi lagi, kena dengki dengan adik-adik.Sama naik dengan adik baru si Nina tue yeppp...

Inilah door gift untuk para tetamu yang hadir. Simple saja, paper bag tu saya buat sendiri dari beg bungkus pisang goreng. Isinya adalah surah Al-Mathsurat dan telur pindang. Harap diterima dengan senang hati.....



Okey peace dari saya......

p/s: jangan lupa tengok N3 sebelum ni,
MAJLIS PERSANDINGAN DIRUMAH PENGANTIN PEREMPUAN





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...