Showing posts with label Feeling...Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Feeling...Perasaan. Show all posts

31 December, 2016

Anak ohhh Anak




Semua orang dah biasa dengar ayat ni "SEORANG IBU BOLEH JAGA 10 ORANG ANAK, TAPI 10 ORANG ANAK TAK MUNGKIN BOLEH JAGA SEORANG IBU"

Itulah hakikanya kan. Memang....memang tak ramai anak yang betul-betul akan jaga ibu bapa mereka bila sudah berjaya, lebih-lebih lagi bila dah berpasangan. Ada sejenis isteri yang tamak kasih sayang, ada juga sejenis suami yang ego sombong dan berlagak bagus. Kalau betul masih ada anak yang baik....alhamdulillah, syabas untuk anak tersebut dan juga syabas untuk pasangannya kerana tidak memisahkan hubungan antara ibu dan anak.

Siapa dah tengok drama 7 Hari Mencintaiku? Haishhh...mejoriti rakyat Malaysia tengok dah kan drama ni. Rating 12 juta tu.... then...dah pakat-pakat mencangok depan tv jam 7 hari-hari tu, tak reti-reti nak ambil iktibar dari drama tu?

Meh dengar sini..... betul tak hal-hal yang disebutkan ni?

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa....kenapa tak percaya?
  • Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa
  • Makan apa sahaja, dah makan tak basuh pinggan tak apa
  • Tengok siaran tv ikut suka
  • Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka
  • Letak barang merata-rata bila hilang ibu yang kena
  • Sangkut baju yang dah berdaki berpeluh dimana saja
  • Nak datang bila-bila pun tak mengapa

Tapi ibu bapa.........
  • Tak boleh buat sesuka hati di rumah anak- anak
  • Tak boleh masak sesuka hati
  • Tak boleh makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka
  • Tak boleh buat apa sahaja ikut suka
  • Tak boleh ubah susun atur dalam rumah anak
  • Tak boleh datang rumah saja-saja walau untuk melawat anak cucu dia
Sebab apa??? Anak akan cepat berkecil hati dgn ibu bapa atas setiap tindakan yang ibu bapa lakukan dirumah mereka.

Begitu juga dengan kenderaan ibu bapa.
  • Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak
  • Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati
  • Walaupun belum ada lesen berani curi-curi guna 
  • Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah
  • Kalau rosak semua ibubapa tanggung

Tapi, jika kenderaan anak-anak tinggal dirumah ibu bapa ataupun sekadar tumpang parking, ada banyak syarat dikenakan. Sebab...  Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna, apatah lg dgn sesuka hati. Sebab apa?
  • Sebab nanti takut rosak
  • Sebab nanti takut berlanggar lah
  • Sebab nanti takut calar lah
  • Sebab nanti takut lowerd lah, patah spring lah
  • Kalau guna pastikan minyak penuh semula
  • Kalau rosak mesti kena hantar pomen baiki sebelum bagi semula pada anak-anak

Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak. Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak. Tetapi anak-anak belum tentu mengasihi ibubapa. Mereka kasih kepada harta mereka dan pasangan mereka melebihi ibubapa.


  • Mereka ada masa utk membetulkan kenderaan kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila diperlukan.
  • Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti, tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka.
  • Mereka sayang ambil cuti kerja atau gunakan cuti tahunan yang ada utk melawat ibubapa di kampung, sebok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan tapi ada je masa ke sana kemari dengan pasangan.
  • Malah mereka tidak sayang untuk ambil cuti bila kawan baik kahwin, sanggup pergi bawa hadiah walaupun jauh beratus kilometer.


Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada, tetapi anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta. Kalau berjanji sebelum mendapat apa-apa yang diingini tu biasa. Minta ibubapa doakan apa yang hendak diperbuat, sambil menabur janji itu ini, akhirnya bila Allah dah beri berkat dari doa ibubapa, anak-anak mulalah lupa diri gelap mata. Lupa segala janji.

Anak lelaki..... bila isteri bercerita berkias bagaimana pun, si anak tahu apa yg isteri mahukan. Tetapi bila ibubapa mengadu walaupun dengan nada hiba, tiada selok belok ketika bercerita, anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan. Tapi...seperti biasa, ibubapa cakap hanya sekali harap anak faham dan memberi, Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa, tak memberi tak apa sebab mereka sentiasa memahami, niat bercerita agar anak tahu sahaja apa masalah yg dia ada, tapi biasanya mereka pendamkan sahaja. Walaupun begitu, mereka tetap akan kata, mereka ok-ok saja.

Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada ibubapa kita semoga kita tidak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti. Janji Allah itu pasti. Dunia berputar bersilih ganti...


Ini ibubapa saya..... maafkan saya jika saya bukan anak yang sempurna apatahlagi yang berjasa. Doa ibubapa sepanjang hidup saya amat bermakna, tolong jangan hentikannya...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 May, 2013

Masjid Abu Bakar

Masih seperti dahulu, putih, bersih, indah, suci, murni, sejuk mata memandang. Masjid Abu Bakar yang terlatak berhadapan dengan Selat Tebrau. Tersergam megah menjadi kemegahan warga Johor Darul Tazim.

Minggu lalu saya bersolat lagi di Masjid ini, membawa ayahnda dan bonda serta 2 putera. Singgah sebentar sahaja untuk Zohor sebelum bersiar-siar lagi selepas itu. Sebenarnya kami hanya jalan-jalan tanpa arah tuju kerana membawa ayahnda saya yang sedang dalam kebosanan semenjak terlantar sakit di rumah. Dengan keadaan kakinya yang bengkak, tangannya yang patah belum pulih sepenuhnya dan perutnya yang baru sahaja 2 minggu menjalani pembedahan hernier repair  memendekkan langkahnya kerana masih belum boleh memandu kereta sendiri. Nampaklah senyum segar diwajah ayah bila saya memperlawanya bersolat Zohor di Masjid Abu Bakar. Sementara menunggu saya dan bonda siap bersolat (almaklumlah, wanita memang lama bila di masjid), ayahnda sempat bertinggung di beranda masjid mengambil angin. Walaupun cuaca sangat panas pada hari tersebut, tapi kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami teringin sahaja duduk lama di beranda masjid itu.

Bila saya postkan gambar-gambar masjid indah ini di laman-laman sosial saya, ramai yang komen antaranya;
  1. Ada yang mengimbau kembali saat mereka diijabkabulka
  2. Ada yang tiba-tiba nak bersembahyang Jumaat di situ pada Jumaat yang akan datang
  3. Ada yang teringat zaman kecil bila berkhatam Quran di masjid ini
  4. Ada yang teringatkan majlis Maulidulrasul dan nasi beriyani dalam dulang
  5. Ada juga yang teringat ice cream percuma sewaktu majlis Maulidulrasul di situ
  6. Ada yang terasa-rasa kedinginan air kolah masjid ini yang sejuk sekali. Tapi rasanya dah tak ada kolah dah
 Hurmmm...apa kenangan anda di Masjid Abu Bakar ini?

Apa kata Chic Na, Mama Arina, Daddy Ziyad, Kak Zakie, Nea Lopah, A'ien, Lelamaisara, Masya atau saja rakan-rakan blogger yang lain yang luar dari Johor Darul Tazim.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 May, 2013

SELAMAT HARI GURU!!!






Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 March, 2013

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT



TAHUKAH KITA MAKNA DALAM SOLAT?



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|







Ya-Allah...berikanlah aku kelembutan hati untuk mengerjakan setiap solat mu tanpa lengah-lengah atau kemalasan dalam diri. Ya, aku akui kadangkala aku sendiri alpa dengan kesebokan dunia sehingga cuai dalam mengerjakan perintah Mu.

Dah masuk waktu Zohor ni...kaum adam dah selesaikan solat Jumaat, sekarang gililan kami kaum hawa pula mendirikan solat Zohor...


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

TERGESA-GESA MENUNAIKAN SOLAT



Aduh....tak boleh tergesa-gesa menunaikan solat. Macam mana nak cakap yea... kami sering tergesa-gesa menunaikan solat setiap masuknya waktu Maghrib kerana mahu bergegas untuk ke Kelas Tusyen dan Mengaji kedua putera kami...

Jom tengok ni;



Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|



Kadangkala, waktu Maghrib masuk seawal 7.15 ptg. Sekiranya waktu Maghrib sekitar waktu ini, kami tidaklah tergesa-gesa. Tapi adakala ketikanya, Maghrib masuk pada jam 7.30ptg. Kami terpaksa cepat sebab perlu menunaikan solat Maghrib terdahulu di rumah Agam dan kena cepat-cepat bersiap kerana kelas Tusyen dan Mengaji kedua putera kami terletak kira-kira 5 kilometer dari rumah agam. Ditambah dengan kesesakan lalu lintas dan bermacam kerenah pemandu di sepanjang perjalanan, kami tak mahu sampai lewat.

Kalaulah kami bertolak dari rumah agam sebelum waktu Maghrib, alamatnya kami akan terlepas solat maghrib dan mungkin juga menunaikan Maghrib dihujung waktu.

Ya-Allah, Engkau Maha Mengetahui...adakah kami mengejar dunia???




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 March, 2013

Doa Saya Buat Mereka..




ALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN HAMDAN YUWAAFI NI'MAHUU WA YUKAAFI MAZIIDAH.

YA RABBANA LAKAL HAMDU KAMA YANBAGHI LI JALAALI WAJHIKAL KARIIMI WA ADZHIIMI SULTHONIK.

ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMADDIN WA'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD.

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran sahabatku-sahabatku ini, Kau panjangkanlah umur mereka dan kurniakan kepada mereka kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun sudah. Kurniakanlah kepada mereka rezeki yang murah, melimpah ruah, banyak, berkat dan direstuimu Ya Allah. Jauhkanlah sahabat-sahabatku ini dari belenggu kesusahan, kesakitan, kemiskinan dan kebuluran, sama ada dari mereka dan juga seluruh keluarga mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku... Bukakanlah kepadamereka pintu kebajikan, pintu keberkatan, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat. Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah mereka dari segala pintu kejahatan dan keburukan dari mereka dan juga seluruh keluarga mereka.

Ya Allah... tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Maka permudahkanlah kehidupan mereka dan keluarga mereka. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah mereka dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah mereka dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhi dan jauhkanlah mereka dari pengaruh nafsu yang menyesatkan.

Ya Allah hidupkanlah mereka dengan keimanan dan matikanlah mereka bila sampai masanya dalam keimanan.Ya Allah Kau berikanlah kepada mereka kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hati mereka dengan cahaya hidayahMu, perbaikanlah amalan mereka dan tunaikanlah hajat mereka baik dalam agama, dunia dan akhirat. Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari diri mereka dengan cahaya Nur Mu dalam hati mereka, telinga mereka, mata mereka, kiri kanan mereka, muka mereka, belakang  mereka, atas dan bawah mereka, urat saraf mereka, dan pada darah mereka, serta daging mereka, rambut mereka dan lidah mereka.. kaki tangan mereka dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiran mereka dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa mereka dan kedua ibubapa mereka serta keluarga mereka dan semua teman-teman mereka dan muslimin muslimat... kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.

Ya Allah jadikan mereka juga seorang mukminah yang solehah kepada semua yang berkaitan dengan mereka.

Ya Allah.. hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini..dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada sahabat-sahabatku ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan mereka hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Ampunilah segala dosa mereka sama ada yang terjadi dalam keadaan mereka sedar ataupun tidak. Jadikanlah mereka sebaik-baik wanita iaitu wanita-wanita yang solehah seindah hiasan di dunia ni. Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim, Amin Ya Rabbal 'Alamin.


SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT-SAHABAT KU...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI....BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT


tHE 8 gOjEzzZ wOMeN In My HeaRt !!!!!


Lya Afrina pada 10 Mac
Deqla pada 11 Mac
Che Rose Cute pada 13 Mac
Deq's Qienz pada 16 Mac 
Cendol pada 16 Mac
Dyabunga pada 17 Mac
Kinara Kinatara pada 23 Mac
Izan Mama Mia pada 31 Mac
Lelamaisara pada 31 Mac



Amin....
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

08 March, 2013

MEMBERI DENGAN KERENDAHAN HATI



Mari Bersedekah : 
TANGAN YANG DI ATAS ADALAH 
LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DI BAWAH





Credit to : I-Produksi |Islam*Iman*Ihsan|

Saya teringat pesan seorang yang sangat saya kenal rapat. Katanya:

"Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung 

"Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki".

Dalam pada itu, kita perlu selalu ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang-kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie, macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas bila dapat berkongsi bersama. Pendapatan seperti biasa, tapi seolah-olah cukup dan bila pendapatan yang kita perolehi lebih dari biasa, kita pula yang akan rasa tak cukup sebab kita ada banyak kehendak itu dan ini yang kadangkala diluar jangkauan sehingga membuatkan kita lupa daratan dan terlupa untuk menyimpan. Kita kena sentisa bersyukur dengan nikmat yang ada. Jangan sampai serakah dalam mencari rezeki sampai kita jadi kufur nikmat. Na'uzubillah.

Betapa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Lembut. Di dalam kesukaran kita acapkali Dia turunkan bantuan dari sumber yang kita sendiri tak sangka. Sekali lagi kita kena sentisa mensyukuri pemberian Allah kepada kita yang datang dalam berbagai-bagai bentuk. Ucapan 'Thank You Allah' atau 'Alhamdulillah' biarlah datangnya dari hati dan kita menghayati maksudnya bukan hanya lontaran perkataan dari mulut kita.

Jadi, apabila kita mahu memberi, berilah dengan kerendahan hati dan tersemat redha dalam sanubari. Allah mengetahui, walaupun pemberian kita tidak diketahui atau tidak disedari, kita kena yakin Allah Maha Mengetahui, pencatit kebaikan tidak pernah alpa menjalankan tugasnya. Pasti kita akan medapat balasan tak dijangka suatu hari nanti.




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 March, 2013

PRAY FOR SABAH

Jom lupakan sengketa antara kita, kita bersatu demi sebuah negara tercinta Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku!!!

Marilah kita sama-sama mempertahankan Negara Kita Malaysia, ketepikan semua fahaman politik, berfikiran natural, dan berhenti berbalah dan salah-menyalah antara satu sama lain.



sumber : fb Afdlin Shauki

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 February, 2013

SPAM -> WHAT IS THAT?



Nak tanyalah... u all punya blog ada banyak SPAM yang masuk tak? Blog saya almost everyday dan banyak, kadang tue sampai berpuluh dalam sehari. Saya dah asingkan komen-komen yang berunsur SPAM ni, tapi kadangkala terlepas publish juga ke N3.

Hurmmm...mesti u all tau kan komen-komen yang berunsur seperti dibawah ni;



Komen-komen yang berunsur SPAM tu pulak kebanyakkannya dalam N3 saya yang bertajuk 

Arghhhh!!!! Assignment tak boleh submit!!!


Rupa-rupanya bila saya buka semula link N3 dia atas, banyak juga SPAM komen yang terpublish. Adusss, macam mana erk? Tapi kalau difikirkan pengomen-pengomen sebagai SPAM ini juga adalah pengunjung blog Cinta itu Misteri. 

Apa pendapat anda?



p/s: Hari ni saya jumpa kawan zaman kanak-kanak saya. Rindu sangat pada Linda a.k.a Nahu (nama manja dia). Sejak Nahu pindah ke Melaka, kami hanya bergurau senda di FB jer... Itu baby Nahu, baru berusia 8 bulan kalau tak silap saya namanya Adam juga sama nama dengan anak sulung saya.

Kami berdua memang rapat
~Sayang kamu selamanya~





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

27 January, 2013

......



TIDAK MASUK SYURGA ORANG YANG MEMUTUSKAN TALI PERSAUDARAAN...

Ya Allah, hanya Kau sahaja yang tahu gejolak hati kami. Hanya Kau sahaja yang tahu apa yang terjadi kerana Kaulah yang merencana semuanya. Kami redha, kami ikhlas menerimanya...

Kini ku menitiskan airmata....kerana drama itu... ANAK SAMPAH


Tapi.....kami tidak sama sekali akan melakukan itu. Yang Kau aturkan dalam kehidupan kami kini adalah sesuatu yang benar-benar merobek hati. Lebih-lebih lagi hati seseorang yang diantara kami. Seseorang yang sangat menyayangi dan merindui kedua puteranya. Seseorang telah memisahkan mereka dan sedaya upaya mengadakan jurang antara mereka. Apa salah dia? 

Penjelasannya begini. Kebenaran adalah keyakinan. Demi kebenaran atau keyakinan, berpisah dengan anak isteri itu perkara biasa. Bukan sesuatu yang pelik, lebih-lebih lagi bukan perkara asing dalam kebenaran! Apa yang saya tahu.... “memutuskan silaturrahim itu haram, tak cium bau syurga.”

Memutuskan silaturrahim dalam konteks hasad dengki, berdendam, bermusuhan kerana perkara dunia memanglah begitu. Tetapi dalam hal kebenaran dan keyakinan, memutuskan talian darah dengan pihak yang berhak itu jelas tidak adil sekali. Bolehkah darah itu ditukar ganti demi untuk menghilangkan semua tanda-tanda biologi dalam diri anak-anak itu sendiri? Logikkah kita menerima pemikiran jumud dan kolot seperti itu?

Berfikiran terbukalah, tiada jodoh antara kamu berdua. janganlah bersusah payah melakukan sesuatu yang dibenci Allah, kelak binasa hidupmu sendiri. Kami tidak membenci apatah lagi memulaukan seseorang yang telah menyeri hati salah seorang diantara kami. Segala masa dan ketika saat bahagia yang dikongsi bersamanya amat kami hargai. 

Tindakan memisahkan sama juga dengan melarikan. Sedarlah wahai kamu perempuan, sudah lama benar isi hati ini disimpan. Berkali-kali ku katakan, mereka itu anak kamu dan dia, janganlah bersusah-payah mahu memisahkan. Kelak dewasa mereka pasti mencari dan pastinya kamu akan dipersalahkan.

Redha lah dengan takdir yang ditentukan.......


N3 tiada tajuk...




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 January, 2013

150,000,000 X



Hahahaha...bilalah saya punya follower kat blog ni nak cecah angka tue?

OK, ini mengenai lagu Ainan Tasneem, 150 juta. Best laaa lagu ni. Jom layan;


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua



Hahahaha...sweet sangat kannnn..... Pedulilah apa orang kata. Hanya kita saja yang tahu siapa pasangan kita. Jangan rasa rendah diri bagi yang berpasangan macam beuty and the beast tu, sebab cuma kamu sahaja yang tahu apa kelebihan beast kamu tue. Jangan rasa terasing dengan kawan-kawan bila pasangan mereka lagi best dari pasangan kamu, kerana hanya kamu sahaja yang tahu apa kelebihan yang ada pada pasangan kamu.



Blog-blog GSFian yang CiM tak dapat komen tue, dah boleh komen kesemuanya guna Nota ini.






:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 January, 2013

Ribut Tropika Sonamu



Pasti ramai yang tahu tentang Ribut Tropika Sonamu yang telah melanda beberapa kawasan di Malaysia terutamanya di perairan Barat Laut Sarawak iaitu di kawasan Laut China Selatan. Alhamdulillah semuanya telah berakhir dan tak ada perkara buruk dan dasyat yang melanda Bumi Malaysia. Amaran telah dikeluarkan terlebih dahulu oleh Jabatan Meteolrologi Malaysia.



Ribut Tropika Sonamu akhirnya melintasi juga beberapa kawasan yang dijangka terlibat termasuklah di Johor Bahru yang mendapat sedikit tempias.




Dan disebabkan ribut itulah, hati saya meruntun sedih dan meluahkannya di blog beberapa hari yang lalu dalan N3 yang INI.

Rumah Datuk saya di Felda Ulu Tebrau mendapat sedikit tempias dari ribut tropika sonamu tersebut. 

Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 3.00 petang, 8 Januari 2012. Waktu itu, adik saya dan Bonda baru sahaja menghantar atok balik kerumahnya setelah bermalam di rumah kami pada malam yang sebelumnya. Sebelum menghantar atok pulang ke Felda Tebrau, mereka menghantar nenek ke pusat dialisis seperti biasa. Memang itulah rutin nenek 3 hari seminggu.

Sampai saja di rumah atok, menurut bona saya belum ada tanda-tanda nak hujan. Selepas berbual beberapa ketika bonda dan adik saya terus berangkat pulang. Saya pula di tempat kerja mendapat panggilan dari atok dalam pukul 4 petang mengatakan rumahnya di hempap pokok durian jiran sebelah. Saya terus menelefon bonda selepas bercakap dengan atok, waktu itu bonda baru sahaja sampai di rumah agam kami dan hujan telah pun turun.

Bonda menyuruh saya menghubungi semula atok menanyakan tentang seorang makcik yang duduk dengan atok di rumah yang sama kerana menurut bonda, dia ternampak makcik sedang menyapu di bahagian bawah rumah berhampiran dengan pokok yang tumbang. Mujurlah panggilan semula saya di angkat oleh makcik yang lebih mesra kami panggil Mak Njang. Alhamdulillah....tak ada yang cedera pada hari kejadian. Cuma keadaan dapur rumah atok rosak sedikit dan memerlukan sedikit pembaikan.

Malam tu selepas pulang kerja saya terus ke sana bersama bonda dan en.hubby. Sampai saja hari dah gelap gambar pun tak berapa terang. Sekumpulan bomba ada di rumah tersebut, tapi kerja-kerja pemulihan tak boleh dilakukan kerana hari hujan dan tanah licin. Takut akan lebih membahayakan keadaan. Jadi pihak bomba bercadang untuk datang semula keesokan hari. Tapi....saya tak dapat ada sewaktu kerja-kerja pembaikan dilakukan ketana bekerja. Maafkan saya yeaaa atok. "Hati mesti baik" . Itu trademark atok saya....

Tapi....sebenarnya, pokok tersebut tak mungkin akan tumbang jika tuan empunya pokok tidak melakukan pembakaran sampah di tundun pokok durian tersebut. Disebabkan terlalu kerap melakukan pembakaran, maka akar pokok yang bertanah banir itu menjadi reput dan buruk. Apabila angin kencang melalui kawasan itu, dengan mudahnya dapat merebahkan pokok durian tersebut yang sudah berusia berpuluh tahun, mungkin juga beratus tahun. Percaya tak jika saya katakan pangkal pokok itu sebesar 2 pemeluk dewasa?

Saya dengar-dengar pakcik sebelah rumah atok nak bayar semua kos pembaikpulihan. Entahlah....wallahualam. Tapi.....sebenarnya, pada pendapat ikhlas dari hati saya. Apa yang berlaku itu datang dari Allah, ada hikmah disebaliknya. Dan sebenarnya Allah nak tunjukkan sesuatu pada kita, maksud saya orang-orang yang terlibat dengan kasus kekeluargaan ini. Sedarlahhh pada yang belum sedar lagi. Tapi rasanya masih ada yang belum sedar. Atau nak tunggu ujian yang lebih besar baru nak sedar? Kerana itulah saya rasa macam nak bawa saja atok tinggal dengan kami. Malangnya atok dan nenek tak mahu ikut kami......

Bagi yang masih dapat bersama atok, dekat dengan atok setiap hari, hargailah atok selagi dia masih ada. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dia berikan.

Maaflah kalau nukilan hari ini terlalu beremosi. Dah seminggu kejadian itu berlaku. Semoga Allah memberkati kita semua. Maafkan saya jika ada yang terada. Kalau ada yang tak puas hati dengan nukilan saya ini, hubungilah saya marilah kita berbicara. Mungkin kamu atau kamu atau kamu tak sedar apa yang telah kamu lakukan. Tapi Allah Maha Tahu.

Sekuat ribut tropika sonamu, sekuat itulah runtun hati atok dan nenek ku....



#maafpictakdptdiupload....nk keluar tengok JDT vs KEL


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 January, 2013

Aqil dan Lukisan



Aqil memang suka melukis. Saya dah banyak juga up N3 Aqil dan lukisan-lukisannya. So, hari ni nak kongsi lagi sekeping gambar hasil kerja tangan Aqil. Hahahaha.....mesti ramai yang tahu watak-watak dalam lukisan Aqil tue. Ni dia lukis dengan imaginasi yeppppp.... Impress tau saya sebagai Mama.





Rajin-rajin melukis yeppp, Aqil



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Asalkan Aku OK



Saya suka sangat lirik lagu Awi Rafael, Asalkan Aku OK. Lirik yang benar-benar membawa maksud dan pengajaran. Jom kita hayatinya...

Selamat petang, selamat petang aku ucapkan
Kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia

Hidup mewah tanpa berhutang
Hati bersih tak lupa sembahyang
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan

Otak cergas tanpa menipu
Jangan marah-marah tak perlu begitu
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia





Kamu semua pernah dengar atau lihat burung mati disebabkan kebuluran tak? Actually, saya pun tak pernah, tapi....ada ker?..

Ya, rasanya tak ada pun seekor burung di dunia ini yang sekadar duduk diam menunggu makanan melainkan yang masih belum pandai terbang ataupun yang berada dalam kurungan. Walaubagaimanapun, burung kecil yang belum pandai terbang pun pasti asyik gigih berlatih kan kan kan.....jatuh bangun dan cuba lagi.

Allah itu Maha Razzaq (Pemberi Rezeki). Tapi mereka masih berusaha mencari makanan. Pagi-pagi lagi dah dengar bunyi cit cit, cit cit, terbang sana sini. Ada yang berkawan, ada yang keciciran, kadangkala kita dapat melihat satu bentuk yang indah dari gerombolan burung diangkasa. Yaaaa...setiap pagi begitu dan tidak dinafikan.

Tapi, bagaimana pula dengan kita manusia yang cukup pakej, ada kaki, tangan, mata, mulut semua itu.. siap ada hati dan perasaan, ada akal lagi. Subhanallah!

Walaupun kita tak tahu sampai bila kita ada kat dunia ni, namun setidak-tidaknya kita perlu berusaha dan Istiqamah! :)

"Allah itu amat menyukai hamba-Nya yg apabila melakukan sesuatu kerja, melakukannya dgn bersungguh-sungguh" (riwayat Muslim dan Bukhari)

p/s: Peringatan juga buat diri yang masih lalai dan masih merangkak berusaha ini.


Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku 2 hari lalu....sesuatu yang Allah nak tunjukkan, sesuatu rahsia yang hanya Dia sahaja yang tahu, sesuatu yang sepatutnya membuka mata sesetengah pihak yang terlibat. Tapi.....entahlah, sama ada tak nampak atau belum sedar itu saya kurang pasti. Yang pastinya, ianya melibatkan orang-orang yang saya sayang. Kalau ikutkan rasa hati dan sombong diri, nak saja saya bawa dia pergi. Pergi dari manusia-manusia itu. [[sedeyyyy...]]



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

06 January, 2013

Buku Teks Sekolah ~ Masih sama...



Tahun baru persekolahan 2013 sudah bermula pada minggu lepas. Kesemua sekolah di seluruh negara telah mula beroperasi seperti biasa melainkan beberapa buah sekolah di Pantai Timur yang mengalami masalah banjir.

Anak-anak saya, Adam Danish dan Aqil Hail sangat teruja untuk memulakan sesi persekolah barunya. Danish sudah berada di dalam Darjah 4 di Sekolah Rendah Kebangsaan Mohd Khir Johari, Kampung Melayu, Johor Bahru manakala Aqil pula masih di Tadika Al-Ummah, tadika yang sama cuma kelas berbeza iaitu kelas 6 tahun.

Tapi Adam Danish tetap mengalami masalah yang sama dengan Buku Teks sekolahnya kerana setiap tahun pasti anak saya ini akan mendapat buku yang tak serupa buku. Cuba lihat gambar di bawah ni dan n3 saya tahun lepas dalam Buku Teks Sekolah. Tak ada perubahan kannn....

Ini adalah buku teks Danish darjah 4 tahun ini.


Macam mana ni cikgu-cikgu. Ada tak yang nak menjawab persoalan masalah yang kami hadapi setiap tahun ni? Owh yaaa, apa kata Cikgu Tauhid,  Cikgu Fariza dan Cikgu Etuza

  1. Macam mana buku teks seperti ini boleh diedarkan?
  2. Adakah buku-buku itu tidak diperiksa terlebih dahulu sebelum diedarkan?
  3. Bagaimana masalah ini dapat diselesaikan?


Sewaktu pemulangan buku di akhir tahun, tidakkah cikgu-cikgu memeriksa terlebih dahulu semua buku yang dipulangkan? Kerana saya mendapati semua buku yang diperolehi untuk tahun baru berikat dan dimiliki oleh seorang individu yang sama yang telah menggunakan buku tersebut pada tahun sebelumnya. Nampak sangat buku-buku itu disusun begitu rapi dengan meletakkan buku yang koyak dan tak serupa buku di bahagian tengah. Ini betul-betul mengganggu emosi anak-anak, kerana diawal-awal tahun anak-anak telah diberi motivasi yang cukup buruk dan sangat memalukan.

Di harap pihak sekolah dapat menyelesaikan masalah ini sebaiknya. Saya tidak ada masalah untuk memperbaiki buku teks yang koyang dan bercerai-berai. Tetapi bagaimanapula dengan buku yang kehilangan muka surat? Pastinya kalau tidak disemak oleh ibu-bapa terlebih dahulu, anak-anak akan dipersalahkan di pertengahan tahun sewaktu muka surat tersebut hendak di rujuk. Pastinya anak-anak akan dituduh menjadi penyebab kehilangan muka surat walhal anak-anak itu tidak tahu menahu tentang hal tersebut.


p/s: Danish dah menanyakan tentang buku teks sekolahnya sewaktu hari pertama persekolahan. Cikgu pun sudah membalas mengatakan buku teks yang baru belum sampai. Saya akan rujuk ke sekolah jika sehingga minggu ke-2 berakhir, buku teks yang rosak tidak diganti.





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

03 January, 2013

Mimpi Sampai Ke Paris



Saya betul-betul sedang berangan berada di bawah bintang-bintang, dengan cuaca yang dingin, sambil bersandar di Eiffel Tower, tersenyum dengan hati berbunga merindui seseorang. Tapi...agak-agaknya angan-angan saya tu nanti akan jadi kenyataan ke tak yea? InsyaAllah, saya akan ke sana juga suatu hari nanti.

First of all, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada My Dior Aima sebabnya, beliau telah mengirimkan saya hadiah pada Jumaat yang lalu. Tak berkesempatan nak update di sini sepantas kilat sebab taktau nak cakap apa sebenarnya. Disebabkan kiriman dari Aima inilah, angan-angan saya sampai ke Kota Cinta tersebut. Dengan nota tulisan tangan Aima  yang bertulis "ikhlas utk kesayanganku... with Love, Diari Aima " benar-benar membuatkan jantung saya berdekup kencang.

Hadiah yang dikirimkan pun tidak diberitahu bersempena dengan apa. Jadi saya nak tanyalah kat sini... kenapa yea? Kalau kerana persahabatan yang terjalin, saya benar-benar rasa sangat terharu. Aima pernah review blog Cinta itu Misteri ini seketika masa dulu.

Aima, saya sangat berharap agar kita dapat bertemu suatu hari nanti kerana buat masa ini jarak kita terlalu jauh. 


Photo

Photo

Key Ring kiriman Aima

Andai ku punya sayap, pasti ku akan terbang ke sana
Mendakap erat penuh mesra, tanda kasih antara kita
Sayang ku tak punya apa-apa
Hanya doa ku kirim agar kamu bahagia sejahtera...



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 December, 2012

Gaza Masih Berdarah




Walaupun Gencatan Senjata telah diumumkan, tapi penduduk Gaza masih berdarah. Luka-luka mereka belum diubati, kesan lecur masih menyengat, runtuhan rumah-rumah tak mungkin dapat diperbaiki, bantuan makanan tidak pernah mencukupi, ubat-ubatan disekat, semuanya perlu melalui pemeriksaan untuk melepasi tanah Israel sebelum masuk ke bumi Gaza. Adakah Israel benar-benar telah mematuhi syarat-syarat gencatan senjata yang dipersetujuinya? Jet-jet pejuang Israel tetap memenuhi ruang udara Gaza walaupun tidak serancak sebelum gencatan senjata. Ya!!! Saya tidak pernah percaya dengan Israel dan berita-berita yang memenuhi ruang dada akhbar juga tidak sepenuhnya sahih. Kita tidak boleh mempercayai sepenuhnya apa yang digambarkan dalam media arus perdana. 

Melainkan anda telah melihat dengan mata anda sendiri, dan saya sangat pasti bahawa peperangan di Gaza masih berlaku. Semoga perjalanan aktivis-aktivis Malaysia ke Gaza dilindungi Allah. Aqsa Syarif khabarnya akan membuat beberapa misi dengan membawa hati-hati yang berjiwa besar ke Palestin.

Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada sebahagian artis Malaysia yang berani Syahid di Palestin. Sama-sama mengikuti Misi Aqsa Syarif bersama Afdlin Shauki adalah Bront Palare, Zain Saidin dan beberapa crew Vision Works pada 3 Disember yang lalu.




Walaupun PALESTIN sudah mendapat pengiktirafan dari negara-negara lain, tapi jangan berhenti berDOA. Jangan berhenti memBOIKOT. Jangan berhenti menDERMA. Jangan berhenti BERUBAH ke cara islam yg lebih baik. 

Sekecil-kecil usaha itu dipandang olehNYA dan dikira dekat akhirat SANA. :) ♥


Kita semua tahu, Israel menggunakan jet serangan canggih dan kapal tentera laut untuk mengebom kem pelarian yang sesak dan padat, sekolah-sekolah, blok-blok pangsapuri, masjid, dan kawasan penempatan rakyat miskin. Israel menyerang dengan kejamnya seluruh penduduk yang berada di setiap pelusuk Gaza yang tidak mempunyai angkatan udara, tiada pertahanan udara, tiada tentera laut, tiada senjata berat, tiada unit artileri, tiada perisai mekanikal. Inikah yang dinamakan peperangan??? Ia bukan perang. Ia adalah PEMBUNUHAN SECARA TERBUKA di mana seluruh dunia mengetahui tentang hal ini.

Saya dan keluarga dengan sedaya upaya akan memboikot barangan-barangan dari Israel yang telah memberi dana sepenuhnya kepada mereka untuk membeli jet-jet pejuang dan peluru-peluru berpandu. 




Kita ada banyak produk-produk buatan Malaysia yang Halal dan diperakui kehebatannya. Mengapa mesti pening-pening kepala di pasaraya? Untuk pengetahuan juga, kami sekeluarga telah cuba sedaya upaya untuk menghindari Mc Donald.

Kenapa kena boikot Mc Donald sedangkan ramai orang Islam kita bekerja di sana?
Meh baca dengan teliti di sini.... BOIKOT MC DONALD


Boleh baca cerita pendek ni juga :

Sinyu: Apsal nak kaitkan McD kat sini ngan Israel? Management diorang pun dah nafikan.
Nobita: McD kat sini atau mana-mana pun still jual jenama dan produk sama. Jadi  tak akan takde kaitan/keuntungan kepada headquaters McD kat US?

Sinyu: Tapi  tak baik tuduh diorang buat offer free meal sebab ada boikot. Mungkin diorang dah lama plan untuk hargai pelanggan setia.
J: Wallahu’alam. It’s just at the right time! Dulu penah ke ada offer free meal?

Sinyu: Alaa, kan free tu. Bagus la. Kita tak payah bayar pape, so diorang pun tak untung pape.
J: Diorang akan untung sebenarnya, dari segi sokongan moral. Sebab itu yang diorang perlu sewaktu tertekan macam ni.

Sinyu: Ok, kalu aku amik jugak meal free tu dan makan, apa hukum dia? Haram?
Nobita: Tak haram pun, even kalau bayar. Sebab makanan itu sendiri diperakui halal. Tapi ini bukan soal agama, halal atau haram. Ini soal kemanusiaan.

Sinyu: So, depend kat pilihan masing-masing la kan nak boikot atau tidak? Tak boleh paksa kan?
Nobita: Untung lah kita kat sini sebab ada pilihan nak boikot atau tidak. Tapi.... Saudara kita kat sana tak ada pilihan pun sama ada nak diserang dan menderita atau tidak.



Yang tak start boikot lagi bila nak mulakan langkah pertama anda? .
Sepert cerita Nabi Ibrahim…

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

“Usahamu itu hanya sia-sia, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu”, mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas, “Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya.” -sumber

Disebabkan saya tak mahu disoal dengan dasyatnya di akhirat kelak, saya juga mahu lakukan langkah pertama. Sedikit sebanyak dapat menyelamatkan saya dan keluarga saya di padang Masyar nanti.

Maaf kalau N3 saya malam ni keterlaluan dan saya tak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak.





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 December, 2012

Warisan ~Anak Kecil Main Api~



Semua parti politik di Malaysia sudah bersidang.... Menandakan Pilihan Raya akan menjelang. Ada sesiapa tak yang tengok Persidangan UMNO tempoh hari. Opssss...saya tak tengok pown sebenarnya. Tapi, kerana persidangan itulah saya dan en.hubby diajukan soalan ini oleh kedua ibu kami (ibu saya dan ibu en.hubby)

"Korang tahu tak lagu Anak Kecil Main Api tue? Siapa budak yang berucap tue erkkkk"

Owhhh...en.hubby tahulah nak jawab soalan ni. Tapi saya terpinga-pinga saja, apa kena mengena dengan budak berucap dengan lagu Anak Kecil Main Api? Setelah di terangkan oleh en.hubby, barulah saya faham kenapa kedua ibu kami mengajukan soalan seperti itu. Ya, saya dah lama tahu tentang kewujudan lagu ini. Lagu Warisan yang menaikkan semangat orang Melayu. 

Hurmmm, 'budak' yang berucap itu adalah :
Arif Yasir Zulkafli (Wakil Perwakilan Kelab Umno Luar Negara dari Tokyo)


Ada sesiapa di sini pernah dengan lagu yang saya sebutkan itu. Mari kita sama-sama menghayati liriknya...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara



Wahai bangsa ku, bangunlah dan jangan leka dengan segala kelekaan dunia. Ingatlah kembali bagaimana kita telah dijajah, bagaimana nenek moyang kita berhempas keringat untuk mendapatkan kemerdekaan, tergolok tergadai segala emas dan wang ringgit. Jangan kita sia-siakan pengorbanan mereka sehinggakan negara kita sendiri akhirnya tergadai jua disebabkan kebodohan kita sendiri.

Bersatulah!!!!!

** N3 saya ini tidak ada kena mengena dengan UMNO, PAS, PKR atau parti-parti politik yang lain kerana saya akan mengundi orang Islam yang benar-benar boleh membawa kepada kebaikan.

Maaf sekiranya kenyataan saya dalam N3 kali ini menyinggung banyak pihak :(

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 December, 2012

Letakkanlah Hati Di Tempat Yang Betul


"Letakkan hati kamu di tempat yang betul. Jangan memaksa dan jangan biarkan sesiapa memaksa, lakukanlah dengan kerelaan hati. Allah sentiasa membantu hati-hati yang suci."

Itulah kata-kata yang sering saya berikan pada adik-adik saya yang sedang dalam kesulitan menghadapi masalah cintanya. Perkara biasa yang sentiasa berlaku, dia sukakan orang ni, tapi orang ini pula suka kepada orang yang itu, dia suka seseorang ni tapi takut luahkan sehingga ada yang meluahkan dahulu tapi seorang lagi ada menyimpan harapan dengan yang penakut itu. Disebabkan inilah, cinta tiga segi banyak berlaku kerana TIDAK MELETAKKAN HATI DI TEMPAT YANG BETUL.

Jangan takut meluahkan, biar sakit biar perit, setidak-tidaknya tiada penyesalan dikemudian hari. Pernah tak kamu dengar ungkapan ini; [saya tak tahu dia sukakan saya....kalau saya tahu tak mungkin saya berkahwin dengan pilihan ibu saya] atau.... [kenapa dia tak bagi tahu sendiri dia sukakan saya, sekarang saya dah menerima cinta orang lain]. Dan bila ini terjadi, akan berlakukan ketidak relaan hati seseorang pada satu hati yang sedang bersamanya, kerana hatinya telah diganggu oleh rasa bersalah kerana tidak mengetahui orang yang dia ingin miliki sebenarnya ada rasa untuk memilikinya juga tapi tak berani meluahkan.

Tidak ada salahnya jika seorang gadis meluahkan perasaannya terlebih dahulu di zaman ini. Jika takut meluahkannya sendiri, gunalah khidmat orang ketiga yang boleh dipercayai. Berusahalah untuk mendapatkan cinta sejati, duduk diam menanti jodoh datang sendiri sudah tidak relevan lagi. Ya benar, Allah telah menetapkan jodoh masing-masing, tapi kita diharuskan berusaha unuk mendapatkannya. Qada' dan Qadar Allah tak siapa boleh menidakkannya. Tapi....kebahagian kita perlu cari sendiri.

Untuk seseorang yang masih ragu-ragu dengan cintanya.... ~dia tahu~
Lakukankanlah Istiqarah, kakak pasti itulah cinta yang Allah berikan kepada kamu. Dia sayang kamu seadanya, hanya pada permulaan sahaja dia takut untuk meluahkan, dan kini dia masih takut untuk mengungkapkan kata cintanya, tapi...kamu sendiri tahu apakah maksud disetiap kata-katanya yang sedikit itu. Ya, dia kurang berbicara, itulah dia yang kakak kenali. Bukankah itu yang kamu minta di setiap sujud di beberapa iktikaf sebelum ini? Meminta agar Allah berikan kamu seorang lelaki yang berbudi pekerti, soleh dan tidak leka dengan dunianya. Kamu juga sering katakan mahu memelihara hati kamu, dan kakak pasti Allah juga memelihara hati kamu agar kamu tidak mudah jatuh hati dengan lelaki lain yang masih mengejar cintamu. Percayalah pada Nya. Rasa debaran dalah hati itu adalah goncangan syaitan yang mengganggu disetiap detik kamu bersama. Allah melindungi perhubungan kamu itu, percayalah.

Untuk seseorang yang telah meletakkan hatinya ditempat yang betul.... ~dia tahu~
Tetapkanlah hatimu, kakak percaya dialah cintamu. Berusahalah menjadi lelaki sejati yang melindungi dan menjaga hati. Restu bonda tak ternilai harganya, hati bonda pasti tersenyum melihat gadis yang elok budi pekertinya.

Kakak doakan agar kamu berdua berbahagia....












:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 November, 2012

Audit Dah Tamat

Fuhhhhhh!!!!! Seminggu berdepan dengan Auditor dari Jabatan Hasil.

Sakit hati berurusan dengan mereka selama 5 hari sejak hari Isnin lepas. Masa Auditor dari NPCB (National Pharmaceutical Control Bureau) datang pown tak macam ni. Mungkin sebab audit kali ni melibatkan wang berjuta-juta ringgit.

Hurmmmmm apalah nasib kami nanti. Soalan di beri pulak bertubi-tubi, siap gertak-gertak dan herdik-mengherdik lagi. Dah rasa macam dalam bilik soal-siasat kat balai polis pulak.

Punyalah berhempas pulas, boss bagi kami jep..... Sila ambil sorang satu.... Actualy ada 5 biji jep sebab yang involve hanya 5 orang dari QC Dept. tak termasuk Boss kitorg yang hampeh kedehek tue. Lagi 2 biji sudah di copek oleh Lai & Zaza. So, yang ni tinggal I punya dengan Nae & Shue jewrrrr.... Opcoz laaa I punya yg ada 3 rasa tue, kiwi, peace & mango.


Yang lain sila jangan jeles yepppp....


Kat opis ni sedang gilakan Durian Crepe. Tapi saya dah rasa crepe pelbagai perisa, durian (opcoz laaaa), peace dan mango. Tapi member saya kata akan ada pelbagai perisa lagi nanti, maybe honeydew, guava & berry. Tunggu kemunculannya nak rasa jugak nanti. Tapi, ikhlas saya katakan, saya tak berapa suka sangat crepe ni sebab sangat muak. Baik saya melantak durian sampai 1 bakul....



*** Ahad ni ada jemputan makan durian kat Labis. Sapa nak ikut, ni Cik Safni menjemput.




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...