Pages

Showing posts with label Tips and Tricks. Show all posts
Showing posts with label Tips and Tricks. Show all posts

Nov 13, 2013

DIY Storage Box

Assalamualaikum

Hurm, aku rase ni idea aku datang secara tiba2. Aku sebenarnya agak pening dengan keadaan hanger utk laundry aku. Since aku takde proper laundry room. So aku main longgok je hanger atas meja.

Korang ingat tak time Selangor takde air kejap aritu kan? Laki aku laju2 pegi beli air mineral dua kotak! So nak perabih sume air tu makan masa jugak. Sebab waktu takde air tu sehari je aku ada kat rumah. Esoknya aku ikut husband pegi os Cherating. hahaha. So kotak tu ada tak tau untuk buat apa. Ingat nak letak depan rumah je. Ko tau depan rumah aku ni. Letak la pape pon, confirm akan ada orang amek. Hahaha!

Jadi aku fikir nak buat ape ek kotak ni? TING! timbul idea untuk buat storage box untuk sumbat segala hanger.

This is what I want. Kotak, gunting, glue gun, dan kain!

Kotak ni aku potong dlu bahagian atas tu. 

Lepas tu senang je. Gam2 kt sekeliling tepi tu. Kemas2 kan sikit. Tapi becareful gam panas ye. Time ni Rafif pon sebok nak guna glue gam. ggrrr. Geram btol aku. Kalu nak buat pape time die tak tdo mmg payah!

Tara! Dah sudah. Maap takde detail aku gam macam mane. (dengan keadaan nak kawal Rafif datang dekat lagi. Aku payah nk snap setiap kali gam. hehe) Kain ni lebihan kain aku buat untuk lapik oven aritu. Aku beli kat Nagoya Tesco. Semeter rm2 je ko! aku beli la dua meter. Tak payah beriya nak beli yang mahal2 eh. Cuma tak proper lah aku letak cover die tanpa jahit kelim tepi dlu. Nama dia HAM tu kan. Sebab aku malas nak g godek mesin jahit. huhu. 

Nak letak hanger je sebenarnya. hehe!
More proper than before. I love it! :)


Sep 13, 2013

Murahkan rezeki kami, Ya Allah.

Assalamualaikum

I ni ada satu perangai yg i belajar from the best which is my husband. Perangai suke beli2 brg kt orang. Ngee. Sejak ada anak ni mostly barang yg dibeli tu barangan bby la. So bila i beli brg Rafif, mesti teringat nk beli brg kt anak sedara skali. Sejak dr tu, kebanyakannya apa yg Rafif dapat mesti anak sdara ada gak. Biasanya i beli baju la. Klau benda mahal2 tu takdelah. Kite pon cukup2 makan je. Ekeke. 

Aritu Leenda ada upload gmbr bento Asyraf, terfikir nk hadiahkan Asyraf bekas makanan la. Yela. Rafif kan mane pegi taska, di bawah jagaan sendiri. So Rafif mane ada gadget2 bento yg lawo2 pon. Ada gak la beli2 utk die. Tp rasenye tahap Rafif skrg ni die x memilih. Makan je apa ada. Lain la klau die besar dan die picky eater. Mmg nk kena deco2 pancing bg die makan kan. Haha. So skrg ni Rafif makan dalam pinggan spongebob die je. Hakuu ni teringinn nk beli bekas makanan. Tp klau outing rafif makan pinggan biasa lak. Hahaha. Takpe, lepaskan gian tu, kite belikan utk anak org lain. Lol. 


Ini yg bg Asyraf, gambar di copy dr blog Leenda, haa kan ada watermark tu. haha. Harap Asyraf suke la. 

Waktu i pegi holiday aritu ada gak la teringat nk beli sikit2 souvenir utk anak kengkawan. Yg mane rapat tu dapat la. Esp mak etty. Akemahin kirim fm kann. Haha. Ibu belikan Umar tshirt jela. 


Hehehe. Tp takdo pong mak etty amek gambar Umar pakai baju ni. Sedih i tau mak etty. Ke ko x suke wei. Mesti ko harap aku belikan baju utk ko kan. Harapannn.. Harapan menjadi layuuu. Wakaka


Yg ni i belikan utk Ilman anak si Put tu. hehe. Sebenarnya i pinjam boba 3g put waktu pegi london aritu, i dok search org nk sewakan. Skali put yg baik hati ni offer bg pinjam je uolls. Semoga Allah balas jasa put. Mmg berguna sgt2 boba tu. Rafif like it alot. Next baby confirm aku beli dah. Sbb malu nk pinjam byk kali. Lol! Jadi org kate, orang berbudi kite berbahasa. I belikan souvenir la utk Ilman and mak die. 


Awww, so cute!! Aunty sukeee. Jawsomeee..


Ni pulak satu2 nye anak dara dapat dress dr Primark. Hehe. So cute la Chacha wearing red dress. 


Haa, yg ni jangan kompius, i bukan bg baju papa ayish ye. Baju ayish je i belanja, baju papa tak mampu sebab mahal. Hahaha. Shomell sgt ayish dgn baju yellow. This is how i role katenyeee!!


Yang ni waktu i pegi Edinburgh, Scotland aritu. Masuk kedai souvenir, nk belikan keychain utk adik. Adik i tu nama die Syalihah. Tp kawan2 gedik panggil Sally, mmg la ada. Yg sorg lagi adik i nama die Syafiza, mane ada nama Fiza. Haha. Marah btol die i belikan the world according to Sister. Hahaha. Pastu i terjumpa nama Hannah, teringat anak Lisa. (waktu tu i ingt nama anak anez pon hannah). I check it out dgn lisa kt ig. Die nk kirim. Hehe. Tp i belikan. Mmg dah niat. 

Bila i check2 sonok pulak wei bila tgk budak2 ni pakai brg yg kite bg. I rase happy sgt. Dah la omei2 sumenyee. Haritu dah teringat nk beli lagi for a few friends kt fb tu. yg dr group lama tu. Esp Dyll and Kina. Tp tak sempattt. Nnt ibu belanja for Aryan and Shahadah jugak ye. So soriii. :(

I tau dgn cara gini salah satu cara la utk rapatkan silaturrahim antara kawan2. Fyi, i ni tak keje, so kawan2 i mmg kawan fb je, kenal alam maya. Tp rasenye boleh lg rapat dr kawan lama. ( tetiba rindu kawan lama) and i harap Allah murahkan lagi rezeki kami sekeluarga. I nak ajar Rafif jadi dermawan. Walaupon kite ni bukan la kaya pon. Apa yg ada kite share sama2. 

(post ni takde niat nk riak atau menunjuk. Sila jgn salah paham)

Next baby yg i akan belanjaaaa.......hurmmmm.....

Feb 23, 2012

DIY: Nursing cover for public breastfeeding

Assalamualaikum

macam tak percaya semalam saya berjaya DIY poncho sendiri. hehehe. dah lama tak start menjahit. seronok plak rase. hehe. act, saya dah lama lah usha2 nursing cover ni. sbb bg saya amat penting bila nk menyusu di khalayak ramai. aurat harus dijaga. nak2 lagi aset wanita. ;p so tengok2 online macam mahal je. around rm50 untuk cover ni je. kualiti kain saya tak pasti lah camne. pastu datang idea terfikir nak jahit sendiri je sbb MIL ada bg kain cotton untuk jahit baju kurung my niece. lebih sbb kain tu banyak.

saya try jahit sambil sakit2 belakang ni. menjadi jugak lah. hehehe. takpe. yang penting jimattt~ so mommies. let's DIY. ^___^

inilah nursing cover jahitan sendiri. hehe

Kain ni MIL beli dekat Jakel. kain perca je. harga klau ikut kayu mahal gak rase. rm50/meter. tapi dah beli perca murah la. sape slalu beli kain perca kt jakel ni banyak kegunaan. design yang saya jahit ni paling senang. sbb die macam jahit apron je. hehehe.

inspired by this. tapi takde besi yang penyambung tu. jadi saya hentam je jahit straight macam apron.

Peanut shell nursing cover

 Ini cantik kan? polkadot!! saya suke saya suke. klau mommies semua ada kertas yang keras tu. boleh jahit skali bahagian atas. kegunaan die senang nk intai baby. huhuhu

 same macam saya jahit cuma saya tak jahit yang besi sambung tu

barulah rase best kan public breastfeeding pon. =)


act, poncho ni ada 2 jenis. satu cover betul2 start dari belakang atau macam apron ni. disebabkan kepakaran dalam menjahit amat tipis. saya jahit jela macam ni. hehehe. takpe. dah puas hati. tips klau mommies nak jahit nursing cover ni. sebaik2nya guna kain cotton, pastu kain jangan beli yang murah sgt. takot panas bby dok dalam tu. bab tali sangkut kt leher tu. klau nk ikut macam saya buat, kena jahit agak panjang sikit. just bayangkan kita bertudung, dengan tebal tudung lagi. pastu jangan jahit singkat sgt. estimate bwh perut kita. sbb nanti ada bby die kembung lah kain tu. eh. faham ke arahan ni. hehehe.

selamat mencuba ye mommies! =)

 

Dec 28, 2011

Bahan bacaan baru :)


First time ni beli Pa & Ma. mmg byk sgtttt info saya dapat dalam ni. mmg pelanggan setia la lepas ni. mag young parents tu mag dari singapore. tp gambar2 comel. hehe. dan cleo. hehe. takde kena mengena dengan keadaan skrg. tp beli cleo sbb dari dlu lagi suke mag ni.

nk cite mag PAMA ni. ada satu column yang saya tertarik sangat2. tak sure tajuk apa. tp dia cerita pasal how to make a genius baby. first time baca tak percaya anak dia boleh "membaca" dalam masa 5 bulan. bila saya google dan tengok di youtube. mmg betul! masyaAllah. pandai nye. dan bermula hari saya baca tu. saya terus cari ape yang buatkan anak dia genius. bila tengok dekat youtube ramai lagi bby yang boleh membaca seawal 4 5 bulan.

betul lah orang kate, ilmu tak kan habis. bila mengandung ni. banyak sangat bahan bacaan saya skrg. klau keluar g mana2. mesti saya masuk MPH. hehe. feveret. mesti anak dalam perut cakap mak ayah aku ni asyik masuk kedai buku je. hehe. ktorang mmg suke MPH. bila masuk berejam2 la dok dalam tu. saya mesti dok bahagian magazine je, ;p husband mesti bahagian weapon. tak pon comic. kuang3. tp skrg byk beralih ke bahagian buku bby. yes! buku bby! mungkin orang akan kate awal betul. yup. thats true. you can make ur baby genius as early as you can.

satu tips untuk anak genius. play sudoku when u're pregnant. :)

saya beli 1 haritu. cari2 takde yang level rendah2. terus 9x9. waaa! T_T i never play sudoku before. but i know the rules and how to play. husband kate beli je yang ni. mencabar minda sikit. balik terus main. now im addicted to sudoku!! satu malam tu ktorang pakai main before tdo. last tdo lambat. esok bangun lambat g keje. hahaha. ada pro and cons jugak ler. hehe.

selamat mencuba untuk ibu yang lain! :)

Dec 20, 2011

Cara menghilangkan morning sickness

Assalamualaikum

cara nak kurangkan rasa morning sickness version mimi. haha. boleh pulak buat version sendiri kan. ni dari sudut penyelidikan saya lah. sepanjang pregnant ni. so far, Alhamdulillah dah masuk 12 weeks dah tak muntah. loya pon rasa sikit2 je.

1. jangan makan banyak sangat at the same time. lepas makan nasi ko bantai pulak roti. mmg loya dan muntah. huhu. sakit tekak tau muntah. *pengalaman sendiri sbb makan banyak* T_T

2. jangan terus gosok gigi lepas makan. hehe. ini mmg betul2 terjadi la dekat saya. lepas makan saya g gosok gigi sbb nk tidur malam dah. pastu terus muntahhh. weekk.

3. instead of minum air kosong. sbb orang pregnant ni mmg kena minum air banyak. minum lah air suam kosong. jangan air sejuk taw. sbb mmg senang rase loya. klau minum air suam hilang sikit rase loya.

4. klau kajian saya, jangan makan asam. kuang3. orang kate nk hilang loya makan asam. saya bila makan asam. lagi loya. pastu husband gtau asam ada bahan2 yang boleh buat badan kita banyak angin. so klau masuk angin. idok ke senang muntah? hurm. saya try tak makan. mmg kurang sikit. klau rasa loya2 tu try makan kismis. rase manis2 dia sedapp. saya beli kismis minda HPA. sedap!

5. last, saya tak tahu la di mana betul ke tidak ni. ada kakak office ni gtau, nk kurangkan morning sickness ni senang je. baca selawat 3x, pastu try bercommunicate dengan anak kita. cakap la dekat dia. jangan bagi kita sakit. jangan bagi kita penat. pastu tangan kita usap2 perut kita. selalu buat camtu. saya buat Alhamdulillah. betul2 terjadi. itu semua kuasa Allah. :)

Alhamdulillah. skrg dah tak muntah. saya muntah dari weeks 6 ke weeks 10. sebulan je rasa teruk muntah. mmg seksa. mintak2 dah takde rasa.

*orang2 kata. klau kita morning sickness ni bagus sebenarnya. janin kita dalam keadaan yang baik* wallahualam.

Dec 16, 2011

Baby's Language!

New mom should watch this! amazing! i already write a note. hehe


Nov 23, 2011

Awasi penambahan berat badan semasa hamil

Jika anda kekurangan berat badan, anda perlu menambah berat badan sebanyak 12 hingga 18 kg.

Jika berat badan anda biasa atau normal sebelum mengandung, anda perlu menambah antara 11 ke 16 kg.

Jika berat badan anda berlebihan, anda hanya perlu menambah antara 7 hingga 11 kg.

dan

Jika anda hamil kembar, anda perlu menambah berat badan 16 hingga 20 kg.

********************************************************************


Assalamualaikum

kita masing2 tahu kan berat badan kita sebelum mengandung di tahap mana? nak tau kita ketegori yang mana satu? hanya ikut kiraan BMI badan kita.
macam saya, bacaan BMI saya. berat badan normal. means berat badan saya normal dengan ketinggian yang tak berapa nak tinggi ni. jadi makanya, saya di dalam kategori no2. which means sepanjang saya mengandung ni. saya hanya perlu tambah 11 ke 16 kg saje.

okay, sekarang saya dah tambah brape kg? 2 kg! diulangi 2kg!! baru nak masuk 9 minggu. berat dah naik 2 kg. banyak je lemak2 berlebihan ko ni mimi. grrr. *piat telinga sendiri*


penting untuk jaga pemakanan kita sepanjang mengandung ni untuk mengelakkan masalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi pada masa hadapan. wuuu~ takotnye berat naik lebih2. sbb saya ni muntah kemain lagi. berat badan naik jugakkkk.. T__T

jadi saya sertakan di sini Pilihan yang lebih berkhasiat untuk Ibu Mengandung

**************************************************************

▪ Beras merah lebih banyak khasiatnya dari beras putih.

▪ Roti bijiran penuh (wholemeal) yang lebih berkhasiatnya dari roti putih. Hidangan seperti amping, gandum, bertih amat baik untuk ibu dan janin kerana zat makanan yang tinggi.

▪ Buangkan kulit ayam dan lemak yang ada pada daging dan masak dengan cara kurang berminyak atau berlemak. Jadikan hati menu mingguan ibu bagi meningkatkan zat besi, vitamin dan galian.

▪ Beli sayur yang masih segar, simpan dalam tempat sejuk dan masak segera selepas membeli. Masak dengan pelbagai cara seperti sup, acar, tumis, rojak dan sebagainya. Didihkan sedikit air sahaja untuk memasak sayur. Makan sayuran hijau yang dimasak, ulam dan salad segar 2-3 hidangan setiap hari.

▪ Minum 1 1/2 hingga 3 gelas susu penuh krim atau kurang lemak setiap hari.

▪ Minum 6-8 gelas air dan 1-2 gelas jus buah asli setiap hari.

▪ Hadkan kopi atau teh tidak lebih dari 4 cawan sehari. Pilih jenis yang kurang mengandungi kafein.

Kurangkan pengambilan gula, gula-gula, biskut manis, kuih muih, coklat, keropok dan minuman manis. Jenisjenis ini amat sedikit atau langsung tidak mengandungi vitamin dan galian untuk kesihatan tubuh.
Ibu mudah terlebih memakannya kerana ianya tidak mengenyangkan. Dari itu, makanlah hanya sekali sekala tanpa mengenepikan 5 kumpulan makanan yang disarankan.

Hadkan makanan ringan, segera, remeh dan yang banyak mengandungi pewarna, perasa serta pengawet yang tidak banyak mengandungi zat. Adalah lebih balk jika dayang mengurangkan pengambilan jenis jenis makanan ini dan beralih kepada yang lebih berkhasiat.


SARAPAN PAGI
1 gelas jus limau
1 mangkuk amping/amping jagung atau 3 keping roti bijiran penuh dan sedikit majerin
1 biji telur rebus
1 cawan susu

SAMPINGAN PAGI
2 keping biskut digestive/krakermeal
1 cawan teh cair bersusu

MAKAN TENGAHARI
1 mangkuk nasi
4 sudu makan daging/ayam sos tiram berkucai dan tomato
1 mangkuk bayam tumis
1 potong betik

SAMPINGAN PETANG
1 biji jagung rebus
1 cawan susu bercampur sedikit milo

MALAM
1 mangkuk nasi
1 mangkuk ikan rebus ala tomyam atau sup
1 mangkuk taugeh campur tauhu tumis
1 potong tembikai

*******************************************************

makan jugak kena ikut piramid. jgn ikut sangat orang2 tua dok cakap "makan untuk 2 orang" semua tu. *kau je makan lebih, anak tak besar mana pon dalam perut. hehehe. dannnn. paling saya takot. kita makan lebih. anak pon makan lebih. then anak terlampau besar dalam perut. akhirnya kena c-cest. Ya Allah, saya klau boleh tak nak c-cest. saya nak bersalin normal....wuuu...Ya Allah, mudah2kan la permintaan ku ini...


makan buah dengan sayur ni banyak2. 

Sep 22, 2011

Something Borrowed

Assalamualaikum
harini saya dengan baik hati nye mengupdate untuk kepentingan diri sendiri. eh salah. untuk kepentingan B2B diluar sana yang nak sewa aksesori perkahwinan. saya tengok sewa kat sini harga mmg murah. kira murah la klau kita nak sewa dekat butik pengantin tu.

 candle LED. sweet gler!

 tanglung. eh tetiba je. haha

 decoration untuk pelamin or meja makan cantik ni

 bantal hantaran. tak payah DIY. sewa jimat masa. hehe. murah je


dan yang paling saya suke
yg ini!




eh bukan camera lah. baju baju baju! 
cantik! dan murah. 

nak tau harga? jom ke FB SomethingBorrowed byNawal
Contact owner sendiri lah ye. saya tukang promote tak berbayar. hehe.

Sep 13, 2011

Sep 12, 2011

DIY veil or headband Organza Flower

Assalamualaikum

disebabkan arini saya rajin terlebih akibat makan banyak. ada potluck kt office ni. maka dengan ini, saya baik hati untuk tunjuk tutorial Organza Flower. cewah. ayat nak gempak je. ok, mari kita mulakan. organza flower ni cantik untuk jadikan veil atau jadikan your flower girl headband. klau untuk veil, kebanyakan untuk veil yang pendek. tapi tidak mengapa. jikalau anda kreatip mesti boleh buat veil panjang.

 


 cantik kan?? cepat cakap cantik. klau tak, aku mengamuk. haha

klau untuk headband, camni lah rupanya.




ok. jgan banyak membebel. mari kita mulakan dengan tutorial organza flower.

ambil kain organza. potong mengikut bentuk bunga. tak perlu cantik sangat. klau tak cantik pon. andaikan aje itu seni. pastu cakap pelan2 dalam hati, gler buruk. ok. abaikan step ni. kain organza ni agak kasar sikit. klau tak tau, pegi je nagoya ke jakel ke tewah ke cakap nk kain organza. senang cerita.

pastu amek lilin, pastikan lilin yang digunakan tu semurah yang mungkin. jangan tiru aksi di dalam gambar yang menggunakan lilin mahal. pastu hangitkan tepi2 kain organza tu dengan hawa2 panas lilin. jangan ler pulak ko g bako kain tu. mmg ler tak menjadi. haha. 

 lepas dah siap membako tadi. buat lagi beberapa keping untuk jadikan 1 kumtum bunga. mungkin dalam 3 ke 4 lapisan. make sure saiz bunga tu tak sama okeyy.
 lepas tu, susun2 kain tadi dan amek benang dan manik yang color lebih kurang kain je. jahit lah pulak manik2 tu sekali ngn kain yang 2 3 4 lapis tadi. (eh, paham ke tak arahan aku ni?? aku sendiri confius.haha)

dan buat lagi macam2 color. cantik kan???? 

grrr. gerammm nk buat letak kt baju raya. eh raya bila ni? amboii. otak dah fikir raya tahun depan. hehehe. nanti insyaAllah saya akan banyakkan tulis tutorial untuk persiapan kawen ok. tak kisah la orang tu nak buat untuk kawen ke. untuk tunang ke. raya ke. ape ke. next tutorial saya mungkin 3D flower. pewiitt!



picture source: Google!

Aug 23, 2011

Tips booking andaman

Assalamualaikum

harini saya nk cerita pasal pengalaman lah pulak. pengalaman bila saya nk booked baju pelamin segala bagai tu. 
act, bukan mudah tau. orang kate macam mudah je. pegi jela kedai mak andam tu. pastu booking. cet! salah sama sekali. 
first of all. setiap orang tu kena ada tema warna. at least! 
klau tak de tema lain pon tak pelah. asalkan ada tema warna ape.

macam saya, dlu saya mmg malas nk fikir benda camni. bila dah tarikh dekat baru kelam kabut pick warna. so majlis blah saya. saya pilih biru. light blue. tapi saya tak byk sangat problem bila booking utk blah saya. since saya amek dengan makcik saya je. senang cite. 

bila nak booking utk side kajang. my MIL da choose color which is peach and light green. saya pon suke jugak warna tu. lari sikit dari warna normal. 

saya pon pegi lah festival pengantin dekat mines bulan 2 or 3 lepas. saya tak ingat. 
tengok la baju peach tu. saya berkenan. ok lah. tapi tak booked lagi.
saya tengok pulak pelamin. pelamin bantal. range harga pon ok jugak. saya malas nk fikir. 
saya booked! bayar la deposit. 

balik rumah 2 3 hari. saya dok teringat je baju peach yng mmg saya pakai tu. 
saya call butik pengantin tu. cakap nk pegi kedai sbb nk tengok lagi sekali. nk booked!
dah la jauh wei. batu caves nuh hah. smp sesat2 ktorang. ishhh.

saya dah berkenan. booked dengan bayar deposit. 
pastu cite-cite sikit. tetapkan tarikh nk pasang pelamin hari apa. 
kusi mane nk guna, bantal color ape. 
sume saya nak die kate okay.
pastu dia kate nanti datang a week before majlis sbb utk fitting.

oklah. masa berlalu. saya pon pegi la kedai die balik utk fiiting baju.
tup-tup pekerja kedai tu macam blur-blur tak tau ktorang ada fitting baju aritu.
ok. sabar kejap. pastu naseb baik baju saya tu ada. die cakap. next week ni ada orang lain nk pakai.
saya try pakai corset dlu. mak aihhh. ketat gler~~~ 
saya cakap ni bukan saiz saya ni. aritu dah amek ukuran kan. 
pastu die cakap. ok takpe. nanti kita bukak dah jahit balik ukuran cik. 
ok lah. pakai pulak baju lace kt luar tu. besarrr pulakkk..
menggelebeh bawah lengan, pinggang sume. 
saya cakap lagi. ish.ni bukan ukuran saya. pelik la. kain pon ketat.
saya macam pelik gak sebenarnya. orang yg nak pakai next week tu badan die camne?
corset punya la ketat gler. tapi baju besau pulak. ish pelik pelik.

saya biar jela. malas nk bising. 
husband saya try ok je baju die. cuma butang baju tinggi sangat.
smp husband saya nk kancing tak boleh. 
cakap dekat orang kedai, butang ni turunkan sikit. baru boleh butang
ok. dia siap tulis lagi hah!


pastu saya nk balik. saya cakap baju ni bawak sekali ngn pasang pelamin lah. 
sbb jauh kot nak datang kedai tu semata-mata amek baju.
tapi itulah kesalahan saya buat. tak pegi try for the last time.
(tula. percaya sangat dekat orang) T_T

hari pasang pelamin tu. diorang pon datang la.
pasang pelamin tung tang tung tang.
tengok-tengok. aikk. lain je bantal saya ni.
color dah betul. cuma bantal tu. ada yg ada butang ada yang tak. 
T___T
saya malas nk serabut. sbb time tu pon dekat rumah mertua saya. 
saya cakap ok la ni. lantak ler.
pastu die bagi la baju. mintak duit baju. 
saya pon bayar. pastu die blah.
saya pon tak de la nk check baju tu. sbb macam okey jekan.

hari majlis tu, saya pakai. corset dah okeh. tapi baju tu tetap die tak jahit ikut badan saya
mmg menggelebeh. harapkah veil je tutup belajang. sbb veil panjang. saya malas nak jadi bridezilla je.
sbb dah jadi binik orang kan? hahaha.

husband pulak. die tak alih pon kancing baju tu kebawah. sian encik husband tak ley nk pin.
aritu kemain lagi kau tulis beriya. grrr. geram pon tak guna. 

layankan jela.
bila nak antar baju tu. saya pegi la sekali lagi butik tu.
die tny so far okay ke? 
saya ponnn. cakap la. baju ni besar tak sama saiz saya.
yg bju lelaki pulak tak ubah pon kancing ni. 
die mintak maaf. okay lah

pastu die check la baju tu. die kate klau ada kerosakan die akan caz. 
dan kotor pon die akan cas
aikkk. awal-awal tak pernah pon cakap pasal ni. 
die check, dekat baju bhgn bawah tu ada koyak sikit. 
die cas smp brape ringgit ntah. 

saya terus cakap. 
dik. time diorang antar baju tu. saya tak check pon samada koyak ke tak. 
pastu saya suh die call owner butik tu.
husband saya pon cakap la ktorang xtau koyak ble. bla bla
pastu cakap la baju ni pon bukan saiz saya. 

dia tak jadi cas. fuh. lega!
tapi die still cas utk kotor. saya dalam hati. eii. kotor pon cas ek? 
bukan kita bayar baju tu ratus-ratus. pegi jela dry clean. 

dah anta. sudah! saya lega dah abes segala majlis. 
naseb baik tak de la banyak sgt problem.

____________________________________________________

balik office ada officemate saya kawen jugak.
die punya cerita lagi horror okayyyy~
takot glerrrr..

nak cite pon takot mak andam tu bomohkan aku. wakaka


tips dia. cari tempat yg dah biasa orang pegi. kawan2 ke. family ke. tny die service ok ke tak.
baru amek. skrg ni macam-macam terjadi. jangan kena tipu sudah. bayar riban riban karang ditipu pulak. 

adios!

Jul 27, 2011

Kiblat Locator and weather


Assalamualaikum

saje just nak review pasal kiblat locator. hurm, mungkin ramai yang nak pegi oversea dan risau mana arah kiblat. pastu g beli kompas. yes! thats one of the option. tapi klau mcam saya ni cepat boleh baca peta. so saya just tengok kiblat di Kiblat Locator. klau untuk lebih confirm, bawak je kompas. senang cite. hehe.dan jugak kalau nak tau waktu solat dekat sana. boleh click Islamic City. pilih country then print. bawak pegi sana. senang! hehe. macam dekat Australia. pukul 12 dah zohor. 2 dah asar. maghrib pukul 5. huhu. sebab pukul 5 dah gelap.

islam itu mudah. tinggal hanya kita yang memudahkan lagi urusan kita :)

and another one yang saya nak share. tentang suhu. mungkin klau nak pegi asia. kawasan serumpun tak berubah sangat ye suhu berbanding Malaysia. tapi untuk yang nak pergi jauh. better for you to check the weather first. then boley prepare utk pakaian kat sana. sekarang ni winter dekat Australia. bg saya sejuk sgt. Australia matahari die dekat sbb kita boley rasa panas. tapi disebabkan dia windyyyy. thats why jadi sejuk. i dont know la klau pegi london musin winter camne. mungkin saya terperapp je dalam bilik. huhu.

Jul 14, 2011

Review Makeup Wedding

First of all I just want to post my picture coz I dont really have a mood to write much. haha. tapi nak review.



 Makeup untuk akad nikah I choose pink and purple for my eyeshadow. sebab untuk menampakkan wajah lembut je. bahaha. poyo je. muka tak cantik kan? kena la pilih bagi nampak ayu sikit. hahaha. so far saya amat berpuas hati dengan makeup. =)

 Untuk sanding, tema saya biru, so my MUA aka makcik saya.hehe.pilih light blue for my eyeshadow. ok. for birde to be, klau nak bagi nampak lain sikit muka bila makeup, pakai la lens. InsyaAllah, nampak lagi stunning! wow. hehe. time wedding saya, saya pakai lens Sterling Grey by FreshLook.
okay. sini ada sedikit tips;
bride to be boleh katakan tak pada apa yang kamu tak suka. for example, ur MUA nak pick sendiri their own color for eyeshadow, you have right to say no klau tak suke. buat pilihan kamu sendiri untuk hasil yang kamu nak. jangan jadi mangsa. hikhikhik. klau MUA nak andam kening lebih-lebih ke, cakap je tak nak. sebab kamu yang bayar, so you have right to do so. tapi dengan cara yang berlembut la ye. sebab kita kena bertolak ansur dengan orang lain juga. =)
perlukan Makeup Artis untuk majlis perkahwinan di Kelantan? contact Anita Bridal. or boleh terus ke Facebook Anita Bridal.

Jun 22, 2011

Bride to be. Tolong lah tdo awal!

Ini penting.
betul orang cakap. nak kawen kena cukup rehat. cukup tido. tapi itu semua dusta! saya tidak percaya! hahaha. saya before kawen memang tak cukup tido sebab banyakkkk preparation nak kena buat. tu pon naseb baik la mak kakak adik sebok dok menolong siapkan apa yang patut. klau tak tolong memang tak siap la kawen saya. hehehe

every night saya akan tdo lambat.kira melepasi pukul 12 la. every night! a week before majlis. wuuu~ dan apa yang saya dapat???? MATA PANDA! sampai makcik saya a.k.a mak andam saya cakap time nak mekap. ni mesti tak cukup tdo ni. hehee

die pon tempek-tempek la macam-macam kt bawah mata. tapi bengkak bawah mata saya still tak ley hilang. wuu. tak po lah saya cakap. naseb eden. hehe

Ini gambar.nampak jelas mata ku bengkak donggg!

May 18, 2011

10 days & Tips and Tricks

lagi sepuluh hari menjelang hari raya. berakhir lah puasa~~ eh2. kelaut dah. menjelang hari berbahagia ku. eceh! poyo je kan. lagi 10 hari. jantung laju dari biasa klau dok fikir pasal majlis. baik aku jangan fikir sangat. haha.

tapi saje nak bagi tips kepada bakal pengantin. (macam aku dah kawen kan?) bukan. ni jugak tips dari bekas pengantin yang bagitau saya. which is my fiance's cousin. dia bagi 2 tips yang berguna.

1. Jangan buat facial bila dah dekat-dekat dengan tarikh majlis
-sebab takot effect kulit muka. ada yang kulit menggelupas or jadi makin gelap lepas buat facial. tarikh dah dekat so tak dapat nak selamatkan dah T_T

2. Jangan buat manicure or padicure
-sebab takot nanti inai nak dipakai tak lekat dekat jari. dia bgtau la. bila dah tarikh dekat-dekat jangan pegi manicure. bio je kuku camtu. nanti pakai inai cantik la. hehe.

ahad lepas ada buat makan-makan dekat rumah kak hudah (cousin encik tunang) sebab dia akan fly pegi Indiana USA. husband dia sambung belajar so diorang move to stay US lepas ni. dan dia awal-awal dah bagi hadiah kawen untuk kami. hehehe.

our first wedding gift. =)

di sebabkan dia move to US. so dia nak tolak barang-barang rumah dengan harga murah. apa yang kami dapat? MESIN BASUH! hahaha. seriusly bersyukur sangat dapat dah mesin basuh Electrolux dengan harga yang memang murah giler. orang pindah jauh-jauh kita pon merasa untung juga. =)

Mar 4, 2011

Listen to my HeartBeat

Ingat Lagu 2PM my heartbeat je ke?? 

Ellow ni lagi best dari tu. Ini Heartbeat ada uwang tawww..
Nak tau? sila la click sini!!

woh.denga cite earning die lagi pantas dr Nuffnang
 
p/s: rajin la click untuk duit nk bli goodie bag kt korang jugak
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com