Home

Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday, May 11, 2016

Edisi Bila Nak Rajin : Kelantan , Johor Bahru & Singapura.

Tahun ini Jijah telah sempat berkunjung ke beberapa negeri iaitu Kelantan & Johor Bahru beserta Singapura. Namun masih belum berpeluang untuk berkongsi pengalaman manis dan menarik di dalam belog picisan ini. Hanya sempat berkongsi gambar di dalam Instagram semata. Kemudian mulalah terasa alahai alahai sayangnya tak berkongsi di dalam belog khen?

Tetapi itulah pulak , hendak mencari semangat untuk menulis dan mengingati setiap perkara yang dah terjadi tu bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Almaklumlah diri ini kalau buat sesuatu jenis yang tak boleh nak ingat untuk tempoh yang lama. Kehkehkeh. Gaya macam urat dah putus beranak tujuh aje gaya lupaaaaa dia tu khen? Kihkihkih.

Jadi disebabkan hendak mencari mood untuk menulis tersebut , haruslah kita tayang sesikit dahulu gambar di dalam belog khen? Nanti , muncul lettuew semangat yang hilang kan? Hihiks.



My hometown , Kelantan Darul Naim.
Balik ke sana atas sebab menghadiri kenduri kahwin kawan kakak pada bulan 3 yang lepas. Nanti Jijah sharing is caring dalam belog ini eh..


Singapura.

Ini yang paling terbaru. Bercuti sambil berniaga.

Hihiks.



Beautiful sight at Gaden by The Bay , Singapore.

Gambar-gambar pembakar semangat untuk menulis dah ditepek. Nanti kita bakar lagi semangat untuk berkongsi cherita dalam belog picisan ini pulak khen? Kaedahnya macam ramai sangat yang nak membaca khen? Eh tapi tak kisahlah! Janji boleh lah dibaca kelak di hari tua kan? Konsepnya dibuat sebagai kenangan gituh.

Semoga dimurahkan lagi rezeki untuk pergi ke negara-negara lain serta negeri-negeri lain di sekitar Malaysia nanti. Amin. Korang dah ada perancangan ke nak pergi ke negara atau negeri mana selepas ini? :)

Terima kasih sudi baca :)

Friday, December 10, 2010

My Way to Terengganu [Part 6] *LAST PART!!*

Halo Halo! Akhir nya PART 6 which mean , this is the last entry mengenai Terengganu. Ngahaha. Aku sebenar nya dah nak juling + pening nak ingat balik benda-benda yang jadi last week. Sepatut nya aku tulis dan publish time dekat sana lagi sebab banyak gila waktu yang terluang.Tapi menggedik nak tulis bila dah balik KL -__-' So terima lah padah nya bila dekat KL ni memang jarang ada masa terluang sebab ingat nak study semua kan? :( Haish , membazir dah masa :( Aisehhhh...

Ok Ok now nak cherita.Ok untuk hari Jumaat , means hari ke 4 tu tak pergi mana-mana.Sebalik nya just duduk hotel dan tengok TV. Ekekeke , sebenar nya lepas gian ni ha.Sebab dekat homestay tu tak ada ASTRO. Ishh , gedik kan nak ASTRO semua kan? Ekekeke. Yelah , nak lah jugak tengok ASTRO khen? Jadi memang tak keluar bilik pun.Lagipun check in hotel pun lepas Ayah pergi sembahyang Jumaat. Jadi kira nya dah petang lah check in Hotel UiTM. Dah berubah sikit keadaan dalam bilik.Now dah tak guna kunci segala katanya ... guna kad sajork! Wah Wah ... dah 3 tahun berlalu banyak perkembangan ni Hotel UiTM. Ekekeke. Ai Loikeee :D

Ok hari Jumaat memang banyak rehat-rehat and lepak-lepak chill.Lepas tu baru teringat nak cuba baju kurung aku tu ha.Memang lah baju tu baru lagi.Baju raya tahun ni punya.Tapi mana lah tahu badan ni yang makin comel mengembang hep hep ni bakal membuatkan aku tak muat dengan baju itu T_T Haishh , tulah makan tak ingat hari esok ... bila lagi sehari nak convo kakak aku tu baru tergedik-gedik nak try kan? Haish!

Ngeheeheh , tapi selamat muat dan tak ketat langsung. Ekekeke.Ni yang aku makin sayang dengan tukang jahit aku ni kan?Ekekekek.Tetibe jah! Haha. Ok now aku nak cherita terus pasal Konvokesyen Day kakak aku tu ye! Ok , pagi Sabtu tu , aduhaii... hujan lebat sangat! Memang terus aku macam aisehh .. macam mana nak amik gambar nanti?Macam mana nak posing cun vogehh opss semua nanti kalau lencun semua?Aiseh Aiseh. Pukul 6 pagi .. hujan lagi. Pukul 6.30 hujan makin lebat. Pukul 7 pagi ... tak payah cakap pun dah tahu.Ekekekek. Lepas tu dah terus macam ala-ala tak ada mood gituh nak fikir pasal posing segala. Cehh. As long dapat tengok kakak aku convo pun dah cukup baik :D


me and beloved sister. time ni tengah hujan renyai-renyai. Baju Kurung aku yang cun ni memang dah basah macam mandi pantai dah okeh?Selamat tak nampak. Ekekekek.

So , dalam 7.15 pagi kitaorang dah pergi UiTM , elleh sebelah tu je meh.Wakakak. Hotel dengan UiTM memang sebelah menyebelah je meh.Tak sampai 5 minit dah sampai.Hujan memang lebat gila.Patut nya kena parking dekat luar.Tapi kitaorang pakai redah masuk dalam.Nanti habislah cair mekap aku kan?Elleh , setakat pakai foundation tu , tak payah kecoh ye Ijah EmoTemo T_T Ekekeke. Lepas tu , masuk je dalam ... kakak aku pergi dekat tempat dia kena pakai jubah segala , aku dengan mak aku pergi dekat area Dewan Aspirasi dan ayah aku pergi parking kereta. Aiseh yang kesian nya aku , kesian ke nyah? Ekekeke .. Aku kena duduk luar sorang-sorang.Tak ke sadis hidup?HELLO IjahEmoTemo , memang lah kalau orang pergi konvo jemputan untuk 2 orang ye. Sila jangan jakun macam tak tahu pulak T_T Ok Ok.

Ekekekek , jadi disebabkan memang kitaorang berempat je yang pergi Dungun , maka memang aku sensorang lah dekat luar dewan tu.Alah , bukan jauh mana pun meh. Ada lah kot macam entahlah.Nanti lah aku tunjuk gambar.Malas pulak nak tepek untuk entry kali ni.Hahaha. Nanti akan ada entry berikut dan berikut pasal gambar-gambar sepanjang di Terengganu.Ekekeke. Tapi bukan lepas ni lah.Boring dah aku nak ingat balik kisah minggu lepas.Hahaha. Majlis tu start dalam pukul 9.30 pagi.Haishh , feeling lah sendiri macam mana aku punya bosan memula ? Ekekeke. Tapi sempat jugak lah aku pergi snap gambar kakak aku time dia nak masuk dewan.Heheheh. Padahal time tu hujan tengah lebat.Tak kisah uols! Tapi gila berani jugak.. tinggalkan payung ... tinggalkan bunga yang aku beli untuk kakak aku.Bukan murah uols!

Tapi sempat jugak tawar menawar dengan abang yang jual bunga tu.Muahahaha.Selamat dapat murah okeh?Tapi tetaaap lah mahal voleyh?Ish , tak reti bersyukur.Ekekeke. Ok jom jom layan gambar :D

ayah , Aa , umi.

kakak saya. congrat's ye dapat ANC. I'm so proud of you. :)

Majlis start pukul 9.30 pagi dan habis lebih kurang pukul 11 pagi. Fuhh , sekejap je rupanya. Yelah aku ingat lama khen?Heheeh. Ok sepatutnya kitaorang boleh terus jumpa peluk siyum opss kakak aku tu kan?Tapi dia telah dibawa lari gituh.Opss. Eh tak lah.Haha , dia kan ANC katanya , haruslah di bawa lari untuk bergambar dengan Pro Canselor semua.Hehehe. Best kan?Curlast kau Maria.. eh eh? Haha. Sambil nak tunggu kakak aku tu , kitaorang pergi jamuan yang tersedia tu.Hehehe ... makaaaaan lagi xD Hamboii suka je kan aku?Hahah , sedap weh! Sebab pagi tu tak makan langsung! Harus aku makan macam tak pernah jumpa kuih lapor .. cream puff , karipap T_T Malu pulak bila pikir balik.Keh3x.

Lepas setengah jam macam tu , baru jumpa kakak aku balik.Heh , lepas tu aku memang dah basa jeruk. Atau dalam bahasa lain nya , habis basah satu badan aku kena hujan.Time tu hujan renyai-renyai. Hehehe. Tapi masa sidang konvokesyen berlangsung , perghh hujan lebat gila. Sampai aku nak gigil kesejukkan okeh?WAH WAH , over gila ayat! Hhaha , tapi syok jugak lah dapat merasa sejuk gituh.Ceh. Haha. Lepas tu aku meman ikut keliling kakak aku pergi mana dia nak posing segala kan? Yelah kenangan sekali seumur hidup gituh. Selamat mood aku hari tu ok je :) Kalau tak naya lah kau kan?Ish Ish , mujur jugak :D

So , aku memang have fun sangat last Saturday! xD Lepas tu , balik je hotel terus tidur tak sedarkan diri.Keh3x. Ok malam nya pulak... kitaorang makan besar lah kan? Makan dekat area situ. Aiseh , yang tak best nya hujan tak berhenti tau.Malam tu makin lebat hujan nya.Memang makin sejuk gituh.Aiseh! Tapi kitaorang terus je pergi makan dekat area situ.Dekat Laila Tomyam and Seafood.Ok lah , the food was not bad and sedap jugak. Heheeheh. Jom layan gambar lagi.


muka kepenatan terserlah! -_-'

Ayah + Umi = LOVE :)

Lauk yang di pesan : Tomyam Campur , Kangkung Masak Belacan , Udang Tempura. Semua sekali ? Hmmm ... entah! Ekekeke.

So , kisah tentang MyWaytoTerengganu telah berakhir.Esok nya , pukul 10 pagi kami pun bertolak ke KL. Terasa macam sayu pulak nak tulis ayat penutup ni.Hehehe. 6 hari di sana sangat menyeronokkan.Banyak benda yang di lakukan , memang letih , memang penat. Kenangan dan memori yang sangat indah untuk aku :) Apa yang aku boleh kata kan , tak rugi untuk memilih FAMILY COME'S FIRST , sebab sepatutnya aku ikut kawan aku ke Medan kan?It's ok to choose ur family first because , even kau benci menyampah dengan keluarga kau sendiri eh ini bukan aku okeh!!hep hep!! , tapi bila kau bersama dengan keluarga kau sendiri , kegembiraan dan kebahagiaan dari hari ke hari tetap akan muncul dan bersinar.Percaya lah cakap aku :) Sorry if MY WAY TO TERENGGANU tidak lah menyeronokkan gaya penceritaan nya , aku hanya tulis mengikut pengalaman dan stail merapu merepek aku saja.

woo hooo ... KL here I come.. eh eh bukan aku dekat KL dah ke? *lempang*

Bye semua and tq reading to everyone :) Lepas ni dah tak kan ada lagi dah cherita pasal Terengganu.Ekekeeke , cherita pasal kehidupan di KL pula ye. Haish , terasa macam nak pergi lagi sana ... makan , tidur , tengok tv , jalan-jalan .. tidur dalam keadaan hujan yang sejuk.Best dan sangat seronok :)


Thursday, December 9, 2010

My Way to Terengganu [Part 4]

Kita sambung lagi cherita pasal holiday aku ke Terengganu.Fuhh , banyak gila kan? Yelah meh 6 hari tu pergi sana , haruslah belambak cherita , peristiwa , kenangan , ecece dan macam-macam lagi kan? Hee. Ok untuk hari pertama & kedua ni aktiviti nya meniarap atas katil je. Heh , memang tak pergi mana-mana. Makanan pun beli tapau balik kat rumah. Hujan uols! Lagi baik tidur daripada celik mata kan? Eh opss! Patut nya buat lah amal jariah macam Ayah ai tu kan? Ni anak bongsu nya asyik mencekik makan je kerja nya T_T Patut lah makin tembam kan? Heh.Heh.Heh.

Kekdahnya 2nd Day , kitaorang telah berpindah lagi.Yeeha. Memang macam masuk pertandingan treasure hunter apa je kan?Ekeekek , tapi ai loike.Ok this time , my parent's cari homestay pulak! Harga lagi murah meh! Ekekeek , aku ni macam peromot orang kan suruh sewa homestay murah-murah kan?Heh , ikut suka hati korang lah kan selesa macam mana?Ada duit lebih , pergi lah tempat yang korang mampu dan mewah.Tapi kalau ala kadar + pembelajaan makan minum yang kuat melantak macam aku ni , better find somewhere yang harga murah tapi selesa gitu.Haha.Ok Ok sudeh. Kekdahnya , parent aku pergi cari tempat tu time dorg nak cari breakfast.Hehehehe , aku time dorang cari breakfast , aku tidur lagi T_T Eh Eh , aku dah bangun ok ? Lepas tu sambung tidur T_T

Yelah kakak aku pergi raptai , aku pulak tak kan menyibuk nak pergi raptai kot?Kena lap tai hade lah kot?Hoit , apa kau merepek Jah ??? Hehehehe. Ok Ok. Then diorang cari time aku tengah syok tidur dekat Villa tu ha.mesti dorang takut nak heret aku pergi tengok homestay tu takut aku akan komen macam-macam last-last kena cari tempat lain , citt heheheh Dekat mana tuh ?? Haaaa ... tempat tu baru je lagi. Even harga dia murah , tapi puas hati tapi jom layan gamabar dulu :P


my love , di depan villa kami.

ini ekceli makanan waktu first day sampai. nasi lemak beli dkt KL , lupa nak makan awal-awal. selamat elok lagi :D hehehe.

only RM 98 , tapi semua lengkap di SixVillaInn :D wahh peromot nih :D

Ok , hari kedua , dah dekat petang macam tu baru kami masuk ke new homestay.Dekat Pantai Teluk Lipat , dekat je dengan UiTM Dungun tu ha. Dekat tak dekat jugak lah.Tapi still kategori dekat lagi daripada dekat SixVillaInn tu ha.Dia macam hujunggggg gilaa lah kan?Tapi sumpah dekat homestay which is memang rumah orang tapi dia bagi sewa yang lengkap dengan aircond, tv,bilik air besar gilaaa , kipas , katil besar , ruang bilik yang besar , sumpah best doe! Nak tahu harga berapa? CUMA RM 80 sahaja ok? So who said , harga murah tak selesa? It's up to us lah kan?Macam kitaorang sebab dah terdesak macam ni ha , pilih je yang mana ada as long tandas bersih! as long ada air cond boleh?opss Ekekeekek.

Itu atas kehendak korang lah kan?Aku just suggest kan , sebab harga murah , bilik besar.Sesuai lah untuk sesiapa yang ada anak ramai ke?Adik beradik ramai ke , memang murah lah! Syok je! Kitaorang memula tempah untuk semalaman.Ingat nak bermalam di Kuala Terengganu esok nya.Cehhh , pindah randah je kerja nya kan?Oh lupa nama tempat tu ishh lupa pulak ... rasanya DNungVilla ke hape entah?Lupa lah meh! Sorry Sorry!!Tapi memang sumpah best dan selesa.Itu paling penting :D Oh ya , mula-mula ingat nak duduk situ semalaman je , tapi bila fikir situ selesa dan best , kitaorang batal hasrat untuk bermalam di KT , sebalik nya cuma jalan-jalan di KT. Haaa , part jalan-jalan di KT , aku buat new entry lagi ye? Ekekekeke.

Best jugak eh gy jenjalan ni?Entry penuh je sokmo sampai kepala otak aku pun dah blank tak tentu hala.Wakakaka. Maaf lah ye kalau korang serabut dan tengok cherita aku tak best mana.Maklumlah , tujuan kami ke sana , bukan nak bersuka ria have fun for holiday actually but more to celebrated and coming to my sister convocation ;) Tapi pada hari ke 3 baru lah kami pergi jalan-jalan di sekitar KT dan di situ banyak cherita dan story mory yang more have fun rather than this tau.Kalau perasan Part 1-Part 4 , asyik duk bercherita hal , pindah randah je kan?Ekekeke , itu je lah yang ai mampu sebab tak ada buat aktiviti lain -__-' Heh.


i'm fatty bum bum ... oh yeah T_T

setiap kali tengok bunga ni kan , setiap kali tu teringat dekat Kak Eynda , ekekeke , tak tahu kenapa :P Maybe sebab dia suka bunga kot :D


Jadi hari pertama dan kedua banyak di habiskan masa di atas katil empuk dengan suasana sejuk dingin sehingga membuatkan aku membebel di facebook dan menyatakan sejuk sejuk tak nak mandi opss sampai kan orang hairan adakah aku di Terengganu atau di Nottingham atau Ireland seperti Mama Zharfan atau Inche Hatim? Ekekekek. Memang tak pergi keluar makan mana-mana.Kalau lapar sangat sekalipun makan biskut cicah tea o' panas. Wah bila di KL tengok biskut pun muncung mulut kan? Tapi bila di tempat orang biskut kering pun sanggup makan kan?Ngeee , yelah orang kata , apa yang ada , itu lah yang kita suap.Erk! Apa kau merepek lagi Ijah oiii T_T Ok Ok stop it stop it *joget* Hahah , kekdahnya setelah aku merumuskan Part 1- Part 4 , aku merasakan aku banyak bercherita pasal hotel murah , tandas bersih , sejuk , pindah randah , is that I'm not a good storyteller? OH NO!! Haha , but atleast I know , aku bercherita jugak kan :D Ngeee.

tak tahu apa motif gambar ini. pandang lah .. lihat lah .. pipi ku yang .... dah tak sanggup nak tulis T_T heh heh heh...

Last but not least , aku akan cuba update kan perihal cherita jalan-jalan aku KT , CONVO kakak aku dan i'm back to KL! Hmm , harap-harap by this day , aku boleh update semua sekaligus. Hehehe .Boring lah asyik cherita pasal benda minggu lepas ni T_T Eh Eh kau? GEDIK YE? *petir* So , bye guys! *hugs*

I-DONT-KNOW-APA-MOTIF-AKU-AMIK-GAMBAR-BILIKAIR-YANG-BEST-NI?
HAHA , aku rindu toilet ni T_T boleh?

Wednesday, December 8, 2010

My Way to Terengganu [Part 3]

Meh sambung Part 3 , My Way to Terengganu ni. Ekekeke , lambat pulak nak habiskan dari satu part ke satu part kan? Hehehe , citt macam ramai je nak baca kan T_T Tak pe lah janji boleh menulis. Haha. Ok , ini masih cherita hari pertama. Aiyoh! Lambat benor kan? Ampun lah ye , aku macam blank je keje setiap kali nak menulis. Hehehehe. Kekdahnya setelah hampir sejam macam tu duk cari hotel/homestay/chalet dan sebagai nya akhirnya kami bertekad , chewah.. untuk memilih ....
*

*

*

*

*




SixVillaInn , murah je. 98.00 semalaman.

Akhir nya kami memilih SixVillaInn yang berhampiran dengan Bukit Bauk dan dekat juga dengan Dungun. Yelah , tak kan nak pergi tempah dekat Hotel Sri Malaysia yang dekat KT ataupun Marang. Kakak aku esok kan tu kena raptai pagi-pagi lagi meh.Nak lah cari tempat yang dekat tapi selesa khen? Hehehe.Tempat ni aku pernah duduk dedulu , dah lama dah rasa nya.Masa aku darjah 3..4 kot? Hehehe , lupa pulak! Dia ada dua jenis. Satu Villa , satu lagi Chalet. Kitaorang pilih Villa , alah senang cite pilih je yang mana-mana.Hehehe , asalkan dapat tidur , bilik air bersih padahal paling penting nak aircond , muahaha pun dah cukup. Hehehe.

Kalau yang chalet tu tak pernah lagi try.Ni dah 2 kali cuba yang villa punya.Ok to me if kalau korang nak bawak satu family yang more than 10 orang or maybe more you should try Villa. Sebab Sebab ... alah aku lupa pulak nak amik gambar sebab nak cepat-cepat kan?Dia macam ni tau , dia satu villa tu ada 3 bilik.Jadi macam aku ni kan. Sebab kitaorang cuma 4 orang je pun , amik je lah satu bilik. So , bermakna dalam satu villa tu , dia macam sebuah rumah lah. Lepas tu, setiap villa tu ada 3 bilik kan , jadi akan ada 3 penghuni yang berbeza la.Hehehe , a bit scary lah uols.Voleyh? Hahaha. Yelah , kita tak tahu orang macam mana kan?Kalau whole villa tu family kita ok la :P Tapi ok lah. Semalaman je duduk situ. Tapi ok lah situ , ada tandas yang bersih hahaha , ada aircond yang sumpah sejuk gila , ada tv , ada katil.Lengkap walaupun murah :P


Villa F ;)

Kira nya first day tu memang sampai je ke Villa tu kitaorang dah tak pergi mana.Sebab dah pukul 6 petang or 5 petang macam tu kan?Bontot pun dah kematu okeh duduk lama-lama dalam kereta.Dah feeling nak tidur je time tu.Heh?First time kan nak tidur awal-awal?Ekekeke , kalau tak mata ni celik je kerja dia kan? Ekekeekek. First day tu , memang ada banyak kejadian berlaku.Yelah uols macam-macam benda jadi.Tapi keep it secret katanya! Muahahahha :D

First day memang tak buat apa-apa.Tak pergi jalan mana-mana.Tak keluar makan kat luar.Tapau dari luar je itu pun parent's ai yang tapau kan.Tak larat nak keluar mana-mana.Eceh gaya macam kau je kan Jah yang bawak kereta dekat 5..6 jam tu kan?*DUSH* Hehehehe. Kebetulan tengah hujan kan?Sejukk gila! Memang sejuk meh! Mulut pulak bila sejuk sejuk ni nak mengunyah je kerja T_T Hish , seriyes berat badan aku naik bila duduk sana.Mana tak nya , lapar je mengunyah.Lapar je mengunyah.Haishhh..parah T_T

Apa pula yang jadi second day?Hmmm... second day pun sama jugak! Sebab kakak aku sibuk pergi raptai dari pagi hingga lah ke tengahari. Lepas tu kami berpindah randah lagi tau.Woww .. dah terasa macam masuk pertandingan pindah randah uols! Hehehe , yelah ... weols kan dah booked dengan Hotel UiTM on 3&4 Dec , harus lah pandai-pandai cari jalan nak duduk dekat mana on 1&2 Dec. Aiseh .. payah jugak rupa nya...

ketika perjalanan nak ke Dungun ;)

Banyak lagi gambar yang nak di share , alahai lembap pulak belogsepot ni ye?Nanti nanti lah aku share ye :P Selingan untuk Part 4 kejap lagi ke :D Jap lagi kita bercherita pasal pindah randah tu ye :D


Tuesday, December 7, 2010

My Way to Terengganu [Part 2]


Okay , meh meh aku sambung lagi cherita pasal percutian 6 hari 5 malam aku ke Terengganu tempoh hari.Actually , ni bukan lah holiday yang pergi mandi pantai bila petang, melawat muzium , pergi ke destinasi yang menarik ke hape. But kepergian kami kali ini sebab my sis kena convo dekat sana. Bukan dekat Shah Alam sebab dia kan UiTM. Tak apa lah buat dekat mana sekalipun , janji convo gituh kan? Ngeee.


aiseh seram pulak! lori terbalik tu !!

Ni nak sambung-sambung sikit cherita-cherita yang aku lupa nak story dekat Part 1.Masa perjalanan ke Dungun , maybe dekat Paka kot? Lupa lah meh.Aiyark! Ada lori terbalik. Sangat cuak time tu. Aku ni memang ngeri sikit tengok xcident semua.Hehehe. Tapi Alhamdulillah ok je semua. Rasa nya tak ada yang ngeri terjadi , sebab aku jerit dekat ayah aku , jalan jalan .. tak payah tengok. Hamboii , aku dah feeling Polis Trafik ok? Wahahah , yelah kalau kita sibuk tengok mana nya tak jammed kan? Aisehh... Lepas tu pulak ... haa ini memang kejadian yang sentiasa berlaku bila berada di Terengganu. Tak kisah dekat area mana sekalipun.Ekekeek. Nak tahu apa? Nak tahu ??
*

*

*

*

*

*

*

*

*



nampakkkkk apa dia??? LEMBUUU!!

YES! Ini memang selalu yang terjadi bila kitaorang datang Terengganu ni ha. Mesti terjumpa lembu tengah melintas jalan. Hehehe , memang kena bawak kereta carefully gegila okeh?Kalau tak aiseh , tak suka cakap. Hehehehe. Tapi comel je tengok lembu ni jalan punya lah ayu macam tahu-tahu aku nak amik gambar kan dalam kereta tu? Haha. Alalalala Lembu... :P


Sebenar nya , part 1 tadi banyak cherita nak dicheritakan tapi macam biasa lah time tu jugak lah otak blank.Time tu jugak lah nak sakit perut , mahu nya aku nak ingat semua balik kan.Tapi jangan risau ye , aku akan tetap tepek gambar dan cherita sikit sikit.Maaf kalau ada berterabur sikit cherita dengan gambar.Heheheh. Ok jadi as u know , memang hujan renyai-renyai sepanjang jalan. Tapi bila dah sampai di Kemaman dalam pukul 1 petang kot , macam gitu lah.Dah tak hujan , cuma redup je lah cuaca nya. Sebenarnya , kitaorang ni pergi main redah je. Nak tahu kenapa? Sebab kitaorang booked hotel dekat Hotel UiTM hanya pada 3 & 4 December only. Tapi kami datang pada 30 November? Wow , cepat gila kan? Adakah kami terlalu semangat untuk menghadiri konvokesyen yang julung kali nya di adakan di Dungun ini? NO NO NO , apa kau hengat kami ni feeling jakun sangat ke nak datang awal-awal uols? T_T Hey apahal kau hangin ni nyah? Opss.



Haha , ok ok , kekdahnya kitaorang datang awal sebab on 1st December , kakak aku kena raptai. Tak kan tak nak datang kot kan?Kang terlepas info penting , mahu menangis hentak kaki nanti kang.I tak nak tolong pujuk tau. Ewah kau Ijah! Hahah. Jadi tahap yang paling pening sampai nak migraine ewahh , of course lah ketika nak memilih hotel/chalet. Yelah , dekat Dungun memang agak payah nak cari homestay/chalet yang murah tapi selesa.Yelah , weols bukan nya kaya raya nak spend money only untuk tempat tinggal kan? Lagi bagus spend dekat makanan tau! Ngeh3x. Maklumlah bila tengah musim yang hujan tak berhenti , sure do lah sejuk gila lepas tu perut selalu je lapar. Mencik!

Ok , almost sejam jugak lah kitaorang satu family berbincang ala-ala wonderpet .. apa yang penting kerjasama .. apa yang penting kerjasama.. sudehhh!! Haha. Yelah , aku ni cerewet sikit , tak nak hotel yang cmgitu , tak nak hotel yang cmgini.Heh , selamat lah tak kena lempang bertalu-talu kan?Kalau tak terus hentak-hentak kaki mulut muncung gitu kan? Keh3x. Dekat dengan 3 jenis hotel yang berhampingan Dungun tu kitaorang survey. Haish , payah jugak bila pergi tanpa hala tuju ni uols! Yelah , dekat dengan sejam jugak kitaorang mencari.Nak makan lagi , nak sembahyang lagi. Time tu rasa nya dah pukul 4 petang jugak. Phewww...

So , dekat mana weols tinggal untuk bertapa ni? Haaa , akan ada sambungan nya lagi.. Jangan marah ye kengkawan , penat ni nak cari balik gambar-gambar + cherita yang nak story ni.Hehe lepas tu pulak habis berterabur ni ha... maaf lah ye. Yang penting ada gambar kan? Ngeh3x. Ok Ok jom layan gambar ye? Nanti aku sambung cherita lagi , esok kot? Malam ni macam nak cherita hal lain je :P
kabus sana sini. cantik pulak? hehe.

ini lagi satu pic yang aku suka. CANDID , time my parent's tengah beli buah dekat hentian rehat. aku snap dalam kereta. hehe :P

My Way to Terengganu [Part 1]


Perjalanan Bermulaa ... ;)

Kali ni aku nak bercherita pasal percutian 6 hari 5 malam di Terengganu tempoh hari. Bukan nak cherita sekaligus ye? Nanti mahu korang juling mata baca entry panjang lebar tu khen? Jadi aku akan cherita sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit gituh. ERK! Heheheh.

Ok Ok. Perjalanan kami ke Terengganu bermula pada 30 November dalam pukul 9 pagi macam tu. Keadaan pagi tu sangat lah redup dan sejuk. Memang lah mata terus kuyu dan layu sebab dah feeling nak tidur khen? Ngehehehe. Jadi , memang pagi tu sangat sejuk dan keadaan dekat di area Pahang dah mula hujan-hujan renyai dan berkabus. Bukit sana sini semua nya berkabus tau. Memang syok jugak lah nak amik gambar tu :D Heh Heh Heh. Orang lain syok tidur , aku syok amik gambar kan?


one of my favourite picture , dekat area Pahang I don't know why , tapi suka sangat gambar ni! ;)

Ok disebabkan sepanjang jalan asyik hujan renyai-renyai maka harus lah pergi ke Petronas membeli bekalan untuk di kunyah sepanjang perjalanan khen? Ngahahah. Jadi weols pun pergi lah singgah ke Petronas untuk beli junk food gituh. Heh Heh Heh. Tu yang best kan bila pergi jauh-jauh ni. Semua benda dekat Petronas yang tak pernah beli pun
sibuk nak beli jugak kan? Haha. Lepas dah beli semua , kami pun
terus kan perjalanan gituh.

Hujan masih lagi renyai-renyai dan kadang-kadang lebat. Time lebat tu for sure aku dah ternganga tidur sebab sejuk kan? Haha. Rasa nya time area Pahang yang hujan lebat tu aku dah tidur , bangun-bangun dekat Terengganu gitu. Area Paka ke Kertih , tak sure. Heheheh.Lepas tu a bit frust ok sebab usually kitaorang akan singgah ke RnR Gambang untuk aku tapau Gulai Tempoyak Ikan Patin. Itu memang favourite aku setiap kali aku datang ke Terengganu. Memang first time makan terus jatuh chenta gituh ok? Ngeh3x.Tapi malang nya ketika OTW tu aku tengah syok tidur ternganga , maka parent's ai feeling sangat lah ingat aku tak nak kan sebab tidur tak bangun-bangun.Huwaaaa ... saja lah tu khennn? Redha sangat-sangat -__-'


sepanjang jalan di Pahang , hujan renyai dan berkabus. Memang SEJUK!! ;)

Di sebab kan sepanjang perjalanan di Pahang memang hujan , redup dan kadang-kadang berkabus maka kitaorang pun sampai lambat sikit di Terengganu. Sepatut nya lagi awal , tapi yelah dalam keadaan hujan tu , kalau bawak laju-laju memang membahayakan diri sendiri ok? Ketika kitaorang dalam perjalanan ke Dungun , tak sure di mana , rasa nya macam dekat emm , entah lah , tak boleh nak ingat. Haha. Ada lori terbalik. Tapi memang tak ada apa-apa rasanya. Cuma lori terbalik , orang dalam tu semua nya selamat , Alhamdulillah. Tapi ye lah , jammed jugak lah jalan tu.Sebab jalan cuma ada 2 way je kan? Tu yang melambatkan sikit perjalanan kan?Tapi tak apa lah , biar lambat asalkan selamat gituh. Hehehe.

Ada banyak lagi cherita yang aku nak cherita lepas ni. Setakat ni je lah ye dulu? Sebab aku pun macam nak ingat balik semua benda yang telah terjadi last week. Haha , ala-ala lupa ingatan kejap.Selamat ada gambar kan? Jadi boleh lah ingat balik serba sedikit. Hheeheh. Nanti bersambung PART 2 ye ;)



di Kertih @ Petronas. Hujan masih renyai-renyai!

Wednesday, December 1, 2010

Akhir nya! Kau Mampooo?

Halo Halo !! Hoyeahh... akhir nya dapat jugak aku upload gambar setelah mengecikkan size gambar tersebut dengan kadar internet yang terlampau lembap T_T Aiseh , bertabahlah hati okeh? Oh , Oh mesti korang pelik kan , kenapa aku macam boleh online tak tentu masa even kata nak cuti-cuti Malaysia lah , nak cuti-cuti New Zealand lah .. eh eh , ok ok sebenarnya kebetulan hari ni dan semalam aku keboringan pulak tetibe and kakak aku ada raptai utk konvo dia kan , tak kan aku nak menggedik ikut dia kot kan? Mak ayah aku for sure lah pergi keluar merayau eh? entah ke mana-mana kan?

Jadi saja-saja nak update belog ni ha. Nak naik kan UV trafik gitu , boleh gitu? Hahaha , sudeh sudeh. Aku sebenarnya tengah tak tahu cuaca dekat luar chalet ni tau. Nak tahu sebab apa? Shebabbb... aku pasang tv kuat-kuat lepas tu bukak aircond sampai gigil then terus tidur membuta tak ingat benda lain dah =.= Lepas tu dengan bangga nya call mak aku , tanya mana makanan , penat orang tunggu , terus kena laharian shomel , eh eh kau ni , tadi hujan , susah nak balik dari pasar ni tau. T_T Ok Umi , saya tak tahu pun cuaca dekat luar macam mana. Sebab hujan tak hujan , memang sejuk chalet ni ;)

Eh eh , baru sedar , Hello December ! Ya Allah , cepat je kan masa berlalu ? Tengok-tengok dah bulan December. Tengok-tengok lagi sebulan hari jadi aku yang ke 17. Hey I can't wait for next year , 110111 ;) That's a cute number aite? Ngeee. It just a number , nothing to mean it. Kan? Hailah , nanti haruslah akan ada entry macam-macam for whole year. OK , hari ni maybe akan pergi jalan-jalan. Sebab esok memang free whole day. Hari jumaat pun free jugak. Nak pergi pantai if tak hujan and cuaca ok. Tengok dulu macam mana kan ;) Macam-macam benda dalam kepala ni nak buat , tengok lah macam mana boleh buat ke tak :D Maybe aku tetap akan update kalau line internet terus ok even lembap macam kura-kura atau siput khenn? Heh , kesah apa aku kan.

Ekekeke , eh eh perasan tak tajuk diva aku tuh meh? Keh3x. Btw , semalam dapat tag from ChePah , haaa , nanti Ijah buat ye Chepah ;) Sekarang internet ala-ala sangat. Harus rasa macam nak tampak laptop ni khen walhal laptop terlalu mulia untuk diperlakukan begitu kan? Oh tidak. Ngahahaha. Ok lah uols , ai ni nak pergi mengemas barang-barang. Kejap lagi mak ai cakap nak pindah randah ke lain pulak. Maklumlah , sekarang tengah Monsoon Cup , tengah konvo segala , chalet / hotel murah mahal semua nya full ok? Weols cuma booked hotel UiTM for this friday and saturday only meh. Tak tahu pulak nak kena pergi awal-awal kan? Heh heh heh. Tapi tak apa lah , best jugak duduk dekat chalet / homestay lain pulak khen. Ngee. Oh ya , gambar di bawah tu tak kan tak tahu dekat mana kot kan? Orait bebeh , nak off dulu. Bye ;)


Dekat mana ni meh? Cuba Cuba Teka... heh heh heh. choy je kan nak suruh orang teka , dah sah-sah orang tahu kan?


Tuesday, November 30, 2010

Lembap Macam Siput. Tapi ada aku kesah?

Salam and Hello. Now aku dah selamat sampai ke Terengganu. Alhamdulillah. Bertolak dari KL pukul 9 pagi sampai ke Dungun ni dalam pukul 3 petang. Tadi ada excident , sampai terbalik lori tapi tak ada kemalangan ngeri berlaku. A bit cuak jugak , yelah aku ni ngeri sikit kalau ada excident semua ni. Cuaca hari ni sejuk dan nyaman. Tapi bukan lah tahap hujan lebat ke hape , just renyai-renyai.

Now tengah berehat bersuka ria ,eh? setelah kepenatan duduk lama-lama dalam kereta. Heh Heh. Seriyesli penat dan letih , saja je aku nak update buang masa. Heh , sebenarnya tengah boring ni. T_T Nak letak gambar , mak aihh , berpuluh minit aku tunggu , nan hado tubik nya gambar tu okeh? Lagi bagus aku qada' tidur daripada aku tunggu tersengguk-sengguk tersenggol-senggol eh opss depan laptop ni kan? Line internet even guna berukban kakak aku pun , lembap macam hape okeh? Ish Ish.

Ok lah uols , really need a good rest right now. Bye semua ;)


tubik = keluar