Home

Showing posts with label watermark. Show all posts
Showing posts with label watermark. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

Watermark. Terima Kasih Whitey Mommy!

Terasa sedikit rajin hari ini apabila jejari gebu ini gigih mengetuk kibod di hening Subuh begini. Sudah agak lama tidak meng-gigihkan diri mengetuk kibod apabila hujung minggu. Syukur kerana hari ini kegigihan berpihak kepada diri ini sementelah sekian lama. HEHE. Ayat kalau tak dramatik memang tidak sah bukan?

Memandangkan hari ini adalah hujung minggu , Jijah pun menulis dalam kadar santai sahaja. Malas pula nak publish entri mengenai aktiviti lagho Jijah kannnnn? Itu kena tunggu esok lusa okes? HEHE. Berbalik kepada tajuk entri ini. Kalau korang selalu membaca belog Cherita Emo-Temo yang boleh tahan sendu ini mesti korang perasan watermark untuk gambar-gambar Jijah boleh tahan bermacam-macam jenis. Tapi belum ada yang memuaskan hati Jijah kekdahnya.

Kalau korang perasan dekat entri Sebenarnya Saya Isteri Dia , Jijah ada menggunakan watermark yang paling terbaru. Watermark yang terbaru memang watermark yang paling memuaskan hati Jijah. Ringkas tetapi cantik. Memang Jijah suka watermark yang simple. Paling penting konsepnya ada bunga Tulip kegemaran Jijah dan warna kegemaran Jijah purple digunakan dalam watermark tersebut. Memang puas hati!

Memang Jijah sangat-sangat berterima kasih pada Whitey Mommy yang sudi membantu kekusutan Jijah tentang watermark ini lalu sudi membantu Jijah membuat watermark yang sangat cantik ini! HEHE. Kalau korang nak menempah watermark dan header yang cantik boleh tempah dengan Whitey Mommy okay! Memang puas hati sangat-sangat. Kerlast sangat Jijah tetibe peromot khenn. Tak ini ikhlas peromot hokkay! Ekekekek.

Okay hari tu sebenarnya agak kelam kabut letak watermark. So kalau perasan Jijah tak kecilkan dengan elok + warna sangat terang watermark tu. Janji ada watermark konsepnya hari itu. Ekekeke. So meh kita testing lagi sekali dengan kadar lagi shantek chuols!




hewhewhew.

maintain nak jugak letak gambar abe tapa khennnn?

gituh!

Sekali lagi , terima kasih banyak-banyak Whitey Mommy kerana sudi membantu Jijah yang sungguh cerewet ini. HEHE. Suka sungguh tengok watermark Jijah ini. Memang cantik! HEHE lagi best siap ada dua versi satu warna hitam kelabu dan satu lagi warna putih. Senang juga kerja Jijah yang kadangkala nak tepek watermark dekat gambar-gambar ekslusif mengikut kesesuaian warna latar belakang konsepnya. Dasar cerewet khennnn? Geletis sangat khennn!

Hihiks. So apakah aktiviti hujung minggu korang? Jijah semalam sudah seharian berjimba ria bersama keluarga tersayang. It's been a while tak berjimba ria bersama keluarga tersayang. Maka memang sangat enjoy semalam. Tersangat katanya! Hihiks.

Okay sekeping lagi gambar sebelum Jijah menitik-noktahkan entri ini.


Jijah & Whitey Mommy selepas menonton teater Lelaki Dari Gua.

hihiks.

Thank You very much uols!

muahhhhh

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Monday, September 12, 2011

Terima Kasih Kakak Gowjes !

NOTA :: Ini merupakan entry AUTOPOST.


Sebelum aku meng-update tentang aktiviti hujung minggu yang boleh tahan menarik dan sebelum aku terlupa untuk membuat entry penghargaan , baik aku buat benda ini terlebih dahulu lah ye? Aku ni sejak dua menjak ni cepat betul lupa. Ke selalu? Eh tak kisah lah. Mueheheh. Aku sebenar nya dalam entry sebelum ini mengada-ngada kan merengek cakap nak header baru kan? Hiks. Sebab aku rasa dah lama betul aku pakai header yang aku sendiri lukis by hand yang tulis CHERITA EMO-TEMO then aku snap aje. Senang kerja ! 

Tapi biasa lah , sebagai manusia biasa , ecececeh , aku mula lah teringin nak tukar header baru kan? Ahaks. Maklum lah pergi belogwalking orang lain punya belog , semua cun cun aje header nya kan? Aku punya biasa-biasa aje. Hiks. Lagipun nak bertukang guna kedai foto (read as : photoshop) aku memang tak ada benda alah tu. So memang payah lah kan kalau aku feeling-feeling nak try buat sekalipun. Nak buat edit-edit tu boleh belajar. Dekat youtube , dekat web banyak aje yang ajar. But tak ada benda photoshop tu nak buat macam mana kan? Eh eh eh panjang pulak aku membebel nya.

Maka nya Jumaat lepas setelah aku merintih dalam entry yang lepas ituew , Kaka Gowjes  ; Kaka Ayu yang tinggal nun jauh di negara Matahari terbit , eceh baik punya intro ahahah , pun datang komen as usual dan cakap dia sudi nak buat kan untuk aku satu.. Yeehawww ! Gituww kau reaksi kan Jah? Harus lah! Ahahaha. Lagipun aku kalau ada kedai foto tu memang aku akan cuba jugak buat sendiri kan? Tsskk. Nak beli? Oh tidak ! Lagipun dengan usia muda ku ini dan dengan tahap yang bukan serius mana pun , aku tak rasa lah kan aku patut melabur untuk membayar header dan sebagai nya. Bunyi bila membaca macam kedekut ke? Err sikit-sikit lah kot. Hahah. 

Ok untuk yang mungkin dah lupa-lupa header aku dulu macam mana kan ? Meh aku tunjuk kejap. Choii sangat lupa kan? Hahaha.


simple.

Iye benar header dari gambar di atas sangat simple. But aku memang suka yang simple-simple meh. Tak mau yang sarat mata memandang maka lagi berat aku nak memandang. Eh eh. Hahah. Bila berjalan-jalan ke belog orang lain memang sume shantek-shantek aje header nya kan? Sentapz mak dik non tengok belog mak punya header biasa aje. Choii bahasa kan diri mak tetibe. Hahaha.

Hiks lepas tu bincang punya bincang dengan Kaka Ayu , eceh , bincang dekat twitter aje pun. Aku cakap tak payah buat tergesa-gesa sebab aku pun faham dia pun mesti ada kerja dia kan? Aku tak mahu lah sampai tahap menyusahkan Kaka Ayu. Hiks. Lepas dah habis bincang aku pun off aje lah Twitter , Facebook. Then terkejut malam tu bukak Facebook tengok-tengok Kaka Ayu dah siap kan Header belog dengan Watermark sekali. Woah! Arigatou Gozaimas. Erk macam itu ke Kaka Ayu tulisan nya? Hahah. Ai hade buku bahasa Jepun nya tapi entah ke mana pun tak tahu *nangis* Ekekeke.

Tak perlu cakap pun Kaka Ayu dah tahu taste aku. TULIP. Ini makin sayang ketat-ketat dengan Kaka Ayu ni !! :D Meh aku tunjuk Header dan Watermark nya sekali. Padahal Header tu memang dah trang tang tang dekat atas tu kan? Muehehe , tak apa lah meh tunjuk sekali lagi dalam entry. ;)



TULIP and ini memang gambar original Kaka Ayu yang dekat Jepun tu.

nak tengok Tulip jugaaaak! *sob sob*

simple tapi cun kan?! :)

lagipun macam aku tulis dekat atas tu aku memang nan hado suka nya dengan sarat-sarat ni khen? hiks.


ini pulak watermark yang Kaka Ayu buatkan khas untuk aku ;)

sukaaaa jugak! :)

so now aku ada 2 watermark lah kan.
boleh tukar-tukar ikut mood kan? hiks! :)

Terima kasih banyak-banyak Kaka Ayu yang sanggup siapkan cepat-cepat untuk aku ni kan? Terasa macam menyusahkan lah pulak khen? Hiks. Cantik dan cun header dan watermark yang yuols buat kan ituew. Meks sukaaa okeh! Thank you sangat okeh! *peluk ketat* Terharu sangat ada jugak yang sudi nak buat kan untuk aku kan? Hiks. Ehem tak ada ke yang sudi nak buat kan lagi? Hahahah gila tak tahu malu duhh. *dush* Memang entry ini aku nak tujukan khas penghargaan gituew buat Kaka Ayu even dia cakap tak payah. Mana boleh kannnn? Hiks!


cubaan 1,2,3 guna watermark baru.
hihi.

gambar hampir sebulan setengah yang lepas.
cherita dia nanti aku cherita after/after this wokey?
kang makin panjang pulak entry ni.
haha.

oh itu Lamb Mandy ;)

Baiklahhh , aku pun banyak benda lagi mahu buat ni. Nak berhenti menulis dulu. Nanti insyaAllah kalau ada kelapangan aku akan update lagi. Tak berani nak janji tapi insyaAllah akan cuba juga untuk update. Lihat folder gambar , terlalu banyak gambar-gambar yang basi. Tssk. Kalau ada masa aku akan cuba update eh? Hehehe. Lagipun weekend malas nak update sebab aku tahu berapa kerat aje pun yang baca kan? Hehehe. Lebih baik aku tunggu weekday sebab weekend ramai yang pergi open house. Teheee. Korang banyak tak dapat jemputan open house? Hiks!

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Tuesday, August 23, 2011

Cukuplah.

Sudah banyak kali aku teringin untuk meng-update tentang hal ini. Tapi setiap kali itu juga aku sering ketandusan idea untuk menulis dan kadang-kala aku takut tulisan aku bakal membuat orang menyampah dengan ayat-ayat aku yang mungkin bakal menghiris hati orang lain ataupun mungkin juga orang akan nampak ke-poyo-an serta kesalahan aku. Lagipun bila kita menulis tentang amarah , benci dan geram bukan semua orang akan nampak dan boleh rasa apa yang kita rasa sebalik nya orang akan nampak keburukan , kebodohan serta kelemahan kita sendiri. Kadang-kadang kita yang memberi ruang kepada orang lain untuk memperlihatkan kita punya kelemahan kita sendiri kan? 

Nampak nya mukadimah tajuk terlebih-lebih pulak. Nanti makin banyak benda lain pulak aku membebel , lepas itu aku lupa pulak apa yang aku nak luah kan dalam entry kali ini. Sebenar nya sebelum bulan Ramadhan lagi aku hendak tulis mengenai hal ini. Tapi aku malas sebab aku rasa buat apa nak geram-geram dan mengamuk tak tentu hala dalam belog even ini belog aku , aku punya suka lah kan? Tapi nampak gaya nya aku perlu juga tulis untuk luah kan segala rasa yang dah lama bertapa (bertapa wokeyy bukan bang tapa eh oppss.) dalam hati ni. Haish , terkial-kial dalam kepala otak nak mencari ayat yang sesuai ni meh. 

Aku rasa dah banyak kali aku membuat entry khas melepaskan rasa geram yang berbuku dalam hati. Semua benda yang sama , tak pernah berubah pun rasa geram dalam hati tu. Aku tahu blog bukan lah tempat sesuai nak meluahkan apa yang aku geram , marah , benci sekalipun. Tapi kadang-kadang kalau dah tak ada tempat nak meluah , belog adalah tempat yang terbaik untuk aku meluah. Bukan begitu? Gitueww katanya. Sebenar nya cukup lama dah aku bersabar dengan perangai sesetengah manusia ni. Manusia yang tak habis-habis nak nampak segala benda yang buruk , hodoh , bodoh tentang aku ni. Aku penat nak bersabar. Aku penat nak melayan karenah manusia jenis macam ni. Aku marah pun still sama. Aku diam pun still sama. Tak ada beza. Penat tahu tak? Pelik aku orang-orang yang macam itu tak penat ke?


Aku sendiri pun penat melihat tak kan lah orang yang buat benda alah ni tak penat ek? Haih. Aku bukan lah sengaja nak membebel tak tentu hala. Tapi aku rasa daripada aku amukan #sethtan pecah kan pasu bunga ke , baling bantal ke , menjerit macam orang gila ke , lebih baik aku luahkan dekat sini kan? Aku tahu mungkin ada silap aku yang membuatkan ada sesetengah orang tu tak habis-habis nak cari pasal dengan aku. Tapi kadang-kadang aku senyap tak melayan pun perangai korang , tak kan nak cari pasal jugak kot? Tak perlu lah kot. Tak perlu nak jadi macam zaman kanak-kanak. Hal pemadam dia Ultraman , pemadam aku Power Rangers pun nak bertekak bagai nak rak. Tak perlu kot. Masing-masing dah matang , masing-masing dah reti fikir baik dan buruk. Kalau nak bergaduh , bertekak pun apa lah faedah yang dapat kan?


Kalau menabung dengan ASN ke ASB ke dapat jugak untuk hujung tahun. Muahahaha. Tetiba aje kan masuk cherita lain? Tak pasal-pasal ke laut jugak entry geram aku ni. Haih. Penat meh nak melayan perangai orang-orang macam ni. Sangat penat tau. Aku kadang-kadang tertekan dengan perangai orang-orang macam ni. Aku paling nak elak dari tekanan tahun ni. Dah lah tahun ni macam-macam ujian berat aku terima. Mungkin iyelah orang nampak aku gembira suka girang kan? Tapi bukan semua orang tahu apa yang kita sedang alami. Senyuman dan kegembiraan itu sekadar untuk menutupi segala rasa dan ujian yang Tuhan bagi pada aku. Kalau aku asyik nak bersedih , asyik nak berduka nanti orang cakap aku kemurungan pulak kang -_____-' Tak mahu Tak mahu. 


Kalau ikutkan isi sebenar entry ini sangat panjang , sangat banyak yang terluah , sangat-sangat penuh emosi. Namun aku rasa tak perlu aku tonjolkan emosi aku yang berduka lara dalam ni. Lagipun bulan-bulan Puasa ni aku malas nak emo-temo sangat. Tapi bukan ke sekarang aku pun dah macam menulis entry emo-temo. Tssskk. Erhh , apa tulis main pusing-pusing ni. Aku dah potong yang mana patut dan malas lah nak kasi orang sentapz ulu hati baca entry ni. Tapi kalau orang tu dah jenis tak ada perasaan aku tulis macam mana pun tetap macam tu jugak kan? Tetap nak buat ikut kepala otak dia kan tak fikir perasaan orang lain? Dan bila dia kena apa yang aku kena hamboii tahu pulak nak melenting tak tentu pasal kan? Haih , manusia ni kadang-kadang selalu macam itu. Cakap dekat orang kemain hebat. Tapi bila kena dekat batang hidung sendiri , baru tahu macam mana orang rasa dan baru lah reti nak melenting macam mana aku melenting tak tentu hala tu kan? 


Cukup lah nak buat orang lain sakit hati. Mungkin awak akan rasa gembira buat aku menangis , buat aku marah dan geram tapi tahu tak apa yang awak buat tu merugikan masa awak aje. Mungkin lah seronok. Tapi tak payah lah membazir masa macam itu membuat orang lain sakit hati. Tuhan tu sentiasa ada dengan kita. Hari ni kau buat orang , esok orang buat dekat kau balik. Karma. Tak suka kan macam tu? Tak best kan macam tu? Haih. Cukup-cukup lah tu. Penat meh membebel bulan puasa ni. Kalau tengah tak puasa ni macam-macam ayat azimat tertulis kan? Kikikik. Kawal diri masa bulan puasa. Nak marah boleh , kalau over , haip habis kurang pahala nanti. Hiks. Apa aku merepek ni -_____-'


Oh ya sebelum aku terus kan membebel dan membebel , nak tunjuk aku punya watermak baru yang akan berkuatkuasa bermula hari ini , ewah. Ngehehehe , just a simple watermark yang aku mintak kawan aku , nyah Moimori buat kan untuk aku. Hihihi. Biasa lah kan , nak tempah dekat orang aku mana hado reti nak melabur duit banyak-banyak. Kalau free laju je mak! Gitueww kau!



ehem.
simple aje kan watermark itu.
tehtaaap hade TULIP.
mak kan obses gila dengan Tulip.

tehehehe.

p/s: gambar atas tu tak pernah tayang kan? hihihi.
itu aku cilok dari kawan aku punya fb. gitueww.

Aku memang nak yang simple aje watermark untuk belog ni. Maklumlah kena letak watermark meh. Nanti senang-senang aje orang cilok gambar-gambar aku. Tak kisah lah gambar apa pun kan. Gitueww. Ehem. Berbalik kepada membebel tadi tu kan , err. Aku cukup penat dengan situasi sekarang ni. Tak perlu lah nak menambah kan lagi situasi menjadi semakin rumit. Kowser tauuu. Hadoilahh. 

Tak mahu lah tulis geram-geram lagi meh. Tak larat dah aku ni nak tulis panjang-panjang lagi. Nanti last-last korang tengok gambar tu pergi komen gambar tu pulak khen? Berpeluh sakan aku tulis entry ni tak baca pun khennnn? -________-' Ngehehehe. Maaf lah kalau ada yang terasa hati dalam entry ni. Tak berniat apa-apa pun. Cuma nak cakap cukup-cukup lah ek? Cukup apa ? Cukup garam. Kbye.

Terima kasih sudi baca entry ni :)