Home

Showing posts with label rindu awak 200%. Show all posts
Showing posts with label rindu awak 200%. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

Bila Jijah Jumpa Zul Ariffin & Ayda Jebat. Kau Ghaser Meluncat Ke Tidhok? *pangggggg

Bila Jijah menjadi seorang manusia yang gigih , payah macam mana sekalipun tetap akan berusaha gigih untuk dapat-kan-nya , kan? HAHAHAH , begitulah juga bila Jijah terlampau gigih meminati hero dan heroin Rindu Awak 200 % katanya. Biasalah , mula-mula tak ada pun terhegeh-hegeh nak minat Zul Ariffin mahupun Ayda Jebat. Siap mencebik lagi tak nak minat katanya. Tapi tak adalah sampai mencerca atau mengeji sesiapa yang menonton mahupun meminati cerita ini kan ? Cuma dalam hati tu ala-ala oh tuhan kenapa rerakan haku meminati mereka? HAHAHAHA.

Tapi Tuhan dah cakap , jangan cakap besar. Alih-alih memang aku yang teruk sasaunya kan? Memang boleh tengok macam mana aku sawan terhadap Zul Ariffin mahupun pada Ayda Jebat kan? HAHAHAH. Mesti ngeri kejap Zul Ariffin dengan Ayda Jebat dapat peminat macam aku kan? HAHAHAHAHA. *pangggggg

Lantas dengan usaha sendiri dibantu dengan usaha rakan-rakan , maka kegigihan tu dibalas dengan kejayaan. Hamboi! Macam kejayaan menerima segulung Ijazah sajork khen? HAHAHA. Padahal kejayaan bertemu retis aje punnnn. Kikikiki. Maklumlah tengah mood Zill Faezrul dengan Armel Aisya , haruslah masa tu nak jugak jumpa! nak jugak jumpa! Siap ada effect bergolek berguling atas karpet dengan hentak-hentak kaki lagi kau! Punya teringin nak jumpa kan?

Dan hasilnya..


OMG! OMG! OMG! 

LOL!

Ayda Jebat uolsss!


OMG! OMG! OMG!

LOL!

Zul Ariffin uolsss!

HAHAHAH macam meminta-minta penampar kan? Ya, memang meminta sangat! Kalau perasan warna tudung Jijah pun berbeza kan? Haruslah tempat pun berbeza juga katakau! Pertama kali bertemu Ayda Jebat ketika di One Utama katanya. Masa itu memang boleh tahan speechless katakau! Ada ala-ala macam OMG! Armel Aisya siotttt! HAHAHA. Tetapi kejap aje rasa speechless terkedu semua itu. Sebab Ayda Jebat punya ramah tamah masa itu telah membuatkan aku pun ngejoin potpetpotpet bersama dia. Terus tak ada rasa awkward lagi dah. HAHAHAH.

Manakala pertama kali pertemu Zul Ariffin ketika di Preview Movie JIN katanya. Masa itu gigih juga aku dan kawan aku nak mendapatkan tiket katanya. Demi Zul Ariffin sangat masa tu okay? HAHAHAHA. Sanggup meredah onak dan duri mahupun lautan api sangat katakau! HAHAHAHA. Rasa nak tampar diri sendiri bila baca statement diri sendiri. Tapi begitulah realitinya nak jumpa dengan Zill Faezrul kau! Padahal bukan tak pernah jumpa dengan Zul Ariffin kan? Tulewww , dulu jual mahal tak nak bergambar kau! Lepas tu menyesal guling-guling kan? HAHAHAHA.

Dah lah , bercherita banyak tak guna. Nah tengok lagi beberapa keping gambar ini okay? 


MuahCiked!

HAHAHA.


MuahBanyakCiked. Eh?

HAHAHAHAHAHAH.

DUA KEPING AJE? DUA KEPING AJE? Eh kira okay lah tu. Ini ala-ala permulaan gittuew. Lepas ini menangislah korang tengok haku hapdet pasal Zul Ariffin sajork! HAHAHA. Haku pun nak nangis jugak. Sejak bila haku gigih seghupe ini? HAHAHAHA. Sebenarnya entri ini dah lama nak up-kan tetapi entah onak dan duri ranjau apa entah yang menghalangnya. Memang sibuk mengalahkan perdana menteri kau! Haku pun stress tak dapat nak ketuk kibod! HAHAHA.

Maka terimalah beberapa keping gambar Jijah bersama hero-heroin penuh kimia ittuew. Korang suka ke tidhokkk? Terluncat macam Jijah ke tidhokk? HAHAHAHA. Eh tapi kan tapi kan , sebelum Jijah nak titik-noktahkan entri ini , nah sekeping lagi gambar Jijah bersama dengan Zul Ariffin.


HAHAHAHA SOPANNYA JIJAH HOITTTT!

HAHAHAHA okbai.

Dah bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :

Wednesday, August 6, 2014

Demam Zill Faezrul Dengan Armel Aisya Pulak Dah Dalam Rindu Awak 200% Di TV3 Setiap Isnin-Khamis Jam 7 Malam Lakonan Mantap Zul Ariffin & Ayda Jebat Katakau!

Kalau korang sangat rajin mengikuti drama rantaian yang berada di slot Akasia setiap Isnin-Khamis tiap jam 7 malam pasti korang tidak asing lagi dengan nama Zill Faezrul & Armel Aisya bukan? Tetapi sekiranya korang bukan penggemar drama begini , pasti korang terpinga-pinga dengan Jijah kan? HEHEHE.


Sebenarnya Jijah sendiri pun menonton drama ini secara tidak sengaja. Orang kata , tak ada niat dan kegigihan pun nak terpacak depan tv pun. Tapi bila sekali tertonton , habislah. Memang habis betul. Habis semua yang ada dalam rumah aku buat stok untuk dicakar kan? Amboi-amboi Jijah. Mementang Ramadhon yang molia sudah berlalu , tanduk atas kepala kembali terpacak ye? Eh! Memang sungguh tak terlintas langsung untuk menonton drama ini. Sebab rasa macam hero-heroin-nya biasa-biasa saja. Mana mungkin mampu buat Jijah sesak napas hendak tiga puluh tong gas oksigen ketika menonton kan? HAHAHAHA , memang minta dicharut buat statement begini. Jangan ambil serius ye para pembaca yang dikasihi. Hihihi.

Namun setelah dipaksa oleh teman selesbo eh baik , cuba juga untuk menonton episode 6. Memang betul lah , jangan pandang rendah dekat orang kan? Lakonan Zul Ariffin & Ayda Jebat memang tidak boleh dipandang rendah. Kimia mereka berdua memang Jijah rasa sangat tercantum elok. Lepas itu memang terus gigih tengok kembali episode 1-5 yang tak sempat follow itu dan sampai sekarang dah nak masuk episode 14 , tak pernah sekali terlepas menonton. Memang betul-betul penangan hebat untuk drama Rindu Awak 200 % ini okay!



Untuk pengetahuan korang juga , Rindu Awak 200% ini merupakan sebuah drama yang telah diadaptasi oleh sebuah novel hasil nukilan Liyana Zahim. Macam mana menariknya drama ini pastinya ia datang dari sebuah novel yang menarik juga. Sudah berpuluh kali membaca, berpuluh kali juga tersenyum geletis selepas membaca. Kau ghaseerrrr? HAHAHA. Dek kerana episode 6 yang mencakar jiwa , dua hari selepas menonton terus pergi Kinokuniya dan terus membeli ye uols. Punya lah penangan betul drama ini tau! 

Jom baca sinopsis dulu nak?

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 
Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
Kau ghaser best ke tidhokkk? Gila kau tak best?! HAHAHA. Setakat episode 13 (semalam) , Jijah rasa memang drama ini antara yang terbaik di slot Akasia. Mana tidaknya? Episode demi episode ada saja episode yang mencakar jiwa dan perasaan. Tak kira lah ketika itu scene tengah bergaduh ke , scene tengah romantis ke mahupun scene tengah menyakat. Memang terasa natural sangat lakonan Zul Ariffin bersama Ayda Jebat. Kita yang menonton pun tak terasa bosan. Malah tak sabar menanti episode yang akan datang. Lagi seronok drama adaptasi ini sikit pun tidak lari dari novel asal. Itu yang membuatkan kita lagi rancak yang mengikuti drama ini. 

Maklumlah , bila kita seorang pembaca meski kita tidak mengharap setinggi langit adaptasi nya sikit sebanyak kita tetap nak ada sikit persamaan macam dalam novel kan? Alhamdulillah so far memang tampak tidak diubah secara drastik yang membuatkan kita tak lalu nak menonton ke apa kan? Gittuew Jijah. Asyik menulis saja kan? Meh lah kita tepek sekeping dua gambar yang mencakar jiwa Jijah kan? HAHAHA. Tapi jiwa korang Jijah tak tahu lah kan? Hihiks.


SASAU!!!

T_____T

Malas nak kasi sekeping-sekeping , kita kasi sekali harung terus gambar kan? Itu Jijah sendiri gigih snapshot dan kemudian gigih susun macam gitu kaedahnya. Konsepnya motif gigih sangat kan? HAHAHAH. Halahhhhh , sekali sekala bergigihan begitu. Kasi la Jijah peluang menggeletis begitu kan? HAHAHA. Walaupunnnn..

Hehagak korang , lepas tengok gambar-gambar itu sasau juga seperti Jijah ke tidhokkk? HAHAHAHA. Eh tapi lagi sekali jangan ambil serius dengan setiap patah perkataan yang Jijah tulis ini okay? Kekadang dalam menulis kita nak juga tulis secara seronok selain daripada menulis secara serius kan? Ada masa , memang benar kena serius. Tapi untuk entri begini jangan korang harap Jijah nak tulis secara serius macam nak kena ulas novel untuk Anugerah Nilam okay? HAHAHA.

Kaedahnya , hari ini dah episode 14. Ada sesiapa yang sekapal dengan Jijah sasau macam ini? *panggggggg

Nahhhh.. sebelum mengakhiri entri ini. Hambiklahhhh finger kiss dari Zill Fezrul. Kau ghaser sambung sasau lagi ke tidhokkk? HAHAHAHA bai.


SEBENARNYA AKU YANG SASAU. eceh eceh eceh.

bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)