Home

Showing posts with label remy ishak. Show all posts
Showing posts with label remy ishak. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

Filem CEO Santai , Menghiburkan & Menggeletek Jiwa. Tak Percaya? Percayalah!

Rasa macam dah terlampau jarang belog picisan ini melakukan review filem yang telah di-tonton kan? Setelah agak lama belog ini menyepi tanpa sebarang update , akhirnya baru berpeluang untuk mengetuk kibod kembali. Kali ini Jijah ingin berkongsi review filem mengenai sebuah filem yang baru sahaja ditonton malam semalam. Melihat semua orang memberi respon positif dan menghiburkan membuatkan Jijah semakin teringin untuk menonton filem ini. Oh jangan pula fikir Jijah menonton filem ini kerana terdapat pelakon yang Jijah minati semata-mata. Kalau filem-nya bagus dan berkualiti tak salah untuk kita menyokong iye dak?

Tapi filem apa yang Jijah maksudkan ini kan? Betul-betul bagus ke? Boleh percaya ke?



Filem yang Jijah maksudkan ialah CEO yang diarahkan oleh Razaisyam Rashid dilakonkan oleh Remy Ishak , Cristina Suzzane , Beto Khusyairi , Anas Ridzuan dan ramai lagi. Percayalah bahawa filem ini memang betul-betul terbaik dan cukup menghiburkan. Meskipun tidak menggunakan latar belakang yang terlampau gah ataupun memiliki pelakon yang populariti mencanak-canak itu tidak bermakna filem ini tidak mampu menarik perhatian penonton kan? Kalau jalan cerita yang menarik disokong dengan para pelakon yang berbakat serta pengarahan yang bagus pasti sebuah filem itu akan berjaya kan? Wah komen macam kau tu pelajar jurusan perfileman dan pengarahan khen? HAHAHAHA katakau!

Tapi apa-apa pun jom baca sinopsis dahulu? 

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan Adam (Remy Ishak) yang merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, berubah dalam sekelip mata apabila dia dituduh pecah amanah.Segala kemewahan yang ada hilang serta merta termasuklah rumah, pekerjaan dan tunangnya sendiri. Secara tiba-tiba, Sufian (Beto Kusyairy) pula dilantik menjadi CEO baru syarikat tersebut.Maka, disinilah segalanya bermula. Agak lucu apabila melihat lakonan Sufian yang merupakan seorang budak penghantar pizza berubah menjadi bos dan Adam berubah menjadi susah serta mula belajar mengenali erti kehidupan sebenar.Baik Adam mahupun Sufian, dua-duanya keliru dengan apa yang terjadi. Bagi Adam, dia bertekad untuk mencari dalang sebenar kejatuhannya, namun Sufian hanya menikmati apa yang ada.Namun, akhirnya misteri tersebut terungkai. Siapa yang bersalah agaknya ya? Jom sama-sama bergelak sakan dengan filem CEO yang bakal ditayangkan pada 12 Jun 2014 nanti ya.
credit sinopsis : Oh Bulan 
Mungkin ada diantara korang yang masih belum berpeluang untuk menonton filem CEO ini , lebih afdhol menonton cepat-cepat sebelum terlambat. Memang aku sendiri puji dengan filem ini yang bukan semata-mata komedi sahaja. Namun dalam diam terselit mesej yang boleh dijadikan iktibar sekali. Bukan mudah untuk menonton sebuah filem yang bukan sahaja datang menggeletek hati penonton malah tidak membodohkan penonton. Kadang-kadang sudah jemu untuk menonton filem yang sekadar lawak namun tidak ada isi di dalam nya. Tetapi untuk filem CEO ini meskipun sejak dari awal lagi aku gelak macam nak tercabut rahang sehingga penghabisannya tetapi ada juga isi yang boleh diguna pakai kan? 

Mungkin ini bukan bidang aku untuk memberi komen. Namun sebagai seorang penonton tidak salah untuk aku mengatakan bahawa yang  filem CEO ini memang terbaik! Kimia antara setiap pelakon memang cukup baik! Memang setiap apa yang mereka buat kau pasti akan gelak walaupun sebenarnya benda kecil sahaja. Sungguh aku tidak berasa rugi langsung menghabiskan duit tiket untuk filem ini. Macam ini baru berbaloi kan? Kita dapat bergelak ketawa sesambil itu kita juga dapat mesej di dalam filem tersebut kan? Hihihi.

Korang yang belum lagi berpeluang menonton filem CEO ini , apa kata cepat-cepat serbu panggung wayang okay? Memang tidak rugi langsung! Mungkin juga aku boleh katakan CEO merupakan sebuah filem yang menyediakan komedi bijak dan bermesej. Jadi apa salahnya kita menyokong industri tempatan dengan karya yang bernas begini kan? 

Amboi panjang lebar sungguh Jijah memberi komen kan? Tapi tak berniat untuk mengatakan bahawa filem lain tidak bagus. Namun sekali sekala perbanyakkan filem yang jenis begini. Santai namun bermesej kan? Oh well. Semalam mungkin rezeki Jijah untuk menonton bersama-sama salah seorang hero dan pelakon utama CEO iaitu Remy Ishak. Oh begitu lama tidak menyertai mana-mana MDO bersama pelakon kegemaran Jijah yang cukup berbakat ini. Namun dek kerana kesempatan yang ada , Jijah pun telah meng-gigih-kan diri untuk pergi KLCC malam semalam. Teruja betul perasaan bila menonton bersama-sama pelakon utama ini kan? 

Haruslah teruja kan? Bukan senang Remy Ishak nak melapangkan diri sebegitu rupa. Memang terasa semakin berbaloi-baloi chuols! HAHAHAHA. Lagi menggeletis perasaan ini apabila Remy Ishak panggil , IjahEmoTemo katakau! Kemain lama bersalam sebab nak ingat nama haku kan? Kau rasa haku nak pitam ke haku nak tergolek? HAHAHAHA. Melampau betul! Minta pelempang sangat statement kau Jijah! T____T HAHAHAHA , maafkan saya. Saya masih excited! HAHAHAH.

So apa lagi? Tengok gambar kami yok! HAHAHA.




Macam biasa , selalu aje Jijah memberi buah tangan kononnya pada retis yang dia sayams. HAHAHA.

Remy Ishak yang cukup excited muka nya bila dapat Popia Nestum dari aneka Popia Roll Mini. Jujurnya , Jijah terharu sangat-sangat! Sebab mungkin dia antara artis pertama yang begitu excited dapat popia dan menggambarkan melalui ekspressi itu. Jijah sendiri terkejut tau! HAHAHAHA. Thank you Remy! 

*ehem , itu Remy sendiri yang keluarkan popia tu tau , bukan Jijah ajar tau :p Well done Remy! HAHAHA*

After all , memang puas hati dapat menonton filem yang begini santai dan menghiburkan. Jijah perlukan filem-filem yang begini lagi supaya dapat Jijah released tension dengan cara yang santai namun menghiburkan. Bukan sekadar lawak semata-mata. Lagi puas hati dapat menonton bersama-sama dengan salah seorang pelakon utama-nya kan? Oh itu memang terlampau puas hati! HAHAHAHA.

Maka setakat ini sahaja entri ini. Tulis lagi panjang lagi pengsan korang baca dengan kegeletisan Jijah kan? Mahu aku kena lempang bertalu-talu kan? HAHAHA. Kalau korang masih belum menonton , jom menyokong filem CEO ini yang masih ditayangkan di pawagam. Sekali sekala menyokong industri tempatan apa salahnya kan? Tak merugikan pun kan? Gittuew. Korang yang dah menonton , rasa macam mana pulak? Puas hati macam Jijah ke tidhok?

Oh gambar terakhir sebelum berpisah. Ehiks.


Jom Sokong Filem CEO!

Lakonan Hebat Remy Ishak , Cristina Suzzane , Beto Khusyairi & Ramai Lagi.

Pasti Menggeletek Jiwa Korang & Cukup Menghiburkan.

Jom kita?

:)

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Saturday, February 22, 2014

Gambar-Gambar Di Sekitar Malam Gala Sejoli

Minggu lepas Jijah telah berkesempatan untuk menghadiri serta memeriahkan Malam Gala Sejoli yang telah diadakan di Cathay e@curve. Kebetulan pula Jijah memang tidak mempunyai apa-apa rencana lain , maka haruslah Jijah turut memeriahkan malam gala filem Sejoli kan? Lagipun memang Jijah menantikan filem ini memandangkan Jijah melihat barisan tunjang utama dalam filem ini nampak hebat-hebat belaka.

Sejoli merupakan arahan dari pengarah hebat Osman Ali dan dilakonkan oleh Remy Ishak , Bront Paralae , Maya Karin , Izara Aishah dan ramai lagi. Lihat saja senarai nama pelakon utama pun boleh mengagak yang filem ini juga akan best bukan? HEHE. Okay jom baca sinopsis dahulu!



Gina dan Jo bekas kekasih yang separuh gila lepas kena tinggal. Hardy ex Gina bakal kahwin dengan Nita ex Jo. Ketika bertemu di Phuket, dua ex lover ini merancang satu misi untuk cantas cinta. Gina tak peduli apa nak jadi yang penting dia dapat hardy balik! Jo pulak berani mati nak rampas semula kekasih hatinya Nita. Misi gila bermula bila Katak Rempit dan Spanar Bengkok bertemu untuk cantas cinta tapi....

Haaaa?! Memang korang wajib tonton filem Sejoli ini. Sebab apa? Sebab ada Remy Ishak? Sebab ada Maya Karin? Sebab ada Bront Palarae? Sebab ada Izara Aishah? Sebabnya Sejoli memang sebuah filem yang sangat santai. Korang tak payah nak berkerut berfikir bagai nak rak. Korang tak payah nak menangis tersedu sedan macam hilang kekasih. Tak ada pun sampai tahap macam tu. Malah filem ini boleh buat korang ketawa sekaligus tersenyum senang melihat lakonan masing-masing.

Memang aku tak ada expect tinggi-tinggi seperti sediakala bila menonton filem yang dilakonkan oleh para pelakon yang hebat-hebat begini. Namun setelah menonton keseluruhan filem ini tempoh hari , memang aku rasa cukup puas. Gaya lakonan yang santai yang pasti memikat hati para penonton. Aku sendiri terpikat melihat lakonan mereka tau! Nampak lain daripada kebiasaan yang mereka biasa lakonkan gituew.

Memandangkan aku bukan seorang yang arif dalam bidang lakonan mahupun perfileman , apa kata kita tengok gambar pula? Oh ya , itu hanya pendapat peribadi aku saja ya? Mungkin lain orang lain pendapat. Hiks.















Suka ke tidhokkkkk uols?

Gambar memang tak ada banyak mana. Tapi ada lah jugak daripada tak ada khen? 

HAHAHA.

Sejoli sudah pun ditayangkan di pawagam bermula 20 Februari yang lalu. Memang korang tidak akan rugi menonton filem ini. Bukan sebuah filem yang berat malah sangat sesuai untuk korang menenangkan perasaan , merehatkan minda menonton filem yang santai dan komedi begini. Mesti korang akan ketawa melihat setiap aksi yang dipaparkan. Aku sendiri pun asyik ketawa menonton filem sejoli ini hokkay!

Jadi semua jika ada kelapangan dan masa , terutama di hujung minggu yang molia begini , bawak kaum kelorga , jiran-jiran , rakan taulan , saudara mara ke pawagam untuk menonton Sejoli ini okay? Korang pasti akan seronok menonton filem ini hokkay!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, May 27, 2013

Kenapa Mesti Ada Hud Dalam Kisah Cinta Kalil & Lea Soraya? Kenapa? Kenapa? Mesti Kenapa? *panggggggg*

Memang sekarang musim stesen televisyen siarkan drama-drama yang menarik untuk di tonton. Antara mahu tengok atau tak mahu tengok saja konsepnya. Memang kadang-kadang tak sempat pun nak tengok dekat televisyen. Terkejar-kejar nak menonton dari satu cerita ke cerita lain kekdahnya. Lain lah kalau chuols ada Astro PVR , rakam saja bila perlu khen? Tapi mujur sekarang banyak saja tempat untuk menonton online ataupun kalau siarannya di TV3/TV9 terus saja tengok di TONTON konsepnya. Itu mujurlah kan?

Gituew mukadimahnya kannnn? HAHAH. Sekarang Jijah memang tengah mengikuti drama rantaian di TV9 iaitu Cinta Jangan Pergi lakonan hero-heroin yang menjadi pojaan Jijah katanya iaitu Remy Ishak dan Tiz Zakyah. Memang lakonan mereka berdua sangat natural sampai boleh terasa kemanisan dan kesyahduan masing-masing dalam setiap episode. Pendek kata , memang lakonan Remy Ishak sebagai Kalil dan Tiz Zakyah sebagai Lea Soraya memang sangat-sangat boleh kau rasa seolah-olah kau yang masuk dalam tv tengah teriyak bagai nak rak sebab Kalil kau hilang. Tapi kalau kau nak feeling jadi Remy Ishak suara garau-garau pun no hal. Tak ada masalah. HAHAHA. HAAAAA , gitu kasi bayang lagi. Gegeh khennnn?

Cinta Jangan Pergi ni kadang-kadang mengembalikan nostalgia Nur Kasih tapi cerita ni memang totally different lah dari segi jalan cerita , plot dan lain-lain sebelum ada yang tiba-tiba charutz mek cakap nak sama kan Nur Kasih dengan Cinta Jangan Pergi. Ada yang kena charutz balik kang. Erk! HAHAH. Cinta Jangan Pergi disiarkan setiap Sabtu & Ahad jam 8.30 malam selama sejam. Sebab tu kadang-kadang terlepas nak menonton. Maklumlah , hujung minggu kadang-kadang sibuk berjimba ria. Kadangkala sibuk bergolek-golek atas katil lebih awal daripada biasa , maklumlah forever alone. Jadi terlupa lah , tertidur lah , terrrr macam-macam kan? Mujur ada TONTON , jadi boleh juga menonton tatkala terlupa kan? HEHE.

Gituew. Jom tengok gambar dalam Cinta Jangan Pergi jom? Gegeh printscreen chuols. Tak tahu kenapa diri ini semakin hari semakin lagho eh gegeh!





HALAAAAAA.. tengok gambar ini saja pun dah terasa nak cecakar netbook okes? HAHAHA. Gelenyar sungguh Jijah ni khennn? Ekekeke. Tak , memang kalau siapa-siapa yang nak menonton cerita yang berkecamuk emosi berguling-guling sangat digalakkan juga untuk menonton cerita ini. Tapi Dahlia masih lagi Juara untuk kasi kau berguling-guling sampai terkoyak perasaan. HAHA , tetibe Dahlia kan? Ekekeke. Gittuew.

Eh tapi cuba baca tajuk balik. Siapa pula Hud? Hihihi. Sebenarnya meh Jijah kasi sedikit sinopsis sendiri mengikut pemahaman Jijah yang dah menonton 15 episode ini konsepnya. Peminat tegar drama melayu sangat khen Jijah? HAHAH , ada aku kessaaaahh? 

Kisah tentang percintaan Kalil dan Lea Soraya yang bertemu buat pertama kali di Eropah dan bercinta walaupun sebelum ini tidak pernah kenal antara satu sama lain. Kemudian Lea Soraya pulang ke Malaysia dan Kalil masih lagi di UK dan dan dan seterusnya bila Kalil pulang ke Malaysia ada satu kecelakaan telah terjadi kepada Kalil sehingga dia terus hilang tanpa berita. Kemudian muncul Hud yang mempunyai perangai saling tidak ubah seperti Kalil sehingga Lea Soraya terasa dejavu. Okay itu ayat dramatik sendiri. WAKAKAKAKA. menciknya jadi dramatik ni! hahaha. Dan seterusnya Kalil muncul tatkala Lea Soraya sudah pun bertunang dengan Hud and that's why Jijah mencik Hud! HAHAHA , oh my teruk sungguh Jijah punya ke-dramatik-an khennn? HAHA , harusss! So apa lagi yang patut Jijah tulis? Itu Jijah dah kasi bunga-bunga cerita tentang drama ni. Lepas tu , tonton sendiri hokkay! HAHAH.

Hud dilakonkan oleh Josiah Hogan. Lakonan dia not bad juga. Tapi macam mana baik dan manis pun lakonan Hud tetap Jijah #teamKalil! HAHAHA. Bias sangat! Ekekeke. Biasa lettuew khennn? HAHAH. So sekarang memang gigih follow cerita ni. Cerita ni ada naik dan turun dia tahap keseronokkan , kemenarikkan dan kesawanannya konsepnya. Hah! Kadang-kadang kau akan tersenyum bahagia bagai nak rak. Tapi ada yang tiba-tiba kau turut mengekori emosi Lea Soraya yang berkecamuk. Itu yang stressnya! HAHA , tengok cerita pun stress okeh? Gittuew. Ekekeke.

Bagi Jijah Cinta Jangan Pergi ni menarik juga untuk ditonton. Mungkin juga Jijah meminati Remy Ishak maka gigih juga untuk menonton. Dan Jijah suka scenery dalam cerita ni masa dekat Eropah. Sangat cantik! Hopefully ending cerita ini tidak menikam-nikam kalbu lah yer. Tak sanggup Jijah nak menghadapi! HAHAHAHA , ayat dramatik kuasa lapan! Ekekeke.

Ohhhh ada tak yang tengok juga cerita ni? HEHE.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, June 21, 2012

[Review Movie] Gambar-Gambar Di Sekitar Malam Gala Filem Aku Kau & Dia. Jangan Lupa Untuk Menonton Pada 28 Jun Nanti !

Minggu lepas aku telah berkesempatan untuk menghadiri Malam Gala Filem Aku Kau & Dia yang telah berlangsung di Cathay Cineplax e@curves. Aku memang tidak melepaskan peluang untuk menonton filem Aku Kau & Dia setelah mendapat jemputan untuk menyaksikan preview filem ini. Memang sudah lama juga aku menantikan filem ini memandangkan sudah acap kali juga aku menonton trailer filem ini di Youtube sebenarnya. Gigih sangat kan? HEHE. 






Filem Aku Kau & Dia ini merupakan terbitan Tayangan Unggul dan telah diarahkan oleh Pierre Andre. Filem ini menampilkan pelakon-pelakon berbakat seperti Remy Ishak , Zarina Jamalullail , Pekin Ibrahim dan ramai lagi. Oleh kerana sebelum ini aku sering melihat trailer filem ini , maka keinginan untuk menonton filem ini memang berganda-ganda. Mungkin juga aku teringin untuk melihat kemunculan Remy Ishak di layar perak. Mungkin juga aku tertarik kerana aku ingin mengetahui jalan cerita ini bagaimana. Banyak mungkin yang menyebabkan aku sangat excited untuk menonton filem ini. 


Sebelum aku memberi pendapat aku tentang filem ini , aku rasa lebih baik aku menepek sinopsis filem ini untuk memberi korang gambar tentang filem ini. Aku tidak mahu memberi sebarang spoiler tentang filem ini tetapi cukup sekadar sedikit pendapat aku yang tidak seberapa ini.

Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia (Zarina Jamalullail) yang kehilangan tunangnya Ilhan (Pekin Ibrahim) dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu.  Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut.  Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian. 

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan.  Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.

Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakah Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mengingati kembali nota lagu yang dicipta untuk Ilhan? 




sejujurnya Jijah gigit jari melihat abam Wemy pakai baju warna putih ini.
kachak! @_@

*panggggggg

Komen Jijah :

Bagi Jijah filem Aku Kau & Dia ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan tersendiri. Ada banyak persoalan yang akan korang turut sama tertanya-tanya tatkala menonton filem ini. Bak kata Harun Salim Bachik semasa di Malam Gala tersebut , dia turut bermain dengan imaginasi tatkala melakonkan filem ini begitu juga tatkala korang menonton nanti sebab akan ada banyak benda yang bermain di fikiran korang. Eceh. Boleh dikatakan untuk jalan cerita filem ini tidak mengecewakan aku sepanjang menonton. Cuma mungkin jalan cerita ini dipermulaan agak lambat sedikit , sedikit aje , jangan bimbang , namun itu tidak membantutkan perasaan aku untuk menonton dan mengetahui kisah seterusnya. Mungkin itu hanya perasaan aku sahaja dan korang perlu menonton sendiri untuk mengetahui bagaimana jalan cerita filem ini yang sebenarnya!

Jijah sebenarnya suka melihat karakter Remy Ishak yang sedikit berlainan dalam filem ini. Tidak seperti kebiasaan yang kita lihat dalam layar perak mahupun dalam kaca tv. Watak Remy Ishak sebagai Izlan banyak memberi warna dalam filem ini. Sedikit sebanyak tidak lah korang akan terasa sendu sepanjang cerita ini sebalik akan tertawa dan tersenyum selain berduka melihat Mia yang sedih kerana cinta. Sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan , watak Zarina Jamalullail tidak begitu mengecewakan. Mungkin masih banyak lagi yang perlu diasah namun a good try! Iyelah watak yang dilakonkan pun sebenarnya agak berat kerana asyik bermain dengan emosi. Lakonan Pekin meskipun hanya seketika sahaja namun tidak pernah mengecewakan bagi yang menontonnya. Percayalah cakap Jijah. Errr tapi kalau korang rasa lain , mohon jangan kejar Jijah okes? :p

Apakah yang akan terjadi di pengakhiran filem ini nanti? Adakah Mia bakal bersatu dengan Izlan? Atau sebaliknya? Jadi jangan lupa untuk menonton filem Aku Kau & Dia pada 28 Jun nanti okes? Oh sebelum terlupa , Jijah kasi 3 bintang dari 5 bintang untuk filem Aku Kau & Dia ini. 

HEHE , Jijah sebenarnya bukan pandai sangat untuk memberi pendapat tentang sesebuah filem. Cuma sekadar memberi pendapat apa yang Jijah nampak dan rasa sahaja. Mungkin pandangan kita lain-lain dan mungkin korang suka dan mungkin juga korang tidak suka. Itu terpulang.  Tapi dalam tidak tahu mengomen dan memberi pendapat pun masih panjang berjela Jijah kasi komen kan?! Begitulah kan. Mungkin juga agak terlambat Jijah meng-update pasal ini tapi tidak mengapalah masih belum basi lagi khen? Hehehe. Asyik bercherita tentang pendapat sahaja , mari lah pulak tengok gambar-gambar di sekitar Malam Gala Filem Aku Kau & Dia ini pula. Agak sadis bila abe Remy Ishak tidak datang pada malam tersebut dek kerana demam panas. Tapi tak mengapa lah sebelum itu dah berjumpa kan? So di maafkan ! Eh? :p










Malam Gala Filem Aku Kau & Dia meriah dengan diserikan Dina Nadzir sebagai hos pada malam itu dan juga Shila Amzah penyanyi OST-OST Aku Kau & Dia. Waduh , makin beremosi apabila mendengar lagu Deja Vu dan juga Aku Kau & Dia! HEHE , tehtap nak feeling emo-temo dimana-mana kan Jijah? Ngeee. Apa-apa pun terima kasih Tayangan Unggul untuk goodie beg dan peluang untuk menonton filem ini pada Malam Gala tersebut. Best uols goodie beg nya! Dapat jersey Aku Kau & Dia lagi! Tak semua orang hader hokkay! Mek terasa melerts gitu tetibe! Tetibe je kan nak melerts bagai! Hahahah. Nanti mek tayang dekat uols jersey melerts ituew! Katanyaaaaa...

Jadi hanya ini sahaja pendapat dan perkongsian gambar-gambar pada Malam Gala Filem Aku Kau & Dia tempoh hari. Maaf andai ada yang tidak setuju dengan komen Jijah. Semua ini hanya lah komen dan pendapat peribadi Jijah. Apa-apa pun korang jangan lupa untuk menonton filem Aku Kau & Dia pada 28 Jun nanti okay? Pastinya ia sebuah filem yang romantis dan sangat sesuai untuk korang menonton bersama dengan orang yang korang sayang. Bak kata Pekin dalam trailer filem yang ada di bawah ini .. "Belajarlah menghargai apa yang di depan kita sebelum terlambat".. 




trailer Aku Kau & Dia
Jangan Lupa Menonton 28 Jun nanti !


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Wednesday, June 13, 2012

Bertemu Dengan Pojaan Hati Dolo-Dolo. Oh sukew! *pang*

Ahad lepas adalah hari yang sangat tidak disangka-sangka akan bertemu kembali dengan pojaan hari dolo-dolo ketika masih bersekolah. Bila terjumpa dengan dia , haruslah terasa nak guling-guling atas lantai sambil menitiskan airmata kan? Biasalah Jijah kalau tak dramatik tak sah? Harus paswah orang sekeliling dengan keadaan realiti ini katanya! Tapi mesti uols tertanya-tanya kan? Siapa pulak pojaan hati Jijah yang dolo-dolo? Jijah ni kan ramai pojaan hati sampai ada yang membuat anggapan yang salah kan? Ehem , Isnin lepas kan Jijah ada tepek gambar dia dari belakang. Agak-agak korang boleh teka tak? Hihihihi.

Okay mari ulang tayang gambar semalam. Siapakan insan berbaju ungu ini? Eceh!


siapakah insan ini?
eceh!

Dah , tak perlu nak berteka-teki. HEHE. Ahad lepas aku terserempak dengan pojaan hati dolo-dolo yang pernah aku minat gila-gila bagai nak rak. Iyer aku bertemu dengan Remy Ishak. Itu sesuatu yang aku agak tak sangka sebenarnya. Tak ada dalam perancangan pun nak pergi bertemu dia atau nak terserempak dengan dia. Memang aku ada tahu Remy Ishak akan ada di KL Festival City untuk rangka promosi filem terbaru dia iaitu Aku Kau dan Dia. Tapi memandangkan Jumaat lepas aku ada pergi berjimba ria dengan rerakan aku , maka aku memang tak jamin akan dapat turut serta untuk pergi situ kan? Tapi memang tak berharap nak pergi pun dah. Lagipun sekali sekala ajepun dapat berjimba ria dengan rakan-rakan aku ini semua. Sebab semua dari jauh kekdahnya! Tapi cherita jimba ria itu nanti aku cherita k!

Lepas tu seperti yang dijangka lah , baca twitter Remy Ishak katanya pukul 2 petang dia ada disana. Aku balik dari rumah kawan aku pun pukul 2 petang. Ekekeke. Balik aje ke rumah tiba-tiba Umi cakap dia nak pergi beli barang dekat KL Festival City. Aku macam eh?! Tapi masa tu dah pukul 4 petang okes! Hahaha , so tak ada lah berangan nak terjumpa atau terserempak dengan Remy Ishak kan? Eceh. So bila pergi aje dekat KL Festival City tetibe mata macam terpandang sesuatu dekat atas pentas. Terasa macam mengenali insan itu. Terasa juga macam nak melompat guling-guling ! Mampoooo dah lompat kau guling-guling pulak? Ekekekeke. Dan rupa-rupanya para pelakon Aku Kau dan Dia baru aje memulakan promosi filem tersebut. Boleh aku terus tinggalkan Umi dan aku gigih seorang diri tepi stage? Boleh tak boleh tak? HEHE , mujur Umi sangat memahami dan memang dia pun tak kuasa nak berasakan di tepi stage macam anak bongsu dia yang seorang ini kan? Hiks.

Bila tengok aje Remy Ishak terus tersenyum sampai ke telinga. Terus mata bersinar-sinar macam duit jatuh ke tanah. Terus rasa hati meloncat-loncat ye. Okay nampak sangat Jijah sangat over , but does it matter uols? Kata kau Jijah! Dah tak mahu cerita panjang jom tengok gambar-gambar dari kamera cap ayam aku ni ha :p




Jadi semasa Ahad tempoh hari barisan pelakon-pelakon Aku Kau dan Dia seperti Remy Ishak , Pekin dan Zarina Jamalullail bersama pengarah filem Aku Kau dan Dia , Pierre Andre pun turut sama memeriahkan Ulangtahun Intrend yang ke 7 di KL Festival City. Memang keadaan dihadapan pentas utama penuh ya amat. Tapi Jijah sebab dah alang-alang ke sana haruslah hati pun sama-sama geletis nak dapatkan abe Wemy untuk bergambar kan? Bila usai sahaja abe Wemy dekat atas stage boleh Jijah terus lambai-lambai tangan dan jerit "abe wemyyyyyy" Hahahaha. 

Boleh tak tetibe Jijah ala-ala geletis begitu? Tetibe macam tak percaya yang Jijah segeletis ituew? Atau baru sedar yang selama ini diri segeletis ituew? -___-' Lepas aje melambai sambil menjerit itu terus saja ikut abe Wemy katanya. Risau takut dia dah nak balik sebab hati terkinja-kinja nak bergambar okes? Kalau tak dapat terasa nak guling-guling atas lantai gituh. Boleh? Hahahha. Lepas itu rupa-rupanya Remy kena pergi untuk sesi autograph untuk poster Aku , Kau dan Dia gituew. Harus Jijah jadi orang pertama yang ambil poster gedabak tu khen? Gituew!



Lepas aje dah dapat poster semua itu Jijah tunggu lagi abe Wemy katanya semata-mata untuk bergambar. Nasib tak kena cerca kan dengan mak sendiri sebab biar dia shopping seorang diri sedangkan anak bongsu dia ni sibuk menggeletis dengan retis lelaki katanya! Ampun Umi! Hehehe. Tapi masa memuler Jijah menggeletis tu haruslah tak ada orang sangat. Bila Jijah tengah menggeletis katanya baru lah ramai orang sedar kehadiran Remy Ishak dan pelakon-pelakon lain gituh. 

Begitulah. Okay jom tengok gambar lagi katanya!




Punyalah gigih Jijah mengekor ke sana dan ke sini kan? Risau juga kalau tak dapat bergambar. Lagi risau sebab tak ada siapa yang hendak ambilkan gambar Jijah bersama abam Wemy uolss. Masa tu dalam kepala otak ligat berfikir katanya. HEHE. Gedik sangat! Tapi akhirnya haruslah dapat kan uols? Jijah seorang yang sangat gigih katanya! Selepas bergigihan ke sana dan ke sini.. 

Akhirnyaaaaaaaaaa...


yataaaaaaaaaa! *guling-guling atas lantai*

Muahahaha perasaan gembira ya amat lah kan sebab macam tak percaya boleh terserempak dan terjumpa dan bergambar kan? Benda yang sangat tak disangka katanya! Alhamdulillah. Kalau dah rezeki tak kemana kan uols? HEHE. Tapi sampai sekarang tak faham apa motif abe Wemy posing macam itu. Hahaha. Comel lah pulak. Ekekeke :p

So sekarang dah kembali berjumpa dengan pojaan dolo-dolo katanya dan sangat gembira katanya! HEHEHE. Sebenarnya dah tak tahu nak tulis apa dan mungkin juga kerana masih lagi dalam keadaan yang teruja -__-' Wakluuuu..berapa hari mahu terujaaaa daaa? Ekekeke.. So korang punya hujung minggu lepas apa citer? HEHE :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks!