Home

Showing posts with label problem. Show all posts
Showing posts with label problem. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Masalah Datang Lagi?

Sekali lagi terasa nak terguling-guling dek kerana masalah datang lagi. Selalu hanya akan terguling-guling bila menonton Adam Dan Hawa semata-mata. Tapi kali ini nak tak nak terguling-guling juga dek kerana masalah dalam laptop muncul lagi. Fuhh , November memang banyak sungguh cabaran dan dugaan datang silih berganti.

Kisahnya begini. Beberapa hari yang lepas ketika aku sedang menggunakan internet melalui Google Chrome , tiba-tiba saja terkeluat satu notification. Dah kenapa pulak? Jijah agak termangu-mangu seketika. Aduhai. Apa lagi yang nak terjadi ini? Tapi aku tahu masalah ini tidak seserius dengan masalah virus FBI ini. Jadi aku cuba bertenang dan cuba bertanya pada rakan-rakan di FB. Tidak keruan juga perasaan untuk seketika memandangkan aku memang cukup selesa menggunakan Chrome berbanding Internet Explorer atau Mozilla Firefox. Tapi tunggu punya tunggu respon kawan-kawan memang tak juga ada yang cuba menyelesaikan masalah. Lagi memeningkan kepala Jijah adalah kot masa tu? Heh. Tapi sabar lagi. Akhirnya nak tak nak terpaksa install Mozilla Firefox dan gunakan saja Mozilla Firefox.


The Server's Security Certificate Is Revoked!

How come?

Bila ternampak benda alah tu muncul agak stress juga. Sebab try google jalan penyelesaian memang semua nya tak berjaya. Sadis lagi. Lepas beberapa ketika baru lah ada kawan aku cuba kasi jalan penyelesaian. Dan akhirnya berjaya juga akhirnya. Alhamdulillah. Biasalah bila dah terbiasa guna Chrome memang agak kekok nak guna aplikasi yang lain. Terasa macam blur-blur gituh. Kowser sangat kan? Padahal mindset semata-mata. HEHE.

Hiks. Jarang Jijah update waktu weekend kan? HEHE , sebenarnya tengah bosan. Dah tak tahu nak buat apa. Maka update saja entry baru ini kan? Sekurang-kurangnya dapat juga buat sesuatu kan? Kalau tengah rajin memang on saja nak update apa-apa. Kalau tidak? Heh. Nak buka blogspot pun belum tentu katanya. Ekekeke.

So korang tengah buat apa di weekend yang indah ini? ;)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, November 12, 2012

Bila Barang Kesayangan Buat Perangai. Agak-Agak Pengsan Tak? Pengsan Tak? Pengsan Tak? *pangggggggg*

Kali ini nak bercherita sedikit tentang macam-macam yang dah terjadi minggu lepas. Hampir sesak nafas memikirkan barang-barang kesayangan ini buat perangai tidak semena-mena. Sebenarnya yang menyesakkan fikiran Jijah apabila memikirkan segala harta karun yang berada dalam barang-barang kesayangan Jijah itu. Itu memang menyesakkan fikiran dan menyesakkan nafas untuk enam poloh saat.

Kisah pertama bermula apabila netbook kesayangan Jijah tiba-tiba sahaja buat perangai. Ketika sedang asyik menonton tiubkau (youtube) pula tu? Tidak kah Jijah terasa hendak hentak-hentak kaki sambil menjulingkan mata? Tapi hakikatnya Jijah sangkakan netbook Jijah buat perangai ala-ala manja sahaja. Bila off kan netbook. Buka balik , masih sama. Masih buat perangai. Jijah pelik. Jijah gusar. Apa semua ini?

Lebih menggusarkan Jijah screen netbook Jijah langsung tak boleh nak tekan apa-apa. Ada satu benda yang menutup semua screen dan ala-ala memberi amaran kepada Jijah yang Jijah ini ada membuat salah dan perlu membayar denda. Kau gila tak cuak? Hahahaha. Tetibe gelak? Kata cuak?! *pangggggg* Masa itu otak dah tak mampu nak berfikir. Macam kekurangan oksigen kejap. Apa semua ini? Apa yang Jijah telah lakukan? Oh tidaaaaaaaaak. *sila bayangkan sekarang!* keh keh keh.



Hah! Nampak tak benda alah ni? FBI? Gila cuak masa aku baca tu okes? Tak terfikir langsung semua ni virus! Serius tak terfikir langsung! Lepas call kawan aku , dia terus cakap virus tu. Tak mungkin tiba-tiba FBI nak menyerang netbook aku pulak kan? HEHE , tapi cuak jugak lah kan? Kalau virus, risaukan semua barang yang ada dalam netbook. Gambar, drama, muzik, and banyak lagi. Ish. Memang otak pun jadi sempit nak fikirkan apa-apa lagi. 

Bila snap gambar ini dan letak dalam FB , ada juga kawan aku bagitahu cara-cara nak selesaikan memang tak menjadi nak buat sendiri. Bila kawan aku ajar pun still tak jadi juga. Dalam kepala cuma risau ingatkan betul-betul punya amaran. Siap dengan akta bagai. Gila tak cuak? Prftttt. Bila kawan aku tengok gambar yang aku letak dekat FB memang dia cakap itu virus saja. Fuh, lega seminit risau berpoloh-poloh minit. Heh. Gambar memang tak ada back up lansung. Itu sahaja yang berada dalam fikiran Jijah.

Try juga godek-godek sendiri tapi memang tak berjaya. Makin hancur jadinya. Akhirnya pergi lepak rumah kawan aku dan dalam masa beberapa jam , terus selesai semua masalah. Alhamdulillah. Bila scan netbook aku , memang banyak sangat virusnya. Gila seram aku tengok semua tau. Tehtap nak seram menyerami ini kan? HEHE , thank you so much ye Ieja! Kalau tak mesti aku mati kutu tak tahu nak mintak pertolongan siapa khen? Paswah lah jawabnya masa itu katanya. HEHE.

Dan sekarang...



LOL. B*Pop semalam.
HIKS. GEGEH TAK? okay gegeh tapi tak perlu sampai capslock yer Jijah :p

HEHE , dah selesai kes pertama , ada pula masalah lain yang datang menerjah kehidupan. Again , barang kesayangan lagi. Tiba-tiba sahaja handphone aku jatuh gedebuk dekat lantai. Aku anggap biasa. Kononnya. Sekali masa tengah nak snap gambar , lihat-lihat sudah tidak berfungsi. Camera not funtions katanya. Aku gelabah sekali lagi. Mungkin Tuhan mahu uji aku. Untuk benda yang aku sayang. Oh aku sabarkan hati. Aku pujuk hati aku untuk bertenang. Makin aku gelabah , makin tidak menjadi apa-apa. 

Semakin dicuba , semakin tidak boleh. Aku marahkan diri sendiri. Careless. Suka menganggap benda remeh itu tiada apa-apa. Akhirnya aku juga yang kena menempuh segalanya. Amboi ayat. Ayat novel sangat kan? Hiks.


Kecewa tak bila kau tengok begini? Handphone aku handphone biasa saja. Tiada aplikasi yang menarik. Tapi tetap aku sayang ketat-ketat. Aku cuba benda lain , semua okay. Kecuali kamera. Aku agak kesal. Bukan agak lagi tapi sangat kesal. Kesilapan diri sendiri. Selepas itu aku terus lupakan saja. Malas nak ambil kisah. Mungkin handphone aku merajuk dengan aku. Mungkin. Suka berfikiran begitu kan? HEHE. 

Dan mungkin betul lah. Kamera aku merajuk saja. Semalam terasa macam nak ubah setting sedikit untuk kamera dan akhirnya bila aku mencuba , aku dapat juga menggunakan kembali kamera tersebut. Alhamdulillah. Syukur. Jijah tidak mampu nafikan perasaan Jijah cepat lemah bila barang-barang kesayangan ini tiba-tiba membuat perangai. Netbook dan juga handphone memang dua barang penting dalam kehidupan Jijah selain daripada makanan. Eh? Ekekekek. Jadi bila kedua-dua serentak buat perangai , Jijah memang terus buntu.

Tapi sebab Jijah agak bertenang sedikit. Alhamdulillah , segalanya dipermudahkan. Memang terus rasa dapat menarik nafas dengan kadar yang lebih panjang. Ehehe , ter-over pulak :p Jadinya , bagaimana dengan hari-hari korang? Indah atau sebaliknya? Memang November ini Jijah dapat merasakan liku-liku yang unexpected gituh. Tak apa lah , sekali sekala Tuhan uji kita , baru diri ini semakin kuat iye dak? ;)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, September 20, 2012

Siput

Bukan nak bercerita mengenai siput atau jenis-jenis siput. Tapi nak bercerita mengenai keadaan internet yang tak ubah seperti siput. Habis segala perkara yang konon nya nak di update tergendala dengan begitu sahaja. Biasalah , Jijah kalau update tak ada gambar terasa macam kosong sahaja. 

Ini pun internet tengah laju sikit pun dah rasa cukup lega. Saja update begini dahulu. Saja sangat kan? Sekarang gigih buat schedule entry sahaja. Jadi next week tak ada aku membebel tak tentu hala kalau tak dapat update atau apa kan? Cuma untuk blogwalking tak berani jamin dan tak berani untuk berjanji. Minggu ini pun aku langsung tak berpeluang untuk menjenguk belog orang lain. 

Memang internet siput sedut sesendu-sendunya sungguh. Amboi bahasa , bukan main lagi kan? Hehe. Ada banyak cherita basi yang nak disajikan untuk korang. Dah berjuang habis-habisan untuk mengupdate secara pantas , tapi masa tak mengizinkan. Biasalah , kita rancang macam-macam tapi cerita di kemudian hari jadi lain. Tak begitu uols? Kan!

Meski entri ringkas tetap Jijah nak selitkan sekeping gambar. Tetap ye. Last but not least.


Gambar Yang Tiada Kena Mengena Dengan Cerita.

Tapi asalkan ada gambar jadi lah tu kan uols?

Okbye!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, September 3, 2012

Bertemu Adam Mukhriz Dan Ain Hawani. Kawalan Terlalu Ketat?

Semalam aku sempat ke MPH One Utama untuk bertemu sekejap dengan pelakon utama drama bersiri yang bersiaran di Astro Mustika HD , Adam Dan Hawa iaitu Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa beserta penulis novel tersebut iaitu Aisya Sofea. Aku tak mahu menulis lanjut mengenai drama ini memandangkan jika ada kelapangan masa nanti , aku akan buat satu entri khas mengenai drama tersebut. Jika ada masa dan juga jika rajin :p

Cuma aku nak bercherita perihal semalam yang kebetulan aku berkesempatan untuk bertemu Aaron Aziz walaupun cuma seketika. Kebetulan memang semalam Umi dan Ayah aku menghala ke sana , jadi alang-alang ke sana ,aku pun menggigihkan diri juga bertemu Aaron Aziz di MPH One Utama. Sekali sekala bergigihan , rasanya tak ada salah kot? Kata kau Jijah! :p

Bila sampai disana , hampir pukul 12 tengah hari. Tengok keadaan memang sudah ramai. Ramai yang membeli novel Adam Dan Hawa versi cover Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa. Jijah mula-mula nak juga membeli. Tetapi bila memikirkan baru Januari lepas Jijah membeli , jadi terus batalkan hasrat. Bila ada rakan Jijah yang memesan , baru sahaja hendak membeli, tengok-tengok sudah habis! Gila betul penangan Adam Dan Hawa ni ye?! :p

Tunggu punya tunggu , tiba-tiba MPH One Utama riuh seketika. Dah agak , mesti Aaron Aziz dah sampai. Lagi best Aaron Aziz pakai baju pilot sama macam dalam drama yang dilakonkan oleh Aaron Aziz itu. Memang kachak sangat! Oh terlupa pula , nanti ada yang blur tengok tajuk entri aku. Adam Mukhriz dan Ain Hawani merupakan watak yang dibawa oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa. So far sudah empat episod aku tengok memang mengikut plot dalam novel dan kalau ada yang bertukar atau bertambah sedikit masih tidak menjejaskan mood Adam Dan Hawa aku! Bukan senang sebenarnya nak mengadaptasikan sebuah novel kepada drama mahupun filem. Antara menjadi yang paling terbaik atau yang paling terburuk. Antara dua itu sahaja. So far Adam Dan Hawa masih tidak nampak cacat dan celanya! Mungkin kerana sentiasa serik dengan novel yang diadaptasikan kepada drama sehingga tidak meng-expect terlalu tinggi kan?!

Orang memang penuh semalam. Memang penuh MPH One Utama. Cuma ada beberapa perkara yang dikesali sepanjang event kecil tersebut. Setiap event memang tidak pernah ada yang sempurna. Kecil atau besar. Tidak kira lah mana-mana sekalipun. Cuma agak kecewa dengan kawalan yang diberikan terlalu ketat sehingga para peminat tidak dibenarkan untuk mengambil gambar bersama pelakon-pelakon utama dan penulis novel tersebut. Agak ralat sedikit disitu. Baru bergigihan ingat nak bergambar dengan Aaron Aziz yang memakai baju pilot itu. Tapi apakan daya kawalan ketat Astro (jika Jijah tidak silap) itu sangat-sangat mengecewakan Jijah dan tentunya ramai lagi peminat novel Adam Dan Hawa juga.

Mungkin sebab mereka takut jika terlebih masa. Tapi rasanya jika diatur dengan baik , tidak akan terjadi masalah tersebut. Bila berlaku macam ini , Jijah terdengar dengan macam-macam cakap yang tidak elok. Tidak best pula bila mendengar. Kenapa Jijah yang over risau , biasalah Jijah kan dramatik! Heh. Anyway , masa bertemu dengan Aaron , sempat juga berborak. Gedik-gedik kejap pun tetap DivaPora kena bergegas untuk pergi dari kawasan itu. Tak boleh lama-lama katanya! Mujur DivaPora tak sempat nak buat drama macam sebelum-sebelum ini. Kalau tidak mampooo ke theyols menghadap uols? Matilerrr! Tak tahu atas sebab apa, Jijah rasa kawalan ketat Astro yang tidak memberi peluang orang nak bergambar itu macam terlebih over. I'm sorry , atas sebab apa sekalipun , boleh tak kasi orang lain yang baru pertama kali dapat bertemu dan teringin sangat nak bergambar dah macam ala-ala mengidam gituh peluang untuk bergambar? 

Katanya nama program ini ramah mesra , tapi macam ada benda yang terkurang pula. Spoil disitu. Senang cherita banyak benda yang kurang sana sini melalui pemerhatian Jijah. Hmm. Kalau tetibe Jijah buat statement , "hello uolss...Aaron Aziz je kot?!" , rasa-rasa ada tak yang nak baling telur busuk dekat JijahTemo ni ha??? Erkkk... itu bila terasa geram sangat katanya! Harapnya , kalau nak buat event seperti ini lagi , jangan lah ada masalah remeh temeh yang seperti ini. Tak kuasa nak melihatnya noks! Mujur memang sejak datang bukan excited terkinja-kinja sangat nak jumpa Aaron Aziz. Niat asal nak hantar baju orang + ada benda nak selesaikan dekat One Utama , tapi last-last ke laut jadi nya! Last-last pun tetap ke laut! Adam Mukhriz ke mana , baju ke mana , Jijah pun ke mana! Eh!

Dah , dah. Malas nak membebel banyak-banyak lagi. Bikin hati rasa panas saja lagi ! Heh. Jom tengok gambar yang sempat snap. Memang sempat sangat lah kan? Semua gegar-gegar. Paswah saja lah! 


#AdamMukhriz #AinHawani #AdamDanHawa

Tiga hashtag ini akan menggila bila tiba hari Isnin-Khamis jam 10 malam di Twitter! :p


Bila semua tak dapat nak bergambar dengan Aaron Aziz , habis semua pakat serbu sehingga tempat parking Aaron Aziz. Tetap lantai tu kena cakar dengan Jijah bila tengok Aaron Aziz pakai baju pilot okes? Hahahahah , aku rasa lepas ni aku yang kena cakar woiii sebab tergedik-gedik! Maafkan saya! keh keh keh. 

Walaupun masa berborak kejap tengah nak ambil sign tu sempat Aaron cakap nanti kita ambil gambar later , dan akhirnya tidak dapat! Jijah tetap nak sentap dengan Astro! Tetibe lagi kan?! Sudah Jijah Sudah! Okay last but not least.


Aisya Sofea , Nadiya Nisaa & Aaron Aziz

*cakar netbook tengok Adam Mukhriz. eh!*

credit pic : Adam Dan Hawa Fanpage FB

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Friday, September 9, 2011

Supik Gelenya!

Rasa nya sudah beberapa hari aku tak update apa-apa kan? Sebenar nya aku memang malas nak update macam-macam sekarang ni. Setiap hari makin sendu je dengan macam-macam masalah. Nanti benda lain yang nak di tulis , benda lain pulak yang tertulis. Tak ke macam-macam tohmahan pulak orang dekat aku nanti kan? Err ok.

Sebenar nya jugak kan , hari tu ada jugak aku gigih menulis panjang lebar ala-ala luahan hati dalam entry tu. Tapi sebab aku fikir baik dan buruk mem-publish-kan entry itu , maka aku batalkan hasrat. Bayang kan , aku mengambil masa hampir 2 jam untuk menulis entry itu ala-ala mengarang esei untuk BM then aku tak publish? Rasa nak menyumpah jugak sebab tak nak publish tapi aku takut aku menyumpah kemudian nya sebab terlalu ikutkan perasaan tulis ikut suka hati aje kan? Ehiks.

Ok , ini nak tepek sekeping gambar tentang hari Selasa yang lalu. Kejadian yang membuatkan air mata aku tak berhenti-henti menitik dan macam tak tahu bila nak berhenti. Tsssk. 


:'(

kelik untuk kelihatan lebih kachak dan chantek -__-'

Memang di Facebook mahupun di Twitter aku , aku tulis tentang itu. Sukar untuk di luah kan di dalam belog walaupun ini lah medium yang paling sesuai untuk meluahkan apa yang tersirat dalam isi hati kan? Well , tak apa lah. Cukup sekadar hanya aku dan Allah sahaja yang tahu apa semua itu :) Lagipun segala nya pun telah selesai dengan baik. Alhamdulillah. Cuma macam aku tulis itu lah , Allah tidak pernah jemu memberi aku ujian dan aku juga tahu Allah juga tidak pernah jemu mendengar doa aku. Alhamdulillah , aku bersyukur Allah mendengar doa aku dan memakbulkan doa aku agar semua nya di permudahkan.

EH! Tapi perasan tak tajuk entry ini dan isi macam melencong ke lain sangat kan? Muehehehe. Sebenar nya kan aku macam ala-ala tak tahu nak kasi tajuk apa. Ngeheheh. Itu yang terus tulis aje apa yang terlintas. Supik Gelenya itu sebenar nya plastik kalau dalam dialek Kelantan. Gelenya pun ada maksud lain as mengada-ngada dalam dialek Kelantan. Ngeh ngeh tetibe mengajor orang kan? *pang*

Nak tepek lagi satu gambar boleh? 


Tssk. Sebenar nya kan , nak ambil gambar atas ni jadi kan as header. Malang nya aku tak cukup kreatif dan tak cukup alat nak meng-edit , maka memang haram jadah aku tak boleh buat apa-apa. Tsssk. Sadis betul tengok header belog sendiri yang kuning menyala macam apa aje kan? Orang lain punya semua cun-cun , aku punya macam haram jadah kan -___-' Tak ada siapa-siapa ke nak buat free dekat aku -___-' Pergh , gila tak tahu malu meh. Haha. Sah tak ada idea nak menulis lettuew kan?!!

Kesah nya la kan ... Well , aku rasa cukup sampai di sini dulu aku menulis. Makin panjang makin merapu pulak kang. Hehehe. Oh ya , macam mana dengan raya korang? Aku pun tak tahu kenapa sendu betul raya aku tahun ni. Tssk.


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Thursday, March 31, 2011

GEMPAR ! Kak Limah Berada Di Mana-Mana?!!

GEMPAR!
Kak Limah berada dimana-mana.
Gituew katanya.
Eheh.

Kak Limah mana pulak ni Jah oii?
Aisehmen , sebenar nya ini sebab si Awisy yang suka benor menyebut nama Kak Limah tu ha.
Cehh.
Kalau nak takut kan aku , mula lah menyebut nama Kak Limah.
Kak Limah tu aku tak kisah sangat.
Tapi yang aku kisah kalau kawan-kawan Kak Limah -.-'
Sheesh.

Tadi dia ikut aku masuk bilik.
Jadi nya dia nak main game.
Aku macam malas nak kasi dia main game sebab aku nak tidur. -.-
Jadi aku bukak youtube , aku kasi dia tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah dekat youtube tu ha.
Senang cherita.

Tapi tak senang jugak.
Kenapa?
Apasal?


pergh. fokus habis-habisan menonton Kak Limah. semua part Hantu Kak Limah tuh dia hafal. memang hebakkkk lah. ekekke.

Eheh.
Ingat kan bila kasi dia tengok Kak Limah tu , dia duduk senyap dendiam lah.
Sekali ...

Eh Jah .. kejap lagi lampu pusing-pusing.
Eh Jah *tampar pipi* tengok tu Kak Limah duduk belakang.
Hussinn... Tussinn...
Cer citer ... cer citer ...
Kita bako rumah dia ... kita bako rumah dia ...
Pushh ... dia tembak lah Jah. 
Jah ... bukak lah mata ... tengok lah tu ...
Jah ... kejap lagi kita tengok Khurafat ye?
Citer tu ada hantu ... 

-_______-'

So jangan harap nak tidur ye?
Sabar ajerlah aku dengan budak kenit ni.
Haha.

Tapi memang the end pun aku tak boleh tidur.
Mata mengecil pun gagahkan jugak tengok Kak Limah yang dah banyak kali tengok ni ha.
Eheh.
Nanti bising pulak Awisy.
Itu pun ada hati nak suruh aku bukak Khurafat dengan Ngangkung.
Mak aihh , banyak comel budak ni?
HAHA.

-.-'


comel pulak bila dia senyum kan :)
eheh , memang comel je.
cuba kalau datang angin silat kungfu panda dia , terus aku redha aje lah. -.-' 
HAHA , jahat pulak aku ni.


ini lah dia lampu yang pusing-pusing ni ha.
bising betul bila tengok part mula-mula ni.
jerit sakan.
kalau gelak ... boleh lah kot dengan sampai dekat rumah jiran belakang. 
ceh ceh. 
HAHA.
suka betul dia dengan Kak Limah ni.

Aku Pulak Yang Peliks? 
Ngeee.

Oh ya ya , aku sempat lah ambik video nak hilang kan bosan aku tadi.
Bukan bosan , nak hilang kan mengantuk actually.
Suruh dia nyanyi lagu peberet Kak Limah.

Enjit-Enjit Semut.
Gituew.


cer dengar cer dengar.
HAHA.


ok lah , nanti-nanti lah pulak aku update ye.
tengah mood tak berapa nak elok ni.
bukan sebab tak dapat tidur.
tapi pasal hal lain.

esok ada banyak benda nak kena uruskan.
moga di permudahkan segala nya.
amin.

Tuesday, November 23, 2010

Bila aku DILEMMA. Tak Tipu. Tolong aku.

Salam and Hallo! Yups! Memang aku dalam dilemma kejap nih. Heh Heh Heh. Aku harap korang tak lempang aku lepas tahu apa kisah dilemma aku ini.Ekekeke.Actually pasal belog lah.Kalau hal personal aku , kirim salam chenta awal-awal aku nak bagitahu sini kan?Kecuali kalau dah terdesak gitu?Voleyhhh? Ekekekek. Sebenarnya sejak dua menjak ni , means bila dah start school holiday ni aku dapati , aku macam ketagih nak masuk contest.Tak tahu kenapa.Dah banyak gila aku nak join.Tapi ada satu benda yang buat aku duk fikir-fikir kan.Hehehe.Apakah?

Hmmm , pasti nya sebab aku tak suka actually campurkan belog tulisan merapu mencharutz aku disatukan bersama dengan contest-contest aku.Takut orang tak sempat nak baca , aku duk sibuk update hal aku nak masuk contest kan?Hehehe.Yelah , sebab aku ada follow beberapa belog yang suka join contest , bertambahlah aku teruja nak join.Bukan nak menang , cuma macam seronok je join.Menang dan Kalah tu , kalau ada rezeki ada lah kan?Kalau tak ada nak buat macam mana.Ekekeke.Ai selalu redha bab bab menang kalah ni.Ekekeke.

So masalah nya sekarang is , as you know aku pernah ada satu belog sebelum ni.But I've closed it because some reason yang tak boleh nak bagitahu sini.Eceh nak gempak aje explanation kau kan Jah?Ekekeke.Tapi aku tak delete lagi belog tu.Just closed for privately and isi-isi chenta kenangan lalu pun aku still tak padam apa pun lagi.It took's time for me to delete all that yang memang leceh remeh ok?Aiyark!Lagipun macam sayang gila nak buang semua tu kan?Tapi Tapi Tapi ... aku tiba-tiba terfikir... why not aku bukak balik belog tu and guna as CONTEST BLOG? Khen? Macam syok je kan? Aku rasa macam patut je bukak tapi sayang nak buang semua , sebab sometimes bila aku edit layout belog ke semua , aku selalu refer dekat situ untuk some codes yang aku selalu lupa nak cari dekat mana -__-'

Jadi korang rasa patut tak patut aku bukak belog lama aku tu just for contest? Hmm...

And one more thing. Semalam if korang follow belog Mama Zharfan sure tahu pasal entry hangat beliau yang contest yang dia sertai telah di copycat some other's bloggers.Memang jadi topic panas lah semalam.Kesian dekat Mama Zharfan sebab dia punya lah jenuh nak mencari idea , senang-senang pulak orang copycat kan?Tapi mujur bloggers tu dah minta maaf secara terbuka.

Jadi kekdahnya , kebetulan aku memang tengah buntu something about CopyRight dekat all picture's yang aku selalu snap ni.If gambar awan semua ni tak kisah lah kot.But still aku punya gambar tu kan?Tambah siap edit sana sini dengan gigih nya biarlah ia nya sangat buruks -.- Heh.Tak kisah hal chantek buruks tu kan?Keh3x.Jadi aku punya masalah is , pergh banyak betul masalah budak ni kan? *lempang* aku perasan aku punya watermark macam err cmne nak cakap ek...ai mean..aku tengok semua orang punya watermak macam best je meh.Semua cantik cun dan sama waktu dengan nya.Berbanding dengan aku punya memang lah..aiseh susah nak cakap.Aku punya sometimes macam terlalu besar.Sometimes terlalu kecik.Adeh.Sometimes macam aku pun tak tahu jadi apa.

Jadi aku nak tanya pendapat korang semua kekdahnya.Heheheh. Dekat bawah tu ... aku ada letak 3 same pictures with different wattermark yang gunakan font lain-lain.Jadi nak suruh kornag pilih ... which one yang lagi ok? Perlu besarkan or just kasi sama je saiz? Ke macam mana? Seriyesli lepas kes Mama Zharfan , I know I'm should be allerts now for protecting my picture (terutama gambar shomel gojesaku lah kan? miahaha) lah kan? So So So , please help me guys and give me some advice k?

01 if you like this.


02 if you like this

03 if you like this.

Oh yes , sila zoomkan gambar tu ye untuk pilih which one watermark yang sesuai untuk aku letak dalam belog picisan aku ni.Seriyes aku nak lindung betul-betul kan gambar aku semua.Yelah sekarang macam-macam kes.And after dah zoom tu , jangan lupa tinggalkan komen dekat sini dan bagitahu korang pilih yang mana :) And and and , kalau ada advice lain , dipersilakan :) I'm appreciated your advices :) Thx ye kawan-kawan :)

Thursday, November 18, 2010

Sudah mampu TERSENYUM.

Salam and Hello. Alhamdulillah. Everything look's good now. Aku dah boleh tersenyum. Aku tak kusutkan kepala otak aku semalam.Eventhough , hari Selasa lepas , if look's at my previous entry memang kepala otak aku serabut gila. But today's everything is DONE. Alhamdulillah. Terasa lega sangat. Even ada banyak benda lagi yang kena fikir , but it's ok. Atleast benda penting hari ni dah selesai dengan jaya nya. Wah , gitu kau! Haha. So memang nak tersenyum je lah sekarang ni.Hati pun lega sangat-sangat. Alhamdulillah.


Tak ada benda nak tulis lagi. Heheh , jap lagi nak update belog pasal makanan-makanan yang ada untuk Hari Raya Haji semalam :) Hehehehe , tunggu ye , nak edit kejap. T_T Heh. Sebelum tu tengok lah sekeping gambar perempuan yang tersenyum ceria di I-City. Heh heh.


meh , kenapa aku tengok senyuman aku macam comel gila? mulut aku pun macam kiyut je aku tengok? keh keh. angkat bakul sendirik. *lempang*


nota kaki : selepas ditegur oleh kaka Lisa Surihani a.k.a Daddy Iss , ai insap tak nak suh orang kelik ikelan dengan keadaan paksa. 0__-'
tapi kelik lah jugak ye. opsss.

Tuesday, November 16, 2010

Kenapa Sekarang?

Salam and Hello. Mesti macam ni kan? Selalu macam ni kan? Entah kenapa jadi macam ni. Entah. Tak tahu. HEYYY , apa kau merepek ni JOYAH? Tetibe macam apa je ayat mukadimah kan? Kalau baca my previous posting mesti tahu. Kesan MOODY dan HAL YANG TERJADI semalam yang buat aku DOWN. Macam-macam hal. Ingatkan hari ni dapat settle semua. Sekali kena tangguh lagi. BENCI. BENCI SANGAT. Lepas tu , semalam jugak macam-macam hal jadi. Try untuk bertenang.Try untuk tak gelabah gelojoh dan gelenya. Eh? Ada kena - mengena ke? Whathever okeh. Erk. Tapi tak berjaya. Risau pulak. Aiseh , selalu macam ni kah. Bila datang masalah sekaligus 10. Bila senang hati sekaligus 10 jugak. Benci. Benci. Huwaa.

Dah lah esok hari raya haji. Saja lah tu nak kasi aku geram marah dan hangin sekaligus. Huwaaa. Menangis .. Menangis.Tahun lepas menangis time raya haji sebab parent raya jauh-jauh. Eh , eh nanti nak buat entry baru pasal raya tahun lepas. Heheheehhe. Harap-harap tak menitiskan air mata time menulis kejap lagi. Ekekeke. Btw, nak senyum pun payah ni. Fikir macam-macam hal. Benci MEH. Adoilah. Sumpah moody gila. Sumpah stress gila. Tak boleh nak tenangkan hati. Tak boleh nak relax-relax. Tak boleh langsung meh. T_T




p/s: teruskan click CIMB punya ikelan. Help me please.

Bagi saya senyum kejap ye :) Thx *hugs*


Sunday, November 14, 2010

kura-kura lari lagi laju tau?

Salam and Hello. Mula-mula ingat nak upload gambar. Tapi internet sangat lembap. Kura-kura pun lagi laju berlari tau? Menyampai ai. Tapi nak buat macam mana , maki pun macam lah dia belas kasihan dekat aku khen? Nyampesss ai. Heh heh. Anyway , sebab gambar pun tak boleh nak haplod , aku pun macam ala-ala buntu gitu nak tulis apa hari ni.Tapi tehhhtap nak menulis khen?

Hari ni hari Ahad. Yelah kan ? Tak kan tiba-tiba kau nak hari Sabtu lagi kan?Apa kau ingat kau duduk Amerika nak lambat berbelas-belas jam? *lempang* Tiba-tiba je khen aku ni T_T Hari Ahad yang sangat boring dan sangat tak tahu nak buat apa.Belogwaking pun aku macam malas. Internet agak lembap meh. Baru feeling semangat nak baca , terus lah internet ni buat hal. Haramjadah betul. Aiseh. Belogsepot ni lagi lah , tak yah cakap ah , nak haplod gambar lembaps semacam. Nak upload via photobucket , malas nak resize gambar. Boleh gitu? Aiseh , macam-macam hal.

Takpelah , nanti kalau aku rajin , aku upload via photobucket je lah senang. Sebab kalau guna url macam cepat gila okeh -__-' Aisehmennn. Citt , gaya macam kau snap gambar apa je kan bersungguh nak tunjuk dekat orang khen? Heyy , suka hati aku lah kan? Opsss , jaga adab puhlease. Ekeekekek. Btw, malas nak cherita hal gambar upload dan sama waktu dengan nya. Bikin pening kepala sajork! Anyway , kalau korang nampak ikelan CIMB click di belog aku ni jangan lupa tekan ye? I love you so strong lah lepas tu kalau korang tolong kelik kan untuk aku. Heheheh. Maklumlah tengah nak mengumpul duit gituh. Tolong ye? Thanks! Hiks.



nota kaki : please .. please kelikkan ikelan nuffnang. opss.

Thursday, November 11, 2010

Kelam kabut kejap. Tapi dah OK.

Salam and Hello. Aiseh , entah apa kejadah nya susah gila nak upload gambar banyak-banyak dalam blog ni. Penat jugak aku menunggu. Almost 2 jam , tak ada hasil langsung. *wah rajin nya aku menunggu :dush:* Oleh yang demikian , aku pun dah tak sanggup nak menunggu lagi , jadi moh lah bercherita hal lain. Alkisah nya , semalam aku try deactivatedkan FB aku for almost 10 hours kot? Or tak sampai? Muahahaha. Bukan nak uji diri next year boleh hadapi ke tidak dah tak boleh nak online lebih-lebih , terutama facebook-ing kan?Maklumlah , tahun hadapan SPM kan? Sila sedar diri sekarang!! *lempang*

Ok , ok tak nak mengarut dah.Sheesh. Kisah nya , kan korang tahu , yang aku ada buat fanpage Cherita Emo-Temo sebab terjebak tengok bloggers lain pun buat fanpage untuk blog diorang tu yang sibuk buat jugak kan?Citt bagi memudahkan aku beramah mesra *eceh* , update entry-entry yang di update disini dan macam-macam lagi lah kan.padahal nak glamour kan?*petir* So , semalam after deactivatedkan facebook sebab ada lah kisah nya kenapa , tak kan nak cherita dekat sini kot.Heh , heh. Aiseh nak berahasia aje Ijah EmoTemo ni sekarang kan?Heh , heh , heh.

Then semalam memang tak fikir apa-apa effect pun after deactivatedkan facebook tu. Lepas tu petang tadi bukak facebook. Aiseh , banyak benda pulak nak kena betulkan setting.Teutama macam aku yang ada fan pages semua ni.Huwaaaaa , mak menyesal nyah deactivatedkan acc facebook ai. Tak pasal-pasal pucat lesi muka membayangkan 43 orang peminat yang dipaksa oleh ai , muahahaha Cherita Emo-Temo akan memaki hamun serta laharan berbakul-bakul dek kerana ai dah feeling nak buat fanpage baru?Oh gila glamour kan?Muahahaha. Mintak bantuan one of my friend. Dia suruh aku pergi report dekat pihak facebook. Meraung dekat updates wall ai , sebab facebook aku ok. Fanpages aku je tak ok T_T

Lebih kurang pukul 5 petang kot , baru lah everything ok.Tak sempat nak hantar report segala.Baru lah boleh bernafas dengan baik biarpun tidak memakai oksigen. Aiseh. Memang lah pucat lesi aku.Bukan penting mana pun , tapi sayang lah wehh , kalau kena buat balik fanpage segala kan T_T Now , dah rasa lega. Dah rasa OK. Itu je nak cherita ;)



p/s: moral of the story : sebelum nak buat apa-apa fikir dulu baik buruk.
don't let emosion control our self.
tak gitu :P



Tuesday, November 9, 2010

aku tak tahu nak kasi tajuk apa T_T

Salam and Hello. Nak cerita ringkas je entry hari ni.Tak nak berbelit sana-sini sementelah aku macam tengah blur je sekarang sebab entah apa pun aku tak tahu.Heh. Petang tadi , kaka Milo bagitahu aku dekat facebook , yang dia tak boleh langsung komen dekat belog ni.Aku macam hairan ok? Sebab aku komen macam ok je.Tak ada masalah langsung. Tapi kaka Milo cakap tetap tak boleh.Pastu dengan kadar segera aku suruh kaka Milo printscreen kan apa yang telah dia nampak dekat belog aku kan.Sebab aku macam blur & blank ala-ala tak faham. Sebab apa yang kaka Milo kena , tak kena pulak dekat aku.

Tengok dekat bawah apa yang jadi. Stress jugak nak betulkan setting.Ignorekan ayat kejam kaka Milo.Ekekekeke.







Entah berapa kali mencuba baru dapat selesaikan.Sebab if aku guna acc blogspot punya emel, memang aku tak ada masalah.After guna acc twitter punya , yup , aku pun terkena benda sama.Pening jugak nak selesaikan.Buang iklan nuffnang , still sama.Buang pages still sama.Lepas tu pergi dekat setting komen. Aiseh , baru perasan tentang yang ,verified word tu kan?Kan boleh pilih nak ada or tak ada benda tu.After aku ckp tak nak ada.Baru lah masalah selesai.Aiseh.Begitu senang pun take half an hour jgk tau.Aiseh.Lepas tu terus inform kaka Milo yang dah ok.Hiks.Terus mode : solehah tau! Ekekeekek. Err , so korang still boleh tak komen dekat entry-entry aku?Kalau tak leh sila tinggal jejak dekat shoutmix tu ye :peluh:



p/s: terasa malas nak menulis hari ni.
cub untuk ringkas kan penulisan.