Home

Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

GEMPAR ! Kak Limah Berada Di Mana-Mana?!!

GEMPAR!
Kak Limah berada dimana-mana.
Gituew katanya.
Eheh.

Kak Limah mana pulak ni Jah oii?
Aisehmen , sebenar nya ini sebab si Awisy yang suka benor menyebut nama Kak Limah tu ha.
Cehh.
Kalau nak takut kan aku , mula lah menyebut nama Kak Limah.
Kak Limah tu aku tak kisah sangat.
Tapi yang aku kisah kalau kawan-kawan Kak Limah -.-'
Sheesh.

Tadi dia ikut aku masuk bilik.
Jadi nya dia nak main game.
Aku macam malas nak kasi dia main game sebab aku nak tidur. -.-
Jadi aku bukak youtube , aku kasi dia tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah dekat youtube tu ha.
Senang cherita.

Tapi tak senang jugak.
Kenapa?
Apasal?


pergh. fokus habis-habisan menonton Kak Limah. semua part Hantu Kak Limah tuh dia hafal. memang hebakkkk lah. ekekke.

Eheh.
Ingat kan bila kasi dia tengok Kak Limah tu , dia duduk senyap dendiam lah.
Sekali ...

Eh Jah .. kejap lagi lampu pusing-pusing.
Eh Jah *tampar pipi* tengok tu Kak Limah duduk belakang.
Hussinn... Tussinn...
Cer citer ... cer citer ...
Kita bako rumah dia ... kita bako rumah dia ...
Pushh ... dia tembak lah Jah. 
Jah ... bukak lah mata ... tengok lah tu ...
Jah ... kejap lagi kita tengok Khurafat ye?
Citer tu ada hantu ... 

-_______-'

So jangan harap nak tidur ye?
Sabar ajerlah aku dengan budak kenit ni.
Haha.

Tapi memang the end pun aku tak boleh tidur.
Mata mengecil pun gagahkan jugak tengok Kak Limah yang dah banyak kali tengok ni ha.
Eheh.
Nanti bising pulak Awisy.
Itu pun ada hati nak suruh aku bukak Khurafat dengan Ngangkung.
Mak aihh , banyak comel budak ni?
HAHA.

-.-'


comel pulak bila dia senyum kan :)
eheh , memang comel je.
cuba kalau datang angin silat kungfu panda dia , terus aku redha aje lah. -.-' 
HAHA , jahat pulak aku ni.


ini lah dia lampu yang pusing-pusing ni ha.
bising betul bila tengok part mula-mula ni.
jerit sakan.
kalau gelak ... boleh lah kot dengan sampai dekat rumah jiran belakang. 
ceh ceh. 
HAHA.
suka betul dia dengan Kak Limah ni.

Aku Pulak Yang Peliks? 
Ngeee.

Oh ya ya , aku sempat lah ambik video nak hilang kan bosan aku tadi.
Bukan bosan , nak hilang kan mengantuk actually.
Suruh dia nyanyi lagu peberet Kak Limah.

Enjit-Enjit Semut.
Gituew.


cer dengar cer dengar.
HAHA.


ok lah , nanti-nanti lah pulak aku update ye.
tengah mood tak berapa nak elok ni.
bukan sebab tak dapat tidur.
tapi pasal hal lain.

esok ada banyak benda nak kena uruskan.
moga di permudahkan segala nya.
amin.

Luahan Hati Kak Jah Kiyut Miyut Togeh Da Vass. Kau Hado?

SPM. Lagi 7 bulan. Lagi 229 atau 228 hari. Kalau tak silap aku.
Sungguh aku cuak. Sungguh aku tertekan.
Setengah orang kata : SPM penentu segala nya. Tapi ada juga orang kata : Tak Semesti nya kau GAGAL SPM , kau akan tertutup terus semua peluang.
Bagi aku , aku nak berjaya dalam SPM. Semua orang pun sama.
Cuma kadang-kadang bila tengah tertekan macam sekarang ini.
Macam-macam rasa dengan fikir belit-belit.

Aku rasa macam-macam.
Aku rasa tertekan bila aku tak dapat nak mencerna dengan apa yang aku baca.
Aku rasa give up bila berulang kali buat latihan matematik tapi tetap tak pandai-pandai nak selesaikan soalan jenis macam-macam tuh.
Aku rasa cuak sebab bila fikir SPM betul , dapat ke aku buat elok-elok?
Dapat ke jawab cun se cun nya?
Dapat ke dapat ke? *lempang*
Ok , tak payah fikir.

Tertekan oh Tertekan?!!

Oh ya aku ni budak kelas sastera. Tak ambil fizik , bio , kimia dan lepas tu mesti orang akan cakap : lu apahal nak stress tahap dewa? wa ni kena hafal seala jenis tulang sum sum , otak rangka pun tak kecoh macam lu -.-‘
Ada tak kau rasa macam nak flying kick laju-laju orang macam tu? Ada tak ada tak? Ada kan?
Mana lah aku tak tertekan.
Itu belum lagi tertekan dengan kata-kata hanjing kucing arnab itik yang suka memerli tak tentu hala bila kita tak dapat nak buat elok macam theyols. Apa kau teringin nak makan sup wedges aku ke? Ceh ceh.
Okay tak payah fikir pasal orang lain.



Tapi dalam masa sama.
Bersyukur jugak sebab ayah ai begitu rajin kumpulkan SKOR yg gambar di atas ituew untuk ai.
Terharu sendu-sendu tau.


Okeh ,sekarang ni aku fikir pasal aku.
Aku agak cuak sebab nak hafal nota-nota. Nak buat latihan-latihan. Tak nak lah study hard rock café sangat.
Bak kata kakak-kakak hangkut ai : Study Smart Tag ,jangan Study Hard Rock. Gituew?!!
Tapi aku terasa macam masa terlalu pantas pintas cepat berjalan sampai aku terasa macam eh eh macam baru semalam cuti hari Sabtu , eh ni dah nak hari Sabtu balik?
Amma , Appa , Ayyark!




sempat ke meks nak selesaikan semua ini? sempat ke sempat ke? *meraung*

Ehem.
Sebenar nya ini sekadar luahan rasa untuk aku yang tak tahu nak luah dekat siapa.
Layan kan aje lah aku punya tulisan ni iye. -.-'

Entahlah , kadang-kadang bila takut membayangi diri akan ada dua benda yang akan terjadi : MOTIVATED TO OUR SELF or FAILED.
Itu sahaja yang akan terjadi.
Aku pun semakin tertekan bila kita berkejar nak catch up mana-mana yang tertinggal tiba-tiba migraine tak berhenti , kita sakit perut melampaui batas , sakit tekak sampai batuk-batuk.
Seksa tu. Memang cabaran yang tinggi benar sangat tuh.

Tapi tak guna merungut kan?
Bukan merungut.
Cuma nak luah tentang keadaan diri sendiri yang orang tak faham.
Memang ramai yang tak faham.
Uhuh.
Tapi itu lah , kalau ikutkan segala macam halangan , cabaran dengan dugaan tu , aku memang dah give up.
Bukan give me mambo no 5 lagi dah.

Namun sebab aku ingat yang aku masih ada "cita-cita" maka dengan secara tiba-tiba dan automatik nya jugak semangat aku menjunam naik tinggi macam bendera Malaysia yang naik di tiang macam bila kita nyanyikan lagu Negara ku.
Heh , gituew tau.

Aku dah tak mahu ulangi kesilapan yang sama.
Kesilapan yang menyakitkan.
Tak mahu. Tak mahu lagi dah.
Okay.
Stop writing.
Do something.
Gituew.

Moga Tuhan permudahkan segala nya dan melapangkang dada aku untuk mudah aku menerima ilmu.
Korang pun jangan lupa doakan yang terbaik untuk ai ye. Eheh.
Okeh lah.

Sampai di sini sahaja luahan hati ;
Kak Jah Kiyut Miyut Togeh Da Vass.
Muahh
Daaaaaaa


see meja ai. berserabut mengalahkan ada projek hape aje sepah nya.
siap ada pringles lagi atas meja.
kau hado?
*nangis*





Saturday, March 26, 2011

The Pain Killer. Full Stop.

YES. I UPDATE. again.

Ehem. Kali ini nak update pasal benda lain. Pasal THE PAIN KILLER. Eheh. Aku tahu sejak dua menjak ni emosi aku agak teruk ok fine sangat teruk. Emosi naik turun atas bawah macam tak reti nak control elok-elok. That's my bad. Totally my bad. Uhuh. Okay pain killer yang aku maksud kan bukan lah ubat penahan sakit tu ha. Tapi pain killer yang aku maksud kan sekarang ni , ehem , macam mana nak buat ayat ye? Salah tulis mahu aku duduk berkurung dalam bilik 10 tahun tak mahu keluar kang. Ekekeke.

Ekekek. Should I say in Malay : Sakit Membunuh? WooHoo. Macam ala-ala tragic traumatic sajork bunyi nya kan? Eheh. Well , sakit membunuh memang selalu kita hadapi sedar atau tidak. Okay again : it's not like Sakit Jantung atau yang sama waktu yang membunuh itu. Tapi sakit membunuh dalaman yang aku selalu fikir is an always : EMOSI. Itu memang pain killer yang paling teruk aku rasa. Emosi kalau tak di jaga dengan baik memang akan memberi impak yang tidak baik. Aku tahu pasal itu. 

Ngaaa , apasal aku ni menulis ala-ala serius nak kasi syarahan segala khen? Fine , tengah bosan and aku terasa nak update. So then , here it is ; aku update pasal aku sendiri pun tak tahu nak cherita awal , tengah dan akhir macam mana. Ehem. Well , aku terjumpa quotes di bawah ini from inche Google. 




Every successful person has a painful story.
Every painful story has a successful ending.
Accept the pain and get ready for success.

Masa itu terus terbayang dalam kepala otak cuma : pain killer. Entah , tak tahu kenapa. Iyelah kadang-kadang nak berjaya memang bukan mudah. Tambahan orang macam aku yang otak tak berapa bijak biar makan kismis 10 kg sekalipun. Tetap sama kalau tak baca buku , tetap sama kalau tak buat latihan. Seronok tengok orang senang-senang aje berjaya , baca sekali dah boleh faham. Buat latihan dua tiga kali dah boleh selalu skor. Aku ni buat sepuluh kali pun masih juling mata tak faham-faham. Agak nya terlebih makan semut lah kot? Sheesh. Bukan tak pernah rasa gagal. Sangat sakit sampai emosi pun jadi tunggang langgang. Bukan jugak tak pernah berjaya. Riak habisan last-last impian jadi hancur.

Entahlah. Memang nak berjaya bukan mudah. Nak gagal lebih senang , mudah dan pantas tanpa perlu membuat apa-apa taktik segala. Huh , as easy as that huh? Tapi nak berjaya memang bukan mudah. Okay , aku jadi terlebih emosi bila tengok orang-orang dapat result cemerlang untuk SPM hari tu. Aku jadi terlebih emosi sampai sekarang. Aku takut , aku cuak. Entah. -.- Sungguh lah , orang lain jadi kan iltizam lah , ilham lah segala macam lah , tapi aku boleh buat angin cuak segala? Memang tak patut sungguh.

Seronok baca blogger-blogger yang berjaya dapat straight A , yang dapat A banyak dan yang semua nya berjaya lah. Itu belum lagi tengok dalam surat khabar ; fine aku takut nak baca surat khabar. Normal tak normal bagi orang yang nak ambil peperiksaan besar macam aku? Eheh. Lepas tu belum lagi tengok tv , hari tu ada tengok , fuhh muka selamba aje tapi result pergh , menangis meks -.- Shessh. Sungguhlah senang cherita aku agak tertekan. Maklumlah bila hendak SPM ke , PMR ke mahupun UPSR , memang after the result telefon rumah aku berdering lagi banyak daripada hari-hari biasa. Terus terasa nak buat press conference senang cherita tak payah ramai orang habiskan kredit top up nak call khen? Eheh. Ooops , jangan terasa ye. Nanti tak pasal-pasal tak berkat ai nak hamik exam katanya *meraung*

Uhuh , so kepada semua orang , ada tak nasihat untuk saya yang sedang stress tekanan tahap pain killer fuhh sebab tertekan segala macam tahap ini? Sila-sila kasi nasihat dekat saya. Betul saya tertekan. This pain is killing me now -.- Boleh gituew?


cer cer kasi nasihat sikit dekat ai -.-


Tuesday, February 15, 2011

Jalan-Jalan , Rosak , Makan & Nuffnang

Sorotan hari ini ; macam-macam benda yang terjadi dan macam-macam benda yang di alami. Iye semalam dah janji nak berpantang ; aku bukan kata hari ini nak start ; tapi esok. Hari ini memang nak update puas-puas. Hmm. Pagi tadi aku pergi hantar kakak aku dekat kolej. Then pergi ke Ara Damansara sebab mak aku nak pergi jumpa nenek saudara aku dekat sana. Hehe. So means ; pergi rumah sepupu mak aku lah kan. Then duduk situ dalam sejam dua , kitaorang pergi ke lain pulak.




Destinasi seterus nya ; pergi ke Kampung Tunku ; PJ. Heh. Pergi ke situ sebab mak aku nak pergi tengok cucu , mak saudara mak aku , means nenek saudara aku lah. Hari tu diorang buat Cukur Jambul kitaorang tak boleh attend ; hadiah dah beli. Jadi itu yang kitaorang pergi situ. Kebetulan beli Gown Baby ; jadi takut pulak kalau lambat kasi kan? Tehehehe. Baby tu nama Nur Hafeesa or something like that lah. Aku pun ingat-ingat lupa. Sempat pegang baby tu. Tapi cuak jugak sebab baby tu baru 3 bulan. Kepala baby tu still lembut kan , takut je kalau tersalah pegang memang naya woo. Heheh. Comel je Hafeesa siap ketawa dengan senyum lagi. Teehee.


comel Hafeesa.

Ok then feeling nak makan Nasi Arab. Aiseh. Bila pergi dekat tempat yang di tuju , kedai tu dah tutup lah pulak. Alamak , Ayah ada hal pulak petang tadi. Jadi cepat-cepat balik rumah dengan feeling hampa yu. Aiseh men. Then lepas Asar Ayah call cakap nak pergi beli tak Nasi Arab? Heh , terus lah aku pergi bersiap-siap nak pergi beli. Malas nak makan dekat kedai sebab dah nak Maghrib aku beli. Hoh. Aku beli dekat kedai , alamak tak ingat nama. Dekat Kampung Pandan. Nak beli Lamb Mandy , tapi dah habis. Maka beli lah Chicken Mandy. Sedap jugak! Harga pun murah ; RM 20 je pun. Nasi punya lah banyak , Ayam punya lah besar sampai aku pun tak habis nak makan. Heh. Sumpah sedappp!


chicken mandy yang lazat.

Kemudian pergi ke Carefour sebab aku nak pergi beli Earphone. Aku beli je yang mana-mana then terus bayar sebab dah Maghrib time tu. Membebel pulak Ayah aku kalau tengok aku lama-lama dekat Carefour. Heh. Then terus balik. Bila balik ; aku pening gila macam mana nak bukak Earphone tu punya kotak. Haih , ambil gunting. The end , ambil gunting ; tergunting wire Earphone , maka rosak! Shitta! -.- Melayang 20 hinggit aku wehhhhhhhhhhh. Mana aku tak geram dan stress. Sudah lah earphone yang mahal beratus aku punya rosak -.- Hmmm , tak ada rezeki tapi still geram weh.

Then bila bukak belog , ada seorang blogger's tanya aku dekat ENTRY SENYUM aku yang previously. MissYayang tanya pasal macam mana aku boleh dapat CTR Bonus. Tehehehe. Sebenar nya dik ; untuk CTR Bonus itu untuk sesiapa bloggers yang dapat Buffered Earning. Buffered Earning pulak macam mana nak dapat? Ok itu pihak Nuffnang yang tentukan blog kita layak atau tidak dan sesuai semua tu. Bila ada Buffered Earning atau BE ini ; ia akan memudahkan kita mengumpul duit lebih banyak dan cepat. Nilai nya bergerak lebih pantas dan besar berbanding dengan ikelan biasa. Jadi melalui BE itu jugak kita dapat CTR Bonus. Tehehe. Er , faham tak? Harap-harap faham eh. Kalau tak faham , jangan malu-malu tanya ye :)

Ok , rasanya tak ada apa lagi nak update. So bye korang :)

Tuesday, February 8, 2011

Saya Tak Tipu , Saya Stress & Nervous. Ini Kenyataan.

Banyak sebab kenapa minggu ini saya stress dan nervous. Terlalu banyak sebab. Minggu depan ada Ujian Intervensi 1. Saya memang cepat nervous apabila nak exam. Saya jenis bukan pelajar pintar. Tapi saya yakin boleh! Ewah , tiba-tiba. Semalam pergi laman web rasmi sekolah , nampak ada jadual exam. Terus menggigil depan laptop. Tak tipu.

Seram sejuk sebab takut tak dapat buat yang terbaik. Oh , kau orang bijak suka hati kau lah nak kata aku ni skema penakut cuak. Kisah apa aku. Eh Eh mengamuk pulak. Bila stress memang terasa nak mengamuk. Memang terasa nak makan tak berhenti. Adoii. Masalah pulak jadi nya. Semalam nak print jadual , tapi malas. Lepas tu print screen sudah. Heh , nampak pemalas nya ituew kan? Tapi kreatif lah tu kan? Kau mampooo? Gitueww.

*notes : iye saya bukan pelajar di aliran sains yang nak jadi doktor , enginiyer atau sama waktu dengan nya. Tapi saya pun ada cita-cita , jadi doakan yang terbaik untuk saya ya! *peluh*




makna nya tiga minggu saya akan ada ujian. tapi ada juga yang aku tak perlu ada exam. rasanya lah. ini yang aku tengok dekat web sekolah. mesti betul lah kan? eh? *betulbetulkan spek* tassawur tu saya pun tak pasti saya ambil ke tidak. ya allah apa aku ni? adess -.-

Kekdahnya  ,minggu ini perlu belajar sampai juling dan pitam lah ye. Kalau tidak mahu naya nak menjawab dengan mak ayah aku eh eh dalam peperiksaan nanti. Huwaaa. Jadi maaf lah kalau aku akan jarang update melainkan nak update , nak tulis mengamuk menangis kalau tak boleh jawab exam nanti kan? Heh , harap-harap tidak! Ok , tak mahu tulis panjang-panjang. Nervous + Stress : INI LAH KEADAAN SAYA SEKARANG! *nangis*

notakaki : perasan tak header aku dah bertukar? mueheheh :P

Thursday, January 6, 2011

Kadang-Kadang Kita Akan Dapat Benda Yang Kita Tak Suka Dulu Sebelum Dapat Benda Yang Kita Suka! WOW! Panjang Nya Tajuk ...

Ehiks. Tajuk kali ini sangat panjang okeh? Biasa lah kang , kepala aku tengah tak berapa nak betul ni. Sungguh. Sejak bukak sekolah ni memang kepala aku senang gila sakit kepala. Mungkin sebab aku stress dekat dalam kelas tu kot -.-' Tak pasal-pasal hari ini pergi klinik jumpa doktor semua sebab kepala sakit. Migraine. Aku paling benci sebab nak kena check darah , tinggi atau rendah. Heh. Benda paling aku benci. Selamat Doc cakap normal , kalau cakap tak normal? Mahu aku guling-guling nangis. Heh Heh.

Sekarang ni lepas makan ubat , dah ok sikit. Sikit je lah. Gedik betul tak pasal-pasal sakit kepala. Lepas tu siap mintak ubat batuk dengan selsema memandangkan tak hilang-hilang lagi sakit aku yang tu ha. Nangis tragis sangat kan? Aiyark! Lepas tu , doc kasi cuti suruh rehat , lepas tu doc kasi bebelan yang sangat panjang suruh buat itu buat ini. Jangan stress itu jangan stress ini. Ok Ok. Sudah , kepala aku start sakit balik.

Mungkin jugak sebab aku tengah fikirkan something ni. My big decision yang mungkin boleh kasi aku bahagia ataupun mungkin boleh kasi aku merana. Haaa , ayat kau macam kena kahwin paksa je wehh -.- NO NO NO , bukan. Hal lain. Kowser sangat nak pikir hal kahwin tunang segala tu kan? Umur baru 17 , sila buat gaya 17 ye? Eh eh tetibe kau Jah! Mungkin pasal hal itu yang tak boleh nak kasitahu dekat sini tu lah yang buat aku pening kepala berdenyut. Sekarang ni pun pening lagi. Tapi sebab aku asyik tidur , yelah hujan seharian suntuk kan? Tu yang aku syok je tidur. Umi panggil suruh bangun pun aku rasa berat je kepala. Padahal tidur dalam gelap tutup langsir segala kan? Aiyoh!

Hmmm ... semalam borak-borak dengan Cik Kekure yang juga kawan aku ituew kan. Cakap lah pasal hal itu yang buat aku pening kepala tu. Dia suruh aku fikir betul-betul , baik dan buruk kena timbang jugak. Well , benda yang aku tengah fikir tu , memang dah fikir betul-betul. Tak fikir pasal emosi and yeah aku timbang baik buruk dia. But macam aku cakap tadi , kalau betul keputusan aku , insyaAllah aku bahagia dan stress aku akan kurang sikit. But if aku tersalah buat keputusan , aku yang merana. But aku rasa 50-50 , keputusan yang bakal aku buat ni just nice. InsyaAllah tak akan bebankan kepala otak aku.

Seriously , this year aku tak nak lah stress , tapi awal-awal tahun dah migraine? APA KES kan? Huwaaa. Selamat Umi dengan Ayah tak bebel ke hape kan? Lepas tu Cik Kekure pun cakap dekat aku khen ... Kadang-Kadang Kita Akan Dapat Benda Yang Kita Tak Suka Dulu Sebelum Dapat Benda Yang Kita Suka! Betul lah tu kan? Aku SOKONG! Tapi .. Tapi .. entahlah. Kepala sakit weng macam ni , memang aku terasa serba salah nak buat keputusan. Aku paling benci ada rasa menyesal. Sebab aku suka salah kan diri aku dalam semua benda -.- Patut lah selalu migraine kan? 

Aiyark! Aku nak tulis dekat sini masalah tu , but I think better I'm not write down my problem tu. Because , kadang-kadang BLOG bukan lagi TEMPAT untuk CHERITA hal PERSONAL khen? Ehiks. Setakat nak cakap hari ini aku pergi Mid Valley beli majalah EH! rasa nya tak ada masalah lagi kot? Ekekekek. Ok Ok kepala kalau tengah sakit sokmo macam ni memang syok merapu!

And And semalam baca belog Inche Hatim pasal kes kopikat. Memang sadis bila orang sukahati senang lenang kopikat kita punya ayat kan? Kalau kopikat lepas tu kasik credit tu tak apa jugak kan? Ni tidak suka hati je buat hak sendiri kan? Sebenar nya dah ramai aku tengok orang yang suka suki kopikat ayat / gambar dan macam-macam yang para bloggers lain yang aku kenal. Sadis okeh? Bak kata Inche Hatim , kadang-kadang nak tulis ayat yang pendek merapu pun amik masa sejam okeh? Tapi orang-orang senang je kan kopikat? Aiseh.

Ok Ok. Tetibe macam nak emo pulak nak tulis khen? So kekdahnya kepala aku hari ini sangat sakit. Terasa macam ada batu hempap dekat atas kepala! AIYOOO .. -.-'


tak nak stress .. tak nak tension .. tapi cmne?


Tuesday, January 4, 2011

Aku Tak BODOH Faham?

Sebenar nya kalau ikutkan betul nya , aku nak update belog Sabtu ni. Malas nak update masa hari persekolahan. Tapi disebabkan aku tengah bengang , geram dengan macam-mcam benda yang jadi dekat sekolah , jadi aku rasa better I'm doing something to make me feel better. Malas nak pendam dendam segala bagai. Tak elok untuk kesihatan!

Well , hari ni dah masuk hari kedua persekolahan. Aku menyampah betul dengan sesetengah budak dekat sekolah tu yang memang macam nak kena pang pang penampar dengan aku. Aku tahu lah aku tak bijak macam kau tapi please aku tak cari pasal dengan kau , kau tak payah nak cari pasal dengan aku.

First day dekat sekolah : macam-macam hal jadi. first time aku jadi pendiam dalam kelas. I don't have any friend and I just do my own thing. Tapi aku tenang je walaupun mulut nak mencharutz segala macam. Tapi ingat , tahun ni nak SPM , jaga ayat. Buat naya je.

Second day dekat sekolah : masih sama. I DONT FEEL HAPPY cuma ketika REHAT with my geng yang boleh buat aku bercakap untuk selama 20 minutes then aku jadi pendiam balik. OH aku rasa macam nak menangis je. Well this week tak start tuisyen lagi. Malas + aku stress sikit. Macam-macam benda jadi. Huh. Lepas tu pulak budak kelas aku tu entahlah. Aku tak serasi dengan diorang. Oh lepas tu ada pulak yang aku teringin nak pang pang penampar masa tengah beratur segala tu. Aku rasa apa yang aku buat dah betul , dia cakap aku salah.Tapi aku diam. Sebab aku ingat dia tu KETUA PENGAWAS . oh rupanya kau pun pelajar biasa pakai baju putih macam aku. OH YA YA , kau feeling kau hebat? kau feeling kau SENIOR SANGAT? HELLO! GO TO THE HELL la nak perangai macam beruk macam tu. Aku malas betul layan perangai betina macam tu. Aku tengok muka kau pun terasa macam nak ludah je. Tapi malas layan. Sumpah aku bengang. It's not a good started for today eventhought yesterday. SAMA JE.

Seriously I HATE MY CLASS ... but cikgu-cikgu yang mengajar tuu je yang buat aku suka balik eventhough aku tak ada langsung kawan , tak ada langsung untuk di ajak berborak. Memang aku belajar je lah. Paling tidak pun aku termenung sensorang. BOSAN kan? But itu realiti hidup aku. SELAMAT CUMA PUKUL 7.20-1.20  ... kalau 24 hours , OH NO , aku boleh mati macam tu weh -___-'

Ok Ok , sungguh tak seronok! Azam aku nak belajar dan buat yang terbaik untuk SPM. Tak ada benda lain dalam kepala otak aku. Memang sekarang pun sibuk belajar. Tak kisah pasal belog semua. Maaf tak dapat nak pergi belog korang singgah jejak segala. Huhuh.

Now it's time for me to have some rest -.- Bye guys!

Thursday, December 9, 2010

Angkat Tangan Goyang Kaki.

Sepatut nya nak buat sambungan My Way to Terengganu Part 5 , tapi macam tak ada mood pulak nak tulis pasal benda tu. Alah , bukan cherita best mana pun , sekadar nak berkongsi je pun. Lagipun banyak gambar yang tak edit , aiseh. Malas nya meh .. Lagipun kalau bercherita tanpa gambar bermakna Nasi Briyani tanpa lauk gituh! Ekekekeke.

I don't know why , tiba-tiba je terasa macam tak ada mood langsung.Ada , tapi tak ada lah banyak sangat.Ish , entahlah. Everything just make me feel worst lah! Haihh. Benci bila fikiran terlalu berserabut sampai tergantung pula entry-entry yang patut aku nak publish ni.Ish Ish.Tak patut betul. Btw , tajuk tak ada kena mengena dengan isi. Hmm , sedar tak sedar lagi beberapa minggu dah nak tahun baru kan? 2011 ... is that my lucky year?is that my lovely year? OR MAYBE MY WORST YEAR EVER? Haihh , mintak dijauh kan lah ye.Doa kan yang baik-baik aje untuk tahun depan. Next year nak SPM , Next year dah berazam nak belajar bersungguh-sungguh , Next year dah berazam , seminggu sekali je online , ok this is TIPU , tapi kena jugak buat even tak nak.Next year , NO MORE WORDS , MALAS , SAKIT , STRESS oh ok , try try. Hey , yang kau sibuk cakap pasal NEXT YEAR , HOW ABOUT THIS YEAR? Erm Erm , nanti-nanti lah aku cherita. Haihh Haihh ....

Macam mana nak senyum kalau hati dah terasa makin tawar ek? -__-

life is going hard and hurt.
Allah .. please give me strong and strength -__-'


Tuesday, November 16, 2010

Kenapa Sekarang?

Salam and Hello. Mesti macam ni kan? Selalu macam ni kan? Entah kenapa jadi macam ni. Entah. Tak tahu. HEYYY , apa kau merepek ni JOYAH? Tetibe macam apa je ayat mukadimah kan? Kalau baca my previous posting mesti tahu. Kesan MOODY dan HAL YANG TERJADI semalam yang buat aku DOWN. Macam-macam hal. Ingatkan hari ni dapat settle semua. Sekali kena tangguh lagi. BENCI. BENCI SANGAT. Lepas tu , semalam jugak macam-macam hal jadi. Try untuk bertenang.Try untuk tak gelabah gelojoh dan gelenya. Eh? Ada kena - mengena ke? Whathever okeh. Erk. Tapi tak berjaya. Risau pulak. Aiseh , selalu macam ni kah. Bila datang masalah sekaligus 10. Bila senang hati sekaligus 10 jugak. Benci. Benci. Huwaa.

Dah lah esok hari raya haji. Saja lah tu nak kasi aku geram marah dan hangin sekaligus. Huwaaa. Menangis .. Menangis.Tahun lepas menangis time raya haji sebab parent raya jauh-jauh. Eh , eh nanti nak buat entry baru pasal raya tahun lepas. Heheheehhe. Harap-harap tak menitiskan air mata time menulis kejap lagi. Ekekeke. Btw, nak senyum pun payah ni. Fikir macam-macam hal. Benci MEH. Adoilah. Sumpah moody gila. Sumpah stress gila. Tak boleh nak tenangkan hati. Tak boleh nak relax-relax. Tak boleh langsung meh. T_T




p/s: teruskan click CIMB punya ikelan. Help me please.

Bagi saya senyum kejap ye :) Thx *hugs*


Langit Jingga. Cantik.

Salam and Hello. Entry ringkas. Mood tak elok. Banyak benda jadi hari ni. Tapi tak adalah tahap aku rasa macam nak menangis , rasa macam nak mengamuk. Tak ada sampai macam tu. Just entah. Macam-macam masalah datang. Benci , tapi kena hadapi jugak. Susah betul nak senyum hari ni. Aiseh , tak nak fikir , tak nak fikir. Tak nak tulis. Tapi aiseh , macam-macam betul hari ni jadi. Malas nak fikir tapi diri sendiri yang stress. CHOYY! Ok , Ok tak mahu entry emo-temo , stress , mencharutz segala.

Actually , just nak tunjuk , last picture yang aku snap before something happen yang buat aku pening kepala.But it's ok. Tak nak tulis. Heh heh. Gambar ni di ambil from dari bilik aku. Lepas subuh. Bila tengok in real , sumpah cantik. Matahari baru nak naik meh. First time tengok ni. Selalu tak macam ni. Biasa-biasa je. Memang cantik. Tapi bila snap , jadi tak cantik. Sebab terhalang dek tingkap yang kotor T_T


setelah di edit sana sini. ai know ai know makin huduh , buruk. but it's ok. haha.

Seriyesli bengang dengan tingkap bilik yang sangat-sangat menggangu aku untuk amik gambar.Tingkap tu memberi kesan tak cantik buat gambar. Huwaaa , last-last tengok awan tu dah macam biasa. Sadis meh. Tapi seriyes cantik sangat depan mata ai. Dekat rumah sendirik pulak tu khen. Tapi dalam gambar ni sumpah tak cantik lah pulak. Ekekekek. Tapi tehtaaap nak tunjuk Khen? Hiks. Tu je pun nak cerita :D


p/s: kelik-kelik lagi ikelan CIMB.
Thx semua :)


Friday, November 5, 2010

Kau Ada Mulut ... Aku Ada Tangan.

I’m sorry to have such emo-temo entry for this time. Tak ada tajuk yang sesuai untuk gambar kan perasaan aku yang tengah nak meletup ni. Terlalu ramai manusia yang berperangai syaitan shelaka sekarang. Oh tidak , ijah emotemo mencharutz. Ini lah akibat nya bila kesabaran telah melebihi had. Ok,saya tahu sabar itu separuh daripada iman.*istighfar banyak-banyak* Aku manusia biasa yang tak hanya boleh jadi baik sampai orang pijak kepala aku tanpa tak kenal erti marah , sedih dan kecewa. Tak gitu uols? Heh.

Aku marah bukan kerana aku tak kenal erti sabar.Aku marah bukan kerana aku ni panas baran.Maybe it yes. Sometimes aku panas baran.Darah muda lah katakan. Nak dia aje yang betul. *lempang* Tapi apa yang aku marahkan sekarang adalah kerana perangai manusia yang tak ubah macam syaitan shelaka itu. Kenapakah? Aku betul-betul tak faham dengan SESETENGAH (read again ; sesetengah , kau jangan nak memandai kata yang aku cakap semua) manusia yang perangai busuk nak mampus macam nak kena siku je dengan aku. Ok fine , setiap manusia ada perangai baik , jelik , pelik dan sebagainya. Aku paling benci menyampah sampai rasa nak tumbuk je muka orang tu (read : RASA je ok?Kalau betul-betul mesti dah kecoh dalam BH sampai kecoh satu Malaya) bila orang yang jenis suka menyindir aku.Aku memang tak suka bila certain people yang suka sangat sindir menyindir yang konon nya nak bagi nasihat tapi perangai kau pun macam haramjadah.Nak sindir apa hal? Tapi memang biasa nya macam tu lah , yang kaki menyindir ni semua nya jenis perangai macam haram jadah. Sibuk menyindir ,apahal kau malas?apahal kau ni gemuk?apahal tu apahal ni. Lempang sebijik baru tahu langit tu tinggi rendah. Baru tahu bukan kau je ada anggota badan. Aku pun ada tangan. Ok , ok tak nak cerita pukul lempang sepak orang.

Back to the topic puhlease. Aku memang tersangatlah geram , bengang , amarah dan segala jenis perasaan yang menggambarkan kecewa dan marah. Aku tak faham kenapa ramai manusia yang suka sangat menyindir dengan those thing yang aku buat. Nak pakai shawl cantik-cantik even pipi aku bulat pun kena sindir?Nak pakai heels even punggung tonggek pun kena sindir?Nak pakai handbag nak jadi feminine sikit pun kena sindir? Senang cerita serba serbi yang molek dan ikut trend memang lah kena sindir. Haa, ada blog pun kena sindir? Haish. Apa kau jenis tak ada life ke nak sindir aku je kerja? Aku memang betul-betul-betul-betul-betul tak faham dengan manusia jenis macam ni. *see ni memang betul-betul tak faham sampai 5x tu kau!*
Aku tak nak lah tulis mencharutz sangat dalam ni.Tak pasal-pasal ada pulak orang buat saya enti bloggers ijahemotemo sebab dia ni suka mencharutz , menangis ai pulak! Heh. Tapi seriously aku macam hangin satu badan je ni. Bukan nak kentut okeh! Aku tak kisah kau nak cakap apa pun pasal aku.Sebab only me know my self. Kau tak tahu tu diam je lah.Tak perlu nak soseh soseh itu ini sebelum kau kenal aku.Tak perlu nak soseh soseh itu ini sebab kau hanya membaca blog aku. Oh , aku tak kata kat kau pun , tapi kalau terasa aku tak boleh nak cakap apalah. sah-sah siapa yang terasa tu yang selalu mengumpat aku tu. sobsobsob

Sadis sangat tau bila ramai orang yang terlalu suka menyindir dan menyibuk sekaligus.Ni boleh di katakan caring ke uols sampai sibuk nak menyindir ai je kerja?Heh.Aku sebenarnya malas nak marah-marah mengamuk tak tentu hala dekat blog aku.Tapi ini lah satu-satu nya cara aku nak mengamuk tak tentu hala dekat belog aku.Tak kan nak mengadu dekat Umi aku lepas tu Umi aku pulak marah aku sebab banyak sangat mencharutz kan? *lempang* Aiseh. Maaflah kawan-kawan kalau kurang senang dengan bahasa kurang sopan saya hari ini. I’m just try to be my self. Tak nak lah duk pendam sampai tersekat dekat ulu hati , nanti lagi parah ok?Ye ke.Erk ye lah kot.

So , dah tak nak tulis lagi.Sebab takut perkataan yang tak sepatutnya tertonjol dalam belog emo-temo aku ni.Naya je nanti. So have a nice day everybody eventhough I’m not :/


p/s: mahu nya tak migraine kepala otak aku kalau setiap hari ada je manusia perangai macam syaitan shelaka yang tak habis-habis nak sindir aku dalam setiap segala perbuatan aku.Aku tak pernah kisah hal kau.Yang kau sibuk hal aku apahal? Prffftttt.



Saturday, October 30, 2010

Bila awan kelabu menghimpit...

credit : google

Salam and Hello. Actually nak tulis pasal lain.But tak apalah , benda tu lain kali boleh tulis.Bukan benda best pun.Tak nak tulis emo-emo even tajuk dah macam feeling sasterawan negara je. Alah, sekali sekala feeling apa salah nya kan?Ok , really need something yang buat me cheer up. Tak kuasa nak menangis , sebab merugikan. Tak mampu nak window shopping sebab kalau dah tak ada duit , buat gaya tak ada duit. Tak yah feeling macam kaya harta melimpah ruah kan? And from now , rasa macam nak tidur , tapi aku langsung tak boleh tidur sebab dah tidur awal gila lepas Maghrib semalam. Bangun-bangun pun dah tengah malam. So , tunggu lepas Subuh lah baru tidur. Hehehe.

And just now , tak tahu nak buat apa. Nak download movie , sumpah aku tak reti. Rumit dan leceh , baik aku tunggu jelah tv tunjuk ulang tanpa henti. -___-' Terasa macam gila-gila buta IT sangat dengan statement itu. Heh. Oh jadi sebab aku ni macam in a blogwalking mood , aku cuma pergi blogwalking je lah. Just now , aku blogwalking blog Inche Hatim yang banyak buat aku gelak ketawa tanpa henti.Ok , tq kepada tuan blog sebab buat ayat yang kelakar dan mampu buat aku lupa pasal sedih yang menghimpit ni jap.Chewah gigih promote blog dia dengan harapan dapat souvenir dari Dublin , erk , jangan charutz mak ye.hahaha

Heh , sumpah tengah rasa down and really need something to cheer up. Tapi tak tahu dah nak buat apa.Tak kan nak menangis lagi kot? *Dush , Dush pipi kiri kanan sebab terlampau emosi. -.-*

Thursday, October 7, 2010

Hangit tak Hangit?

Salam and Helo. Okay , hari ni aku rasa memang nak berasap satu badan. Tunggu masa nak jadi the Hulk je ni. -__-'. Macam-macam benda jadi. Macam-macam benda buat aku rasa macam tidur lagi bagus daripada bukak mata. Hoih? Ye ahh , masing-masing perangai menyakitkan hati aku je. Lagi baik tidur. Atleast boleh aku rehat minda tak payah fikir apa-apa. But then bila bangun migraine balik kepala otak aku bila kena fikir perangai orang khen T_T Citt.

Okeh , malas nak cerita panjang berjela macam mak nenek. Aku just nak tulis kenapa aku terasa macam nak lempang , terasa macam nak chartuz sesiapa yang mulut macam shiyal tu kan. Sorry , bahasa aku kali ni agak kasar. But orang yang kata memacam dekat aku lagi lah kasar macam aku terasa nak lempang dush dush je. Heh. Berani lah kau -__-'.

Aku bengang tahap gaban sebab , handphone aku rosak. FAHAM TAK ROSAK? FAHAM TAK? Bukan murah harga handphone tu aku beli time tu. BUKAN MURAH tahu tak? ARGHHH! Kalau aku yang jahanamkan tak apa jugak. Ini orang lain pulak yang buat. Ok,budak kecik.Maafkan. Tapi aku tetap bengang tahap the HULK okeh? Aiyoh! Aku ni banyak kali try letak ais dekat dada , eh tak lah try sejuk kan hati aku ni. Grggg , but the end aku rasa macam nak cekik je ELMO MATA TONJOL BULAT WARNA MERAH tu ha. Adoii. Bengang weh. Tak adalah rosak sampai kau tak boleh nak sms/call. Tapi sekarang ni dekat handphone aku , dekat bahagian SIM CARD READER tu ha yang rosak. Bukan sim card reader tu yang rosak. Tapi bahagian tempat letak sim card reader tu yang rosak. If sesiapa ada hp C902 ,tahu lah cmne rupa bentuk nya. Benda tu patah berkecai. Aku tak salah kan budak kecik tu. Sebab , aku pun satu hal. Lalai. My BAD -__-' Tapi aku geram jugak lah. Tak pernah bukak bahagian tu , pergi bukak. Sekarang , kalau ambil gambar save dekat dalam phone jelah. Haiyo!

Aku stress okeh? Hummm..mentang-mentang ai teringin nak beli phone baru. Yang ni dah buat perangai , patah segala. Geram nya wehhhhh T_T Lepas tu pulak , spek mata aku ni ha pun nak patah. Oh tuhan! BEST KAN? SEMUA BENDA ROSAK DAN PATAH. BEST SANGAT HIDUP AKU SEKARANG. -___-'

Okay aku tak mahu nak hangit berangin lagi. Sebab aku malas nak fikir. Lantaklah even aku sayang gila handphone aku yang sekarang :( Hummm..


p/s: tak perlu tunjuk bagus di dalam setiap benda.
just take care of yourself.
tak perlu menyibuk hal aku.
nak baca blog aku boleh.
tapi tak payah nak sindir aku.
aku tak kacau hidup kau , kau tak payah kacau hidup aku.
jaga dan cermin diri sendiri.
aku sedar aku siapa.
tq.


Friday, October 1, 2010

Ada duit Buang duit ...

Salam and Hello. Semenjak blog ni bertukar wajah dan bertukar hampir keseluruhan nya hati semakin berbunga-bunga dan terkinja-kinja nak mengupdate blog! Hailah , harap tak ada orang yang tahap nak muntah membaca , asyik aku update je kan? HAHA , gaya macam 1000 followers je kan? -__-' Ai redha , tak ramai followers. Haha. Tiba-tiba je feeling emo-temo itu. Heh! Anyway , banyak benda aku nak cerita , banyak benda aku nak tayang gambar raya aku itu dan ini , but yeah , I don't know how and when to start first. Nak letak kisah itu dulu ke? Nak letak gambar posing maut dulu ke? Eh? Konfius ai. Entah apa kejadah nya lah.Skill menulis macam dah turun sikit sejak dua menjak tak update blog sokmo. Hailah...

Anyway , dan macam melencong ke lain je tajuk dengan isi kan? Grgggg. I'm always like that uhh T_T Okay , alkisah nya , petang tadi. Aku syok tidur. Lepas tu bangun lepas paksa bangun. Heh. Then , dah bangun dari tidur , pakai spek mata aku tu ha. Yelah , aku kan rabun. Kuasa nak pakai contact lens semua. Aku ni bukan nya jenis yang cermat nak pakai contact lens semua. Heh , buat menyusahkan diri je. Eh? Merapu lagi. Then , aku pakai lah spek mata aku tu ha. Bila dah pakai semua.Aku rasa macam lain macam T_T Fine , aku ingat sebab aku kelam kabut nak keluar bilik semua , maybe aku pakai SECARA senget. But then. HUH! Setelah aku membesarkan mata dengan sebesarnya , heh , nampak sangat merapu. Fine , spek mata aku ada dalam lagi 10% ke 17% ke 9% nak patah dia punya bahagian tepi.. Grgggg T_T

Tu pasal aku kata , Ada duit Buang duit. Buang duit kalau beli beg Gucci ke , beg Coach ke , rela lah jugak. Ni buang duit sebab , spek mata menggedik nak patah pulak! Sajalah tu sabotaj ai yang baru kurangkan 1 tiket ke konsert Maher Zain sebab Aa cancel tak nak ikut kan? Hek elleh! Gedik betul lah , sengaja lah tu kan.. nak suruh duit ai habis ke benda lain T_T Dah lah petang tadi jugak (entah apa kejadah nya semu baru perasan time petang tadi. shiyot betul lah!) aku tengok handphone aku punya bateri macam semacam je. Sekali ada part yang macam tercabut lah pulak. Nampak tak gedik ? Nampak tak? Nampak sangat-sangat okeh? Eiii , rasa nak cekik Elmo Merah Menyala dengan Mata Terbeliak tu sebab semua barang aku macam nak menujukkan tanda-tanda nak ROSAK. Nak kena GANTI BARU? Ohhhhh , GEDIKKKK!!

Ai rasa macam nak nangis je. Kalau duit berkepuk satu guni tak apa jugak.Ini pun , macam apa je. Hailah. T_T Seriyes geram gila okeh? Adoilah , memang lah duit banyak nak kena keluar kalau macam ni T_T Nangisss sangat-sangat okeh?